Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)
Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Happy Birthday Nur Safiyya Raina



Subhanallah. Safiyya dah dua tahun!!! Cepat sungguh masa terbang. Waktu bersalinkan dia, cici baru 29, and now i'm going to be 31. Huish, awat rasa mcm remaja lagi. Hahaha. In denial. Major denial. Hish. 😊

Terima kasih Allah. Allah sangat baik. Allah anugerahkan safiyya pada kami. Safiyya anak yg baik dari hari cici tau ci mengandung sampai ke hari ini. Keletahnya menghiburkan kami. Ketawanya mendamaikan hati. Senyumannya buat ci rasa boleh tawan satu dunia. Kuasa kasih anak2. Kadangkala melewati batas kasih kita pada mereka. Betul! Bila kita menyinga pun drg sayang kita juga, cari kita juga. Cuba kalau org menyinga kat kita, berterabur lari tak datang dekat dah. Hihihi. 😁

For this year, mcm biasa, kami buat small celebration kat rumah sahaja. We're not a big planner. Beli kek, potong kat rumah, makan2 huhahuha pun dh cukup menggembirakan. 😊




Petang tu baru bawak anak2 jenjalan. Hajat nak pg jumpa kuda, dh sampai tempat kuda hujan pulak, anak2 pulak sedap je lena dalam kereta. Hubby pun pusing2 satu KL, bg anak2 tidur puas, then sampai ke Aeon AU2.
Kebetulan ada pelukis karikatur kat situ. Ci sukaaaa dan teringin sgt nak buay karikatur. Terus suruh abg tu lukis safiyya. Nasib malang sbb muka dia masam mencuka.

Mcm nih...






So abg tu kena bayangkan mcm mana rupa safiyya bila senyum. Huhu. Kesian dia tak nampak lesung pipit safiyya, main agak2 je. Tp hasilnya cantik jugak. Terus frame.

Hasil mcm ni rm55 aje. Berbaloi kan. 😊 Next time nak buat satu family pulak.






As for her birthday present, ibu dh plan nak survey online. Ada few benda mmg eyeing to buy for her. Esok nak godek IG, cari balik seller2 n educational product yg best2. Insyaallah.

To Safiyya, may you have a great birthday. Ibu dgn abah dr the night before dok reminiscing detik2 getir ibu layan contractions waktu awak nak lahir. Mmg epik. Hihihi. Be a good girl, jadi org yg dekat dengan Allah ye safiyya.
Insyaallah. Amin. 😊

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 15, 2014

Dedicated to my dear daughter, Nur Athirah Raisya...

Assalammualaikum semua!

12 October 2014 aritu birthday anak dara ci yang ke 4 tahun. Dah besar la kakak! Baru je rasa dia duk potpet2 bahasa alien dia sambil menyusu, sekali dah 4 tahun dah. huhu.

Subhanallah. 

Betapa ci bersyukur kepada Allah kerana anugerah Allah ni besar sungguh rahmat-Nya. Kakak seorang anak yg sangat baik, tak pernah melawan, tak pernah tinggi suara kat ibu abah, kalau dia sedih pun dia nangis sorang2 je minta org pujuk dia. Kakak jarang merebut mainan dgn adik, dia sangat bertolak-ansur, even kalau adik (atau Along!) menangis, dia akan pergi peluk, pujuk, tolong tenangkan. Kalau dia nampak ibu atau abah mcm serius skit, dia akan tanya 'nape ibu?' :)




Bila bawak kakak menziarah rumah org, kenduri kakak jarang meragam, kalau ada benda yg tak kena, boleh nampak muka dia cuba sorok. Kalau pergi kedai, shopping complex, kakak sgt jarang minta mainan. Dia kata nak, bila ibu kata tak payah, dia akan turut sahaja. Takde drama involved! hihihi. Ni bukan compare dgn budak lain, ni compare dgn long dia sendiri. huhuhu.

Takde lain yg ibu mintak, melainkan kebahagiaan kakak dunia dan akhirat :)



demi Allah, ibu sayang kakak. :)





Tuesday, June 3, 2014

A day as WAHM

Waktu mula2 ci start jd working at home mum, life's great!
Bayangkan la 8 tahun buat rutin yg sama, 5 years drpdnya ci lalui dgn pagi yg hectic nak uruskan anak2.
Sekali, tiba2 rutin dah tukar. Rasa mcm a longggg vacation. Hooreyyy!  ^_^

Masuk bln kedua, rutin tunggang-langgang lagi. Still tak decide bila nak masak, pukul berapa nak homeschool anak, nak buat kerja, nak layan customers. Pendek kata, buat mana sempat, go with the flow.

Third month, dah mula rasa exhausted. Kerja tak siap, penat je lebey. Buat kerja sana skit, tak habis, sambung kerja baru. Cth nak kemas bilik, sekali msg cust masuk, duduk lama belek msg2 yg masuk. Pastu by the time habis, anak2 dah minta nak turun main. Haaa...
Banyak benda tercicir sbb tak mampu nak kendong semua. Ci jd a bit distracted sebab kononnya penat. Huhu.

Transition drpd full time working mother, jadi working at home mum mmg menjerihkan.

So, time goes by, baru la ci hafal rutin, ci set the rules. Bila nak buat apa, mana satu nak buat dulu.

Sebab, kita lah penentu kpi kita sendiri. Takde sape nak call dan kata 'saya nak awak sidai baju sebelum lunch, make sure siap', or 'saya nak awak hantar baju berlipat ke bilik saya asap'.
Takde sape.
Melainkan kita yg tolak diri kita sendiri.

Ada kalanya, ada harinya, ci stucked depan tv. Kononnya nak balas dendam sebab selama ni xdapat tgk tv, skrg nak ngadap puas2. Natijah, semua kerja tangguh, anak2 main tanpa input drpd cici. Too bad.
Allahuakbar. Nasib baik tak melarat.

So yes, cici buat jadual. Jadual cincai2 bgtau pukul bpe masak, mandikan anak, solat, makan bila, homeschool bila, dan bila nak uruskan bisnes...

Even simple thing, yg kita rasa kita boleh main congak dlm kepala pun akan jd payah kalau kita tak push utk buat.

Daily timetable tu, mostly hari biasa, yg tak ada apa2 yg berlaku, mcm tetiba hubby ajak keluar, atau ci keluar amik stock atau family ci datang, atau apa2. Iya, beri ruang juga utk benda2 ad-hoc terjadi, tapi nanti cover balik, esp. kalau kita ikut apa2 silibus homeschool anak2.

Well, that's about it. Thanx sebab sudi baca - wink*. Bagi kawan2 yg akan, baru memulakan hidup sebagai surirumah atau ibu yg bekerja dr rumah, good luck! Insyaallah, kita dah di dalam track yg betul, cuma perlu tolak sedikit utk jadi lebih dari 'biasa'.

With love,
Cici.

Wednesday, May 7, 2014

Priority

Malam-malam ci skrg dipenuhi dgn dialog bersama diri sendiri.
Apa yg betul ci buat, apa yg kurang.
Ada termarah anak2 ke, terkasar ke, ter neglect ke.

My oh my, working at home while raising 3 kids was never near to easy.
Mcm kena tarik semua anggota, in different directions.
Sorang tgh makan, sorang nak poo-poo.
Sorang nak bf, lg sorang jerit nak makan.
Haha. Precious sungguh! :)

Nak mudah, bukak tv, bg ipad.
Tp nanti Allah tanya apa ci dh buat dgn amanah yg Dia bg, apa yg ci nak jawab.

So, bila ci nampak org maju dr ci, yg dh ke depan, Ci takleh tepuk meja dan kata 'Eh, I should be there...'

Well, probably I should.
But, sadly, I can't.

Honestly, kkdg, dalam hidup ni, kita takleh dpt semua (walaupun kita nak...).
Mesti kita akan korban salah satu. Kos lepas org kata.

My kids are my top priority.
They are the reason I have strength to sent resignation letter.
The reason I have guts to let go all my privilege, my free time, my career.

Although ci ada bisnes, ci ada projects going on, semuanya lepas uruskan mereka.

:-)

Wednesday, April 16, 2014

Menari dalam Kesulitan.

Someone pm ci beberapa hari lepas, meluahkan perasaan, bercerita keluh kesah. Bukan dia memburukkan sesiapa, setakat nak bercerita, dan minta ci dengar.
Perasaan itu, ci kenal sangat.
Rasa penat, rasa mcm dah tak boleh teruskan.
Rasa mcm letih longlai, rasa mcm buntu.
Rasa kecewa dgn diri sendiri, rasa hilang diri sendiri.
Rasa buat semua benda salah.
Rasa nak marah.

Sebenarnya, bila ci dgr cerita dia, ci teringat cici dalam page yg sama.
Ci pernah ada di situ.
Ci pernah menyampah dgn diri sendiri.
Benci.
Pernah tanya Allah, apa dosa ci, sampai besar sgt dugaan.
Childish ckit time tu; mana tak childish nya, i was not in a good shape. Nak fikir apa pun tak boleh dah. :(

Sampai satu ketika, ci sedar dan faham.
Takde satu benda dalam dunia ni yg Allah buat silap.
Tak ada.
Semua bersebab.
Semua nya.

Dan semua kesulitan, kesusahan kepayahan itu akan bawa kita ke stage lain.
Mungkin yg indah tu kita dpt balik di dunia ni, mungkin jg Allah nak reserve kat akhirat.
Kita pun tak tahu.

Yg Allah bgtau, sesungguhnya dalam setiap kesulitan itu ada kesenangan.
Dalam duit tak ada, Allah bg badan yg sihat.
Dalam kita demam, Allah bg naik pangkat.
Something, somewhere, mesti ada yg senang.
Cuma kita shj kena biasakan diri bukak 'hijab'.

Dan iya, satu benda yg ci belajar, kita perlu 'menari dalam kesulitan'.
Bila dalam susah, bangun dan kata 'Alhamdulillah, Allah sayang aku.'

Eventually, semua perkara akan berlalu, akan lepas, akan selesai, cuma kita sahaja yg pilih mcm mana, dgn mood apa, dgn keadaan mcm mana kita nak selesaikan.

Dengan air mata, atau senyuman.
Dengan kecewa,  atau gembira nya.

Bukan senang nak belajar gembira dalam susah. Ci tahu.

Notakecil: Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin. :)

Monday, February 17, 2014

Banyaknya hutang cerita

Sejak jadi working at home mom ni, hari2 ci berazam.

Cici nak tulis balik blog...

Esoknya.

Okay, arini nak tulis blog.

Esok pulak.

Dan lusa.

Dan dan sampai arini tak mula tulis lagi...

Hihihi.



They are getting bigger... I'm getting older. Yes... :)








Wednesday, November 20, 2013

IIUM Ummatic Global- Art Of Cake Decorating 2013


Dua minggu lepas, kawan ci, Ida Rahayu pm ci kat fb. Tanya ci kalau2 ci nak join pertandingan deco kek. Nak terlepas hp waktu tu, sbb tak terkata apa. Hihihi. I don’t know anything about cake! Kek pun ci tak suka makan, apatah lg nak hias nya.

Last time ci buat kek, tu pun brownies, resepi dpt dr kakak ci, dr Nigella Dawson. Setengah jam pun dh boleh siap. Tu pun brownies ni mmg comot rupa bentuk dia, tak payah nak hias2 bagai. Hihihi.

So, apa yg buat ci masuk jugak?
  •          Nak challenge diri sendiri (macam biasa).
  •          Nak rasa mcm mana berada dalam pertandingan ala2 food network challenge.
  •          Partner ci bukan calang2 org, dia taukey kek. So, dah selamat kat ctu. Hihihi.

Dgn lafaz Bismillah, ci bgtau ‘Okey’ kat kawan ci. Sign up, pay the fee, then tunggu hari pertandingan.
Ada la meeting dua kali, nak discuss pasal how we’re going to do this, the timing, the design, the deco….pastu kebetulan kat kaed ada sweets and candy fair, trus borong daco kat ctu. Semngat waja nih masing2.

Esok dh nak bertanding, arini bru terkial2 tgk youtube ‘how to roll a fondant’.

Hahahahaha

Tarik nafas jap. Sambung gelak balik.

Hahahaha.

Oh Allah. Kenapa la cici oiii…

So yes, berbekalkan HANYA ilmu teori, ci pun pergi contest esoknya. Jd org pertama yg show up. Dlm otak, fondant tu sama mcm playdough. Ulang ayat tu sampai nak muntah. 



Kami di beri meja, nama team kami Cake’s Mommies. Sebab dah mak2 org kan.



Bismillah. First time pegang fondat. Eh, betul la, mcm playdough. Senang shj nak uli, bab nak colour tu a bit tricky. Sbb nak bg colour tu naik, nak bg sebati. All and all, senang ajee…hihihi…thanx to ayu sbb assemble semua, ci just buat as her instruction je. Dia kan mastermind. 







Lepas dah siap semua, kena la present depan judges and students yg penuh dalam main auditorium. Mmg sebijik mcm food network challenge. 

Bab present, pegang mic, mmg cici suka...tp suruh nyanyi, sorryyyyyyy...... hihihi.

'This cake is inspired by our daughters, as both of us are mothers..... ' ayat pun mcm mak mak jeee...

Selepas penat lelah, berpeluh berdiri sejam setengah, apa kami dapat?

Dapat a bit of reality bites, sbb tgk kek2 org lain boleh tahannn…!

Tapi, dah Allah tulis kan.

Kami dapat nombor dua!!!

Yeayyyy!!! *insert bunyi mercun papan.

Alhamdulillah. Sujud syukur.


Muka2 masing2 pun macam eh eh apa yg jadi nih…hihihi….
Hadiah duit RM200.00 dan sedikit cenderamata dr Chef.
Okey la, bahagi dua. Masuk pun melabur RM30 je.


Lepas post dalam fb, mula kawan komen, lepas ni ci boleh la buat kek ke, bukak bakeri ke. Eh eh eh…rasa mcm tak sanggup je. Tangan keras kut. Ci mmg respek, tabik spring kat org yg ambil order buat kek. Kakak ipar ci salah srg nya. Tahap kesabaran sure tinggi kan….nak buat satu hal, nak kemas tu a diff kind of story. Heeeee….

Tapi all and all, dah ada satu persepsi pada diri sendiri. If we push ourselves harder, we can do anything, Insyaallah. :)

Imposibble is nothing. 



Sunday, November 10, 2013

My bff…where art thou.

Safiyya dah masuk 10 bulan, ni bermakna, dah 10 bulan ‘kawan baik’ ci tak datang lagi.

Waktu Harith, period ci dating balik after 7 bulan.

Waktu Athirah, 1thn 6bulan! Haiyoo. Tu pun dh naik gila tahan senak perut, mcm nak sengugut, tapi tak keluar2 pun. Sekali pergi mengurut, makcik bidan pesan ‘Nanti dh keluar period, jaga2 tau. Senang melekat ni…’ ci senyum kambing mbekk mbekk aje.

Next cycle, period tak dtg. Melekat janin yg nama dia Safiyya. [insert muka safiyya gigi 6 batang kat cni] ;)

After safiyya, now dh 10 bulan, my best buddy tak dtg jugak. Bukan ci mintak pun dia dtg, lagi best kan, takde la insiden ‘messy’ and ‘bloody’, boleh solat takyah cuti. Tapiiii, yg tak bestnya, symptom nak-datang-tapi-tak-datang tu buat ci tak selesa.

Sakit perut. Cramp. Pening kepala. Craving benda merepek. Demam. And all that.

Hubby ci pun dh naik pening. Sekejap nak makan satay, sekejap nak burger, sekejap nak zinger. Hihihi.

If you're breastfeeding, this will help to delay the return of your periods. If you're still breastfeeding day and night, it can be up to a year before you have a period. 

http://www.babycentre.co.uk/x553493/when-will-my-periods-start-after-ive-had-my-baby#ixzz2kJzfrKBS
i am normal. still. :)

Monday, September 30, 2013

A Cute little thing called Chicken Pox



*Baca sambil buat chicken dance…hihihi*

Assalammualaikum semua.

Bulan 9 ni merupakan bulan yg paling tragis bagi ci dan family. 4 org serentak kena chicken pox!

Lepas je cuti hari raya, hantar anak2 ke nursery. Baru dua jam kat nursery, teacher call, bgtau abglong ayit dh kena. Terus pegi amik dia. Dah nampak naik kat muka, tepi mata, instantly. Memula ci pelik, baru je hantar td dlm keadaan sihat, ni dah kena chicken pox lak. Later that I know, mmg chicken pox happen that way. Instantly! Oh yes, that fine day was the start of sumthing so dreadful.

Day 1, ayit start demam. Panas jugak, smpai lembik dia. Lepas makan ubat (pcm and anti-viral), sapu calamine, terus dia main mcm biasa.


Week 1, week 2, takde tanda2 sesapa pun akan berjangkit. Ayit siap pergi sekolah mcm biasa.

Tetiba, ibu demam.

Ci start demam urat. Tak sedap badan, meloya, sakit  badan yada yada. Bila jumpa doc, dia insist suh ci buat upt. Ohoiii, anak baru 8 bulan dh nak kena buat upt. Mau tak senak perut tgu result. Dalam hati duk karang ayat, kut2 pegnen, apa nak cerita kat family dua2 pihak. Hihihi….result came back negative. Phew!

Khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin….demam ci on-off. Demam jenis sakit urat, menggigil, pastu mmg terpaksa telan pcm, sbb tak tahan.

Pagi Selasa, sekali tgk badan ada biji2 kecik, berair. Ci jerit pggl hubby ci. Hubby ci gelak je, ‘Aik, takan kecik dulu ibu tak kena lagi?’ ‘Haa, ni chicken pox la kan…ibu dh kena time darjah dua. How come?’  Hmmmm…tak payah nak how come sgt dah la….virus sekarang dah melalui proses mutasi, boleh kena kali kedua, kalau badan tak tahan. Kebetulan, mungkin badan ci tak cukup protection. Tak kuat imun sistem. Haih…

Pegi la klinik uia, lepas hantar smua anak ke nursery. Beria tunjuk small bumps kat badan depan doctor. Doktor kata ‘Tak payah selak la, muka awak pun dh banyak…’ Gulp. Muka? Muka yg kalau naik jerawat seketul pun dh kecoh? Yup, selang sejam, small bumps kecik yg berair plus sgt gatal naik kat pipi, dahi, kat area anak rambut. Dok ulang tgk cermin kira bumps, lelama tak terkira dah sbb terlampau byk. Hahahaha…

Day 1, day 2, mmg demam mcm nak m.a.t.i. hihihi…ci boleh berfb sambil layan contraction, dilated 8 cm. Ci boleh berwhatsapp waktu doc jahit bwh. Tapiiiii....Ci tak boleh even pegang telefon pun waktu demam campak. Punya la lembik. Haiyooo…Start day 2, dh byk naik kat badan. Nasib baik dh kawen. Hahahaha….


Muka ci yg mengalami transformasi....hihihihi....byk sungguh dot dot dot..... :)




Week 1, week 2, ci dpt mc. Dalam masa yg sama Tiya pun kena. Tp tiya ni special, demam sehari je, habis naik smua in one day. Pastu terus hilang.

Week 3, ci naik kerja dgn hati yg berbunga2. Walaupun muka berlubang2, but still berbunga2 la.

But Allah has a bigger plan for me.

Safiyya pulak kena.

Allahuakbar.




Lalu bermula lah episode tak best dalam hidup ci.

Nope, tak merungut pun, bercerita aje.

Ye la, hubby ci dh byk kali cuti sepanjang ayit tiya cici demam….waktu safiyya, mana ada cuti dah. Cici pulak bru naik kerja dr mc 2 minggu. Takan nak cuti lg?

Dilema ibu abah bekerja, kan?

Mau takmau, ci amik cuti lg 2 ari. Dan 3 ari berbaki tu hubby ci jaga Safiyya.

Akibatnya sgt tak best utk diceritakan. Pendek kata, tak semua org faham. Yg org faham, kita dh digajikan utk bekerja, kenapa tak kerja? Kenapa kena cuti? Takde tempat ke nak hantar anak, takde orglain ke boleh jaga? Kerja awak, sape nak buat? Sort of like that.

*angguk-angguk, geleng-geleng*

Nak jadikan cerita, Safiyya pulak lambat kuar habis campak dia. Week 2 bru kuar semua sekali.

Rezeki ci dpt suami yg sgt sgtttt byk membantu, di kala ci dh takde cuti nak amik dah. Love u abg... Hihihi…mcm harini, pagi smpai tghari bawak safiyya ke opis, lepas lunch hubby ci bawak balik rumah. Apa lg yg boleh kami buat kan.

Sepanjang sebulan ni, banyak onak duri dh kami lalui. Ececeh….mmg terlampau banyak kepayahan, kepenatan yg kami kena handle.

Penat jaga anak sakit, penat nak jungle masa, penat nak layan org yg tak faham. Serba-serbi penat. Smpai menangis2 ci, mcm budak kecik. Ayayayayaiii....

In the end of the day, semua benda ada hikmahnya. Disebabkan kejadian chicken pox ni, byk benda yg berubah. Byk benda yg kelam-kabut sebelumnya, sort in place. Maybe Allah nak prep ci, utk future yg mungkin lg mencabar. Who knows kan.

Terima kasih mak ayah mak abah yg tak jemu2 dtg melawat, sbb tahu kami mmg kuarantin kat rumah je.

Terima kasih kenkawan yg bg semangat bulan bintang kat ci. Yg pujuk hati supaya ci kuat. 

Special thanx to my adik-beradik, in laws, adik Kina, Kak Erda, Diana.


Dan terima kasih kepada suami ci, my boss, Encik Mohammad Hairy. Pengorbanan dia hanya Allah yg boleh balas. 

:) 

Oh sebelum ci lupa....if this happens you, or your kids, pergi klinik dan dptkan ubat anti-viral. Sumhow ubat tu bg baik cepat. Ibu menyusu takleh makan ye. Letak calamine lotion byk2. Kalau nak guna daun semambu, air beras, kunyit, halba, pun boleh...byk petua utk chicken pox ni. Take care all... *hugs* :)

Friday, April 19, 2013

We deserve to be Happy... :)

Bukak FB sekarang, kita jumpa pelbagai jenis orang.

Kalau dulu, nak compare hidup pun dgn kenkawan dekat, dgn jiran sebelah nyebelah. In case jiran beli tv, kita nak tv jugak. Esok dia tukaq langsir a.k.a tudung tingkap, kita pun sama naik!

Tapi sekarang, kita secara tak sedar meng'compare' life kita dgn sepanjang2 friendlist yg kuar kat timeline...

Tengok couple pegi jenjalan....'Alahai, suwitttt, hubby kiter tak wat cmtu ponnn' trus cebik n label 'hubby aku paling teruk dlm dunia!' isk3...

Tengok org lain pegi butik borong baju yg paling 'in' 'Eleh, esok aku nak pegi jugak lah' trus terjah smpai kering poket tp xsure baju tu seswai ke idak...janji smuaorg pakai, kita pon pakai...aduii...

Tengok anak org comel sgt dress up pakai tutu headband berjuntai... 'Anak aku kalo pakai cmni lgggg comel' trus g online shop shopping segala headband, lamaze, tights legging tutu...anak org pakai, anak kita tak boleh out of season...*tepuk dahi*

When you fulfilling your short term desire, you are happy indeed...but for how long???

Sampai bila nak tgk org and compare...

Sampai bila nak jd mcm org lain dan rasa kalo tak ikut mcm org lain kita jd sgt alien?

Kita yang penat.

Firstly, org jarangggg upload benda yg sedih, masalah, duka lara dia...smua benda are picture perfect (mcm perfect365 la...hihihi)... so yes, org yg kita selalu tgk tinggi tu pun ada downtime jugak sekali-sekala. 

Secondly, if ever terasa mcm 'ishhhh, bestnya jd mcm dia...semua bnda dia ada...awat la aku tak mcm tu' Stoppp!!! Tutup fb/twitter/blog/keek/IG and look around...kalo kita ada bumbung utk berteduh, ada biskut kering utk kunyah, ada hanpon utk tot tet tot tet berhubung, ada tilam toto utk landing, ada pulak hubby and anak2 utk bermanja; Allahuakbar, you are moreeee than  fortunate my dear... :)

You deserve to be happy...

You can be happy, if you be yourself.... :)

Friday, September 28, 2012

Love letter from Ibu....to abglong & kakak...



My dear Muhammad Harith,
You're my 1st...the 1st one yg ajar ibu utk menjadi seorang ibu...anugerah pertama yg membesar dlm perut ibu...yg buat ibu muntah pg ptg siang malam....yg ajar ibu sabar utk hadap smua pregnancy sickness....tak susah bersalinkan ayit, sbb ibu tak sempat rasa sakit, ayit dh ada dlm dakapan ibu.....

Semua salah ibu, ayit yg terpaksa tanggung, ibu minta maaf ye...ibu belum reti utk jd ibu....ibu cepat nak marah, kurang nak sabar, ibu emo, ibu cepat melenting....ibu belum reti....tp ibu tau ayit sabar dgn ibu, sbb ayit sayang ibu...walau apa yg ibu dh buat kat ayit, mlm2 ayit tetap cari ibu...... T____T
Ayit....maafkan ibu sbb paksa ayit membesar dgn cepat sbb Tiya dh ada....setahun 7bln ayit dh jd seorang abg....ayit dh terpaksa tolerate dgn ibu n abah n baby tiya....tp ayit good boy, ayit tak byk ragam walaupun sgt manja....ayit faham ibu...w/pun ibu selalu bebel, ayit tau dlm hati, ibu syg ayit....ayit tetap sygkan tiya, tlg ibu jaga tiya, walaupun ayit sndiri lum puas nak bermanja dgn ibu.....
Ibu abah besarkan ayit dlm keadaan yg sgt sederhana...kita tak mewah mcm org yg mewah...kita cuma mewah dgn kasih syg aje....ibu harap bila besar, ayit tak salahkan ibu sbb tak beli smua yg ayit nak....ibu harap ayit besar, ayit tak segan dgr cerita susah senang kita....sbb semua tu berharga buat ibu dan abah.....

Grow up and be brave my dear Ayit....byk dh kita lalui bersama....more to come my son...ibu harap ayit tabah....so that bila ibu dan abah dh tak ada di dunia ni, ayit boleh jaga adik2...mereka semua mengharapkan ayit nanti..... :)

And when u grow up, dh boleh kahwin, jgn cari isteri mcm ibu...cari yg lebih baik, lebih beriman, lebih keibuan dr apa yg ayit nmpak pd ibu... :)

so that ibu akan tarik nafas lega, sbb ibu tahu cucu2 ibu akan membesar dgn baik....lebih baik keadaan mereka dr ayit...Insyaallah..... :)






My dear Nur Athirah Raisya,

You're my angel....sinar dlm hati ibu...mengandungkan tiya langsung tak beri masalah pd ibu...dr dlm perut ibu tahu tiya seorang yg kuat semangat...tiya independence, berani dan tak cepat mengalah...ibu tahu, sbb sedari tiya dlm perut ibu, kita dh lalui masalah besar sama2....tiya yg teman ibu pg ptg berulang alik ke umah yg jauh...tiya tahu ibu penat, tiya tak bg ibu sakit...dan tiya bg ibu peluang utk bersalin secara mana yg ibu impikan...senang membesarkan tiya....tak byk ragam, dan sgttt syg abg long....
Ibu minta maaf sbb waktu tiya jatuh sakit, ibu lambat dapat tahu...ibu patut lebih tahu dr org lain, sbb ibu ni ibu tiya....ibu minta maaf kalo sakit tu dtg dr ibu, atau kecuaian ibu...
Tiya 3 kali keluar masuk hospital...dh kering air mata tiya, air mata ibu...tp setiap kali tu lah, tiya cuba tahan...tiya kuat, sangat kuat....
Sekarang tiya dah besar. Dah jadi kakak. A good kakak you are. Alhamdulillah. 


Abglong &  kakak. 
Terima kasih sebab ada dalam hidup ibu. 


*safiyya punya entry kena asing. Panjang berjela satgi. Hahaha. 







Tuesday, May 15, 2012

One...Two...Three... ;)

I can still remember the moment I got my pregnancy test ‘positive’ for the very first time…6/6/2008…tu pun after berbatang2 pregnancy test ci dh wat kat umah…badan makin tak larat, muntah…tp still negative…newlywed lagi time tu, baru sebulan lebih akad nikah, ci dh mengandungkan muhammad harith….ci dpt tau waktu ci buat upt kat laboratory uia…ci still igt muka staff yg bg ci result…still igt wajah kaklina yg nangis waktu dapat tau ci pregnen…ci igt suara hubby ci, mak n mak mertua ci waktu ci bgtau tru phone……Sweet…….. ;)

For my 2nd pregnancy….ci dapat tahu tru home pregnancy test…ci beli dua batang sekali (time promo)…hehehe….test yang first, mmg clearly negative…badan tak rasa apa2, so ci pun tak la mengharap utk pregnant…tppppp…pelik mana pulak pegi ci punya period…huhuhu….so after few days, on 14/2/2010, ci wat upt kat umah mak ci, kat kedah (tgh bercutiii)…and the line was 2….punya la melompat suami isteri nih…heh, mmg kut kami jenis suka anak ramai…time ni, ayit bru masuk setahun..Few hours later, pergi checkup and doc confirmkan ci pregnant 5 weeks…. ;)

After 1 year and 7 months pregnant-free…the same question return, Am I pregnant??? Huhuhuhu….

1 year n 6 months, ci tak period….ci pegi mengurut dgn makcik yg sama mngurut ci utk ayit n tiya…makcik ani pesan ‘lepas ni, jaga jaga ye cici’…ci senyum je la….mmg tak plan utk pregnen any time soon pun…a month after, bru ci period…paranoid, annoyed by period, ci bersyukur takla sakit sgt, walaupun dh bertahun tak datang…

A month after period….it was supposed to be the day, but it never come….

A week….

After a week….

After the following week….

Yes….the question keep coming back….Am I pregnant? ;p

Then, comes the sickness….meloya…cravings….muntah…letih….mengantuk….normal symptoms….lg la buat ci rasa pelik…the most pelik was, kenapa perut ci jd sgtttt bloating…almost buncit… haih….

One thing about cici, selalu rasa ‘pregnancy’ symptom above everything…cthnya, kalo dh muntah, bukan nak fikir salah makan…ci akan fikir ‘ci pegnen kah?’ hahahaha…sooo typical of me… ;p

So, dgn rasa bertanggungjawab, naluri penuh keibuan, ci pun beli pregnancy test…the one yg kita kena drop atas batang…the result was, yes…a double line…tppp line dia sgttttttt SAMAR …I was sooo sure, but the stick say almost a No answer….hmmm….few hours lepas tu, ci pegi kinik, nak sahkan that stick….so, doctor kata, kita buat lg sekali test…..

It was negative…..

Deeeepppp down dlm hati, rasa mcm ‘ehhh, if I’m not pregnant, what’s wrong with me???’…haaaa, dh mula la saspek yg bukan2….cyst la, ovary infection la….haihhh…

Few days after that…on 14th May 2012….ci decided to test using digital pregnancy test…the one yg tulis pregnant or not pregnant tu…

Here’s the result…….







Never thought in a millon years, ci diberi anugerah utk mengandung lagi sekali…utk kali ketiga dalam hidup ci…..super happy….

Tapi…..

Notice number 1-2 kat stick tu? Itu bgtau yg date conception 1-2 weeks…so kalo kiraan doctor, bru 3-4 minggu baby ci…awalllll sgttt lg….

Ci pun bawak stick ni tunjuk kat doctor ptg yg sama (sbb screen dia maintained tulisan tu 24 hours aje)…Doc kata ‘hmmmm…kita scan la…kalo tak nmpak pape, kita buat test lg skali’

Dup dap dup dap Allah sj yang tahu….

Waktu scan, kantung baby dh ada…tp baby xnmpak pape….ada mcm bnda kecik, tp doc takleh nak pastikan…..so, doctor mintak ci wat test urine lg skali….

The result was double line….still samar, tapi agak clear dr yg memula….

Soklan yg ci tnya doctor ‘Am I still pregnant doc?’ Her answer ‘50/50’ *sigh*

Hmm….ci start makan folic asid n b complex….jaga makan…jaga kesihatan…and live like usual….tanak terlalu mengharap, yet, tanak terlalu free sgt… ;)

Jika ada rezeki ci, dah tertulis….ci tawakal dan redha….

If rezeki ci utk anak ke -3….Alhamdulillah……Tiya, u’re a big sister la….. ;)

Sunday, May 13, 2012

The Toughest Job... ;-)

Seronok tgk fb updates seharian nih...kwn2 dpt bunga, dpt hadiah, dpt kad, surprise this n that...terharu yet tumpang happy...i heard yg hari ibu ni xleh celeb sbb meraikan hari kristian (forgot the details)...but hey, we just need a day to celeb the greatness of the toughest job in the world- to b a Mother.... ;-)


Reminding me of my own self...ibu kpd dua org baby yg masih sgt sgt clingy dgn ci siang n mlm...it wasnt an easy job actually...so nk bg credit ckit kt diri sndiri...sbb membesarkan anak2 jauhhhhh dr any support system (families)... ;-)


I gave up rest time...tido yg nyenyak dh jd mcm mustahil...no more outing ke tempat2 yg menyeronokkan tp bkn baby frenly...gave up heels, fancy outfit (skrg pkai baju yg senang nk nyusu ajee)...selalunya akan mkn apa yg anak2 mkn...n no rest after long hours of works....the list is longer but just nk bgtau the situation... :-P


Walau apa punnnn kesusahan yg srg ibu harus lalui...ini yg ci impikan sejak kecik...i want to be a mother....walaupun dlm hari2 teenagers ci yg penuh dgn ketidakpastian, satu shj yg ci pasti, ci nak jd srg ibu....ci even belum boleh bayang siapa suami ci time tu, tp ci dh bayangkan diri ci dukung bayi, main dgn anak2...huhuhu....partly maybe sbb ci anak bongsu, so ci xdak privilege utk jaga adik, sbb tu tingin sangat nak anak sendiri...i just love to b a mother...i need to b one.... ;-)


Here i am today... A strungling mother of two...ibu yg sentiasa paranoid bila apa2 jd kat anak2...yg cepat marah yet cepat pujuk balik...yg akan sentiasa jd tempat utk dipeluk bila majuk...wajah yg terakhir yg anak2 tgk bila nak tido, wajah yg pertama drg tgk bila bangun.... :-)


Ci mula menghargai jasa mak lebihhh bila ci sndiri dah jd mak....dr saat mengandung smpai lah melahirkan....membesar dan mendidik...was not an easy job indeed....


Ci doa, dgn rahmat dan nikmat yg Allah kurniakan kpd ci...dgn amanah yg Allah beri...ci doa utk jadi ibu yg terbaik kpd anak2...supaya bila mereka besar, mereka akan igt dan faham dan kenal siapa ibu di mata mereka.... ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, September 20, 2011

Sebenarnya skrg pukul berapa....???

*entry yg sgt berkaitan dgn lost track of time... ;p

Minggu ni merupakan minggu yang agak menjerihkan. Last week dh ada midterm utk MAF, minggu ni midterm utk Stats. Byknya assignments kena buat, Tuhan sj yang tahu.... ;p

No no no, ci tak merungut or anything, just nak meluahkan perasaan letih + mengantuk ci di blog. Memang dh boleh agak benda ni akan jadi, so, konon dh mcm well prepared, which is NOT! ci takk prepare langsungggg... ;(

Nak di jadikan cerita, jam rumah ci rosak (jam dinding)...ci ganti dgn jam comel yg selalu ci letak kat dapur, letak kat dinding kat ruang tamu; pon magically rosak jugak (or habis battery- so tak sure ;p)...ci just ada jam kat handphone, jam hubby and jam tv aje kalo nk check on time...

Penat tak penatnya minggu ni, buat hidup ci sedikit huru-hara...sampai umah dlm pukul 7, solat mandi makan, layan anak2, sembang sepatah dua dgn suami, bf kan tiya, tidokan ayit....selalunya dgn cici sekali yg zzzz...tapi mcm semalam, hubby ci kejut; dia wat kerja n ci akan study smpai kol 4pg...Alhamdulillah, ci still okey, leh maintain momentum kerja n belajar...cuma kena lebih byk catch up- dh byk chapter tertinggal ke belakang...fuh3....

Oh yes, berbalik cerita jam, so kami practically jam-less la for over a month. tatau nape tak pergi beli. bukan nya tak kua umah, tapi bila smpai shopping complex/kedai, mesti lupa jam (tp bnda lain semangat sgt nak igt...huhuhu) ;p

Bila pagi2, dh kelam kabut nak kua umah, bila salah srg anak membuang (yg besarrr), yg srg lg cranky nak mintak dukung, ci automatiknya kna separa jerit kt hubby 'abgggg, dh pukul brapa sbenarnyaaaa nihhhh?'

hahahahaha.....

Unfortunately, penyakit jam rosak dh merebak ke opis ci. Jam besar kat opis dh rosak, setengah jam ke belakang. Kita leh lenggang kangkung wat kerja, skali tgk jam handphone dh lewat. Masakkk!!!! Kerjaaa xsiappp.....huhuhuhu....

I need a clock...a huge one....the one yg kua burung choo-choo tuh....senang ckit bgn pagi buta nak study...huhuhuhu.... ;p



still fully bf tiya......i dont care if ada people tegur bdn ci dh slim melampau sbb ci asyik pump n bf tiya...i dont mind...what i DO mind is, if tiya minum susu yg bukan susu ci, just because ci nak maintain bdn chantekkk...haishhh, soo not fair......


My babies....drg sgt pandai main sama2...kkdg2, kami ibu abah jenguk aje apa drg main dr dapur...ntah apa yg lawak sgt, tergelak2 dua adik beradik nih.... ;p

the most manja...the most clingy...the most jambu... ;p

Sunday, September 18, 2011

How Romantic.... ;)

Cici, hubby n anak2 were at Thaqwa just now...last resort of having dinner, since smua kedai yg kami suka tutup, or ramai org sgt...dh anak dua ni, kecik dan lasak, port nak makan pon kna pilih dgn bijak. Kena berbumbung, kna ada air-con, kna ada baby chair, kna tu kna ni...huhuhu...

Okey, sambung cerita....ada family belakang meja kami. Anak2 dh besar panjang. Mak n ayah duduk sblah2. What's cute is, si ayah peluk bahu si mak; sambil sembang dgn anak2....howwww sweet..... ;p

The truth is, ci membesar dgn ayah yg sgt malu nak beromantik dgn mak. Ci jd pelik dan hairan dan teruja tgk kalo parents lain act sgt sweet mcm tu.

Teringat kawan ci cerita parents dia sgt manja cth kalo mlm2 dia sembang lama sgt dgn mak dia, nnti ayah dia dtg 'mak nya, cepat la masuk tido. Ayah takut tido srg'...my jaw droppped...hahaha...parents dia mmg dh biasa gurau senda depan anak2...anak2 pon dh lali tgk...so dgn automatiknya, marriage anak2 pon jd super romantik mcm tu jugak....

How cute.... ;)

I wish my marriage wud b that romantic bila anak2 dh besar...as for now, duduk sebelah2 gesel2 bahu adalah sesuatu yg mustahil bila ada 2 anak kecik yg srg kna pegang dlm babychair takut dia melompat turun dan srg lg kna kejar keliling kedai makan just to feed him roti canai....fhewww... ;p

Tuesday, August 23, 2011

My preparation for Hari Raya... ;)

Ci ada dateline utk kerja2 ci kat office, ci ada assignment yg perlu ci siapkan dan hantar, ci ada replacement test yg ci kena amik (ci ponteng last kelas sbb nak balik kampong suami), ci ada bykkkk brg nak pack utk hari raya, ci ada kuih yg ci teringin nak buat, ci ada tuuu, ci ada niii….ci ada bykkkk benda, smua menuntut keberadaan cici….dan semuanya utk duniawi….

Ci pernah terbaca yg sepatutnya di hujung Ramadhan, kita digalakkan ambil cuti, penuhkan masa dgn ibadat kepada Allah….dekatkan diri dgn Allah…perbaiki hubungan dgn Allah….Allah dah jemput kita utk meraikan bulan yg penuh keampunan, tp berapa ramai drpd kita yg merebut peluang tu…berapa ramai drpd kita yang berubah, sekurang-kurangnya ada sedikit peningkatan…tp tu la kan, hujung2 Ramadhan ni la kerja nak bertimbun pun....kelas pon longgok smua time bulan puasa sbb nak bg laluan utk raya....kan?

Adik trainee ci pernah cerita, keadaan dia terjumpa srg staff uia dlm toilet lelaki, tgh smoking di bulan puasa. Ramai jugak keluar masuk dlm toilet tu. Masing2 smua cuma senyum dan sengih2….dia jd sedih…sbb sepatutnya dlm institusi yg penuh keagamaan, berlandaskan Islam, benda2 basic seperti solat 5 waktu dan puasa hanyalah perkara yg sudah perlu ada dlm hati dan dlm iman. Benda2 spt ni bukan boleh disuruh, diajar…masing2 dh besar…dh boleh fikir…dh boleh fikir ke mana sebenarnya hala tuju kita…bukan tetap di dunia ni pon….isk3….

Preparation utk hari raya, kuih raya dh checked dengan mak mertua ci….duit raya dah tukar….baju anak2 utk jalan dh beli….baju suami dah…baju kurung ci n tiya aje yg sedih….tak siappppp…waaaaa….sayunya la hai…punya la semangat nak sambut berdondon dgn dia….ish3….

Takpe lah....ci anggap bnda ni small matter...leh aje beli baju readymade murah2 kat KL or Kedah kan....(kalau lah ada...) Apa yg penting, pengisian hari raya, jmpa sanak saudara, menyambung silaturrahim yg dh lama terpisah... ;)

Selamat hari raya smua...maaf zahir dan batin dr cici dan family....kalo ada tersalah tulis dan sebagainya, harap di halalkan ye..... ;)

Sunday, August 14, 2011

Hanin Apparel....

Tweet tweet people...Calling all mommies....there's a new blogshop in town offering nursing wears and baju kurung for babies....seswai utk persiapan hari raya.... ;)

Syukur Alhamdulillah, ci di jemput oleh my fren Syikin untuk memperagakan nursing wear for her line. Personal review, baju-baju dia sgt praktikal utk ibu menyusu...tak ketat....bukaan yg senang...kain yg sedap...corak yg rare....design yg hype...sgt puas hati kalo nak membeli..... ;)

Banyak pulak ci komen ye....okey ladies...please visit Hanin Apparel.... ;)

Thursday, August 11, 2011

Lost track of Time....

As-salam readers....

yup...i knowww i knowww...dh bersawang.....dh berderet sbnarnya entry, cuba tak publish aje sbb bila sekerat jalan, ci dh lupa cerita pstu tinggal cmtuuu ajeee.....huhuhu....

Hari ni hari ke-12 Ramadhan....selamat berpuasa bg semua.... ;)

Yup, ni kali kedua, Alhamdulillah, ci merasa berpuasa smbil menyusu...baby ci Tiya dh pon 10 bulan genap arini (12/8/2011)...so far susu okey....tak lelebeyyy...tak kurang...ci try set mind yg puasa ni tak effect pape pun kat susu...yup, the facts is dehydration yg akan effectkan susu, bukan berpuasa....good sahur will do wonderssss (nasi, kurma, susu, oat cthnya)...ada la sekali dua ci tertinggal sahur, tapi Alhamdulillah, susu still okey..... ;)

Sejak ci enrolled bachelor degree kat IIUM ni, masa ci jd kelam-kabut....kenkawan ci leh balik umah mandi trus study...ci lak balik umah main dgn anak tidokan anak, bru leh bukak buku...by that time dh kol 12 am, ci pon dh mamai, esok dh la nak keja...sudahnya, baca buku bila esok nak test...i knowwww, sgt tak smart kan.....hmmm...badan lum leh adapt kot...beberapa occasion dh BP ci kejap naik, kejap rendah sgt...stress keja, blaja agi, uruskan umah tangga....hectic....serabut.....

Alhamdulillah, ci ada hubby yg rajin...dia tlg bila dia sempat nak tolong....kalo ci bgtau ci ada exam, dia akan usaha uruskan anak2 (kalo tak ci ugut nk benti blaja)...hahaha...kidding.....

Mak mertua ci dh banyak kali kol tnya balik tak...n jawapan yg sama yg terpaksa ci bagi 'ampun mak, ci ada kelas'....hmmm...beratnya hati, tapi tu la hakikatnya.....

However pun, ci dapat gak meloloskan diri ke Nurse-in KLCC last week....picture courtesy of Amrina Aziz....she is indeed my bf friend....love meeting mommies....love meeting new friends....love meeting all cute babies..... ;)




And yes, lagi sekali ci terpilih utk jadi emcee for the Visit from Indonesia...tak reti cakap indonesia, ci bantai cakap omputih tru out the event...hehehehe.... ;p

Must prepare myself for the mid-term lak....fhew! Doakan ci ye semua.... ;)

Monday, July 4, 2011

Label Yourself.... ;)

Situasi yg selalu ci hadapi kalo ada org tegur ci/org lain...pastu org lain/cici akan tanya org lain pulak, 'eh, akak tu saper yeh?' pastu that org lain akan cakap 'Ala, akak sekian sekian, yg ada affair dgn sekian sekian dan sekian sekian...' hahahaha...wrong choice of example kan...tp it happened. Banyak kali ci dpt label, dan mcm2 label yg ci dpt....ada yg baik, ada yg mcm 'aik?', ada yg kelakar....

Pernah sekali ci call one ext., nak cakap dgn one guy ni, bila ci perkenalkan nama ci, dia mcm diam lama n jawab 'Cici? hmmmm....owhhhhh, that lady yg suka pakai jubah with boots yeh?' Puzzled kejap then ci jawab 'Aah'.....hahahaha...tetiba lak dpt label lady in jubah with boots.....bukan sbb hari2 ci pakai mcm tu, tp sbb tiap kali ci terjumpa dia, ci akan terpakaiii mcm tu...what to do??? hahahaha.... ;p

Way back waktu sekolah dulu, bila org cakap cici, org akan tahu ci yg mana....'Owhhh, cici yg tinggi tu kan.....' tak pun 'Owhhh, cici yg penari tu kan' tp kkdg2 'Owhhh, cici awek sekian2" tu kan, padah berpakwekan org yg sgt fames...haih....ehhh, tu kisah lama laaaa......hehehe....

Bila ci dh kawen, n dah dapat ayit, ci dpt satu label antara cikgu2 nursery ayit....'Cici yg ada byk susu dlm peti ais nursery' (ayit dulu minum 9 botol, so kkdg ci bwk 10-11 botol sehari) wahhh, sgt bangga dpt title tu...tp sgt pressure jugak sbb kna maintain label tu smpai la ayit besar....eh, itu salah satu cabang nk mempromosikan susuibu kan, tru example....kalo kita tunjuk contoh yg baik, Insyaallah org lain akan ikut.... ;)

Bila ci mengandungkan tiya, antara label yg ci dapat:

  • Cici yg mengandung tiap2 tahun (ok2, ci admit) ;p
  • Cici yg ulang-alik seremban-kl tiap2 hari (smpai ada srg adik ni mintak no bus kat cici, sbb dia pon akan ulang-alik mcm ci jugak elpas dia kawen; i just wish her luck, sbb sgt mencabarrr okeyyyyy ulang-alik mcm ni...esp. when u're pregnen)
  • Cici yg dulu czer, pastu mengandung lg, b4 jarak 2thn (ci lg prefer label 'cici yg berjaya VBAC-vaginal birth after ceasarian...hehehehe)
Then comes label yg 'cici ni model', 'cici yg pnh masuk majalah' (sekali dua jer kotttt.... ;p )....haaaaa, kan sedap label 'cici yg fully bf anak dia' or 'cici si aktivis susuibu'

Apa2 pun, label dr cici untuk diri ci sendiri ialah:

Cici isteri kpd en ery yg ada anak dua org; yg fully bf anak 2nd nya dan yg selalu struggle nak bgn pagi sbb dh tidur lewat baca buku text dalam usaha mendapat degree nya.

Enough said.....

What's ur label? ;)

Monday, June 13, 2011

Ibu....as a student...again.... ;)


Last Saturday, marked an important date for cici and family. The day cici daftar sebagai student Executive Bachelor for Business Management (EBBM) kat UIA….dh la staff uia kan, nk jd student uia gak….mcm tamakkk aje…hehehe…takkkk, ci cari peluang yg takan golek2 depan ci…

Dah tua? Malu?

Memula, mmg ci rasa ci dh agak berkarat kalo nk mula balik hidup as a student. Tambahan lak part time. Tmbahan lak dh bersuami. Tambahan pulak dh anak dua. Fuh3…sebulan ci perap borang pendaftaran ci…sbb ci kna betul betul betulllll fikir; adakah ci sanggup utk menghadapi hidup yg di luar norma harian selama 4 tahun setengah nih…..

Nevertheless, ci isi jugak…boss ci approved, suami ci restukan, family ci galakkan, kawan2 rapat ci bg sokongan, dunia fb ci tahniahkan usaha ci…itu aje lah yg ci perlukan buat masa ini….kan?

Nope…..ci ada banyakkkkk dugaan right after ci terima surat tawaran.

Firstly pasal yuran ci...problem datang bila one day before pendaftaran, ci diberitahu kena bayar rm910 instead of only rm100 (sbb ci akan wat epf withdrawal)…tak kelam kabut ci nak mencarik? Huhuhuhu….tp, Alhamdulillah, Allah permudahkan. Ci berjaya jugak utk daftar.

Secondly pasal anak-anak. Haaaaa, yang ni ci sgt lemah. Bab tatau nk hantar anak sbb kelas ci di minggu pertama dan ketiga bersamaan dgn hari nursery biasa tutup wat ci rasa tak senang duduk. Merata ci tanya, minta tolong kawan2 carikan nursery or pengasuh. Allah Maha Mengasihani, instead of dpt pengasuh, supervisor nursery uia sndiri yg willing utk tolong jaga anak ci. Wahhhhh, sgt sgt happy. Bayangkan lah ci leh skip bab kena crita pasai ebm, pasai perangai anak2; sbb kakak ni mmg tahu pasal kanak2; tu kan normal kerja harian dia. I am blessed. Alhamdulillah. syukur ci ada kawan-kawan yg sudi membantu.......

Okey, cerita psal hari pendaftaran, waktu keluar dr kereta, ci dh rasa semacam. Malu, rendah diri, smua ada…yup, kawan2 ci smua dh maju ke hadapan, ada yg dh jd sumbody…ramai dh berdegree, ada yg master, ada yg phd, ada yg doctor…smua ada….and here I am, still tak genggam apa2 dalam tangan (educationally).

Waktu ci sampai ke lobi, tempat pendaftaran, I was stunned. Seriously, smua lapisan umur ada. Muda drpd ci, sebaya ci, lebih berumur dr ci. Ada kakak2 senior yg ci kenal pun, yg ci rasa drg tinggal lg sedikit tahun sebelum pencen; pun semangat nk belajar. Again, I feel blessed. Sekurang-kurangnya, ci tahu ci di path yg betul, walaupun sedikit lambat dr org lain.

Tapi, ci tau jugak yg ci kena berkorban selama 4 tahun lebey ni. kelas takleh ponteng, takleh fail, kna betul2 jaga...

Ci doakan yg terbaik, smua utk diri ci, family dan anak2 jugak.....Insyaallah... ;)