12 October 2014 aritu birthday anak dara ci yang ke 4 tahun. Dah besar la kakak! Baru je rasa dia duk potpet2 bahasa alien dia sambil menyusu, sekali dah 4 tahun dah. huhu.
Subhanallah.
Betapa ci bersyukur kepada Allah kerana anugerah Allah ni besar sungguh rahmat-Nya. Kakak seorang anak yg sangat baik, tak pernah melawan, tak pernah tinggi suara kat ibu abah, kalau dia sedih pun dia nangis sorang2 je minta org pujuk dia. Kakak jarang merebut mainan dgn adik, dia sangat bertolak-ansur, even kalau adik (atau Along!) menangis, dia akan pergi peluk, pujuk, tolong tenangkan. Kalau dia nampak ibu atau abah mcm serius skit, dia akan tanya 'nape ibu?' :)
Bila bawak kakak menziarah rumah org, kenduri kakak jarang meragam, kalau ada benda yg tak kena, boleh nampak muka dia cuba sorok. Kalau pergi kedai, shopping complex, kakak sgt jarang minta mainan. Dia kata nak, bila ibu kata tak payah, dia akan turut sahaja. Takde drama involved! hihihi. Ni bukan compare dgn budak lain, ni compare dgn long dia sendiri. huhuhu.
Takde lain yg ibu mintak, melainkan kebahagiaan kakak dunia dan akhirat :)
demi Allah, ibu sayang kakak. :)