Pages

klik klik

I love KIM.... :)

I love KIM.... :)
Showing posts with label buku kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label buku kanak-kanak. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

Book Review: Siapa Alien? by Wardina Safiyyah

Assalammualaikum lovelies!

Semalam waktu Cici tgh discuss dgn kawan blogger ttg mcm mana nak keep momentum dalam menulis, bertukar pendapat, kami agreed yang kami kena betul2 pilih perkara yg sentiasa excite us more than anything. Bagi kawan ci, dia pilih utk menulis pasal resepi yg sihat. bagi Ci, above everything, I love books! So, berbekalkan idea utk mereview buku-buku yang cici suka dan baca, semoga dapat beri manfaat kepada parents lain yg mencari buku utk diri sendiri dan anak-anak. 

Bagi yg nak bagi pendapat, nak ci review buku apa, boleh email kat sini ye:
ceritacici@gmail.com

Okey, buku kali ni ialah buku Siapa Alien? by Wardina Safiyyah.



Cici tak beli pun buku ni, ada hamba Allah yg sangat baik hati yg berikan. Terima kasih banyak!

Buku ni cerita pasal alien yg bernama Ali dan Rani dan pengembaraan mereka. Cerita sangat sangat simple, sesimple kalau kita cerita dgn sehela nafas pun boleh setel. hihi. Tapi Wardina dh sediakan guide utk ibu bapa, bagaimana nak baca buku utk anak-anak. setiap ayat, perlu elaborate, dan bagus jika disusuli dgn soalan oleh anak-anak.

Contoh: Rumah Ali ada banyak tingkap tapi tak ada pintu.
Elaborate: Kenapa ye takde pintu? Macam mana nak masuk rumah ye?

Thanx to buku ni, Along dh jatuh cinta dgn sistem solar. 
 Setiap page buka peluang utk anak-anak tanya kenapa kenapa kenapa. Ni bukan setakat tanya, mmg sangkut terus kat page tu. Haha. 

Sebab otak ibu dh berkarat dan ibu nak Along tgk real image, so ke youtube la jawapnya. Ternganga tengok sampai taknak tido. 
Dalam satu malam. Along dh faham kejadian siang malam dan few planets dlm solar system. Dia dh faham kenapa planet yg itu tak sesuai utk manusia, kenapa planet yg ini org xleh tinggal.

Buku tu tak sempat habis, sebab dh pukul 11, Along kena tidur awal sbb esok nak pg tadika. Terus masuk bilik tido peluk buku. heee.

Mmg memenatkan ye ibu, nak explain in the simplest way, tp all worth it bila anak kata 'Hebatnya Allah'. 


Bagi yg bertanya, Ciciyayashop tak jual buku Siapa Alien tu. Tapi boleh beli di main bookstore, Insyaallah, senang jumpa. 


Go and get a copy tau! Highly recommended. 

"Tidak harus ada lg istilah 'Diamlah' 'Jangan banyak tanya'. Anak yg banyak tanya adalah anak yg bijak. Berbuallah dgn anak, bertanyakan soalan kepada mereka, melatih minda mereka utk berfikir setiap hari. Di dalam kereta, sebelum tidur, bukan sekali sekala shj. Setiap hari perlu ada perbualan yg bermakna, jujur dan ceria antara ibu bapa dan anak2. "
-Wardina Safiyyah-


Buku keluaran Telaga Biru
Ilustrasi by Uneh
30 m/s
isbn 978-967-5102-94-3

harga utk semenanjung RM19
sabah/sarawak RM21




Until then, Assalammualikum! :)




















Sunday, March 30, 2014

Memilih buku untuk anak-anak.


Salam semua.

Excited sangat nak tulis on this topic. Ci rasa semua orang yang kenal ci tahu ci suka buku. Ci sukaaaaa beli buku utk anak-anak. Banyak duit habis kat buku, instead of baju-baju untuk anak. Bagi ci, ilmu pengetahuan ialah baju yg terbaik utk diri. Wahhh, gituuu. 
So, sebagai ibu yang ulat buku, ci harap, nak turunkan sedikit keulatbukuan itu, kepada anak2 ci yang sedang membesar ini.
So, yes, buku macam mana yang nak beli?

Main beli sebab cover comel ke? Sebab ada pengajaran ke?

Selalu kan, ci tgk kat kedai buku, ibu abah akan bagi anak2 pilih buku yang drg nak, pastu bila few minutes, ‘Dah ke? Nak yg mana?letak kat kaunter, abah bayar’…
Kalau anak dh besar, dh sekolah, dah pandai baca, okey la. Boleh bg kelonggaran, bg dia pilih buku ikut interest dia. Kalau anak2 kecil?
Ci senaraikan kat bawah ye, cara Cici pilih buku utk anak2 ci.


    Anak masih baby


Jika si manja kita masih baby, ci biasanya beli buku yg bergambar shj. Takde tulis apa2. Ibu akan guna imaginasi, kreativiti sendiri utk bina cerita. Ci sukaaa buku mcm ni sebab, kita tak tersangkut dekat cerita biasa. Kita boleh cerita macam2, based on picture. Waktu ni juga, anak2 lg faham bahasa seharian kita, drpd bahasa buku.
Ibu boleh guna intonasi suara yg lain, untuk bina karakter. Guna bahasa mudah, simple, ringkas.
*utk umur sebegini, jika ingin terapkan cintakan Al-Quran, baca sambil riba dia. Tak mengapa kalau dia meronta nak main/nak lari2. Sekurang2 nya dia kan dengar. Dan jadikan kebiasaan. Anak2 kecil suka perkara yg bagi dia kebiasaan atau rutin. 


      Anak sudah besar (3-5)


Dah boleh belikan buku yang bertulis. Kalau ikut ci, ci mmg akan beli buku yang drg suka. Mcm anak sulung ci, suka dinosaur. So, ci beli buku yang ada dinosaur. Yang anak 2nd ci suka buku yang ada watak umur macam dia.
Tapiiii…please please please ibu….sebelum bayar, sila buka dan baca dulu. Kalau berplastik, mintak adik kedai bukak kan.
Satu, sebab nak tgk dalm buku tu takde cerita yg mengarut. Oh, byk buku cerita merepek2 kalau dr oversea. Tgk jalan cerita dia. Selalunya buku kanak2 ada few pages saja, so ibu boleh glance through. Tgk apa moral of the story.
Haaaa…time ni la nak grap attention anak2. Okey, cth, kita nak anak2 tlg kemas toys lepas main, cari buku yg ada cerita2 mcm tu. Ada bykkkk!!!
Pastu, time ni mmg anak2 suka kalau buku2 psl nabi, pasal Rasul, Cuma again, pilih buku yg bersesuaian.
Cara pilih buku tak boring?
Pilih buku yang tulisan penceritaannya berirama.
Ada rhyme.
Kita nak baca pun sedap dan seronok di dengar.
Boleh boleh? :)



One thing for sure, kalau nak anak2 rajin baca buku, belek buku, kita kena rajin baca buku.
Bila anak2 tgk kita berkepit dgn buku, Insyaallah dia akan ikut.
Tutup tv, sorok ipad segala.
Longgokkan buku depan dia, dan bg dia pilih.
Bila dh bukak buku, imaginasi dia akan berkembang berkembang berkembang…!


*pic ihsan en google


Selamat membaca ibu-ibu semua! :) 


# Untuk melegakan batuk, selsema, kembung perut anak anda, hanya sapu Tropika Herbal Cream, boleh dapatkan di Ciciyaya Shop