Terdapat sebuah kajian di universiti awam tentang teknik humblebrag seorang tokoh perniagaan merangkap instafamous/influencer. Berikut adalah hasil rumusan yang dibuat oleh ChatGPT tentang kajian humblebrag tersebut.
Memaparkan catatan dengan label Psikologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Psikologi. Papar semua catatan
Isnin, 4 November 2024
Jumaat, 16 Julai 2021
0 Kehidupan kita bukan penanda aras orang lain
Tukang Merepek:
Prince of Noob
1. Kadang-kadang bila kita baca berita atau isu semasa tentang kes buli, stress, depresi, kemiskinan, perkauman, masalah rumahtangga dan sebagainya, kita biasa jumpa komen macam;
"Betul ke ni? Aku tak pernah kena pun macam tu"
"Mana ada macam tu. Kawan-kawan aku semua ok je takde pun rasis"
"Aku kena relaks je, orang lain je manja, lembik sangat"
"Baru kena sikit dah down. Aku buat boleh je"
"Aku pun susah juga tapi tak angkat bendera putih pun"
"Masa aku dulu lagi teruk tapi aku OK je"
Jumaat, 5 Julai 2019
3 Penderaan mental dan fizikal dalam hubungan toksik
Tukang Merepek:
Prince of Noob
1. Penderaan atau abuse dalam hubungan ini memang biasa berlaku di dalam masyarakat kita dan juga di mana-mana sekalipun. Penderaan boleh berlaku dalam bentuk penderaan fizikal dan juga penderaan mental/emosi.
2. Biasanya orang yang mendera ini orang yang dominan dalam suatu hubungan. Lelaki atau perempuan, kedua-dua boleh jadi mangsa dera dan juga pemangsa, cuma kebiasaannya orang lelaki yang lebih banyak jadi pemangsa kerana kelebihan lelaki dari sudut kekuatan fizikal serta hierarki kekeluargaan.
2. Biasanya orang yang mendera ini orang yang dominan dalam suatu hubungan. Lelaki atau perempuan, kedua-dua boleh jadi mangsa dera dan juga pemangsa, cuma kebiasaannya orang lelaki yang lebih banyak jadi pemangsa kerana kelebihan lelaki dari sudut kekuatan fizikal serta hierarki kekeluargaan.
Khamis, 13 September 2018
6 Elak cari pasangan toksik, psiko dan penting diri
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Lumrah dalam hidup ini kita tak kira lelaki atau perempuan, mahu bercinta dan cari pasangan hidup. Walaupun mencari pasangan itu bukanlah mudah, lebih-lebih nak dapat pasangan yang benar-benar boleh memahami dan menerima diri kita, namun amat penting untuk kita elakkan dari memperoleh pasangan yang toksik dan pentingkan diri.
Isnin, 12 Mac 2018
8 10 salah faham terhadap bidang Psikologi
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Bila sebut belajar jurusan Psikologi, aku berani jamin, mesti akan
berlaku salah faham daripada orang biasa. Dah 5 tahun sejak aku ceburkan
diri dalam Psikologi, aku dah hafal dah skrip-skrip misunderstand pasal
course ini haha. Tanyalah pada mana-mana pelajar Psikologi, mesti akan akui perkara yang sama. Maklumat untuk korang yang minat bidang ini.
Selasa, 26 September 2017
0 Narsisistik: Merasa kagum terhadap diri sendiri
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Narsisistik.
Narsisistik atau narcissistic adalah sejenis gangguan/kecelaruan personaliti atau personality disorder di mana seseorang itu cenderung untuk memuja, obses atau mengagumi diri sendiri secara berlebihan. Orang yang mempunyai personaliti ini sentiasa mahu orang lain rasa kagum dengan dirinya, merasakan dirinya jauh lebih penting dari orang lain, sentiasa merasakan dirinya betul, sentiasa mahu menang dan tidak mahu mengakui kekalahan dalam apa jua perseteruan serta memiliki daya empati yang rendah terhadap orang lain. Dia merasakan dunia ini hanya berkisarkan tentang dirinya semata-mata.
Narsisistik atau narcissistic adalah sejenis gangguan/kecelaruan personaliti atau personality disorder
Isnin, 15 Ogos 2016
4 Manusia cenderung untuk memilih yang di tengah
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Aku pernah terbaca ada satu kajian yang mengatakan manusia cenderung untuk memilih sesuatu yang berada di tengah. Dalam kajian tersebut, penyelidik ini menunjukkan 5 gambar yang disusun secara mendatar dalam satu barisan yang mengandungi objek yang sama dan meminta peserta memilih gambar mana yang mereka lebih suka. Hasil kajian menunjukkan bahawa ramai peserta cenderung untuk memilih gambar yang terletak di tengah berbanding yang berada di tepi sekali. Fenomena psikologi ini dipanggil "Centre-Stage Effect".
Disebabkan aku rasa tertarik dan berminat dengan hal ini, maka aku mahu cuba sendiri untuk membuat ujikaji ini di media sosial. Pertama sekali aku tunjukkan 3 keping gambar kucing yang sama dan meminta orang memilih salah satu dari 3 gambar ini. Aku tidak beritahu pun yang gambar ketiga-tiga ini sebenarnya semuanya sama sahaja, tiada langsung sebarang perbezaan dari segi warna, kecerahan, contrast dan ketajaman.
Disebabkan aku rasa tertarik dan berminat dengan hal ini, maka aku mahu cuba sendiri untuk membuat ujikaji ini di media sosial. Pertama sekali aku tunjukkan 3 keping gambar kucing yang sama dan meminta orang memilih salah satu dari 3 gambar ini. Aku tidak beritahu pun yang gambar ketiga-tiga ini sebenarnya semuanya sama sahaja, tiada langsung sebarang perbezaan dari segi warna, kecerahan, contrast dan ketajaman.
Isnin, 12 Oktober 2015
1 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Part 2
Tukang Merepek:
Tanpa Nama
Cerita 2 - Tak Boleh Masa Mengandung.(?)
Kegembiraan Roy ketika Liza, isterinya mengandung nampak ketara. Pergi ofis asyik senyum meleret.
Ya, setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkan zuriat, Allah kurniakan rezeki.
Trimester Pertama- Senyum meleret-leret. Berterusan sampai minggu ke -25
Cerita Benar bermula selepas 30 minggu....
Kegembiraan Roy ketika Liza, isterinya mengandung nampak ketara. Pergi ofis asyik senyum meleret.
Ya, setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkan zuriat, Allah kurniakan rezeki.
Trimester Pertama- Senyum meleret-leret. Berterusan sampai minggu ke -25
Cerita Benar bermula selepas 30 minggu....
Jumaat, 31 Oktober 2014
19 Kerja Berpasukan Kunci Kejayaan
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Pepatah ada mengatakan, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah gambaran yang dapat aku lihat menerusi foto di bawah. Badan kerengga yang 100 kali lebih kecil berbanding badan kumbang mampu diangkat dan dibawa menerusi tali penyidai pakaian. Semuanya atas usaha kerjasama sebuah pasukan. Bayangkan jika tidak ada kerja berpasukan, mampukah kumbang ini diangkat oleh seekor kerengga? Oh pastinya tidak!
Selasa, 7 Oktober 2014
22 Masa itu penyembuh segala luka
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Setiap manusia pasti akan mengalami perubahan dalam hidupnya samada perubahan yang positif mahupun negatif. Kebiasaannya perubahan positif biasa diterima dalam hidup, namun perubahan negatif amat sukar untuk diterima. Antara perubahan negatif yang biasa berlaku adalah kegagalan, kemalangan, kematian, putus cinta, penceraian, kenaikan harga minyak dan barang dan sebagainya. Manusia akan melalui beberapa fasa tindak balas emosi apabila berhadapan perubahan negatif yang sejajar dengan masa yang akhirnya manusia akan dapat menerima juga perubahan tersebut. Sebab itu ada ungkapan, "Time heals all wounds" atau "Masa itu penyembuh segala luka".
Jumaat, 19 September 2014
20 Perlu teman untuk menjadi lebih yakin dan berani
Tukang Merepek:
Prince of Noob
Hani seorang yang bijak namun mempunyai ego yang tinggi. Gurunya, cikgu Suraya cuba menguji Hani dengan membuat social experiment atau ujikaji sosial terhadap beliau. Di dalam kelas, dia bertanya kepada Hani apakah ibu negara bagi Malaysia, dan Hani dengan yakinnya menjawab Kuala Lumpur. Seterusnya cikgu Suraya bertanyakan lagi kepada 10 orang pelajar yang lain yang mana semuanya telah berpakat dengan Cikgu Suraya, mereka menjawab Putrajaya. Kemudiannya Cikgu Suraya bertanyakan semula kepada Hani, dan Hani mula hilang keyakinan dan meragui jawapan asalnya, lalu dia menukar jawapannya kepada Putrajaya, sedangkan jawapan asalnya adalah jawapan yang betul.
Jumaat, 6 Jun 2014
18 Diagram Venn bagi hubungan sesama manusia
Tukang Merepek:
Psychic Zero
Perhubungan antara manusia adalah sesuatu yang unik. Mempelajari dan mengenalpasti sifat dan sikap manusia dalam sesebuah hubungan adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji dan didalami agar kita menjadi insan yang lebih memahami personaliti manusia dan menghargai perhubungan sesama manusia. Hubungan sesama manusia boleh terbentuk dalam pelbagai ragam seperti hubungan di kalangan orang yang asing, kenalan baru, rakan, sahabat, suami isteri, keluarga dan lain2.
Langgan:
Catatan (Atom)