Memaparkan catatan dengan label Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta. Papar semua catatan

Selasa, 21 Februari 2023

0 Pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi ya amat

1. Ada satu page ni menyenaraikan 9 pekerjaan paling santai tapi gaji tinggi, antaranya Youtuber, artis, ahli sukan, agen hartanah, kerja di Singapura dan sebagainya.

2. Aku tak tau lah dari mana mereka dapat angka purata statistik ni, mungkin dari website luar negara mana entah mereka translate, tapi bagi aku ia sangat misleading.


Khamis, 12 Januari 2023

0 50 Sikap orang yang menjengkelkan

Dalam hidup kita pasti kita pernah berhadapan dengan orang yang kita rasa sangat mengjengkelkan, bersikap jelek atau annoying. Orang yang menjengkelkan memiliki tingkah laku atau sikap yang tidak disukai oleh ramai orang di sekelilingnya.

Beberapa contoh orang yang boleh dianggap menjengkelkan oleh orang lain adalah:


Ahad, 3 April 2022

0 Buasir Otak TV: 10 Juadah Berbuka Puasa Yang Popular di Bulan Ramadhan

Setiap orang pasti ada juadah yang digemari untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kebanyakan juadah ini, mudah untuk dijumpai di kebanyakan bazar Ramadhan di seluruh Malaysia. Jadi, kami akan kongsikan 10 Juadah Berbuka Puasa yang Popular di bulan Ramadhan. Jom tonton animasi ini. 


Sabtu, 26 Mac 2022

0 Sains pada mereka VS Sains yang sebenar-benarnya

Inb4 saintis penipu sains dajjal agenda yahudi.


Jumaat, 25 Mac 2022

0 Buasir Otak TV: 10 Fakta Menarik Tentang Game Roblox

Tahukah anda 10 Fakta Menarik Tentang Game Roblox ini? Jom tonton animasi ini. 


Rabu, 20 Mei 2020

4 Fakta perbandingan sikap Lelaki VS Perempuan

1. Ada satu hari tu aku dengar dalam radio, penyampai radio membahaskan kereta siapa lagi kemas, lelaki atau perempuan.

2. Ada pemanggil telefon cakap lelaki lebih kemas sebab dia tengok kereta ayah dia lebih bersih dari mak dia. Ada yang cakap perempuan lebih kemas sebab kereta dia lebih bersih dari kereta suami dia.

3. Begitu juga bila ada perbahasan tentang siapa lebih sabar, lelaki atau perempuan? Pasti ada yang cakap lelaki, ada juga yang cakap perempuan.



Rabu, 1 Januari 2020

1 Kenapa banyak filem tempatan dapat kutipan rendah?

1. Tahun 2019 sudah pun melabuhkan tirainya. Tahun 2019 adalah tahun yang bertuah dan malang bagi para penggiat filem tempatan. Ada filem yang berjaya meraih jutaan ringgit, namun banyak juga yang kutipannya tidak sampai 100 ribu pun.

2. Tahun 2019 juga tahun yang baik bagi industri animasi tempatan di mana kutipan 3 tertinggi diungguli oleh filem animasi tempatan iaitu Boboiboy Movie 2, Ejen Ali The Movie dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Filem lain yang turut memperoleh jutaan ringgit adalah Sangkar, Misteri Dilaila dan Bikers Kental. Data kutipan bagi beberapa filem seperti Wira dan Pusaka masih belum dikeluarkan FINAS memandangkan ia masih baru dan masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam.



Khamis, 1 Ogos 2019

3 Punca orang tidak suka melancong ke luar negara

Pergi bercuti berjalan-jalan dan melancong lebih-lebih lagi ke luar negara memang menarik. Kita dapat tengok negara orang, kenal adat tradisi dan budaya mereka, dapat belajar cara hidup mereka, dapat merasai makanan mereka, merasai suasana baru yang tidak pernah kita rasa di negara sendiri seperti iklim 4 musim, suhu dan kelembapan yang rendah atau tinggi dan sebagainya.

Namun tidak semua orang suka pergi melancong ke luar negara walaupun ada kemampuan untuk berbuat demikian. Berikut adalah antara faktor kenapa ada orang tidak suka pergi berjalan ke luar negara (termasuk aku):



Rabu, 25 Mei 2016

12 10 sebab aplikasi Telegram lebih hebat dari WhatsApp

Sekarang ini aplikasi WhatsApp Messenger merupakan aplikasi mesej yang paling popular dan paling banyak digunakan di seluruh dunia menggantikan komunikasi mesej SMS. Di Google Play sahaja terdapat 1 billion orang telah pun meng'install' aplikasi ini pada peranti Android mereka. Ini belum termasuk yang menggunakan platform lain seperti IOS, Microsoft dan sebagainya. Antara lain aplikasi mesej yang popular berdasarkan jumlah download di Google Play adalah Facebook Messenger (1 billion), Line (500 juta), WeChat (100 juta) dan Telegram (100 juta).



Rabu, 24 Februari 2016

10 Asal usul makanan Nasi Goreng USA

Tahukah anda yang Nasi Goreng USA itu bukan berasal dari negara Amerika malah tiada dijual pun di negara itu? Yalah, orang US mana nak makan nasi pun. Dah tu dari mana datang nama Nasi Goreng USA tu? Kini segala persoalan anda telah terjawab dengan fakta yang tak berapa penting tentang Nasi Goreng USA ini.


Isnin, 12 Oktober 2015

1 3 Cerita Seks Masyarakat Melayu (25PG) - Part 2

Cerita 2 - Tak Boleh Masa Mengandung.(?)

Kegembiraan Roy ketika Liza, isterinya mengandung nampak ketara. Pergi ofis asyik senyum meleret.
Ya, setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkan zuriat, Allah kurniakan rezeki.

Trimester Pertama- Senyum meleret-leret. Berterusan sampai minggu ke -25

Cerita Benar bermula selepas 30 minggu....



Sabtu, 8 Ogos 2015

19 Susu lembu membentuk akhlak manusia serupa lembu

Viral pula sedutan daripada rancangan bual biacara Fiqh Wanita di TV3 yang menceritakan tentang kebaikan susu ibu. Tidak dinafikan susu ibu manusia atau breast milk atau breastfeeding itu jauh lebih baik untuk bayi berbanding segala jenis susu di dalam dunia ini kerana bukan sahaja ia adalah fitrah alam malah dari segi saintifiknya nutrisi yang dibekalkan adalah jauh lebih berkhasiat berbanding susu2 lain terutama susu kambing dan lembu.

Seperti yang kita tahu, hampir semua kehidupan jenis mamalia termasuk manusia juga, setelah melahirkan anak, ibunya akan menyusukan anak mereka. Kita tak pernah lihat kucing beranak lepas tu anak kucing cari ibu kuda untuk menyusu. Ini fitrah.


Jumaat, 6 Februari 2015

25 Perihal orang Melayu menurut Frank Swettenham

Dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk " The Real Malay". Naskah " Malay Sketches" in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.



Isnin, 3 November 2014

20 Medium Utama dalam Pembentukan Identiti Nasional

Perpaduan dan Integrasi Kaum adalah Medium Utama Pembentukan Identiti Nasional.

Perpaduan kaum adalah medium utama dalam menentukan kestabilan politik, sosial, dan juga ekonomi sesebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik di dalamnya. Persoalan dan perbincangan berkaitan dengan usaha ke arah perpaduan ini telah lama dibahaskan malah belum ada tanda-tanda isu perpaduan ini melihatkan keberhasilannya. Selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Identiti nasional merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah perkauman serta mencapai perpaduan dan integrasi sesama kaum.



Jumaat, 10 Oktober 2014

22 Golongan yang orang Malaysia paling tidak percaya

Dari ahli politik ke doktor, cikgu ke peguam, jurnalis ke professor, polis ke pembaca berita, kakitangan kerajaan ke ahli korporat, golongan manakah yang paling dipercayai oleh kebanyakan orang2 Malaysia dan golongan manakah yang paling kurang dipercayai?



Selasa, 15 Julai 2014

53 Kenapa Israel tidak menyerang Malaysia?

KENAPA ISRAEL TAK MENYERANG MALAYSIA SEDANGKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM?

Ada yang tanya kepada Yahudi, kamu benci Malaysia kerana penduduknya kebanyakannya Islam tetapi mengapa kau tidak memerangi Malaysia? Kenapa kau perangi Gaza? Kemudian dia menjawab kerana rakyat Malaysia permulaan lagi sudah kalah. Aku baru mendirikan McD dan Starbucks sebagai eksperimen ternyata ramai rakyat Malaysia menyukai buatanku lalu untuk apa aku perangi mereka yang lemah itu. Aku perangi Gaza kerana mereka kuat dan tidak mudah terpedaya. Tak dinafikan, ianya fakta. #copy



Rabu, 2 Julai 2014

23 Punca ranking universiti tempatan semakin menurun

Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini di mana tiada universiti tempatan masuk dalam senarai 100 terbaik.

Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik adalah – Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India meningkat kedudukannya apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.


Sabtu, 28 Jun 2014

14 Kenapa Malaysia perlu ada ramai Menteri?

Seorang setiausaha sulit kanan menteri inbox saya memberikan alasan mengapa negara kita perlu mempunyai yang ramai. Pandangan beliau menarik.

Katanya, sebagai penulis saya “perlu membezakan peranan dan tugas menteri di Malaysia dengan negara lain." Di AS misalnya, menteri tidak perlu pergi kenduri, bersalin, bencana, sakit, mati.

Di Malaysia ini, kata sahabat saya itu, 50% beban menteri adalah untuk menyelesaikan masalah di atas. Tanya beliau: “Mengapalah sukar bagi rakyat Malaysia untuk memahami beban dan tugas menteri ini?”

Saya boleh menerima alasan sahabat saya itu, masuk juga akalnya biarpun sipi. Bagaimana pula dengan rakan sekalian?



Ahad, 20 April 2014

22 Tips elak kesesakan lalulintas di lebuhraya

Anda seorang pengguna lebuhraya tegar? Anda menggunakan lebuhraya utama setiap hari untuk pergi dan pulang dari pejabat? Seringkali menghadapi kesesakan lalulintas di lebuhraya? Sentiasa nampak orang lain potong barisan? Selalu rasa stress sehingga terpaksa guna laluan kecemasan? Sakit hati melihat laluan 3 lane menjadi 2 lane disebabkan 1 lane terpaksa ditutup disebabkan kerja2 construction? Selalu rasa macam nak maki pak menteri sebab hari2 terpaksa menempuh jem walaupun anda dah bayar tol? Jangan risau, berikut adalah tips dan cara2 untuk anda mengelakkan kesesakan lalulintas di lebuhraya.



Isnin, 3 Mac 2014

61 Kenapa Malaysia kekal sebagai negara membangun?

Negara kita ni kalau nak kata teruk sangat tu tidaklah. Malah, kalau dibandingkan dengan negara2 dunia ketiga dan negara yang membangun yang lain seperti Zimbabwe, Nigeria, Kenya, Vietnam, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, Bangladesh dan lain2, sebenarnya masih agak boleh dibanggakan. Namun negara kita sudah lama kekal sebagai negara membangun, dan mungkin akan kekal begitu dalam tempoh yang agak lama lagi.