Showing posts with label Tomei Jr. Show all posts
Showing posts with label Tomei Jr. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Selberg?

Ini adalah entry merapu. Sila bertabah.

So semalam, lepas pick up Aqilah dan Zafran dari sekolah masing-masing, aku pun terus la ke dapur nak masak untuk dinner. 

Kemudian, datang la minah salleh sorang ni, dan bertanyakan sesuatu yang amat rare sekali..hiks

Aqilah: Mummy, can I have the Selberg?
Aku: Haa? apa ke bendanya tu? 
Aqilah: Selberg..you know Selberg??? (muka kerut dahi, sambil berpeluk tubuh)
Aku: No..I dont know what Selberg is.. (sambung potong carrot, aku malas nak layan, sebab aku tau dia duk berdiri tepi pintu peti es tu, sebab memang tu habit dia lepas balik sekolah, mesti scan peti es tengok apa yang ada dia leh bedal before dinner, coklat ke, air ke, buah ke, apa sajalah yang boleh makan)
Aqilah: Hmm mummy..I know you know what SELBERG is!
Aku: Apa bendanyaaaaaaaa...selberg! selberg! bukak je la peti ais tu..ish
Aqilah: Well..you know, that thing covered in chocolate? and inside got wafer? (angguk-angguk kepala sambil main mata tengok aku hahaha)
Aku: Oh yang beli semalam kat marks & spenser tu ke?
Aqilah: See I knew you know what selberg is! 
Aku: huh? kenapa panggil selberg? Itu kan coklat wafer, mana ada tulis selberg! 
Aqilah: Selberg la tu..ala mummy ni, itu pun tak tau..
Aku: (Rolling eyes satu kali!!! what the heck la ko merapu ni? aku berkata-kata dalam hati..)
Aqilah: Ok mummy, Aqilah nak makan ni, mummy masak apa tu? (tanya tak ikhlas, sebab dia tak pandang muka aku pun lepas dapat Selberg dia..)

Ye itulah Aqilah, kalau bab merapu dan memperkotak-katik kan mummy memang nombor satu. Nyaris aku tak hantuk kepala nak digest apa binatang selberg tu hahahah..

So di bawah ni la rupa SELBERG yang dimaksudkan Aqilah tu hahaha..

Aqilah di hari kejadian, before pegi beli SELBERG dia kat Marks & Spencer KLCC..Sempat try boots 2-3 kali.

Since aku pun agak curious nak tau apakah Selberg itu, dan dari manakah dia dapat tau perkataan ni, aku pun google la, dan berikut adalah hasil pencarian hahahaha..


At least memang wujud la SELBERG itu, tapi bukan dalam bentuk wafer bersalut coklat mengikut definisi Aqilah :)


Friday, October 12, 2012

Bobek

Semenjak dua menjak ni, Aqilah suka layan Youtube, tiap-tiap hari mintak nak tengok aeroplane! tak aeroplane nak Upin Ipin, tak pun lagu-lagu tradisional kanak-kanak, korang cakap je lagu apa, semua dia tau okey! Jadi satu hari ni,dia syok la layan video aeroplane tutitu tu, pastu dia tunjuk kat aku suh click satu lagi video yang ada kat tepi tu, aku pun tak tengok la video apa, sebab semuanya cartoon je, so aku click la,
dia sangat la layan tengok video tu sampai suh replay berpuluh-puluh kali. Aku pun tak la nak tengok apa yang best sangat sampai dia mengekek tengok sengsorang.. 

Sampai la satu malam, bila dia dah tidur aku pun pegi la tengok video tu.. huhuhuhuhu...tak tau la kenapa dia suka sangat.. emm malas la nak citer..korang tengok je la sendiri (bukan 18sx okeh, jangan risau, eh sikit-sikit tu ada la hahaha)


Macam hampeh sungguh video ni, tapi mungkihkah itu petanda Aqilah dah bersedia untuk potty training? huhuhuh..bagus gak, ringan beg aku nak pegi travel nanti, kalau tak diapers dia je separuh dari beg..



Wednesday, July 6, 2011

Now & Then: Nur Aqilah

Then..... 3 July 2010
Dulu: Alahai comei nye kaki budak ni..rasa macam nak picit-picit je..

Now.... 3 July 2011
Sekarang: Tak muat tangan nak pegang..kaki macam dinosour..Beli kasut pakai sebulan dah tak muat..makan apa la budak nih!!!!!

Aqilah, mummy takde hadiah besar-besar untuk Aqilah, takde buat birthday party besar-besaran untuk Aqilah, TAPI mummy ada HATI yang sangat BESAR untuk Aqilah.. dan doa mummy sentiasa ada untuk Aqilah SETIAP MASA! walaupun kadang-kadang mummy rasa tak sempat, sebab lewat ke, sebab nak kejar tengok tv citer best atau apa-apa je la, nama Aqilah tidak pernah mummy lupa sebut dalam semua doa mummy.. semua mummy doakan yang TERBAIK je untuk Aqilah.. 

Alahai..dah besor dah anak mummy ni, rasa macam baru je Aqilah lahir, tapi bila tengok calendar, dah setahun berlalu dah..uwaa..sedihnya..napa la cepat sangat besar ci comei??? sinki dalam bilik air tu dulu, Aqilah siap boleh baring lagi, sekarang ni, Aqilah duk bersila dalam sinki tu, kepala lutut semua abis keluar sinki, belum kira lagi kaki tangan Aqilah yang tak reti-reti duk diam masa mandi. Dulu mummy mandikan Aqilah sebelah tangan je, sekarang 2 tangan, belum tentu lagi mummy leh handle.. 

Dan yang paling terbaru, Aqilah dah boleh berjalan dah, abis satu rumah Aqilah pusing. Aqilah boleh jadi mini travelholic dah, sebab dah ada kaki..Mummy happy, tapi sedih at the same time, sebab rasa cam Aqilah cepat sangat besar..mummy nak Aqilah jadi baby je sampai bila-bila..boleh tak ci comei???

Ok cukup la tu mummy jiwang-jiwang karat nih.. Emm nah salam sayang peluk cium masam tergolek tertonggeng-tonggeng dari mummy untuk Aqilah.. muah muah nyot nyot lick slurp slurp..



Sunday, June 19, 2011

Happy Daddy's Day... Daddy!!

Ini Aqilah.




Ini pula DADDY Aqilah. 


Aqilah ada banyak sebab untuk SAYANG daddy..

1. Daddy selalu teman Aqilah tidur. Aqilah buat ragam macam mana pun, mesti daddy yang datang dulu, dan mesti layan pe'el Aqilah. Last-last Aqilah mesti tertewas, tau-tau dah keluar air liur basi jek.

2. Daddy selalu main geletek-geletak dengan perut Aqilah yang bulat macam nak meletop ni. Aqilah suka sangat, terkekek-kekek Aqilah gelak!

3. Daddy selalu suap Aqilah makan bila daddy tak kerja. Daddy mesti pastikan Aqilah makan pagi, walaupun mummy dah bising-bising sebab lambat nak pergi kerja.

4. Daddy selalu pujuk mummy belikan mainan untuk Aqilah, walaupun sebenarnya Daddy yang nak mainan tu, tapi selalu end up kami tak dapat mainan tu, sebab mummy kedekut!!

5. Daddy selalu salah match baju untuk Aqilah, kadang-kadang seluar biru, baju kuning, tak pun baju tidur jadi baju jalan-jalan, baju jalan pakai untuk tidur, Aqilah tak kisah pun kalau nampak macam clown bila pakai baju.. tapi bila dah jadi macam tu, daddy kena terima padahnya dari mummy.. (Kena bising dengan mummy la, kesian daddy Aqilah)

6. Kalau Aqilah sakit/demam, daddy yang akan beria-ia cek temperature la, pakaikan cool fever la, sapukan ubat itu la, ini la, mummy buat rileks je.. Pegi klinik pun selalu daddy seorang yang bawak kan :p

7. Daddy suka pasang lagu Doraemon untuk Aqilah, dan daddy dah kasi pun Doreamon daddy kat Aqilah..Aqilah suke!!

8. Daddy rajin basuh, sidai dan lipat baju Aqilah yang comel-comel, kalau harapkan mummy..emm entah laaaa :))

9. Daddy macam Raja Lawak, selalu buat Aqilah ketawa, marah tu ada jugak, tapi kadang-kadang je, bila Aqilah notti. (tapi Aqilah baik je selalu hehe)

10. Selalunya daddy yang akan concern lebih-lebih, especially bila nak hantar Aqilah pegi school (taska), susu cukup ke, diapers cukup ke, baju ada ke? macam-macam daddy tanya, sampai mummy tension. Paling teruk, daddy penah suruh mummy buat list khas letak dalam beg sekolah Aqilah, tuliskan DO's and DONT's untuk taska semata-mata nak pastikan Aqilah ok masa dalam jagaan taska! Mummy muncung sekali lagi, sebab daddy over sangat!

11. Daddy selalu cakap Aqilah comei macam daddy. (mummy muncung sekali lagi)

12. Daddy selalu menyanyikan macam-macam lagu untuk Aqilah. Lagu ciptaan daddy sendiri, kalau orang awam dengar mesti macam nak pengsan, Aqilah dan daddy je yang boleh dengar lagu tu..exclusive kan? hek hek hek.. (mummy memang tak geng bab2 lagu ni ihiks)

13. Daddy selalu perabis duit untuk Aqilah sejak Aqilah lahir lagi. Semua daddy sponsor, mummy selalu sponsor baju-baju je..

14. Sekarang Aqilah nombor 1. Hobi daddy nombor 2. (eh mummy nombor berapa??)

15. Daddy suka ambil gambar Aqilah, video Aqilah pun banyak... macam-macam gaya Aqilah ada dalam gambar dan video..boleh buat scrapbook nanti :)

16. Daddy selalu bawak Aqilah jalan-jalan kat bawah rumah tu, sebab ada macam-macam Aqilah nak tengok, mainan yang masuk coin tu pun daddy kasi Aqilah main, walaupun Aqilah tak berapa reti nak main. Kalau harapkan mummy, mesti takde harapan la Aqilah nak merasa mainan yang masuk coin tu..

17. Daddy rajin ajar Aqilah berjalan, merangkak, berguling..sekarang tunggu masa daddy nak ajar swimming je.. bilakah daddy?

18. Aqilah selalu temankan daddy masak dekat dapur, bila daddy shift malam..daddy pandai masak, sedap pula tu, macam mana lah Aqilah tak gemuks..huhuhu..

19. Aqilah suka bila daddy backing Aqilah bila mummy garang-garang dengan Aqilah. Bestnye..bestnye..padan muka mummy!! buwekkk..

20. Akhir kata, daddy Aqilah la yang paling best dan cool sekali di dunia..bestnya Aqilah!! (jangan risau, daddy orang lain pun best juga!!)



Happy Daddy's Day untuk daddy..Aqilah muah-muahs daddy.. Ada byk sebab lagi, tapi Aqilah tak larat nak ingat la daddy..tahun depan Aqilah tulis lagi ok?


P/s to daddy: Jangan mintak hadiah daddy's day kat mummy pulak..mummy garang tu.. 


Thursday, June 16, 2011

Si Cute Aqilah




 Apa ni mummy?? Pagi-pagi buta dah gerak saya suruh bangun pulak..air liur basi pun penuh kat muka lagi nih... (mood pagi baik, sebab tu senyum)

(Tiba-tiba mood berubah) Haaaa?? Ada sessi fotografi?? Saya tak tau plak dalam jadual saya hari ni kena amik gambar plak!! (kaget) Alamak...macam mana ni? Saya rasa tak ready la mummy..huh..ok tarik nafasss..hembussss..tarikkkkk..hembusss...(panicking!!)

 Ya rabbiiii...baju ni ke saya kena peragakan?? Alaaaaaa tak nak laaaaaaaaaaa..ni macam terlebih sudah!!! Malu la saya renda-renda, lip lap lip lap! Apa salah saya mummy, sampai kena pakai baju ni?? (in denial mode)

 Heeee cepat sikit mummy..geli dah ni..gatal-gatal dah saya ni.. tak boleh tahan laaa..Ya Allah selamatkanlah hambaMU yang comel ini...

 Ada berapa shot lagi mummy, cepat sikit boleh tak?? Tolong kesian sikit dekat saya yang comel ni..!!! Aaa ni yang malas kasi chance ni!!

Boleh tak kite move on dengan baju yang berikutnya?? (muka dah naik berang).. Alaaaa rimas la!!


 Haa..yang ni ok sikit dari yang tadi..takde la saya tergaru-garu macam beruk..hehehe..tapi saya memang dah takde mood nak buat photoshoot ni..so tolong la cepat sikit yer, sementara saya ok lagi ni!!

 Mummy focus mana tu? Saya sini la..saya dah bosan ni..cuba faham sikit air muka saya ni!!! Adoii laaa.. Kalau mummy sayangkan lappy ni, baik cepat sikit, kalau tidakkkkkkkk.......

OK THAT'S IT! IT'S A WRAP MUMMY..sudah-sudah la tu!!! Saya nak tidur pula.. Jangan lupa update gambar-gambar tu dalam blog mummy.. 


Nota khas:
Baju maroon renda-renda & lip lap lip lap tu, adalah hadiah pemberian kawan daddy saya yang didatangkan khas dari India. Ye saya tau, baju import tu (sengih jahat). Tapi saya tak tahu la nak pakai baju tu kemana, sebab terover glamour sangat. Ada sapa-sapa yang berminat dengan baju tu? Saya boleh kasi sebagai hadiah..nak? nak? nak? Auntie Biq minat tak?? boleh kasi kat Kiki ke? *wink *wink..

Baju turqouise, dihadiahkan oleh sesorang, yang saya sendiri tak ingat, sebab dah lama gila (sejak saya baru lahir hari tu laaa). Baju ni comel, ala-ala ballerina gitu, dan saya suka, sebab selesa! Tak glamour sangat macam baju maroon tu, so takde la budget terlebih sudah kan???.. Mungkin saya patut pakai untuk birthday party saya (cewahhh) yang akan datang tidak lama lagi. Ooh ye..untuk pengetahuan semua, saya bakal menyambut ulangtahun kelahiran saya yanggggggggggggg ke satu...eh salah, yang PERTAMA.. yesss u heard me right!! PERTAMA ok!! Ye saya tahu, saya masih muda lagi..(tersenyum sinis dengan bangga). Ok, baju ni saya rasa saya nak simpan, mungkin tema birthday party saya nanti warna turquiose + baby blue, boleh la sama macam Doraemon sikit..ihikss..

Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih la keatas pemberian baju-baju tu semua..saya sayang anda semua..muah muah..xoxo..(ewahhh)


Nota khas utk auntie Biqque di Puncak Jalil: 
Ha amacam auntie Biq? Dah puas ati tgk saya posing dengan baju-baju tu?? Jangan lupa hadiah hari jadi saya yang akan datang ni. Jumpa di Bagan Lalang/Morib nanti.. (cium mulut air liur meleleh sikit)....au revoir (eh tercakap French pulak..ihikss)


Thursday, May 5, 2011

Entry Khas - Aqilah

Di suatu petang yang mendung....  

Lokasi: Nursery Aqilah & Wangsa Walk Mall







Aqilah dan tocang sengetnye...


Wednesday, January 19, 2011

Drama Si Drama Queen

Ikutilah kisah si Drama Queen Aqilah..


(Mummy) Stalking Aqilah dari jauh &  (Aqilah) Me in La-La Land.. having a good time..lalalalalaaaaa

(Mummy) Haaa tangkap dia!!!  (Aqilah) No mood for photo today mummy..get the camera out of my face NOW!!!

(Aqilah) Kan saya dah kata!! Jangan ganggu saya..saya nak nangis kuat-kuat..padan muka mummy!!

(Aqilah) Tengok muka saya ni..saya sedih ni..merah mata saya menangis..jangan ambil gambar saya...

(Aqilah) Kenapa mummy masih tak paham?? Saya kata tak mo bergambar!! Jangan suruh saya pandang camera tu!!!! Annoying la mummy ni...Biar saya merajuk disini sorang-sorang. Mummy pujuk saya sekarang!!... (Mummy) Aqilah..Aqilah..tengok sini...ooo Aqilah..tengok la sini cepat....

(Aqilah) Aaargg malas la..tak de maknanya saya terus menangis, baik saya beralih ke tempat lain, tak kuasa saya nak layan mummy yang senget tu..


(Aqilah) Wah menariknya nampak display rack daddy tu, kalaulah saya reti bukak cermin tu, saya ambil semua yang ada dalam tu...eemm bestnye..


(Aqilah) Emmm mainan daddy tak boleh nak capai, tengok tv kejap la sementara tu...Mummy saya masih lagi main camera, takde keje la mummyku ini..pegi masak untuk daddy lagi bagus..

 
(Aqilah) Emm rocking chair ni nampak menarik jugak, boleh saya enjut-enjut...apa dia tulis kat label ni? Emm tak cakap pun baby tak boleh naik..so boleh la saya naik kan????

 
(Aqilah) Tak sampai la saya nak panjat kerusi tu..lain kali la..emm kena pikir nih, nak buat apa yek, mummy saya masih lagi terpanggil-pangil nama saya untuk bergambar..eeee tension la saya macam nih...susah dapat mummy yang tak paham bahasa ni..nak saya cakap tamil ke mummy oi??


(Aqilah) Saya dah kehabisan idea ni, baik saya pandang bawah je. Mummy dah tertonggeng-tonggeng ambil gambar saya. Bosan betul laa, dari ambil gambar saya, baik main dengan saya..ada gak faedahnya... Biar la saya sendirian disini..


(Aqilah) Arrgg saya give up...saya tak boleh sendirian, tolong la sesiapa layan saya. Saya menangis lagi nih.Mummy tolong la paham sikit!! Sudah-sudah la tu ambil gambar saya, pujuk saya ni lagi baik...kasihani la saya ini...saya terasa nak lari dari rumah je..baru mummy menyesal tak dengar cakap saya.. (Mummy) Aqilah, cepat la..last nih..last gambar nih..ooo ci comei..cepat la..oo jual mahal yek!!!


Akhirnya, mummy Aqilah membiarkan Aqilah keseorangan, dan terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk daddy Aqilah. Aqilah pula terus terdiam sendiri, sebab tau mummynya malas nak layan..Sesekali, kedengaran dari dapur, Aqilah seolah menangis, dan kadang-kadang ketawa. Mungkin confuse agaknya, mana satu nak buat untuk tarik perhatian mummynya... Sekian...

Pengajaran: Lain kali jangan jual mahal dengan ibu anda. Nanti anda akan dibiarkan keseorangan. Hehehe

Friday, January 14, 2011

Aqilah Portraiture


8 Jan 2011 - Aqilah & Auntie Biqque @ Wedding Nizam & Ainey, Ipoh. Masa ni Aqilah dah mula rimas, sebab pakai baju kurung. Dapat je dia kat Auntie Biqque, haaa amik ko..abis kena selak-selak, seksi meksi la Aqilah tengahari tu. Dan akhirnya, terlucut jugak kain baju kurung Aqilah, sebab nak mengurangkan ke'panas'an dan ketidakselesaan Aqilah tengahari itu.. (Auntie Biq, jangan lupa share gambar 50D yang ada muka Aqilah yek...tag daddy saya dalam FB tu nanti, saya nak glamer gak :p)

 11 Jan 2011 - Gambar diambil dekat waktu senja, aku baru je balik dari office. Tengok dia macam comei sangat lepas bangun tidur, tak buang masa, terus capai camera, dan snap moment ni..huhuhuhu..(muka bangun tidur memang terserlah!!)

13 Jan 2011 - Diambil selepas Aqilah mandi pagi. Hari ni pakai cun sikit, sebab daddy Aqilah nak bawak Aqilah jalan-jalan kat Midvalley lepas antar mummy pergi office (tak aci berjalan berdua je diorg nih!!!). Kasut H&M Aqilah yang beli kat HK hari tu dah boleh pakai. Muka Aqilah masa ni macam sopan je huhuhuhu.. (control ayu le tu)


~ Aqilah January 2011 ~

Monday, October 25, 2010

Dia sudah boleh..

Meniarap!!!!! clap!clap!clap!

Hasil usaha Aqilah dari petang semalam, membuahkan hasil pagi ini...




Thursday, October 7, 2010

Double Chin

Aqilah Smiling
Si kura kura comel..muahsss

Wednesday, July 14, 2010

Hello, Aqilah Di Sini

Aqilah lena diulit mimpi, selepas dimandikan oleh daddynya. Setakat hari ni, aku baru sekali je mandikan dia hik hik hik..

Tidur je Aqilah ni..

Lama betul nak amik feel nak update blog ni. Al maklum la, schedule harian dah berubah, asyik melayan Aqilah je hehehe.. Tapi nasib baik la Aqilah ni tak banyak ragam sangat, cuma menangis time nak susu dan tukar diaper je. Yang paling tak tahan, time tukar diaper, kalau lambat sikit, menjerit macam nak keluar anak tekak!!! Nasib la daddynya penyabar dan pandai melayan. Kalau ikutkan aku, saiko jugak rasanya..huhuhuhu...

Pasal pengalaman bersalin pulak, ada yang bertanya macam mana? Senang ke susah? Emm tak tau la aku nak cakap senang ke susah, sebab baru sekali je bersalin, so tak boleh la nak kasi rating. Tapi yang pastinya, sakit contraction di saat-saat akhir sebelum baby kuar memang sangat sakit. Macam period pain tahap dewa punya. Sampaikan terpikir nak ambil epidural!!!! Nasib la tak amik heheheh...Tapi time nak push tu, tak de la teruk sangat sakitnya, cuma rasa cam nak ter'berak' sangat2 je, tapi tak de benda nak kuar hehehe..ibarat macam orang kene sembelit la..hehehehe..Aku admit kan diri sendiri jam 5.30 PM, 3 July. Jam 8.05 PM, Aqilah selamat dilahirkan...yippie!!!

Selesai yang tu, timbul lagi rasa tak senang. Sebab lepas bersalin tu, dalam 2-3 jam lepas tu, rasa nak terkencing sangat2!! Mengenangkan cerita dari member2 yang rata-rata mengatakan "nak kencing dan buang air besar amat la sakit, sebab dah kena gunting kat bawah tu"..Aku pun apa lagi, fobia gila la nak ke toilet. Tapi nature call itu telah mengatasi segala-galanya, mana boleh tahan-tahan kan kalau nak kencing uhuhuuhuh..dengan berat hati, pegi la toilet. Hairan! Apsal tak sakit pun?, tadi tak silap doctor kata memang kena gunting, siap kena jahit lagi. Ok ok ni sudah bagus.. hehehe.. lepas tu terus sambung tidor dengan senang hati. Pagi esok nya, selamat buat 'bisnes besar' pulak heheheh...uweee...so tak payah la berdiri ke, menongeng2, atau bersimpuh seperti yang diwar-warkan tu...

So kepada yang bakal bersalin tu, jangan terlalu mendengar cerita-cerita gerun tu, sebab tak semua orang sama :) Pikir positive, maka positive la hasil nya, insya Allah..

Eh lupa plak nak kasi tau, nama baby Nur Aqilah Bt Mohd Faizul (smlm baru official, sebab baru buat daftar kat JPN), berat masa lahir 3kg!! ..Tarikh Lahir: 3 July 2010, di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju..

Tuesday, June 29, 2010

Pics @ 8 months ++

Gambar ni diambil masa kat KLCC, shopping barang baby sikit time tu, so Cawan amik la gambar, sebab selalu amik gambar masa kat rumah je. Tapi tak boleh la nak upload kat sini, sebab gambar2 kat rumah *seksi* sikit, tak sesuai untuk tontonan umum..heheheh

Masa ni control gila, konon-konon tengah duduk nak rileks la, padahal baru je sampai, tapi sebab nak ambik gambar, belakon2 la sikit, so tak de la obvious sangat kan :))

Masa ni dah 8 bulan ++ pregnant.. Ada banyak lagi gambar, tapi mostly banyak candid je, sebab tak kuasa aku nak posing2 kat KLCC tu, segan orang tengok, macam indon tersesat jek hahahaha

Besar gila kan? 68 kg dah time ni!!! Tu pun sebab hampir 3 bulan berat badan tak naik-naik sejak dari 5 bulan..kalau tiap-tiap bulan naik, alamatnya mau sampai 70++ kg...

Tuesday, May 11, 2010

Our Precious..


This is our precious at 6mths, and it’s a girl uwee..heheheh, & dah pandai suck her thumb sambil tersengih. Lihatlah lengan dia itu, tak sabar nak picit dan gigit dia nanti.. Mula-mula Cawan tengok gambar ni, dia cakap baby macam alien!!! Huh..evil betul..belum 100% siap lagi rupa bentuk, of course ler macam alien..haiyaa..

Sunday, February 7, 2010

Tomei Jr Di Usia 4 Bulan ++

Semalam buat medical check up kat Pusat Rawatan Naluri. Kali ni doc suh amik air kencing dan amik darah. Sebelum ni doctor cuma cek tekanan darah je dan scan perut je, tapi kali ni cam lebih sikit, maybe nak monitor kandungan gula dalam darah dan yang seangkatan dengannya.

Doctor ada tanya, ada rasa ke baby gerak-gerak kat dalam tu. Aku cakap la tak, sebab memang takde rasa apa pun. Macam cuak la juga kan, sebab doc tanya macam tu, pastu kawan kat office pun tanya benda yang sama, tapi hairan bin ajaibnya, memang aku tak rasa. Tapi doc kata maybe awal lagi kot..hehehe..

Lepas sembang-sembang dengan doctor tu, buat ultrasound scan, time ni cam suspend je rasa. Sebenarnya tiap-tiap kali scan aku memang nervous sikit, sebab cam risau je apa jadi kat dalam tu kan huhuhu.. Dah la dahi doc ni cam berkerut-kerut je, aku plak cam pandang je monitor tu, cuba mencari Tomei Jr nih..alamak mana plak dia ni, adeh... Tak lama pastu, baru nampak. Hahhhh..lega..ada pun dia!! Kali ni dah nampak dah tulang belakang dia..tapi kali ni Tomei jr cam aktif semacam je, siap tendang-tendang, tangan pun duk libas-libas, tak tau la dia buat apa dalam tu..hehehe comei, cam nak gigit je. Otak dia pun dah nampak!! Tapi semua cam kecik bebenor..alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :D

Ni la gambar terbaru Tomei Jr, tapi kali ni dia membelakangkan 'camera'. Sibuk bermain kot dalam tu hahahaha..so dapat gambar belakang je la..... Masa ni Tomei Jr dah berusia 17 minggu (bersamaan 4 bulan ++ ).

Aku pulak sejak akhir-akhir ni, macam kuat sangat buang air kecil, dalam sejam 2 kali gak la pegi toilet. Letih gak kalau berjalan-jalan nih, pastu kalau jalan, cam dah boleh ada rasa something kat bawah perut tu. Emm baru la dapat rasa sikit, kalau tak suka ati aku je nak jalan laju-laju walaupun tau preggy hik hik hik..sekarang cam kena control sikit la, tak leh la gopoh gapah cam dulu..

P/s: Baby, duk baik-baik dalam tu, mummy dan daddy tak sabar nak bertentang mata ngn baby..uweeeeeeeeee

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, February 2, 2010

Platinum Lake Condo (PV12) Dah Siap!!!

Minggu lepas dah dapat surat dari Platinum Victory! Wah excited tak ingat punya. Rupa-rupanye rumah tu dah 100% siap. Tapi ada payment yang harus dibayar dulu before leh dapat kunci. 3 bulan lepas, kitorg ada tanya kot ada apa-apa payment akhir nak kena bayar before leh masuk rumah, diorg suruh sediakan RM 1500 untuk sinking fund. Kitorg dah standby pun, so dapat je surat tu, terus pegi bayar keesokkan harinya, tapi jumlahnya tak sampai pun RM 1500, cuma RM780 cam tu jek, ni termasuk la duit maintenance selama 3 bulan, insurance kebakaran, dan beberapa benda-benda kecil yang lain. Arrr lega..

Tapi mengikut kata officer kat situ, kunci rumah masih tak boleh diberikan lagi, sebab Ambank belum release duit payment akhir sebanyak RM30,000 ++ kat developer, kata diorg dalam minggu ni baru dapat. Jadinya, minggu ni, kerja kitorg adalah call PV, untuk tanya status, Ambank dah release duit ataupun belum, kalau dah, terus boleh buat appointment, dapat kunci dan tengok rumah..yeayyyyyyyyyyyy!!! Kiranya, time dapat kunci tu nanti, kitorg kena tengok kalau ada defect apa-apa. Orang maintenance yang akan iringi kitorg tengok rumah tu nanti, akan sediakan satu handbook, dan tulis apa-apa komplen/defect yang kitorg tak puas ati.

Untuk renovation nak buat kitchen cabinet tu, kitorg kena bayar kat developer RM 1200, macam deposit la, takut kitorg ada buat apa-apa kerosakan kat rumah tu. Tapi duit tu akan dipulangkan balik, kalau keadaan rumah seperti sedia ada sebelum ni.

Yang paling penting sekarang, grill pintu depan kena buat dulu. Lampu dan kipas wajib jugak dibeli dulu, kalau tak bergelap la kami anak beranak dah pindah situ. Kalau mengikut cadangan Cawan, dia nk buat plaster siling dulu, baru kitchen cabinet. Tapi aku nak buat kitchen dulu, baru plaster siling hehehehehe..Emm tengok la budget berapa, kalau dua-dua ni dalam budget yang kitorg ada sekarang ni, Insya Allah boleh buat kedua-duanya sekali.

Perabut? Yang ni tak berapa penting sangat. Perlahan-lahan beli pun ok, takde apa nak kejar. Yang pastinya, aku suka concept minimalist, lapang sikit pikiran, tak perlu banyak perabut cam rumah makcik-makcik. Nanti senang la baby nak golek-golek bersama mummy dan daddynya hik hik hik..

Benda-benda kecil macam curtain dan seangkatan dengannya pun harus la disediakan, tapi apa-apa hal kena ukur dulu la, pastu baru leh cari kain untuk buat curtain. Mungkin hujung minggu ni boleh jalan-jalan kat Kamdar tengok kain bebeh?

Kitorg merancang untuk pindah ke kondo tu by end of February ni, harap-harapnya semua berjalan lancar la. Lagipun rumah sewa kitorg tak banyak barang pun, cuma barang-barang kat dapur, macam fridge, washer machine, blender, dan alat-alat elektonik lain, rasanya collection toys Cawan lagi banyak kot. So takde la susah-susah aku nak packing apa-apa sangat, biar dia je uruskan. Mak mertua aku pesan, aku tak leh buat keje berat-berat..emmm memang betul pun hehehe. Rasanya sewa satu lori pun dah cukup hehehehe..upah je diorg angkat barang.

Haih seronoknya rasa hati ni, tahun ni macam menang loteri pulak, rumah baru, baby baru (Insya Allah)..yihaaaaaaaaa. Alhamdullilah, semuanya pinjaman sementara dari Allah s.w.t. Kalau ditanya apa lagi wish yang aku nak? Rasanya takda dah kot, cukup lah dengan apa yang ada, aku cuma mampu bersyukur je..Ini pun dah terlebih cukup baik sangat nih....

Aktiviti kitorg untuk Sabtu akan datang nih;

* Pregnancy check up kat Pusat Rawatan Naluri, harap-harap Tomei Jr ok segalanya. AMIN
* Ke PV 12 (kalau dah dapat kunci), dan check apa-apa defect kat rumah..
* Melawat show house PV 12, sebab ada contoh kitchen cabinet, so leh mintak quotation..
* KLCC, nak shopping barang baby, sebab dah 3 kali shopping asyik pegi Jusco dan Sogo jek, so nak cari kelainan plak, mana la tau ada yang comei2 lagi ke kat sana?? Tak tahan betul la tengok baju baby comei2 nih...uwaaaa macam nak beli semuaaaaaaaaaaaaa....
* Pegi Maju Junction, nak potong rambut Cawan yang panjang, mengalahkan rambut aku!!
* Pegi Kamdar kat Jalan TAR sebab nak tengok kain langsir (tertakluk kepada point no 2 di atas). Ni atas recommendation dari mak Cawan, sebab dia kata Kamdar kat situ banyak choice..hehehe..

Adios..

Pesanan Khas kepada adik-adikku;

Ada request dari Tomei Jr, dia dah bisik suruh tolong belikan stroller dan baby cot untuk dia, baju-baju tak payah beli dah, sebab dah ada banyak. So korang belikan la yang dua tu yek, tapi tertakluk kepada approval dari Tomei Jr, sebab dia dah pilih dah, tapi jangan risau, setiap barang-barang tu berharga bawah dari RM 350 jek.. Tomei Jr amat memahami keadaan ekonomi sekarang.. gegegege

Thursday, January 14, 2010

Tomei Jr. Di Sini


Ini Tomei Jr. ketika minggu ke 14 atau bersamaan 3.5 bulan. Dah ada bentuk macam baby heheheh. Oh ya, jangan terkejut, Tomei Jr. bukan nama sebenar dia, hanya panggilan manja saja hehehehe..

Lihat perut Tomei Jr tu, macam buncit kan? Hahaha, nafsu selera dia sangat menakjubkan (dia ke, aku?) Selalu request macam-macam benda, saya hanya menurut perintah Tomei Jr *wink *wink.

Disebabkan Tomei Jr jugak, kitorg telah mencapai persetujuan untuk tidak pergi trip ke Hanoi. Bukannya apa, sebab takut saya cepat keletihan, walaupun sekarang ni dah boleh berlari satu blok rumah, tapi nanti pastu mesti penat tak ingat punya. Satu lagi masalah, adalah makanan, Tomei Jr ni kalau dia nak makan sesuatu tu, tak jadi tidak, mesti nak jugak, macam susah la kan nak cari makanan-makanan tu nanti kat Hanoi. Ish ish kesian..

Takpa la mungkin lain kali, diharap Tomei Jr, jugak akan ikut jejak langkah kitorg jadi travelholic yang berjaya suatu hari nanti :)