Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Monday, November 14, 2011

Buletin November Chawanna ;p

  • Aku takde cerita terbaru dan yang gempak-gempak nak share, sebab sekarang aku dah di'assigned'kan dengan job baru, role baru, so aku sedang tenggelam timbul nak catching up sebanyak boleh. Jadi tak banyak masa aku leh luangkan kat blog-blog dan IM, tapi sesekali tu dapat la jugak jenguk-jenguk blog korang..
  • Project persendirian aku pun belum bermula lagi, sebab project ni menuntut banyak masa dan konsentrasi aku, dan ada beberapa gajet dan peralatan perlu disediakan, demi menjayakan project ni. So aku kena tunggu masa yang sesuai la nampaknya. Kalau ikutkan aku, secepat mungkin nak buat, sebab nak buktikan kat Cawan apa yang aku paham tu betul.. huhhhhhhh (sambil selak rambut)
  • Chawanna satu family pun baru baik dari demam-demam, lama dah tak kena, sekali kena lembik terus, tapi nasib baik semua dah ok, cuma Aqilah je macam belum 100% recover lagi.
  • Dan yang terbaru sekali, minggu lepas, dalam demam-demam tu, aku dan Cawan sempat meluangkan masa dan meng'utilise'kan tiket wayang free (sumbangan Nuffnang), tengok movie In Time. Lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried. Boleh tahan jugak movie ni, walaupun ada part yang tak logic, tapi aku layan gak. Dalam movie ni, masa tu ibarat duit, sapa ada paling banyak masa, dialah yang paling kaya dan hebat sekali. Sapa yang tak de banyak masa tu, maknanya diorg tu miskin la, so diorg terpaksa la buat loan kat bank masa, atau kerja untuk mengumpul masa, demi menyambung nyawa masing-masing. Lepas tengok movie ni, tetiba je aku rasa Justin Timberlake cam hot plak..cewah...

Aku malas nak review panjang-panjang, korang p la tengok sendiri review kat sini --> IMDB (ok tiba-tiba je aku terasa nak layan lagu Justin Timberlake ..JUSTIN TIMBERLAKE TAU, BUKAN N'SYNC!!!!)


Friday, June 10, 2011

Kiwi-Land & KL Gangster

Belum lagi selesai dengan Kiwi-Land, sekarang dah mula menyibuk diri dengan Europe pulak.. and beberapa hari ni, Cawan dah menambahkan pening kepala aku dan mengasak-gasak kepalaku dengan Japan & Korea pulak..Apa kes der..? Siapa yang travelholic nih?? Satu-satu beb, lu ada goyang ka?? (Ayat pinjam dari KL Gangster hik hik hik)


Ok berbalik kepada cerita Kiwi-land, 2 hari sudah, aku dah tukar RM ke NZ Dollar, dengan rate yang boleh tahan mahal, RM 2.47 = NZD 1!! Dan hari ni, dah naik jadi RM 2.50 untuk NZD 1!! (lagi mahal!!) So geng yang nak ke NZ, cepat-cepat tukar duit anda, karang tak pasal naik tinggi lagi..LAGI susah!!

Accomodation untuk NZ dah mula dibooking, sebab tak berani nak tunggu kendian hari, satunya sebab pegi time World Cup Rugby yang akan berlangsung September ni (time aku pegi le tu), takut full nanti, mana plak nak merempat kan?.. keduanya sebab currency NZD makin mahal. Kalau selesai bab accomodation ni, kurang sikit serabut kat otak ni.
Car rental dah selesai awal-awal lagi. Pasal itinerary, rasanya takde perubahan dah kot. Info berkaitan dengan NZ dah mula dikumpul. Yang lain tingal tang gadget je, kot-kot la nak tambah sebarang dua (emm ada fulus ke??)..

--------------------------------------
Iklan..

Malam tadi lepas kerja, pegi tengok KL Gangster. Filem ke 2 melayu yang aku tengok lepas Hikayat Merong Mahawangsa untuk tahun 2011. Filem melayu terakhir tengok kat pawangam rasenya tahun 2003-2004 kot, masa kat university dulu huhuhu.. Nasib la tidak menghampakan, jalan cerita boleh tahan, cerita berdasarkan gangsterism. Dialog memang macam samseng, pas tu tak de adegan bodoh2 cintan cintun yang tah apa2 tu! Pelakon semua best-best, dan berjaya bawak watak dengan jayanya, kecuali si Shark dengan slang samseng yang tak berapa tepat sangat. Tapi overall memang best la. Dengar review dari orang lain dan blog/paper pun semua positive je, penat weh nak convincekan si Cawan untuk pergi tengok citer melayu kat wayang hahaha.. dan paling best sebab watak Jai sangat samseng & selamba. Memang ada jiwa gangster .LIKE 10x!!. Overall semua pelakon pun bawak watak dengan baik..dan rambut Jai juga seksi!! memey aaa..

UPDATE: Malam tadi dah layan citer KONGSI (download dari tenet je), tu pun aku tengok sekerat jalan je, siap forward lagi hehe. Kus selamatttt (nasib tak tgk kat wayang!!). Trailer memang gempak habis, tapi rupa-rupanya citer sebenar sangat la macam harem.. Note to Farid Kamil, apa kata lu jadi pelakon je, serahkan kerja mengarah tu kat org lain, savvy? Goyang la lu..hahahaha

P/s to Muni: Aaron Aziz tu sesuai watak cam Seth Tan (ala citer Nora Elena tu), sebab muka dia cam baik sangat, watak romantik ok la, leh sampai pengsan-pengsan tengok, sampaikan Maliki pun leh layan Nora Elena.. haaaaa terer kan??

P/s to Biqque: Ada peta NZ untuk korang, amik masa Matta Fair dulu-dulu huhuhu.. nanti I cari balik..


Sunday, May 8, 2011

Fast 5 & Nikon Centre & Secret Recipe


Hari menonton wayang sekeluarga, bersama Cawan dan adik beradiknya :)) 

Fast & Furious 5 @ GSC Times Square.




Fast & Furious 5 memang syok abis.. Paling best antara semua series Fast & Furious. Jalan cerita movie ni, memang mantap. Hero-hero maintain, cuma ada 2-3 muka baru termasuk la The Rock! Tapi geng-geng F&F lama pun ada diorg bawak masuk, tu yang lagi best tu!! Kereta dalam ni pun semua macho-macho (Aku kene gelak dengan Cawan sebab banyak keta aku tak tau, kecuali Nissan Skyline GT-R yang keluar kat ujung movie ni.. standard la kan, kat Malaysia mana ada keta-keta tu semua..Proton, Perodua banyak la..huhu). 


Dan siapa sangka, diakhir-akhir movie ni, ingatkan dah abis dah, tetiba je ada scene yang hint, akan ada Fast & Furious 6!!!! Sangat juicy ok!!! Gila laa...huhuhu confirm aku nak pegi tengok!!! Seriously ingatkan yg Fast 5 ni yang terakhir!! 


Habis menonton movie, Chawanna dan Amier (adik iparku) telah ke Nikon Centre, saja-saja nak test lens..hik hik hik.. Bawah ni la hasilnya..tadaaaa...


Tak sure bapa focal length Cawan guna..belasah je le..


70-300 mm 

Bila dah lapar, kami makan-makan pula...

Dah lama tak dating dengan En.Amier kita nih.. so kena la belanja dia makan, lagi pun kononnya, hari ni dia nak jadi official photographer untuk Chawanna... 

Bersama En.Cawan.. 

Hek elehhhhhhhhhhhhh kat sini pun nak posing..bikin malu saja..




Sebelum Magrib, Chawanna dan Amier berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing..

Wah kat KL pun ada sunset!! (jakun sekejap)

Thursday, April 28, 2011

#$%^&*(&^%$%^#$?} (Tak Tau Nak Taruk Tajuk Apa)

Sunyi betul bila si Kenit tu dah masuk tidur tengah-tengah malam ni. TV pula tiada rancangan yang memberangsangkan. Urggh... Encik Cawan pula shift malam. Huwaaa lagi la bosan, tiada teman nak bawa gaduh dan manja. Mata pulak tetiba je rasa hilang mengantuk...Sebab???? ...

....
.......... 

Esok rasa nak work from home je :)) Minggu lepas, satu minggu aku bekerja dari rumah, best betul rasanya, sebab tak payah pikir nak pakai baju apa, nak mekap, nak tergesa-gesa breakfast. "Masuk Office" pun pakai baju tidur je, mandi pun tak yah awal-awal huhuhuhu... ohh syurga... 


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Bulan May bakal menjelma, bermakna, masa untuk menonton wayang sudah tiba! Sebab banyak sangat movie-movie menarik sepanjang May-June-July tahun ni akan keluar, antaranya cerita abg Pirate (Pirates of The Caribbean 4) kesayangan aku..fewitttt..harapnya tidaklah mengecewakan. Fast & Furious 5 pun tak sabar nak tengok ni, harapnya best la macam Fast & Furious 4 hari tu, jangan mengarut cam yang F&F 2 dan 3 sudah la. Transformers pun nak keluar gak, tapi aku skeptikal sikit, mesti meraban macam yang no 2 hari tu..yucks!!!.

Movie melayu pulak, yang aku rasa nak tengok ialah Hantu Kak Limah Balik Rumah, eh dah bapa kali tengok daaaa  Karak, sebab dengarnya macam best, tapi tak tau la berani ke tak hehehe. Hari tu tengok Hikayat MerongWangsa, boleh tahan jugak!! Lagi satu filem Hanyut, arahan Uwei, katanya filem termahal di Malaysia, citer adaptasi novel pertama John Conrad, iaitu Almayer's Folly, tapi dah diadaptasi ke melayu, namanya jadi Hanyut. Katanya filem ni akan ditayangkan di Cannes Film Festival nanti. (Uwei kannnn, bukan Ahmad Idham huhuhu). Nak tengok juga apakah hasil adaptasi novel ni, tenaga kerja banyak yang diimport dari luar negara.. Dan the best part is ada..........................




DIA... 







Dan rambutnya.....

















Credit Gambar dari Facebook: Hanyut the Movie 


Biqque??? :)) hahahahhahaha




TAPI....























DIA ni, tetap hero dihati saya dunia akhirat... (awww blushing sambil terkebil-kebil)




 Encik Cawan saya :))

Wednesday, September 2, 2009

Jom Tengok Oktober Ini!!

Antara movie yang menarik bakal ditayangkan pada bulan October akan datang..

Ini cam best nih, maklum la pasal MJ, mesti ramai yang nak pergi menonton reheasal concert THIS IS IT ni, aku jugak tidak ketinggalan. Apa lagi geng? Jom ramai-ramai layan, kita buat outing tengok wayang pulak!!

Yang ini pun mau tengok jugak, macam best dan macam kelakar pun ada bile tengok iklan kat astro.. Jom nak??

Sempena menghormati bulan Ramadan ni, aktiviti yang melalaikan seperti ini, terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu :)

Sunday, July 19, 2009

Movie: Public Enemies


  • Awesome actors,Johnny Depp, and Christian Bale!!
  • Based on a true story of John Dillinger, the famous bank robber in the 30's in United States.
  • Oooo did I mentioned, Depp was sooooooooooo good looking and superrrrrrrr sizzling hot!! He looked like he was 35!! with the guns and that hat!! OMG, he is such a Bad Boy!!!! (oh yeah, i luv bad boy!!!) and..and..ada a few scenes yang memang sexy abis, dan buatkan aku terlupa kat Cawan yang duk kat sebelah time tengok movie tuh!!!!
  • I love u Johnny Depp!!!!!!!

P/s: I love him in Chocolat tooo...emmmm I'm melting..

Friday, June 26, 2009

Off we go..


"TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN"

http://www.transformersmovie.com/

*Baru ptg td tgk, full loads of action.. nice.. :)

Monday, June 15, 2009

Icam si Hagemaru

Hari ni Icam nk balik Ipoh dah..Sedih betul..sunyi la rumah Icam tak de..kalo tak riuh je..
Adeh windu nye kat Icam..

Kalau Icam tak de..
1. Tak riuh rendah la rumah Icam tak de, kalo tak dengar suara dia je..tengah tido pun leh dengar suara dia, sebab dia suka mengigau dlm tido.
2. Tak de la Icam curi sayur dlm Facebook tu dah, sebab kt Ipoh tak de internet kat umah. Nanti tak de persaingan la, mesti tak syok dh nk main Barn Buddy tu, tanpa Icam..
3. Tak leh berebut dah computer cabuk kat umah tu..selalu Icam ade kat sini, tiap2 ari berebut2, aku, Cawan dan Icam nk guna. Icam sibuk tgk youtube Gelimat, pas tu main game online dan Facebook dia..Cawan plak rebut nk tgk forum mainan dia, dan download movies..aku plak rebut nk tgk blog org, dan update blog sendiri, pas tu bace balik blog sendiri 5 kali.,..hahahahah..
4. Tak de la org nk telepon aku tiap2 jam tanye kul bape nk balik keje..kalo Icam ade kat KL, tiap2 ari tanye aku kul bape nk balik, sebab dia lapo la, nk ajak main UNO la, nk ajak pegi pasar malam la..
5. Tak de sape nak nyanyi dan menari lagu Gelimat..Icam sorang je slalu nyanyi lagu tu, Amier ngn Cawan pun tak jugak, diorg nyanyi lagu tu time Icam ade kat KL jek.. (tak tau gelimat tu ape? p search kat Youtube..)
6. Tak leh nk cubit bontot Icam yg tembam tu..
7. Tak de la berebut nk tgk tv. Icam suka tgk Hagemaru..tiap2 hari, pagi petang siang malam, tgk Hagemaru je..sampai aku pun dh minat kat Hagemaru tu..Cawan tak usah ckp la..dia memang die hard fan kt Hagemaru..hak hak hak..
8. Tak leh la selalu makan nasi lemak makcik tepi pagar tu, sebab Icam je slalu request nasi lemak tu kalo dtg KL..
9. Kalo p Tesco atau Carrefour, mesti rase sunyi jugak, sebab kalo Icam ade, mesti dia mintak macam2, itu ini..aku beli kan ajek..best jugak beli brg utk dia...
10. Kalo masak banyak, atau berlebih, mesti habis punye..sebab Icam kan Ikan paus..kuat makan..
11. Icam rajin basuh kain, abis semua baju2 kain dlm bakul baju aku, dia basuh..sebabnye, dia suka bau softener aku pakai tu..sampai kan dia paksa mak beli softener kat Ipoh, tak leh basuh baju kalo tak de softener katenye..Jimat tenaga Cawan kalo Icam yg basuhkan baju..
12. Icam rajin sidai baju..pas tu kalo hujan dia pandai angkat kain jugak..so tak de la risau kain di ampaian..sebab Icam jaga :)
13. Tak leh nk pow air ribena. Icam suka menghabiskan air ribena Cawan..pagi petang siang malam mesti dia buat air ribena, tp dia buat utk diri dia sorang je. Katenye self service, sape nk minum buat sendiri. Aku, Cawan dan Muni, selalu cukai air dia..sebab kitorg malas nk buat :)
14. Icam selalu buatkan aku tergelak, walaupun kadang2 nk naik angin. Minggu lepas aku dan Cawan bawak dia lepak kat umah mak Cawan, pas tu dia duk pakat ngn Cawan nk bungkus roti john yg MIL aku beli..Paling dasyat skali, dia ckp kat MIL aku, aku yg nk makan..emm memang hangin aku time tu..menjatuhkan maruah aku betul..Malam tu memang aku kasi dia cukup2..tp dia dpt la roti john tu, lagi pun MIL aku memang risau kalo dia tak cukup makan..hahaha
15. Tak de geng nk main UNO. Icam suka main UNO, tp dia slalu gak kalah. Pas tu dia suka main tipu. Tp kalo org main tipu ngn dia, dia bengang..pas tu nangis2..
16. Icam suka melancong jugak..Kadang2 aku surf website Air Asia ataupun mana2 travel nye website, dia mesti join sekaki..pas tu dia siap ajak lagi pegi melancong bawak dia sekali..Best ade org layan minat aku nih..kalo ngn Cawan dia buat dek jek..buat2 tak nampak lagi ade la..Icam jugak yang best..Hari tu before p Cherating, aku surf la hotel2 kat area tu, aku nk cari yg budget je..pas tu Icam ckp "Yona, cari la hotel 5 star, Icam suka ade kolam besar..tak nak la chalet buruk yg Yona tunjuk tadi tu, geli Icam nk tido.." ha bukan main lagi taste dia..nk 5 star hotel jek..ingat aku ni cop duit ape..
17. Icam suka melayan angan2 aku..ape2 je dia layan jek..ckp la ape skali pun...dia join jek layan.
18. Tak de sape nk kacau aku tgk National Geography/Discovery Channel/Animal Planet..sebab selalunye, time tgk channel2 nih, mesti mcam2 Icam tanye, itu la ini la..curious betui dia..kadang2 tu lemas dibuatnye ngn soklan2 dia tu, sebab kadang2 aku sendiri pun tak tau jawapan nye..alahaiiii...
19. Tak leh la kitorg nk ckp "Icam, sudah tu..sudah tu..duk diam kejap.." tu ayat paling fofular skali kalo si Hagemaru ni ade kt KL..sebab dia tak leh duk diam..
20. Tak leh la Cawan nak tag team ngn Icam utk bully aku, atau pun pegi merewang di KLCC dan berfoya2 disana sini selalu tanpa aku disisi..keh keh keh keh..

Emm panjang dh list nih...byk lagi leh tulis nih..tp kang panjang sgt plak kan..cukup2 la tu..nanti Icam bukan bace pun blog2 nih...

Ha ckp pasal blog..ade la satu hari tu, aku duk bukak blog Muni, pas tu bace2 la blog tu, pas tu Icam pun tanye la.."Yona ape bende Muni tulis tu? Siap ade gambar2 Icam lagi, gambar Yona ngn Nyah pun ade ha.." dia pandang kat Muni..pas tu "Muni..Icam nk jugak la..nk buat cam ni.." Aku dan Muni pandang masing2.. "Haaaa, Icam nk blog jugak ke???" Aku tanye.."Iye la...tak kan tak boleh kot...Icam nk letak gambar2 hotwheels, dengan gelimat..syok oooo"

Adui masalah lah la budak nih.. Ari tu nampak kitorg berFacebook dan berFriendster..dia nk jugak..kitorg dh siap create account lagi dah..bukan main aktiv lagi dia berFacebook..suka betui, ni skrg nk berblogging plak..wah wah wah...

Pas tu dia sibuk nk update gambar dia dlm Facebook lagi..dh elok2 upload, dia risau plak tgk gambar dia dlm WWW.. nk tau sebab ape? "Yona..Icam risau la gambar Icam letok dlm Facebook ni.." Aku pun confused jap, tadi ckp nk gambar.."Nape pulak nye..?".. Dia jawab "Icam takut ade org jahat kidnap Icam..kan ramai budak2 ilang, msti diorg ade myspacebook"

FYI, Icam ni suka tersasul ckp, Facebook dia pangil Myspacebook, token dia pangil kuton, kicap dia pangil kica'a, khazanah dia sebut jenazah!!! kus selamat..Icam Icam..memang gelimat betul..


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Minggu lepas, time Icam ade kat sini, kitorg sempat la p menonton wayang kat GSC Midvalley. Tgk citer Night at The Museum 2..


Verdict: Emm ok..not so bad la..but I prefer the first one better. Tapi Icam suka jek..

Thursday, April 2, 2009

Movies we watched..

When a crime brings them back to L.A., fugitive ex-con Dom Toretto (Diesel) reignites his feud with agent Brian O'Conner (Walker). But as they are forced to confront a shared enemy, Dom and Brian must give in to an uncertain new trust if they hope to outmanuever him. And from convoy heists to precision tunnel crawls across international lines, two men will find the best way to get revenge: push the limits of what's possible behind the wheel.

Watched on 2 April 09!! To fast to handle.. zzuuppppp!!
Verdict: We love it!! It was better than the second and third sequel with original cast members from the Fast and Furious (Paul Walker, Vin Diesel, Michelle Rodriquez, Jordana Brewster) and of course much bigger variety of cars as well. Overall, if you like cars and racing, this movie is for u!!!

Based on the books "Confessions of a Shopaholic" and "Shopaholic Takes Manhattan" by Sophie Kinsella. Rebecca Bloomwood (Isla Fisher) is a 25 year old who lives with her best friend Suze (Krysten Ritter) in Suze's flat (paying her friend rent that is well below market value), in a trendy part of town. Rebecca has a very boring job writing for a financial magazine. She has a shopping addiction and her crap job doesn't pay enough. Her bills are piling up, so she tries cutting back (complete fiasco), then she tries making more money (another fiasco). Eventually, Becky discovers a story that she is truly invested in. Exposing the story gets the attention of a colleague that she hasn't quite figured out yet. Some drama ensues as she snags the guy, and she attempts to pay off her ever-growing debt.


Watched on 27 March 09..

Verdict: IT SUCKS BIG TIME!!! Guys don't waste ur money to watch this movie, better read the story book itself..