Monday, September 20, 2010
Sunday, September 19, 2010
Debaran
Monday, September 6, 2010
Photo Challenge Balik Raya Dah Ready!!!
Tarik nafas panjang-panjang..hehehehe...
Challenge dari Biqque;
1. Blogger bergambar dengan itik/ayam hidup, mesti tunjuk guna jari telunjuk kat itik/ayam tu
2. Blogger cangkung tepi sungai/tasik, mesti kuis2 air sungai/tasik tu
3. Blogger tengah mandi hujan, mesti basah kuyup lencun abis
4. Blogger tengah buat kesalahan jalan raya, tak kisah salah apapun, tapi mesti tengah buat salah
5. Blogger diri sambil makan kuih raya bawah palang goal, mesti nampak padang tu luas, tak kisah goal post apa pun
Challenge dari Chawanna;
1. Blogger bermain bunga api dalam hujan
2. Blogger pakai baju kurung/baju melayu, duduk atas troli shopping dan buat sign PEACE
3. Blogger menganyam ketupat di bawah lampu berbentuk ketupat
4. Blogger mencuci kereta di tepi sungai
5. Blogger melambung buluh lemang yang sudah dibakar dihadapan balai polis
-Originated and sponsored by Sekupang Team-
Monday, August 30, 2010
PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA KEMBALI LAGI!!!!
1. Setiap gambar MESTI ada subject (iaitu BLOGGER tu sendri, adik bradik, anak, mak, pak, sume tak bleh) dan object (tajuk criteria yg diminta nanti)
2. Setiap gambar MESTI terang dan jelas (blur2 blakang tak main, kamera hebat2 ke cabuk ke tak kisah) dan kualiti betapa cunnyer dan cantiknyer gambar itu dek kerana kehebatan kamera kepunyaan blogger semua adalah bonus yg paling last skali
3. Setiap gambar AKAN diadili mengikut KETEPATAN tajuk criteria yg diminta (if kata depan, depan la, bukan tepi...if kata berdiri, berdiri la, bukan duduk)
4. Setiap criteria MESTI general, tak boleh ada NAMA tempat, benda, orang, apa2 kata nama la senang cite, or else, tak adil la if ikut negeri, bilangan family, and such
5. Setiap gambar HANYA boleh diambil bermula dari tarikh 6hb Sept 2010 sehingga 20hb Sept 2010 sahaja, maknanya setiap gambar MESTI ada printed date and time supaya takde yg menipu gambar tu gambar lama (mana la tau kot2 kena topik, tapi gambar lama, tak aci la kan) so set la kat kamera korang tu ye, kang kalah plak
6. Setiap entry post MESTI dikeluarkan pada 20hb Sept 2010 before 12.00pm di blog masing2 (tak bleh awal tak bleh lewat, mesti PADA tarikh ni ye) dan tinggalkan link email korang kat the next post yg akan dikeluarkan nanti
7. Pengadilan akan dibuat HANYA pada 21hb Sept 2010 pagi dan keputusan akan dibuat pada 22hb Sept 2010 pagi, so nak tau menang ke tak, datang ke blog ni ok?
8. Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD dan semuanya berdasarkan KETEPATAN criteria dan PEMBAHAGIAN markah (sape kalah, terima je la ye...)
9. HANYA akan ada SATU pemenang, dan hadiahnyer? MISTERIIIII...(tapi kompem best gile la...mana la tau kot2 tiket kapal terbang ke destinasi rahsia ke haaaaaaaaaa...tak janjiiiii!)
Amacam?? Ada berani?????? Mari mari..meriahkan contest ini lagi.. (Challenge ni hanya untuk suka-suka..jangan ada yg sampai bergaduh sudah la yee)
Tuesday, September 1, 2009
Orang Ipoh Vs Orang Taiping
Huih, aku apa lagi, menyahut cabaran la...lagi pun cam best jek, ada mission2 cam nih..cam masuk pertandingan ape jek, sampaikan Icam Hagemaru pun siap tanya, kalo Yona menang ni, kak Biq tu kasi hadiah ape?? ha sapa mau jawab???? hahahaha
5 Gambar yang diminta Biqque
1. Pasar Ramadan
Yang ni sangat lah bernasib baik, sebab kat mana-mana pun ada pasar ramadan kan, kus selamat..huhu tapi gambar baru lepas ujan. Belasah je la, janji pasar ramadan!!
2. Makan Jagung
Ini pulak, aku suruh Cawan beli jagung, sebab nak rebus. Akhirnya ada la gambar nih, dapat jugak la makan jagung rebus ala-ala cam kat Chili's tu huhuhuhu..
3. Bendera Malaysia dalam kuantiti yang banyak
Yang ni cam jenuh sikit, bukannya ape, sebab dah malam kan, mana pulak la aku nak cari bendera banyak-banyak. Last-last Icam ajak pegi kedai, sebab mak suh beli barang. On the way tu, terjumpe la satu keta lama yang penuh bendera Malaysia kat atas bumbung, bonet depan belakang, tapi sayang, gambar pulak tak berapa cantik, sebab nak guna night mode kene ada tripod, guna flash plak cam tak nampak jek, gelap gelita kat area tepi jalan Tasek tu. Sampaikan aku bertekak la ngan Cawan suh dia amik gambar elok2 sikit, jangan goyang2!! Dia pun tension jek, maklum la aku yg drive kan, tak kan la aku plak nk amik gambar. Penyudahnya, kitorg pusing la kat area MCD dekat dengan JPJ tu, sekali nampak banyak bendera Malaysia kat Petronas tu, sooo apa lagi, snap! snap! snap!
4. Binatang tepi jalan (apa binatang pun tak pe, janji tepi jalan)
Yang ni la paling nyampah sekali, kat area umah aku tu, anjing dan kucing banyak la, lembu, kerbau mana ada..Nak amik gambo anjing cam hina sangat kan, nak amik gambar kucing cam tak jumpe la pulak. Si Icam ni siap cakap lagi umah jiran sebelah ada kucing!! Siap suh zoom masuk ke pagar orang tu..adey...Last2 burung atas pokok dekat surau je la dapat, tu pun burung tak pasti burung ape..layannnnn
Ni sebab Icam dah pow Cawan beli bunga api, so aku pun request la gambar kanak-kanak main bunga api..Jenuh la testing berkali-kali, hasilnya, bunga api yang macam smiley face..nampak tak? nampak tak?
Sebabkan rumah aku dekat dengan surau, aku pun upah la si Icam pegi surau amik gambo. Siap suh amik jangan goyang-goyang lagi. Dia siap tau lagi kul berapa orang solat sunat, solat isyak, dan terawih, maklum la tiap-tiap malam dia terawih hik hik hik
Ni paling senang, sebab dah tersedia depan mata, mak pulak buat kuih sampan tu, tradisional la tu kan..Sedapppp
Ni Icam punya mainan yang kitorg beli untuk birthday dia ari tu..dan sangkaan Biq sangat tepat!!! Dalam syok-syok amik gambar, kitorg layan sekali main keretapi baru..hahahah
Yang ni paling kelakor sekali, pas abis message Biqque mintak gambar pondan, pastu Cawan tanya, kat mana nak cari pondannya? hahaha..gelabah jap..Pas tu tengok Icam. Puas la kitorg merayu suh dia pakai mekap dan pakai selendang tu, siap berjanji belanja McFlurry!! Muni dan Lane tolong mekapkan, hahaha. Icam Hagemaru dah naik risau, takut mekap tak leh tanggal. Pas tu dia kate "ee macam mana la orang pompuan leh pakai mekap kan, geli Icam!!" Icam pesan jangan letak gambar dia kat facebook atau kat mana2, malu dia..kah kah kah kah...boleh laaaaaaaaaaaaaa
Sunday, August 30, 2009
Ramadhan Di Ipoh
Icam bukan main excited bila tengok cupcakes dia, tapi sayang seribu kali sayang, gambar Hagemaru dan Hotwheels yang aku request tu, kakak tu tak dapat buat, sebab ada masalah teknikal. So dia lukis gambar Ben 10 dan Ultraman jek. Bagi aku biasa je la hasil kerja kakak tu, kek pun tak sedap, apatah lagi icing dia. Yang aku tempah dari Anis hari tu lagi best. Kerja dia pun lebih cermat dari yang ni. So lepas ni gerenti aku tak tempah dah kat Ayu tu, tak kisah la murah mana pun hahaha.. Tapi Icam belasah je cupcakes tu, dia cakap sedap..hahaha..
Malam tu, Icam mintak permission dari Cawan untuk tidor sebilik dengan kitorg. Cawan pun ok je la, pas tu siap ajak Icam tidur atas katil sekali. Emm Icam apa lagi, orang dah ajak kan, dia join je la.
Keesokan harinya, Cik Muni pulak sampai dari Penang. Dari pagi sampai ke tengahari, kitorang tak pergi mana-mana, sebab cadang nak pegi beli barang-barang mentah kat Tesco petang nanti untuk masak berbuka esok. Untuk hari ni, kami bercadang untuk berbuka puasa di luar je. Icam suggest untuk makan Pizza Hut. Tapi Muni pulak tak nak, sebab baru makan katanya. Setelah penat berpikir kat mana nak berbuka puasa, akhirnya, semua setuju nak makan dekat Secret Recipe @ Kinta City.
Sampai je sana, terus reserve meja dan order sekali. Untuk membazirkan masa yang tinggal 1.5 jam dari waktu berbuka, kami pun pusing-pusing la kat dalam tu, cuci-cuci mata. Dah tak larat jalan, kitorg pun duduk dekat bench yang disediakan kat tepi-tepi tu, sambil amik-amik gambar..
Kasut warna warni. Aku, Icam dan Muni memperagakan kasut baru.
Pukul 7.05 Malam, baru kitorg duduk kat Secret Recipe, dah bersedia untuk berbuka puasa. Icam la yang paling excited sekali. Makanan pilihan kami untuk berbuka puasa adalah, Fish n Chips, Japanase Soba Noodle, Tom Yam Kung Noodle, Black Pepper Chicken with Rice dan paling special sekali dari resepi Chef Wan, Ayam Asam Berempah, yang ni Cawan yang order. Memang sedap!!! Tapi kesian kat Icam, makanan dia macam tak cukup je, siap nak mintak nasi tambah, so aku pun sacrifice la fish n chips aku, kasi kat dia kan, maklum la budak tengah kuat makan, puasa pulak tu. Aku lain la kan..hahaha
Brownies ni la yang paling sedap sekali huhuhu...
30 minit kemudian, selesai aktiviti makan-makan. Tanpa berlengah, kami terus balik ke rumah. Malam tu kitorang layan tengok tv sambil tolong-tolong mak buat kuih untuk esok. Dah lewat malam sikit, aku masak sup ayam, untuk bersahur esok, dibantu oleh Muni. Tak sempat tunggu sahur, Cawan dan Icam request untuk makan awal!! Sedap sangat kot air tangan Muni masak hahahah..
Jam 1.30 pagi, baru kitorang masuk tidur, itu pun aku dan Cawan tak leh tidor lagi, sebab kena layan Icam bersembang, aku pun tak tau apa yang dicakapkan, sampai terlelap la kitorg dengar dia bercakap, tau-tau je mak dah kejutkan untuk bangun sahur..
Monday, August 24, 2009
Balik Kampung..Hati Girang........
Plannya nak balik Khamis ni, lepas waktu bekerja, aku baru apply cuti pagi nih utk Jumaat nanti, sorang approver dah approved, kene tunggu lagi 3 org, sigh!! kalo tak dpt, aku MC jek.
Seperti tahun-tahun sebelum ni, menu rasmi kami setiap kali balik ke Ipoh time puasa adalah McDonald kat MRR2, senang , drive thru jek, tak payah turun keta, pastu terus gerak ke Ipoh, sampai je waktu berbuka, terus kami ngap. Tak de special sangat MCD tu, tapi feeling time nak berbuka puasa tu yang buatkan rase best, dlm keta pulak tu nak menuju ke kampung halaman, memang best la rase time tu..
Balik Ipoh ni confirm la makan tak ingat dunia, aku nak request pecal, gulai tempoyak, nasi ayam, dan paling penting sekali, nak suruh mak buat rendang daging untuk makan dengan nasi impit ataupun lemang..mesti buat nih, nanti raya aku tak dapat makanan nih, so kena buat awal2 hehehe, kalo tak gerenti kempunan..lemang tu confirm la aku beli siap2 kat dari KL!! tak pedulik!!!
Nak main bunga api dengan si Hagemaru.. Tak tau la kali ni Cawan dapat cari bunga api ke tak, tapi kena main jugak walaupun belum raya lagi time nih.. Bebeh, ni tugas you untuk hari Rabu nih, pastikan dapat bunga api!!!
Emm lagi apa ye?? ..oh, mesti bawak Icam Hagemaru pergi shopping baju raya dia sehelai dua , dan jugak seketul kereta Hotwheels, di mana??? Mesti la di Jusco Kinta City, tempat lepak si Icam Hagemaru dan Cawan setiap kali balik Ipoh, sampai aku pun macam nak muntah darah, setiap kali diorg ajak ke situ!!!
Emm banyak dah agenda aku nih, tak sabor-sabor dah rasanya, malam ni nak kemas barang untuk balik ke Ipoh.. Balik kampung....ooo ooo oooo balik kampung.....hati giranggggggg!!!!!!
Sunday, July 26, 2009
Tak Kenal Maka Tak Cinta..EP 2
Setelah bertahun2 aku dan Cawan "berkawan", tanpa hala tuju dan masa depan yang tidak diketahui mana penghujungnya dan tanpa dia atau pun aku mendeclared "U girlfriend I, or I boyfriend U" ..
Akhirnya, satu hari, dalam tahun 2007, semasa hantar aku pergi kerja..tiba2 je dia..
Lepas dia bawak aku jumpe mak dia, dah kenal2 semua, akhirnye, mak dia nak datang merisik dulu, sebelum kami bertunang bulan September 2007.
11 bulan kemudian, 26 July 2008, kitorg diijabkabulkan.. Sehingga saat ini, aku masih rase cam tak caya je dah kawin ngn Cawan, dan paling tak percaya, kami dah genap 1 tahun mendirikan rumahtangga...hehehe..harap-harapnya, kami akan terus bersama dan bahagia selama-lamanya..Amin..
----------------------------------------------------------------------------------
Entry Our 1st.. kat bawah nih, Cawan yang buat..Dari jam 10 malam tadi, dia cam busy je kat dlm bilik stor a.k.a gudang Hotwheels. Dia suka amik2 gambar mainan dia yang baru beli atau pun dah berkurun beli..So aku biar kan aje dia kat dalam tu, sebab aku tengah syok layan Gangs of New York (Leo berlakon daaa).. Pastu tiba2 je dia ckp dia nk guna pc, aku pun tension la, time aku nk guna, dia plak nak guna...Katenye nk upload gambar kat blog. Aku dah agak dah, mesti gambar kereta2 dia la kan? apa lagi.. Aku pun kasi la dia 30 minit utk upload gambar2 tu...Dah siap tu, dia tutup monitor semua, Jom bebeh, kite pusing2 KL midnight nih.. Emm aku terus cergas tukar suar, on aje, dah lama tak pusing KL midnight2 ni, mcm2 scenes leh tgk..
Tepat jam 1 pagi, baru kitorg sampai rumah..adeh..ngantuk gile..Pas tu Cawan ckp, pegi la tgk blog u tu..ade sesuatu..
Friday, July 24, 2009
Tak Kenal Maka Tak Cinta..EP.1
Alamak apsal la budak ni sama kelas ngn aku nih...eee nyampahnye aku..tak aman la dunia aku cam nih!!
Dulu masa buat diploma, geng2 dari group C ni, selalu satu kuliah ngn budak2 kelas kitorg. Pastu dah la semua cam poyo2 je, pantang lecturer tanya, semua cam kecoh nak jawab kan..ape hal la..rileks la bro kan..ko jawab pun belum tentu leh score dekan..huh!!! So dari situ aku terus benci gile kat satu kelas diorg nih, termasuk la ngn Cawan sekali...eeeee benci gile ok!!! Tu la sejarahnya napa aku nyampah gile kat diorg2 tu, tambah nyampah lagi, bila dapat tau dan nampak ade beberapa ex-group C sambung degree sama ngn aku, pastu sama kelas lagi!!!!!!!
Hari berganti hari, aku masih buat dek je ngan budak2 yg aku nyampah tu..dengan yang lain2, aku dah mula berkenal-kenalan..nampak cam semua budak kelas ni cam ok je, kecuali la si mangkuk2 tu..ee tak kuasa la aku nk amik tau pasal diorg tu...
And then sampai la satu hari ni, ada satu kelas programming, so kena la masuk lab, tak silap aku ni cam 2-3rd kelas kot. Tiba2 je ada sorang mamat ni duk sebelah aku, sekali aku pandang..ler mamat ni ke (Cawan la)..eeee p la duk tempat lain.. Pastu dia mula bertegur sapa ngn aku, sambil buat lawak yang nak makan penampar "Name ko Siti ek??" sambil tersengih2 cam kerang busuk. "Hey, sorry sket ye, Siti Siti tak main.." aku jawab ngan nada yang paling nyampah skali..ee apa hal la mamat ni kan, dah la tiba2 jek.. Pastu dia gelak2, last2 aku dah nyampah kan tgk dia duk buat lawak2 bengong dia..aku terus ckp, panggil Na je laa..
So dari hari ke hari lagi..kami mula rapat..selalu la kalo time2 abis kelas tu, p makan ramai2 kat cafe la ape la, sambil dengar lawak2 basi diorg tuh.. Pastu lama2 si Cawan ni selalu ajak tumpang keta dia, tiap2 kali pas abis kelas, kadang2 dia tumpangkan aku dan Azie sampai ke Seksyen 2, tapi lama kelamaan, hampir tiap2 hari dia tumpangkan..hahaha aku dan Azie ape lagi kan, org dh offer, naik je la..nak tunggu bus purple tu, berkurun gak nak sampainye hahahah..
Semester 2 dan 3, kitorg dah jadi makin rapat dan makin selamba, aku dulu2 memang rock abis la..tak de la cam minah2 sopan santun, malu2 taik kucing, dan pura2 control cun..TAK DE!!!!! tu semua tak wujud dlm diary hidup aku..cewahh..So kalo dulu dia buat lawak bodoh2, skrg aku pun suka buat lawak bodoh yang tah ape2 jugak..Paling syoknye, tiap2 kali kalo kelas cancel, mesti kitorg pegi tgk wayang ramai2, kat TGV Bukit Raja, time tu kire cam happening gila laaa..hahahaha..bukan pegi 2-3 org, tapi hampir satu kelas memenuhkan panggung!! Aku dan beberapa kawan yang lain pun cam biasa, tumpang la keta Cawan lagi hahahaha..buat2 muka tak malu..
Tapi bila dah masuk semester 4, kami diberitahu, kami semua kena pindah ke kampus Puncak Perdana. Dengan rase tak puas hati, nak tak nak, kami semua terpaksa jugak pindah ke dlm asrama tu..Adui..Aku memang tak suka duk dlm asrama, sebab kena ikut macam2 peraturan, pas tu kena attend macam2 aktiviti. Dah la memang aku nyampah gile ngn aktiviti2 tuh semua..so memang sakit jiwa la time pindah tu!!!
Disebabkan kitorg senior time tu, kitorg cam leh choose la sapa yg nk duk sekali. Nasib baik asrama kat Puncak Perdana ni cam apartment, ada 3 bilik. Last2 budak pompuan kelas aku semua duk sekali, ada la yang 4-5 orang yang terbabas duk ngn org lain..Begitu gak ngan budak2 laki.. Paling bestnye, asrama lelaki dan perempuan ni dekat2 je..kalo dulu kan asrama pompuan ngn laki jauh2..tp kali ni dekat gile..memang leh jerit2 la pangil2 name ikut tingkap umah..
Disebabkan dah terlalu dekat, kami pun jadi lebih rapat lagi, mana kan tidak, makan pagi pun sekali, lunch dan dinner sekali!! Kiranye pagi petang siang malam asyik2 muka kitorg dan member2 je kat kedai makcik tuh!! Bukan takat tu je, dlm asrama tu dibekalkan dengan internet free. Emm lagi rajin la kami berchatting..hampir tiap2 malam aku berchatting ngn Cawan, tapi tak de la membicarakan soal hati dan perasaan pun, sekadar layan2 lawak bodok dan isu2 semasa dan tukar2 lagu..heheheh..
Lama-kelamaan, ada member2 yg bertanye, aku dan Cawan ada 'apa2' ke? Aku jawab la tak de..tp diorg cam tak leh terima jawapan aku tu..so lantak diorg la kan..Time ni aku memang sedia maklum Cawan dah ada girlfriend. Tp sebab aku angap cam tak de ape2, ape nak kisah kan? So Cawan dan girlfriend dia, masih bersama, ada kuar bersama2 jugak, tp aku tak heran pun..aku cam biasa jugak, malam2 chatting gak ngn dia..siap buat conference ramai2 lagi..so aku memang rase cam tak de ape2..
Esok hari nye, kami masih lagi berkawan cam biasa, cuma cam ngada2 lebih sket la..tu je..aku no feeling nye org..and then satu hari tu, dia ckp nk balik KL jap, sebab dh lama tak balik..pas tu tak lama kendian, dia called, cakap nak jumpe kat bawah..Aku pun terkedek2 la turun, ingatkan nk kasi nasi lemak ke ape ke kan..rupe2nye, dia kasi teddy bear, siap bau perfume dia lagi!!! hahahahah.. Aku tergelak besar la kan, ee bukan permainan aku la teddy bear nih, tp org dh kasi, aku amik je la..nasib baik comel..Balik je umah, aku terus masuk kan teddy bear tu dlm almari, sebab tak tau nk letak kat mane, emm nasib ko la teddy oiii..
Sampai la ke akhir semester, time final exam nih, walaupun aku main2 couple ngn dia, tp study tetap study..gred kena maintain, baru la gempak kan!!
Thursday, June 25, 2009
It's about Me!!
http://biqque.blogspot.com/2009/06/tales-of-travelholic.html
Emm was thinking, maybe I should ask Biqque to write a book about us (sekupang geng)kan? What say ye my friends??
Wednesday, June 24, 2009
Hanoi Punya Pasal...
[13:40] blue_oct: yeeeeeeeee
[13:40] blue_oct: nape
[13:40] blue_oct: i tgh sembang ngn sharul nih
[13:40] biqque: AA kuar promo no admin fee!
[13:40] blue_oct: haaaaaaaaaaa
[13:40] blue_oct: bile??
[13:40] biqque: hanoi, same date with us, for 2, rm350!!!
[13:40] blue_oct: haaaaaaaaaaaa
[13:40] blue_oct: jap2
[13:40] blue_oct: huhuhuh
[13:40] biqque: sebab balik 0 fare!!!
[13:40] biqque: cepatttttttttttt
[13:41] blue_oct: u pegi bape hb??
[13:41] blue_oct: 23 Feb - 27 Feb kan?
[13:41] biqque: 23 feb 2010
[13:41] biqque: balik 27 feb 2010
[13:41] blue_oct: orait
[13:41] biqque: same time pegi balik i tgk
[13:42] biqque: pegi : 6.30-8.45
[13:42] biqque: balik 9.15-1.30
[13:42] blue_oct: orait2
[13:42] blue_oct: wahhh ade
[13:42] blue_oct: jap i mengeletar jap
[13:42] blue_oct: nk buat slow2
[13:42] blue_oct: hahaha
[13:43] biqque: i pun tgh menggeletar niiiiiiiiiiiii
[13:43] biqque: i dah sampai page nama guest
[13:43] blue_oct: hahhhahah kus selamat
[13:43] biqque: adeh adeh
[13:43] blue_oct: okeh
[13:47] blue_oct: i nk beli nih
[13:48] biqque: ha!
[13:48] biqque: kira u tukar tiket la kan???
[13:48] blue_oct: tak
[13:48] biqque: tukar!!!
[13:48] blue_oct: beli baru
[13:48] biqque: tukarrrrrrrrrr!!!
[13:48] blue_oct: kalo tukar still mahal
[13:48] biqque: huh???
[13:48] biqque: then yg lama???
[13:49] blue_oct: tak tau la
[13:49] blue_oct: adeh..
[13:49] blue_oct: kalo i leh jual tak pe gak
[13:49] biqque: brapa yg lama?
[13:49] blue_oct: yg lame i beli rm580 cam tu ka
[13:49] blue_oct: pas tu kalo tukar tarikh ngn u nih..still have to pay rm580
[13:49] biqque: ha la sama i
[13:49] biqque: ha la sama i
[13:49] biqque: yg baru ni 350 sial!
[13:50] blue_oct: adeh...
[13:50] blue_oct: so cam mane?
[13:50] blue_oct: patut i amik yg ni je ke?
[13:50] blue_oct: yg tu kasi kat org lain??
[13:50] blue_oct: huhuhh
[13:50] biqque: if tukar u kena bayar brapa?
[13:50] blue_oct: tukar tarikh rm558
[13:50] biqque: lagi mahal???
[13:50] biqque: dang
[13:50] biqque: ok if tukar nama or tukar tempat bleh?
[13:51] biqque: if leh tukar nama, leh la ayat sapa2 nanti
[13:51] biqque: i mean meor n zam ke, adik2 u ke
[13:51] blue_oct: ha ok ok
[13:51] blue_oct: i nk book nih
[13:51] blue_oct: doakan i selamat
[13:51] blue_oct: nk cek tarikh lagi skali
[13:52] biqque: cekkkkkkkkkkkkk
[13:52] biqque: FEBRUARY!!!
[13:52] blue_oct: ok
[13:52] biqque: i tgh tgk tiket i
[13:52] biqque: 23 FEB - 27 FEB 2010
[13:52] biqque: amik meal
[13:53] biqque: pegi : 6.30AM-8.45AM
[13:53] biqque: balik : 9.15AM-1.30PM
[13:54] blue_oct: ok
[13:55] blue_oct: Kuala Lumpur LCCT (KUL) to Hanoi (HAN) Tue 23 Feb 2010 AK 870 Depart 0630 Arrive 0845
[13:55] blue_oct: tlg tgk jap
[13:55] blue_oct: betui tak pegi time tu
[13:55] blue_oct: balik Hanoi (HAN) to Kuala Lumpur LCCT (KUL) Sat 27 Feb 2010 AK 871 Depart 0915 Arrive 1330
[13:55] biqque: AK 870 betul!
[13:56] biqque: AK 871 betul!
[13:56] blue_oct: ok
[13:57] biqque: adeh2
[13:57] biqque: camne?
[13:57] blue_oct: jap2
[13:58] blue_oct: congested plak dah
[13:58] biqque: tu la sharul ckpppppppp
[13:58] biqque: alaaaaaaaaaa
[13:58] biqque: i tadi laju gile sial
[13:58] blue_oct: ok leh dh
[13:58] blue_oct: jap2 nk byor nih
[14:00] blue_oct: jap i tunggu tac request nih
[14:00] blue_oct: i byar cash hehehe
[14:01] blue_oct: ok dh selamat bayar dh
[14:01] blue_oct: ok CONFIRMED!!!!!
[14:04] biqque: YES!!!
[14:04] biqque: YEAY!!!
[14:04] blue_oct: hahahha
[14:08] biqque: eh na, cawan dah tau?
[14:08] biqque: so tiket lama tu camne???
[14:08] blue_oct: haha i dh bincang ngn dia ahad ari tu
[14:08] blue_oct: dia ckp ok je kalo ade tiket murah
[14:08] blue_oct: ni i beli la terus sb dia dh tau
[14:08] biqque: hahaha tu la, 350 is far way cheaper sial
[14:08] blue_oct: tu la
[14:09] blue_oct: eeee tp i tak tau la mane nk jual tiket lame tu
[14:09] blue_oct: dpt half price pun jadi la
[14:09] blue_oct: hehehe
[14:09] biqque: terkejut i tadi terus gedik2 buzz u
[14:09] biqque: tu ar kira half tu
[14:09] biqque: i dah la ada class, i tak masuk
[14:09] biqque: kul 3 kang my class plak
[14:09] blue_oct: class ape?
[14:09] biqque: education utk process refresher
[14:10] blue_oct: oooo
[14:10] blue_oct: hehhhehe
[14:10] biqque: setiap tahun setiap dept kena ajar orang process dept tu
[14:10] blue_oct: ic
[14:39] biqque: na
[14:40] biqque: leh tak tukar tiket lama tu? i mean nama leh ke?
[14:40] blue_oct: emm tak leh la
[14:40] blue_oct: kene byar cam beli baru
[14:40] blue_oct: so kirenye burn la tiket tuh
[14:41] biqque: fuiyoh burn...anggap je la duit u hilang bleh
[14:41] blue_oct: emm tak pe la..i dhj kire dh..kalo campur 2tiket march ngn feb tu..dlm 900++ sorang dlm rm488 je la
[14:41] blue_oct: kire ok la kot
[14:41] blue_oct: hehhehee
[14:42] biqque: or byr tax
[14:42] blue_oct: haaaaaaa leh byar tax ke??
[14:42] blue_oct: emm i tgh promo kat zam n meor ni pasal tiket murah ke hanoi
[14:42] blue_oct: hehehehehe...
Kejadian diatas terjadi kerana, hari tu time beli tiket ke Hanoi tu, aku terpilih tarikh 23-27 March 2010!! Disebabkan rase cam tak best kalo tak pegi ngn diorg nih, aku sanggup beli tiket baru yg way moreeeeeeeeeee cheaper dari harga tiket lame (macam ba** betul!! ingatkan hari tu dh murah dah!!)..Tiket lama?? Emm buat ape ye?? Burn je la..
Rase cam mana sekarang?? Seronok laaa..
Halong Bay, nantikan kami!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Nampak gayanye kena update countdown ke Hanoi kt sebelah tuh!!! yihaaa..
Tuesday, June 23, 2009
Penangan Gelimat Mat Mat..
Haaaa amik ko!! Terkejut dan terkaget sebentar...Masya Allah..Diorg duk menari lagu Gelimat kt Ipoh rupenye hari tu..Aku pun layan la...adeh, kelako habis, aku gelak sampai tak leh berhenti, terkekek2, rasenya jiran sebelah umah gerenti leh dengar kitorg gelak malam tadi, nyaris Cawan keja malam je, kalo tak mesti lagi riuh!! Kalo Amier tgk video ni, gerenti la terguling2 budak tu kat umah!!! Member2 yg tengok pun ckp kelako, siap ajak aku prektis menari lagu, kate Biq "leh kite nari ramai2" ... Hahahah nk buat jadi lagu theme Sekupang forum ke??
Sebenarnye Icam, Amier dan Cawan memang suka gile kat videoclip Gelimat nih, kalo berkumpul je, mesti lagu ni diorg nyanyi, sorang start, pas tu bersambung2 la lagu tu, kalo Icam sebut "kuntagani..", Amier mesti sahut "Matakuye" Cawan plak sambung "Kasi murah kalkulator encik tabur.." pas tu beramai2, nyanyi "geli matttttttttttttttt, mat mat mat!!" Eee pening pala otak aku dengar..Tiap2 hari sepanjang Icam ade kat KL nih!!!
Yang pasti nye sekarang nih, satu rumah dah kena penangan lagu Gelimat, aku skrg pun dh tau lirik lagu tu sket2, Lane siap dh buat video clip ngn Icam, Muni tu pun sebenarnye dlm diam2 dh tau dh lirik lagu ni, cuma maintain jek tu!! cit podah GELI MAT!!!
Kalo korang nk layan videoclip tu, sila ke blog Muni, a.piece.of.me ade kat blog list aku...hahhaha..
Tuesday, June 16, 2009
The World is AWESOME!!
Garcia, Julio[5:23 PM]: hey nazira we will work shortly together soon
Mat Ali, Nazirah[5:23 PM]: hey!! what do u mean? are u talking about EDM???
Garcia, Julio [5:24 PM]: you will hear from me later next week after some authorizations arrived. Su***** needs help on the **** ***** ****** **** *** ***** ***** ******* ****** ahh no...do not worry, edm conversion is over this is another thing, new one and small, short and easy
Mat Ali, Nazirah [5:24 PM]: ok..glad to hear that..
Garcia, Julio [5:24 PM]: well, just wanted to say hi everything good?
Mat Ali, Nazirah [5:24 PM]: yeah everything is good here.. how bout you? did u have a good time back in mexico?
Garcia, Julio[5:25 PM]: yes, last assignments since i roll off in two weeks that is why i will need your help to do it clean and succesfull but i will stay in S****, i just go to another project so you will still see me in communicator
Mat Ali, Nazirah [5:25 PM]: ok ok..sure no problemo..
Garcia, Julio [5:25 PM]: mexico was great...nazira...you should go to mexico. even before going to europe!
Mat Ali, Nazirah [5:26 PM]: hahahahah...
Garcia, Julio [5:26 PM]: europe = old and boring...mexico = best country ever
Mat Ali, Nazirah[5:26 PM]: i loveeee to travel u know..OMG!!! we shouldn't be talking about this!!!! hahahaha
Garcia, Julio [5:26 PM]: well...I am sure malaysia is fantastic too
Mat Ali, Nazirah[5:26 PM]: but the flight ticket to south america is toooo expensive..
Garcia, Julio [5:26 PM]: yes, that indeed is literally other side of the world
Mat Ali, Nazirah [5:26 PM]: yeah.. i heard san cabos is niceeeeeeeeeeeeeee have u been there??
Garcia, Julio [5:27 PM]: i may go on holidays end of this year to hitchhike in syria, egypt, lybia and tunisia
Mat Ali, Nazirah [5:27 PM]: wow..lucky u...
Garcia, Julio [5:27 PM]: no, not cabos...that is very up in the north from mexico city...like 25 hours by car or 2.5 hours flight
Mat Ali, Nazirah [5:27 PM]: what!!!! that far???..
Conversation ended..he has to go to do something....
It's been a while since I last talked to him, he was on leave for 3 weeks to go back to Mexico, his hometown, to visit his family (katenye dia dh 3thn tak balik Mexico) .. lucky son of a b****!!! Now he is back at The Hague, Holland to continue with his ordinary life..and of course working with me!! :)
And thanks Julio for the information --> "europe = old and boring...mexico = best country ever"
I'm very well aware of that!! But what the heck!!!! This will not stop me from going to Europe..I will travel the WORLD as long as I live..and enjoy life as much as I can..because........
The World is AWESOME!!.. (singing Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da!! everybody sing it!!!!)
I love the mountains, I love the clear blue skies ...
I love big bridges ...
I love when great whites fly ...
I love the whole world ...
And all its sights and sounds ...
Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da!
I love the ocean ...
I love real dirty things ...
I love to go fast ...
I love Egyptian kings ...
I love the whole world ...
And all its craziness ...
Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da!
I love tornadoes ...
I love arachnids ...
I love hot magma ...
I love the giant squid ...
I love the whole world, it's such a brilliant place ...
Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da, Boom-de-ah-da!