CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image
Showing posts with label Renung-Renungkan.... Show all posts
Showing posts with label Renung-Renungkan.... Show all posts

..Kempen!





WANT TO
TOUCH 
AL- QURAN





Renung-renungkan...









..Bagaikan Pohon ..






Melakukan amal ibadah, amal soleh 
dan seluruh perbuatan baik secara
 terus menerus, 
setahap demi setahap,
 ibarat membangun benteng diri yang kukuh.


Mengurus batu-bata satu persatu 
secara terus menerus hingga akhirnya berdirilah
 sebuah bangunan yang megah. 
Inilah amal yang dicintai Allah, 
yakni melakukan kebaikan dan ibadah 
tanpa henti meskipun 
 hanya sedikit.




Beramal sedikit demi sedikit tetapi
 terus menerus juga ibarat :

* Menanam benih pohon.
* Membe
rinya baja.
* Menyiraminya dengan air.


Pohon itu adalah jiwa kita sendiri. 
Baja dan airnya adalah amal-amal ibadah dan keimanan.
 Sedikit dalam beramal yang dilakukan terus-menerus 
juga sama dengan memupuk dan menyiram pohon iman 
sehingga ia akan tetap tumbuh segar dan tidak layu. 
Akar pasti mencengkam kukuh tanpa goyah
Sebegitulah dikiaskan sebagai
ketetapan iman  dalam diri.
Hasilnya, 
jiwa terus terangkat menuju darjat yang lebih baik 
serta menjejaki tangga-tangga
 ke arah kesempurnaan.


 :)








..Orang Yang Diberkati..












...Kehebatan Yang Tidak Dapat Disangkal..




Pernah berlaku satu peristiwa,
seorang ulama diuji dengan kehebatan AL-QURAN
oleh seorang Nasrani seraya berkata,

" Wahai ulama! Kalau betul apa yang ada di atas muka bumi
ini tertulis di dalam AL-QURAN,
cuba kau nyatakan kepadaku  secupak gandum boleh
menghasilkan berapa keping roti? "

Lalu ulama itu berkata,

" Baiklah,esok akan aku khabarkan kepada kau."

Pada keesokan harinya,
bertemulah kedua-dua orang tadi 
dan ulama tersebut terus berkata,

" Secupak gandum dapat menghasilkan 20 keping roti."

dan
Nasrani tadi bertanya,

" Dari mana kau dapat jawapan ini."

Ulama itu menjawab,

"Aku bertanya kepada tukang pembuat roti."

Lalu Nasrani tadi pun mempertikai jawapan ulama
dan berkata,

" Kau kata semua ada tertulis di dalam AL-QURAN?"

" Ya."

Kata ulama tadi dan membaca sepotong ayat
AL-QURAN
di dalam surah al-Nahl,




Inilah yang tertulis di dalam AL-QURAN.
Akhirnya Nasrani tadi mengaku kehebatan AL-QURAN
dan
terus menerima ISLAM sebagai agama.


Begitulah hebatnya AL-QURAN.





Ia sememangnya sesuai untuk semua zaman
kerana
di dalam AL-QURAN terkandung perkara
yang TELAH BERLAKU,
yang SEDANG BERLAKU 
&
yang AKAN BERLAKU.





AL-QURAN ,
Mukjizat  teragung yang kekal hingga hari ini..


Semoga kita tidak termasuk  dalam golongan
yang melupakan kehebatan
AL-QURAN.

 InsyaAllah..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran
 (membaca dan memahami maknanya) dan 
 mengajarkannya.” 
(Riwayat Bukhari)





...WAHAI DIRI....



Wahai diri, 
Tahukah engkau bahawa ALLAH menjadikanmu di muka bumi ini
 adalah semata-mata untuk beribadah kepada~Nya. 
Untuk mengabdikan diri kepada~Nya? 
Lupakah engkau bahawa engkau telah 
menerima amanah dari ALLAH sebagai khalifah di dunia ini,
 padahal makhluk ALLAH yang lainnya 
 tidak sanggup untuk 
memikulnya?

Cubalah engkau renungkan dirimu ini...

 Apakah yang telah engkau lakukan di atas bumi ALLAH selama ini? Sedarlah dirimu, wahai diri. 
Dirimu sebenarnya sedang bergelumang dengan dosa 
dan noda yang tiada kesudahannya.




Pernahkah engkau terfikir berapa banyakkah 

nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepadamu? 
Pernahkah engkau menghitung pertolongan yang telah 
ALLAH berikan kepadamu? 
Sekalipun engkau cuba untuk menghitungnya 
tidak akan kau dapati jawapannya. 
Ianya terlalu banyak, wahai diri!!!
 Bagaikan langit dengan bumi!!!

Walaupun engkau terus melakukan maksiat kepada~Nya,

 melanggar perintah~Nya, 
ALLAH tidak pernah putus memberikan engkau Nikmat 
dan Rahmat~Nya yang tiada terhingga, 
hinggalah ke akhir hayatmu.
 Nikmat ALLAH yang manakah yang tidak
 engkau sukai wahai diri, 
sehingga engkau sanggup melanggar perintah~Nya? 




Zalimkah ALLAH jika tidak dikabulkan doa dan permintaanmu? 
Zalimkah ALLAH jika IA menghukummu setimpal 
dengan apa yang telah engkau lakukan?
 Zalimkah ALLAH jika ditolakNya permintaanmu 
kerana ianya akan membawa 
bencana kepadamu?

Sesungguhnya, wahai diri, 

engkau tentu telah tahu ALLAH sebenarnya tidak zalim. 
Engkaulah yang menzalimi dirimu sendiri! 
ALLAH Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang 
kepada hamba-hamba~Nya. 
Tidak semudah itu ALLAH akan menghukum hamba~Nya 
di atas setiap kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. 
Kerana tidakkah ALLAH telah banyak memberikan engkau 
kesempatan untuk bertaubat 
kepada~Nya?




Pengajaran demi pengajaran. 

Berbagai bala dan ujian yang engkau alami dalam hidupmu ini 
adalah sebagai pengajaran dari ALLAH 
untuk mendekatkan engkau 
kepada~Nya!


Di waktu engkau ditimpa bala dan musibah, 

bila tiada sesiapa di sisimu yang sudi menolongmu; 
 bukankah ALLAH jua yang datang menolongmu tanpa kau sedari? Dihilangkan musibah itu darimu dan diampuni~Nya dosamu 
dengan kesabaranmu menanggung 
bala dan musibah itu.



Insaflah wahai diri. 

Setiap yang hidup pasti akan mati. 
Belum ada jaminan dari ALLAH berapa lama lagi 
engkau akan diberikan kesempatan untuk terus hidup 
di muka bumi ini. 
Belum ada insan yang mati, 
hidup kembali untuk memperbaiki amalannya. 
Belumkah sampai masanya untuk engkau 
menuju jalan kembali? 
Untuk membuat persiapan bekalan hidupmu 
di alam yang lebih kekal abadi? 
Renungkanlah liku-liku perjalananmu ke alam akhirat.
 Azab dan siksaan yang pedih akan menantimu 
bila engkau kembali ke alam barzakh
 tanpa persiapan dan amalan. 
Membawa dosa yang tidak terampun!



Tiada jalan mudah untuk ke Syurga.
Tiada pula sukar bagimu dipesongkan jalan ke neraka.
Segeralah engkau bertaubat 

sebelum datang ajalmu yang 
tiada siapa pun tahu!

 
Petikkan dari : Jaridah – Julai, Rejab 1428H.








..Degilnya Kaki Kanan..







..Audit Diri Sendiri..








..Pesan Ustaz DON..










....Kawal Minda...Kawal Hati...



Sememangnya..
Kita perlu sentiasa sematkan di minda...
Dengan sesuatu yang bisa menyuntik satu semangat..




Dan
Hati sentiasa jua dijaga..dikawal..
& diingatkan selalu...
 








 

 

PASTI..Dijemput Pulang..















...Silence & Smile..






...Tidak Terlepas Dari Kata..


Perkongsian cerita,
Untuk renungan bersama.. 



 Pada suatu hari, 
Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar 
di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbandingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan.

Luqman al Hakim telah membawa anaknya dan keldai 
ke pasar tempat orang ramai. 

 
Mulanya,
 Luqman al Hakim telah menaiki keldai itu, 
anaknya pula yang mengendalikan keldai itu sambil berjalan kaki, 
maka orang ramai berkata :

" Inilah orang tua yang tidak mengasihani anaknya,
 dia bersenang lenang di atas keldai, anaknya pula berjalan kaki! "

Berikutnya,
 Luqman al Hakim menaikkan anaknya ke atas keldai dan beliau sendiri pula yang mengendalikan Keldai dengan berjalan kaki, 
maka orang ramai berkata :

" Sungguh biadap anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, 
dia pula bersenang lenang di atas keldai! "

Seterusnya, 
Luqman al Hakim bersama anaknya menaiki keldai itu bersama sama, 
maka berkata pula orang ramai :

" Lihat!, seekor keldai membawa dua orang!,
 alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda! "

Akhirnya, 
Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai itu dan 
membiarkan ia kosong saja,
 orang ramai berkata lagi :

" Alangkah anehnya, keldai dibiarkan kosong tidak ditunggangi, 
tuannya pula berjalan kaki saja!"







 

SELEPAS ITU...

Berkata Luqman al Hakim kepada anakandanya 
selepas kisah keldai di atas :

" Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. 
Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan 
melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. 
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap satu "








Semoga kita sekalian mendapat iktibar dari kisah ini..

:)


Syukur!DipermudahkanNya..





Alhamdulillah..
Kem berakhir hari ini..
Semua berjalan lancar..
Syukur!

Yang seronok..
layanan pihak resort memang baik sekali!
Yang paling best..bila Pengurus Resort pelawa
untuk diadakan kem di resort itu lagi!
Mendengar pelawaan..
terus tuan blog cakap..
"..Nakkkk...!!
tapi dengan harga camni jugak lah kann.." 
(..tu diaa..siap beri syarat lagii!!..)

Dengan senyum pengurus resort cakap..
:
:
:
:
V
"Bolehhhh..."
:
:
V
Uhhh!!
Merasakan satu peluang cerah utk ke resort ini lagi
bagaikan satu perjanjian yang telah termeteri
antara pihak resort dengan sekolah!
Apa lagi...
terus minta no telefon pengurus resort utk 
memudahkan urusan nanti! 
:)
Memang baik!
Siap nak jemput kita orang utk majlis berbuka puasa!
:)



Itulah kan...
Mungkin atas kita berurusan dengan ikhlas..
dengan niat yang baik
serta memudahkan urusan 
oranglain/pelajar
Maka..
DipermudahkanNya jua urusan kita oleh oranglain...  
Alhamdulillah....
Syukur sangat2
:)
:
:
:
:
:
V
Renung-Renungkan....



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, 
bersabda:

 “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. 

(HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

 Apabila kita mengetahui bahawa sebenarnya kita mampu berbuat
 sesuatu untuk menolong kesulitan orang lain, 
maka segeralah lakukan, segeralah beri pertolongan.
 Terlebih lagi bila orang itu telah memintanya kepada kita. 
Karena pertolongan yang kita berikan, 
akan sangat bererti bagi orang yang sedang kesulitan.
 Cubalah bayangkan, bagaimana rasanya apabila kita berada 
pada posisi orang yang meminta pertolongan pada kita, 
Dan sungguh Allah SWT sangat mencintai orang 
yang mahu memberikan kebahagiaan kepada orang lain 
dan menghapuskan kesulitan orang lain.

:)



...Rahsia Di Sebalik Musibah..



Ketika pagi masih dingin, 
si penjual sayur itu sudah memetik sayur-sayurnya 

lalu diatur ke dalam pedati. 

Dia kemudian ke bangsal untuk mengambil kudanya.



“Eh, kenapa dengan kudaku ini?”
 Dia mendekati kudanya yang terbaring. 
Ternyata kudanya sudah mati. Si penjual sayur itu terduduk lalu termenung memikirkan bagaimana dia hendak 
mengangkut sayur-sayurnya.

Si penjual sayur itu kemudian menemui seorang ulama 
lalu menceritakan masalahnya. 
“Inilah musibah yang paling buruk pernah terjadi kepadaku,” 
Si penjual sayur itu berkeluh-kesah. 
Ulama itu mengangkat bahu sambil menarik nafas.

“Mungkin ya, mungkin tidak.” 
Spontan ulama itu menjawab. 
Si penjual sayur berkerut dahi. 
Dia kecewa dengan jawapan ulama itu, lalu dia pulang ke rumah. 



Sebaik sahaja tiba di rumahnya, matanya terpaku.
 Seekor kuda liar sedang mengibas-ngibas ekornya
 sambil berdiri tegap di hadapan rumahnya.
 
“Bukankah ini satu anugerah?”
Si penjual sayur kembali semula memberitahu ulama itu.

 Sekali lagi ulama itu mengangkat bahu.
“Mungkin ya, mungkin tidak!” 
Si penjual sayur semakin kecewa dengan jawapan ulama itu,
 lalu kembali semula ke rumahnya. 
Sebaik sahaja dia tiba di rumahnya,
 dia terkejut. 
Anak lelakinya sedang terlantar kesakitan di sisi
 kuda liar itu yang terlepas daripada tambatan. 
Kedua-dua kaki anaknya patah akibat dipijak kuda liar itu. 
Si penjual sayur itu menangis sambil 
memeluk anaknya.



“Aku fikir kuda ini anugerah,
 rupa-rupanya hanya membawa musibah,”
 si penjual sayur itu berkeluh-kesah.

Tidak lama selepas itu terdengar berita akan berlaku peperangan. 
 Semua pemuda diwajibkan menyertai peperangan. 
Namun, 
oleh kerana kaki anak lelakinya masih dirawat,
 maka anaknya dikecualikan daripada menyertai peperangan tersebut. 
Si penjual sayur itu bersyukur. 
Barulah dia sedar bahawa musibah yang melandanya juga 
merupakan satu
ANUGERAH.



* Olahan Sumber: Assoc. Prof Azizi Zakaria, UUM




LISTEN TO QURAN

Listen to Quran