CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image
Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

A.K.U.P.U.N.T.U.R



AKUPUNTUR?!









Semalam
 tuan blog barulah tahu perbezaan
Urutan tradisional biasa dengan urutan saraf
Mencuba urutan saraf
ada bezanya kerana ia lebih memfokuskan
kepada titik saraf yang berkait dengan organ-organ dalaman kita.
Urutannya agak lembut
berbanding urutan tradisional
Tidak perlu mengerut muka menahan sakit
Hanya relaks dan santai
Yang nyata
Kesannya boleh kita rasai!
 :)




Pastinya tertanya
Tajuk n3 pasal akupuntur
Tup2 mencerita tentang urutan saraf!
Kalau ikutkan hati
Memang tidak dirancang langsung 
untuk merelakan kulit dicucuk
dengan menda alah jarum ni
Tambahan pula
pernah melihat kaedah akupuntur yang 
mengguna elektrik..
Lagi2 lah menggerunkan 
Namun
setelah diberitahu tentang kebaikan akupuntur
Dan dikatakan tidak sakit
Apatah lagi budak2 kecil pun ada yang 'diakupunturnya '
Maka
 Alhamdulillah
Allah beri sedikit keberanian!
Yang boleh dirumus,
titik mana yang bermasalah,
cucukan jarum sedikitttt sakit
Cucukan pada titik yang tiada masalah
Tidak pula terasa!
:)
Setelah dicucuk,
tunggulah kita selama 30-45 min
:)


 InsyaAllah..

Ada kebaikan dari rawatan akupuntur ni
:)
Antara yang diberitahu,
Selepas urutan saraf,
Ditambah dengan akupuntur
Peredaran darah lebih lancar,
Kolesterol juga boleh dikurangkan,
Tiada sekatan pada saraf2,
angin yang banyak dalam badan boleh dinyahkan
( Rupanya semakin stress seseorang ..
semakin  banyak angin badan!)
Antara
Bahaya angin dalam badan:
Terlalu banyak angin di dalam badan  dikatakan
boleh attack di bahagian jantung dan boleh menyebab stroke!
Mengaktif sel2 kanser.cyst,
Rambut boleh gugur,cepat semput,
Badan tidak cergas & merasa malas
Resdung mula menyerang,migrain dll!



Cara mengurangkan angin dalam badan
katanya
Marah perlu dikawal dengan sebaiknya
+ yang utama diri mesti POSITIF!

Di samping pengambilan makanan 
dengan cara yang betul.
Manakala
untuk tips kesihatan yang lain :
Pengambilan air MESTI /WAJIB cukup!
8 gelas @ 3 LITER sehari!
Andai air dalam badan tidak mencukupi
Saraf mula mengecut
Organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan efisien:)



Beruntung juga..
disamping menerima rawatan..dapat juga mendengar 
info kesihatan..Petua itu ini..kebaikan rawatan 
Larangandan peringatan  itu ini...
( OPS!! sebut larangan..tuan blog kena 
katakan TIDAK untuk NESCAFE!
Selain tinggi kafein..ia juga penyumbang angin 
dalam badan...)
erk! 




Urutan Saraf  sudah
Akupuntur pun dah  sudah
Kali ini Ada satu lagi hutang 
Appoinment !

Bagi melengkapkan pakej ,
RAwatan di bawah 
akan menyusuli
;)
:
:
:
:
:
:
:
:
V
 Berbekam lah pulak!




:)

Mana-mana yang ingin

mengetahui lebih banyak tentang kebaikan
kaedah rawatan akupuntur/berbekam
boleh cuba membacanya
di sini
:)  


Banyak Khasiatnya...






ermm...
Memang tahu banyak khasiat..
Tapi 
bila disuruh telan...
Rasa cam tak leh telan jekk..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
V

erk!



...Lagi-Lagi INFO..



Cuaca nan dingin
 dengan 
hujan mencurah dari pagi tadi..
Terlintas juga....

Gambar lam n3 2009 duluuu....Sanggup cari tuuu!...Ada Nostalgianya..



Kalau laa ada Ubi kayu + Air Kopi
time-time camni
Mesti best kan!
Opss!
Makan Makan Makan..
;)
ish3x

Alahai..
Setakat berangan duk nengok gambar
Ubi kayu + Air Kopi yang kat atas tuu..
bukan ada punn..Uhh!
Tak salah kan..
:)



Tak ada Ubi Kayu..
Tak ada kopi
Mengadap makan rezeki Allah 
yang ni pun
Syukur..Alhamdulillah
:)
:
:
:
V

  Buah Tin  
yang baru dibeli semalam...
:)

erm..
Dalam duk mengunyah buah tin ..
tercetus pula diminda
nak bern3 tentang 
Khasiat  
BUAH  TIN
  

 Antara Khasiat Buah Tin :

Ada diiterangkan dalam surah At-Tin 
(surah ke 95 dalam Al-Quran)
 dimana 
Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun.
 Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?
:
:
:
V
-menyingkirkan keracunan (toksin)
-mencairkan kahak di tekak
- mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada
 - membersihkan hati,buah pinggang dan jantung 
- membersihkan lendir dalam usus
- bermanfaat kepada pesakit buasir, 
dimana ia dapat membantu mengurangkan 
bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. 
- membantu melawaskan kencing 
- merawat sakit-sakit badan
- dipercayai juga dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga
- mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.


Itulah antara kebaikan
buah tin!  
 Moga Info memberi manfaat bersama..
InsyaAllah



 - Sharing Is Caring-





 

...Biar di mana berada-Tetap Nak BerINFO



Lokasi hari ini
Di sini
:
:
:
:
V

...pemandangan pagi ...

Kiri-Kanan..
Hanya nampak 'Hutan Batu' yang Menggapai Langit..
:
:
:
V
....Langit nan Biru ...


Setiap kali duk kat hotel ni..
Satu je yang lemah semangat

Nak tahu pe
 Jap!
:
:
V
..Di sebalik celahan pintu..

Agak2 pintu apa yaaaa...

Jappp!!
:
:
V
...Nampak anak bujangku di sebalik pintu ..??

ermmm..
Dapat rasa apa yang kurasa..!!
Memang lemah semangat bila pintunya hanya 
Boleh ditutup sebegitu sahaja..
fuhhhh!
 Agaknya laa....
Hotel tak cukup budget kott..
erkk!!
(Salahkan hotel lakkk...Walhal.....orang sini yang kekampungan!!..kuno skitt!..
huhu..pe2..MEMANG TAK SUKAAaaaa!!!..GGrrrr!!!&*@?&*)
Ok ..Ok
Abaikan pasal pintu tak cukup budget niii
OPSS!!
Anggapkan itu hanya intro
utk n3 kali ni..
:P

Ok..camni..
Hari ini ada baca artikel
:
:
V

ELAK MANDI MALAM 
untuk 
AWET MUDA



Dari petikan artikel mengatakan
Apabila usia makin meningkat,badan mula rasa sakit-sakit
terutama bahagian SENDI .
Maka dengan ini jugalah dikatakan kebanyakan mereka
berusia lanjut akan mengalami RHEUMATIK.
Perbezaannya,
adalah pada waktu!
Ada yang cepat...Ada yang lambat.

 
MANDI MALAM
sebenarnya TIDAK menyebabkan 
sakit sendi atau Rheumatik,
TETAPI
MANDI MALAM 
 BOLEH MEMBURUKKAN LAGI KESAKITAN & RASA NYILU SENDI !
Maka pada yang mengalami sakit sendi/Rheumatik
TIDAK DIGALAKKAN 
MANDI MALAM...
Melainkan mandi menggunakan air panas!


TIPS ELAK SAKIT SENDI/RHEUMATIK

1.  Hindari Mandi Malam .
Tujuannya utk hindari keadaan sejuk melainkan
pada mereka yang berusia muda kerana dikatakan
Air sejuk sesuai untuk mengusir rasa malas!
2. Makan banyak sayuran & buahan yang kaya antioksidan.
Tujuannya utk membantu mencegah 
penuaan awal.
3.  Untuk mencukupkan keperluan  karbohidrat ,
utamakan sumber seperti bijirin,gandum,ubi & jagung.
Untuk keperluan protein, boleh ambil telur dan susu.
4.  Berpuasa .
Cara terbaik  kawal pengambilan makanan.
5.  Banyak minum air putih.Hindar minuman bersoda/bergas.
Ini kerana minuman bersoda akan meningkat 
pelepasan kalsium dari tulang yang
menyebab tulang menjadi 
rapuh.



Sekian..

~ Sharing Is Caring ~
:)







..NYAH-TOKSIN..



Nyah-Toksin atau Detoks
adalah satu cara untuk menyingkirkan toksin atau racun
dari dalam tubuh.




Antara buah yang boleh diguna untuk tujuan 
penyingkiran toksin dalam badan ini
adalah seperti  :



BUAH  LIMAU

 Kandungan banyak Vitamin C & merupakan antioksidan kuat
yang mampu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya ,
mencegah penuaan awal,mengurangi risiko kanser,
penyakit jantung serta meningkat penyerapan zat besi.

 Lemon merupakan buah pembersih paling baik kerana
kandungan astringen & antiseptiknya merangsang fungsi 
hati & hempedu.
Segelas air panas & perahan lemon segar
adalah cara paling baik untuk memulakan usaha detoks.




EPAL


 Kandungan asid malat & asid tartaric di dalam epal
berperanan meningkatkan kerja 
sistem pencernaan & membersihkan hati.
Kandungan pektin yang tinggi akan mengikat logam berat selain menyediakan energi yang stabil dengan kandungan fruktosanya.



ANGGUR



 Pir membantu mempercantikkan kulit & membuat 
rambut berkilau.
Ia juga berperanan sebagai ubat diuretik iaitu
pendorong penghasilan air kencing
sekaligus akan membantu pembuangan urea/toksin
melalui air kencing.



ANGGUR


Anggur dikatakan dapat meringankan sembelit dan membantu
mengatasi masalah ginjal,hati,sistem pencernaan serta kulit.
Anggur paling baik untuk tujuan detoks 
adalah anggur merah.



MANGGA


Mangga dengan isinya yang lembut serta harum
dipercayai mampu membersihkan darah.
Ia juga baik untuk sistem ginjal &
pencernaan.



Sumber : 
Mingguan Wanita-Info Sihat



~ Sharing Is Caring ~
:)




...Bahaya GINCU !??..



PERHATIAN :

Kandungan bahan kimia 
TRIKLOSAN
di dalam gincu dapat menyebabkan masalah pada
JANTUNG & OTOT.

Kajian ke atas beberapa ekor tikus makmal
mendapati tikus yang terdedah dengan 
TRIKLOSAN 
telah mengalami kegagalan fungsi jantung.
Penurunan fungsi jantung tikus-tikus tersebut merosot sehingga 25%.

Dengan penemuan ini,
para penyelidik percaya bahawa
JANTUNG MANUSIA
akan mengalami masalah yang sama apabila menggunakan
produk kaya 
TRIKLOSAN
seperti gincu, sabun muka & ubat gigi
dengan terlalu kerap!




p/s:
ermm...
Untuk peringatan diri sendiri..
Lepas ni..kena hati2..
Kena pastikan bebas dari  
TRIKLOSAN!

~ Sharing Is Caring ~


Sumber: 
Harmoni 2012








...Badan BERASID??!..



Darah di dalam badan di katakan berasid apabila
kita mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid sekaligus 
pemicu terhadap masalah keasidan dalam badan atau 
dikenali sebagai  asidosis. 
Pengambilan dalam kuantiti yang banyak serta kondisi bahan 
makanan yang dimasak terlalu lama dan dalam keadaan tidak segar merupakan faktor utama asidosis ini.



CHECKLIST  TANDA-TANDA BADAN BERASID


 - Badan berasa lesu sehingga kekurangan tenaga & 
tidak berupaya melakukan aktiviti harian
- Kerap berasa sejuk
- Mudah mendapat jangkitan penyakit berjangkit
- Sering alami kemurungan,gemuruh & gelisah tanpa sebab
serta mudah tertekan
- Kehilangan motivasi & tidak bersemangat menerus kehidupan
( peringkat serius)
-Sakit kepala,muka pucat
- hiperaktif
   Masalah gigi : Gigi longgar/sensitif/
mudah retak/keradangan gusi/sakit saraf gigi
-Ulser mulut,air liur berasid,pecah-pecah di kiri kanan bibir
-Jangkitan berulang pada tekak & tonsil



-Mudah mengalir air mata,konjunktivitis
-Ulser perut,regurgitasi asid iaitu asid perut
mengalir ke dalam esofagus & mulut sehingga menimbul rasa masam & pahit di dalam mulut.
  
- Individu turut alami kekejangan otot &
kekejangan kaki
-masalah gatal-gatal di bahagian tubuh yang berpeluh
-Kulit kering
-rambut kusam,rambut gugur
- Kuku nipis,mudah patah 



ANTARA PENYAKIT DISEBABKAN 
ASID BADAN
  



Kanser Sel 
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal 
pada DNA pada sel yang menyebabkan pembahagian sel yang abnormal sekaligus  boleh menghasilkan sel kanser.
  Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin yang bertanggungjawab menukarkan gula berlebihan dalam darah kepada glikogen.
Darah Tinggi

Toksid berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Darah Rendah

Toksid berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

Penyakit Buah Pinggang

Pengumpulan toksid berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.
Osteoporosis

Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis di mana berlaku keporosan /kerapuhan tulang.

Gout

Toksid berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.
Sembelit

Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

CONTOH PENGAMBILAN MAKANAN 
 BERASID-BERALKALI



 
 Sumber:
 Harmoni Oktober 2012



 

LISTEN TO QURAN

Listen to Quran