CETUSAN MINDA

image
image
image
image
image
image
Showing posts with label Jambatan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Jambatan Ilmu. Show all posts

..AZAB !...







ANTARA  SEKSAAN ALAM  NERAKA



1. KEHANCURAN & KEBINASAAN

Firman Allah SWT
" Kedua golongan yang bertentangan ini membantah
 mengenai Tuhannya.
Maka bagi orang-rang kafir akan dibuatkan pakaian 
dari api neraka.Sedangkan di atas
kepala mereka ditumpahkan air yang panas mendidih.
Dengannya dilebur apa yang ada
di dalam perut mereka dan kulit-kulit mereka.
Dan bagi mereka juga disediakan cambuk-cambuk dari besi."
(Al-Hajj 22:9-21)

Sesungguhnya seksaan ini bermula di alam kubur dan 
berterusan ke alam neraka kemudiannya.


2. WAJAH MENJADI HITAM

Sentiasalah beriman kepada Allah kerana di akhirat kelak
wajah bertukar menjadi hitam kusam akibat pendustaan yang dilakukan terhadap Allah SWT.
Sentiasalah ,mengingatkan sesama manusia agar 
kembali kepada jalan yang benar.

Allah berfirman,
"Di hari yang pada waktu itu ada muka yang putih berseri-seri dan 
ada muka yang menjadi
yang menjadi hitam kusam.Adapun mereka yang
 hitam mukanya itu (akan mendapat teguran),
"Mengapa dahulu kamu sesudah beriman kembali menjadi kafir?
Maka rasakanlah seksaan kerana kekafiranmu"
( Al Imran 3 : 106)


3. DISERET KE DALAM NERAKA 
DENGAN WAJAH MEREKA

Seksaan manusia yang ingkar ialah berjalan dengan mukanya 
ke bawah bahkan dalam keadaan
diseret ke tanah.

Firman Allah ,
" Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu berada dalam 
kesesatan di dunia dan dalamneraka di akhirat.
Hari kiamat iaitu hari mereka diseret ke neraka di atas wjah mereka,
Rasalah sentuhan neraka"
( Al-Qamar 54 : 47-48)


4.  WAJAH-WAJAH DIBAKAR API NERAKA

Di dalam neraka,
wajah orang-orang berdosa ini akan dibakar hangus,
kemudian digantikan semula dengan kulit yang
 baru & dibakar kembali.
Inilah balasan kerana kekufuran manusia terhadap
 segala perintah& suruhan Allah SWT.


5. MEREKA INGINKAN MATI..
TETAPI TIDAK TERCAPAI

Seksaan yang dahsyat menyebabkan manusia di dalam neraka
 ingin cepat mati agar tidak lagi menanggung seksaan di neraka.

Keadaan lain seksaan seperti dalam Surah Ibrahim ayat 17,
" Ia dipaksa meminum nanah itu,
namun ia tidak dapat menelannya lalu datang kepadanya 
bahaya dari segala penjuru
 tetapi ia tidak juga mati dan di hadapannya terdapat
 seksaan yang amat keras"





Moga kita sekalian terhindar dari seksaan api neraka..
Dan moga  kita di antara yg berada di bawah naungan Nya
INSYAALLAH...



 

Petikan Sumber- Anis Bil 180/2012

..Novel Sejarah Islam..





"  Tiba-tiba berlaku peristiwa luar biasa yang belum pernah 
disaksikan oleh manusia.
Matahari  dengan perlahan bergerak ke ufuk barat lalu terbenam.
Cahaya siang bertukar menjadi malam dengan tiba-tiba.
Tidak lama kemudian,
bulan pun terbit lalu terbelah dua.
Bulan yang terbelah itu turun lalu masuk ke dalam jubah beliau.
Kemudian bulan yang terbelah itu keluar dari lengan baju kanan dan
lengan baju kiri beliau lalu bercantum semula di atas
kepala Rasullullah SAW sambil mengucap syahadah mengaku tiada 
Tuhan selain Allah & Muhammad itu  pesuruh Allah.
Kemudian bulan itu kembali ke tempat asalnya
lalu bergerak ke ufuk barat & terbenam..
Terbit pula matahari & keadaan menjadi seperti sediakala.  "


.....demikian di antara  sebahagian mukjizat Nabi Muhammad 
yang dianugerahkanNya  ketika Raja Habib bin Malek menyeru 
kepada nabi untuk membuktikan
baginda sememangnya pesuruh Allah...

errmm...
tuan blog berintro utk n3 kali ni 
dengan sebahagian petikan  dari Novel Sejarah Islam
:
:
:
:
:
:
V

Yang membuatkan tuan blog tertarik untuk membacanya..
bila seorang teman memberitahu,

"...Akak baca buku ni...macam dekat jee dengan Rasullullah....
Hebat Abu Bakar sebagai sahabat!
Akak suruh semua anak-anak akak baca...
mulanya memang berat je dia orang nak baca....
tapi bila dah baca tuu...memang menarik!..."

Kebetulan tuan blog ada juga membeli novel ni pada anakanda Aizad...
Bila balik sekolah tadi....terus dapatkan novel ni utk baca!
MEMANG MENARIK...
&
Bila betul2 menghayati rentetan kisah terasa juga
sayu di hati....

errmm..
Nampaknya..
tuan blog baru sampai ke muka surat 99...
:
:
:
V


.....dengan penyampaian cerita yang menarik
sememangnya
Novel Islam Sejarah ini memang sesuai  dijadikan bahan bacaan
samada untuk anak2 mahupun untuk kita sendiri..InsyaAllah..

:)






LISTEN TO QURAN

Listen to Quran