PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 8 March 2014

Tompokan Besar Minyak Ditemui Di Perairan Vietnam!

KUALA LUMPUR – Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai daripada pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu.

Menurut satu kenyataan, tumpahan minyak itu dengan masing-masing sepanjang 10 kilometer (km) dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.
Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi. – Mstar.com.my
 

Waris penumpang MH370 diminta bersedia

Waris penumpang pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370, telah diberitahu pada jam 1.30 tengahari tadi supaya bersedia untuk diterbang ke lokasi yang tidak dinyatakan.

"MAS kata kami perlu bersedia untuk dihantar (di sana)... pada pukul 6 petang hari ini," kata seorang waris seseorang penumpang pesawat itu kepada pemberita.

Difahamkan, antara lain, waris penumpang telah diminta bersedia pasport mereka.

Seorang lelaki itu yang enggan dikenali, yang bercakap kepada media di luar kawasan yang menempatkan waris penumpang, berkata MAS akan membawa dua waris bagi setiap penumpang dengan pesawat MH307.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut ke mana mereka akan diterbangkan.

MAS telah dihubungi tetapi ia masih belum mengesahkannya.

Penerbangan MH370, sebuah pesawat Boeing 777-200 dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA, hilang di ruang udara Vietnam.

Tentera laut Vietnam mendakwa pesawat itu terhempas di perairan mereka, tetapi kerajaan Malaysia masih berusaha untuk mengesahkan ini.

Pesawat itu membawa 239 penumpang, termasuk 12 anak kapal. Terdapat 152 warga China dan 38 rakyat Malaysia dalam pesawat itu.

Setakat ini, pihak berkuasa Vietnam, Malaysia dan China sedang melancarkan misi bersama mencari dan menyelamat.//(malaysiakini)
 

Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang

Pesawat MAS dari KL ke Beijing hilang
KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

- astro awani 

Friday, 7 March 2014

Saya pun tak mahu Umno kalau tolak hudud – Adun BN

KOTA BHARU: “Kita hendaklah berpakat penyokong kerajaan dan pembangkang pergi jumpa Perdana Menteri untuk mendapat laluan bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

“Kalau perkara kecil seperti royalti Menteri Besar boleh jumpa PM, mengapa tidak perkara lebih besar iaitu hudud tidak boleh dilakukan.

“Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno,” kata Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dun hari ini.

Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah Sultan Muhammad V berkata, beliau bersedia menemui lagi perdana menteri bagi membincangkan untuk membolehkan Kelantan melaksanakan hudud.

“Saya tidak pernah takut untuk berjumpa Perdana Menteri bagi mendapat sokongan pelaksanaan hudud di Kelantan,” ujarnya.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika menjelaskan panjang lebar usaha-usaha pelaksanaan hudud di Kelantan katanya, kerajaan negeri mewujudkan dua jawatankuasa berkaitan pelaksanaan hudud iaitu Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II dan Jawatankuasa Pra-Teknikal.

Kata beliau hasil perbincangan jawatankuasa berkenaan merumuskan empat halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan biar pun telah dilulus pada persidangan Dun sejak 1993.

Menurutnya halangan tersebut iaitu kerenah pemimpin politik, Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan, Akta Mahkamah Syariah dan memperkasa pentadbiran syariah.

“Kerenah pemimpin politik dapat dilihat apabila Menteri Besar menerima surat amaran daripada Perdana Menteri ketika itu untuk mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hudud dilaksanakan.

“Kita bukan takut kepada ugutan itu tetapi sekadar patuh kepada undang-undang. Sejarah masih kita ingat apabila kerajaan pusat mengisytiharkan Mageran di Kelantan pada 1977.

“Kes terbaru dapat dilihat apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dirampas bukan melalui cara demokrasi,” katanya menjawab soalan Mohd Alwi.

Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi ketika menerima hujah bertalu-talu Mohd Alwi akhirnya mengambil ketetapan bagi mendapat sokongan anggota-anggota Dewan untuk berjumpa Perdana Menteri untuk meminta sokongan pelaksanaan hudud.

“Adakah sekiranya Perdana Menteri menolak sokongan bagi mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan pembangkang di sini hendak keluar BN,” katanya.

Kemudian dijawab dengan lantang Mohd Alwi, “setuju”.

Sebelum itu Adun Kok Lanas tersebut berhujah kerajaan negeri sengaja mencari pelbagai alasan kerana tidak mahu melaksanakan hudud.

Namun selepas anggota Exco terbabit membuat ketetapan tersebut, Alwi tidak semena-mena menyatakan persetujuannya.

Menteri Besar juga memberitahu ketika berjumpa Perdana Menteri pada 28 November lepas isu hudud turut dibincangkan.

Katanya, hasil perjumpaan tersebut telah dipersetujui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan mengadakan perbincangan bagi melihat halangan-halangan pelaksanaan hudud.//(harakahdaily)
 

Anwar akan dirihatkan dalam penjara kali kedua?

Anwar merenung jauh mengenang nasib politiknya
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar Ibrahim bersalah atas dakwaan meliwat pembacuh kopinya enam tahun lalu. Hukuman bagaimana pun belum diputuskan. Dengan perkembangan terbaru ini bermakna pelan transisi, Kajang Move sudah berkecai.


Malam ini Anwar akan tampil di Kajang dipentas ceramahnya seperti biasa. Mungkin ada amanat penting yang beliau hendak sampaikan malam ini.

Seperti diduga senario politik Malaysia juga akan berubah 360 darjah. Mereka yang selama ini benci dan dendam kepada Anwar boleh bersorak dan melompat. Apa yang mereka hajati dan doakan telah termakabul.

Kepada Najib Razak tidak semestinya lautan politik beliau tenang apabila Anwar disumbat ke dalam penjara. Anwar mungkin hanya harimau di dataran kepada Najib, tetapi jerung dan pauh yang menanti Najib masih ada dalam lautan dalam.

Begitu juga kepada Abdul Khalid Ibrahim. Beliau boleh tersenyum dan melakar peta politik lebih luas lagi. Mungkin jawatan timbalan presiden yang diidamkan boleh ditukar kepada jawatan presiden. Khalid dan kuncu-kucunya boleh merancang pada malam ini juga ekoran keputusan mahkamah rayuan hari ini.

Untuk Pas bersiap sedia untuk mengharungi samudra politik secara bersendirian. Sekiranya Pas ingin selesa, tidak mahu bersakit-sakitan nah, ini masa untuk bersama Umno. Anwar tidak menjadi penghalang lagi. DAP boleh Pas palingkah menjadi musuhnya semula.

Kepada Anwar beliau kena terima suratan yang telah ditetapkan terhadapnya. Berani mencincang bahu hendaklah sanggup memikul. Cuma saya nak sebut kali ini, pemenjaraan Anwar tidak akan mencetus riak dan gelombang seperti tahun 1998 dulu. Rakyat sudah letih dan rakyat mahu kepada game yang berlainan pula. Cukup setakat ini dulu. [wm.kl.5:59 pm 07/03/14]

- Mohd Sayuti Omar

Hanez Suraya 'ditegur' Imam?

BAHARU sahaja menjengah bulan ketiga dalam tahun 2014, namun pelbagai kontroversi yang terpalit di kalangan selebriti tempatan.

Bukan sahaja kisah penceraian artis, malah mereka juga turut terlibat dalam beberapa kontroversi lain seperti saman-menyaman, pergaduhan sesama artis dan juga hubungan bersama suami orang.

Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi 'mangsa' dalam kemelut rumah tangga orang.

Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu.

Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar.

Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara.

Walaupun tulisannya itu tidak 'bernama', namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon ini.

Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.

"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!

"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.

"Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram," katanya.

Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.

"Jangan cuba menghalalkan yang haram!," tegasnya lagi.//(sinarharian)

Sila KLIK iklan kat bawah :)
 

Wednesday, 5 March 2014

Kes al-Quran dibuang: Usah buat andaian - Dr. MAZA

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menasihati umat Islam supaya bersabar dan tidak menuding jari ke pada mana-mana pihak dalam kes al-Quran dibuang dan dirosakkan di Masjid Limbongan, Besut seperti yang dilaporkan media semalam.

Menurutnya, perkara ini masih berada dalam siasatan dan semua pihak sepatutnya bertenang dan membiarkan pihak berkuasa melaksanakan tugas.

"Kita tidak boleh tuduh sesiapa dan kalau pesalah tersebut tertangkap sekalipun kita harus serahkan pada pihak berkuasa," katanya kepada Sinar Harian Online.

Pada 4 Mac lalu, masyarakat digemparkan dengan insiden al-Quran dan surah Yasin yang dicampak ke dalam tandas dan luar pekarangan masjid terbabit.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu mengundang kemarahan umat Islam kerana insiden tersebut jelas menghina kesucian agama Islam.

"Jangan guna kekerasan, Islam tidak pernah menggalakkan umatnya untuk tangani masalah dengan cara kekerasan, kita serahkan semuanya pada pihak polis," katanya.//(sinarharian)

Suspek rosakkan al-Quran berjaya ditahan di Besut


KUALA TERENGGANU: Polis berjaya menyelesaikan kes al-Quran dicampak di dalam masjid dan lubang tandas di Masjid Limbongan dan Masjid Nasaruddin Shah, Kampung Raja dengan tertangkapnya suspek lelaki berusia 27 tahun di Besut, jam 5 petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.


Terdahulu, BH hari ini melaporkan penduduk sekitar Limbongan, Jertih gempar apabila masjid kampung itu diceroboh pihak tertentu yang merosakkan ratusan al-Quran dan kitab dalam kejadian awal pagi semalam//(beritaharian)

Tuesday, 4 March 2014

Usaha hapus minoriti Islam

RANCANGAN jahat menghapuskan orang Islam di Republik Afrika Tengah menyebabkan krisis kemanusiaan semakin meruncing sejak awal tahun lalu.

Kira-kira 1.4 juta penduduk minoriti Islam menjadi sasaran keganasan kumpulan militia Kristian yang menggelar diri mereka sebagai anti-Balaka.

Penasihat kanan Amnesty International, Joanne Mariner berkata, militia anti-Balaka melancarkan kempen pembersihan orang Islam secara besar-besaran di negara terbabit dan menyelar kumpulan pengaman antarabangsa kerana gagal menghalang perbuatan itu.

“Walaupun terdapat kira-kira 1,600 askar Perancis ditempatkan di negara bergolak itu bersama 6,000 anggota pasukan pengaman Kesatuan Afrika (Misca), mereka masih gagal menghentikan pertelagahan antara kedua-dua puak tersebut,” tegasnya.

Difahamkan, insiden keganasan etnik pada kali ini adalah paling buruk sejak bekas Presiden Michel Djotodia meletak jawatan pada 10 Januari lalu.

Selain itu, ada pihak mendakwa, faktor utama menyebabkan keganasan etnik itu kerana negara Barat dan sekutunya tidak senang dengan perkembangan Islam di negara tersebut.

Pengusiran secara paksa

Kumpulan hak asasi manusia (HRW) menyatakan, serangan ke atas penduduk Islam sememangnya sudah dapat dijangka.

Menurut laporan Amnesty, lebih 100 penduduk di barat dan utara negara itu menjadi saksi kekejaman ke atas orang Islam selepas kumpulan pelampau Kristian tersebut meneruskan rancangan menghapuskan dan mengusir orang Islam secara paksa dari negara itu.

Keganasan paling teruk direkodkan adalah di bandar utara Bossemptele, di mana sekurang-kurangnya 100 orang termasuk warga emas dan seorang imam lingkungan 70-an dibunuh, Januari lalu.

Selain itu, beberapa bandar lain seperti Bouali, Boyali dan Baoro turut menjadi sasaran serangan militia anti-Blaka sejak akhir tahun lalu.

Keganasan itu menyebabkan banyak pihak mula khuatir jika insiden pembunuhan beramai-ramai seperti di Rwanda hampir 20 tahun lalu kembali berulang.

Rencana kemanusian terburuk

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres memberitahu, beliau telah menyaksikan bencana kemanusiaan terburuk dan sentimen anti-Islam di Republik Afrika Tengah.

Menurutnya lagi, sebahagian daripada penduduk Islam masih terperangkap di dalam negara itu akibat tindakan pengepungan kumpulan militia anti-Balaka.

Sementara itu, Pengarah Kecemasan HRW, Peter Bouckaert memaklumkan etnik minoriti tersebut turut berhadapan ancaman bunuh.

“Sebelum konfl ik itu tercetus, populasi orang Islam mencecah sehingga 30,000 orang.

Namun, kini jumlahnya kurang daripada 500 orang selain tujuh daripada lapan masjid dimusnahkan sewenang-wenangnya,” jelasnya lagi.

80 peratus pelarian di dunia adalah orang Islam

Negara berkeluasan 623,000 kilometer persegi ini didiami kira-kira lima juta penduduk.

Sejak lima dekad lalu, Republik Afrika Tengah berada di bawah pemerintahan kuku besi selepas mendapat kemerdekaan dari Perancis pada 1960.

Ia turut disenaraikan sebagai negara termiskin di dunia walaupun kaya dengan emas, kayu balak, berlian dan uranium.

Penduduk Islam minoriti di negara itu hanya 15 peratus atau 750,000 orang namun, mereka mampu menguasai bidang ekonomi dan perdagangan.

Bagaimana kekacauan tercetus

Gabungan kumpulan Islam, Seleka pimpinan Michel Djotodia menggulingkan bekas Presiden Francois Bozize dalam rampasan kuasa, Mac tahun lalu. Beberapa bulan sebelum itu, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan kerajaan perpaduan yang akan dipimpin oleh beliau.

Bagaimanapun, perjanjian damai tersebut gagal dilaksanakan selepas kumpulan Seleka semakin mara dan menawan beberapa bandar termasuk ibu negara. Ketegangan yang memuncak menyebabkan Bozize terpaksa melarikan diri ke Cameroon. Difahamkan, beliau pernah mengetuai rampasan kuasa, kira-kira 10 tahun lalu dan memenangi pilihan raya pada 2005 serta 2011.

Apa berlaku selepas Bozize digulingkan

Negara itu menjadi huru-hara akibat krisis politik. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 400,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam tempoh beberapa bulan.Bagaimanapun, konfl ik semakin meningkat selepas kebangkitan kumpulan anti-Balaka yang melancarkan kempen penghapusan etnik Islam hingga menyebabkan pasukan pengaman antarabangsa terpaksa campur tangan.

Pada 10 Januari lalu, Djotodia akhirnya meletak jawatan, selepas banyak pihak mempertikaikan kredibiliti beliau kerana gagal menamatkan pertumpahan di Republik Afrika Tengah. Susulan daripada pengunduran Djotodia, bekas Datuk Bandar Bangui, Catherine Samba-Panza menjadi wanita pertama dilantik sebagai presiden sementara pada 23 Januari lalu.

Berapakah jumlah korban keganasan etnik tersebut

Kaki tangan Palang Merah Antarabangsa melaporkan, lebih seribu mayat ditemui bergelimpangan di sekitar ibu negara sejak 5 Disember lalu. Selain itu, kira-kira 133 kanak-kanak dibunuh sejak dua bulan lalu dan sebahagian daripadanya turut dipancung dan anggota tubuh mereka dikudungkan.

Bagaimana nasib penduduk Islam

Mereka terpaksa mendapatkan perlindungan di negara jiran dan beberapa lokasi di seluruh negara termasuk lapangan terbang di Bangui. Jumlah pelarian semakin meningkat dikhuatiri menyebabkan bencana kemanusiaan terburuk kerana bekalan makanan dan ubat-ubatan semakin berkurangan akibat sekatan daripada kumpulan militia, anti-Balaka. Kebanyakan pelarian juga jatuh sakit dan mengalami trauma.//(sinar)

Sunday, 2 March 2014

Di mana kekayaan keluarga Taib?

Keluarga yang dipertua negeri Tan Sri Taib Mahmud mungkin menggunakan beberapa syarikat swasta yang dikecualikan (EPC) bagi menyembunyikan kekayaan daripada penelitian awam, menurut mingguan kewangan The Edge Malaysia.

Ini kerana EPC dikecualikan daripada mengemukakan kunci kira-kira ketika memfailkan pulangan tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kebiasaannya, menurut laporan, EPC yang dikaitkan dengan keluarga Taib akan melabur dengan syarikat lain, yang jumlahnya lebih 400 melibatkan pelbagai industri.

“Apabila EPC menerima dividen daripada daripada subsidiari... jejak wang itu hilang kerana EPC tidak diperlukan untuk memfailkan kewangannya,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, tidak menjadi kesalahan untuk menukar syarikat persendirian kepada EPC.
- malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers