PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday, 30 March 2013

Pembubaran Parlimen DITANGGUH Lagi : Najib Pergi UMRAH !

Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram, selepas menunaikan ibadat umrah, Ogos tahun lalu.

PETALING JAYA: Nampaknya pembubaran Parlimen hanya mungkin akan berlaku selepas minggu kedua bulan April apabila mendapat maklumat Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan umrah pada minggu hadapan.

Menurut sumber dalaman berkata Perdana Menteri dijangka akan berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan sama-sama mengambil  bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.

Beliau dijangka pulang dua hari kemudiannya.

Bagi umat Islam, ibadah umrah kadang kala dilakukan untuk memohon panduan sebelum membuat sesuatu keputusan dan Najib telah melakukan (umrah) setiap tahun.

Terdapat juga spekulasi bahawa Perdana Menteri yang akan memasuki tahun keempat pentadbirannya Rabu depan, mungkin membiarkan lima tahun tempoh Parlimen yang akan berakhir pada 30 April ini sebelum pilihan raya diadakan.

Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.

Di samping melaksanakan umrah, difahamkan juga Najib juga akan melakukan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

Belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang tidak menghadiri mesyuarat ini, kerana Asean adalah asas kepada dasar luar negara.
 
 
 
-sumber 

Friday, 29 March 2013

DATU PIAH JENERAL SULU DI SEMPORNA

MAYAT....Beberapa anggota polis mengangkat mayat Salib yang mati ditembak di sebuah rumah di Simunul, Semporna.


SEMPORNA : Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh Ketua Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas Sabah.


Menurut satu sumber, sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur strategi serangan mereka secara terancang.


"Datu Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.


Baki 28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.


Difahamkan, jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di perkampungan atas air di negeri ini.


Dalam pada itu sebelum ini, seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna.


Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.


Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.


Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut.


"Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.


"Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak," katanya pada sidang akhbar baru-baru ini. (KOSMO)

30 polis dan JPJ tahan treler PAS

(Polis dan JPJ menahan treler PAS)



IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.


Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.


Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.



Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.




-harakahdaily

Thursday, 28 March 2013

TERKINI: MILITAN PENGAWAL 'IMAM TUA' MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL HARI INIi

Barong - Gambar hiasan

Lahad Datu, 28 Mac - Seorang anggota militan Sulu ditembak mati
setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA

Video Seks Nurul Izzah, Khalid Ibrahim, Azmin Ali & Tuan Guru Nik Aziz Dibongkarkan Menjelang PRU ke 13?

Video seks Nurul Izzah : Lain yang diharapkan, lain pula yang bakal terjadi. Rakyat menantikan bila nak bubar parlimen, video seks pula yang bakal keluar. Macam pantun 2 kerat pula.

Tak cukup dengan pendedahan gambar mirip Anwar Ibrahim dengan lelaki gay (DI SINI). Kalau sebelumnya ini dakwaan terhadapnya bapanya, kini timbulnya pula gosip politik yang mengatakan akan keluar versi terbaru miliknya yang merupakan anak kepada Anwar Ibrahim video seks iaitu video seks Nurul Izzah. Tidak cukup dengan itu….

Selain video seks Nurul Izzah (ahli parlimen Lembah Pantai), dikatakan video seks Khalid Ibrahim, video seks Azmin Ali juga akan sedang dipersiapkan dan bakal digunakan dan dibongkarkan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak.


Sidang Media : Pendedahan Plot Penyebaran Video Seks Nurul Izzah, Azmin Ali & Khalid Ibrahim

 
 

 
Adakah, semakin dekat dengan Pilihanraya Umum ke 13 kebanyakan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat akan dipalitkan dengan skandal seks? Nampaknya Tun Guru Nik Aziz pun tidak terlepas dengan projek terbaru menjelang PRU ke 13 ini. Di Mekah pula itu…..
Video Seks nurul izzah
Geleng kepala melihat senario politik semasa di Malaysia. Ya…Allah selamatkanlah Malaysia ku ini. Sepatutnya politik Malaysia semakin jauh ke hadapan, bukannya mengajak rakyat berpolitik cara tahun-tahun yang terkebelakang. Tidak perlu rasanya kita mendedahkan perbuatan yang sebegini rupa kepada umum. Kami juga tidak bersetuju dengan tindakan mendiang P. Bala yang mendedahkan secara terperinci hubungan intam Datuk Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya Shariibuu (DI SINI).Termasuklah…..Erm. Kita stop di sini. Tidak perlu diberitahu. Tidak perlu…
 
Untuk apa diberitahu secara umum? Selagi ia tidak memberikan masalah & impak besar kepada rakyat dan juga masyarakat. Melainkan sesuatu pendedahan melibatkan rasuah, kronisme, pembunuhan yang melibatkan masyarakat dan kepentingan orang awam. Jika ini terjadi, ia mesti didedahkan berserta bukti yang dikemukankan!
 
Kami pun tertanya-tanya apa bukti mengaitkan pembikinan video seks terbaru termasuklah video seks Nurul Izzah ini, dengan UMNO? Apakah buktinya? Walauapapun, samada ada atau tidak tidak perlulah disebarkan dengan cara sebegini rupa. Bukan begini cara mendidik rakyat Malaysia berpolitik tidak kiralah daripada apa parti sekalipun. Kepada pihak polis harap dapat bertindak lebih tegas, supaya tidakan tidak bermoral sebegini rupa dapat dibendung.
 
 

Wednesday, 27 March 2013

Keluarga : Kami tidak tahu Mat Bom 'bantu' Pengganas Sulu

LAHAD DATU – Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai ‘Mat Bom’, mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.

Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa dia dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

“Kami tahu polis cari ahli keluarga Mat Bom. Kami dengar dari cerita orang kampung yang Mat Bom ini dikehendaki, tapi kami langsung tidak tahu apa-apa mengenai aktivitinya,” katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17.

Wanita itu dan ibunya yang mendakwa ditahan pasukan keselamatan sejak 20 hari lepas, telah dibebaskan dan dibawa ke pusat itu semalam.

Mat Bom dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu dengan menyebarkan risalah menghasut penduduk Sabah berketurunan Sulu supaya menyertai mereka dalam kegiatan menentang negara.

Mat Bom, seorang warga emas bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba memasuki pusat penempatan Embara Budi itu pada 8 Mac lepas dengan menyamar sebagai penduduk kampung.

Menurut penduduk kampung, gelaran Mat Bom diberi kepada pengganas itu kerana suka mengugut orang kampung dengan ugutan bom jika ingkar atau cuba melawannya.

Sementara itu, seorang cucu Mat Bom berkata apa yang berlaku melibatkan kegiatan Mat Bom tiada kena-mengena dengan anggota keluarga yang lain.

“Polis datang cari kami dan bawa kami ke Lahad Datu untuk ditahan. Kami bagi tahu yang kami tiada kaitan walaupun kami ahli keluarga.

“Kami sudah lama tidak ke Kampung Tanduo kerana tinggal di Kampung Tanjung Labian. Kami tidak tahu yang Mat Bom terlibat dengan pengganas,” katanya.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi isteri Mat Bom gagal kerana difahamkan wanita itu kurang fasih berbahasa Melayu dan keadaannya uzur.

Anggota keluarga Mat Bom lain yang kebanyakannya wanita itu kelihatan takut dan enggan ditemuramah selain masalah komunikasi dan bahasa pertuturan.

Sementara itu menurut seorang anggota pasukan keselamatan yang berada di pusat penempatan itu, keluarga Mat Bom dijangka diasingkan daripada penduduk lain untuk tujuan keselamatan. – Bernama

Tuesday, 26 March 2013

Negeri-Negeri PR Akan Bubar DUN 22 April

PETALING JAYA 26 Mac: Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi membubarkan Dun.

Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.

Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.

‘Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.

“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat,” kata Abdul Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di sini.

Menurut beliau yang juga Adun Ijok, penetapan tarikh tersebut untuk memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.

Menjawab soalan lain Abdul Khalid berkata penetapan tarikh pembubaran Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya diadakan pilihanraya serentak.

Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.

Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.

Sidang media tersebut turut di hadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

-sumber

TARIK BALIK SEMUA IC DI SABAH

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah.

Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah.


Anggota exco kerajaan Sabah itu juga berkata, beliau akan mengesyorkan perkara itu kepada suruhanjaya siasatan diraja mengenai pendatang asing di Sabah.


"Ini akan memberi peluang kepada kita di Sabah untuk membuktikan ketulenan kewarganegaraan kita supaya orang Sabah yang asli sahaja diberikan dokumen kerakyatan seperti kad pengenalan baru itu," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

 
Kenyataan itu disokong para pemimpin parti komponen BN yang mewakili kumpulan Kadazan-Dusun Murut – Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup.

 
Kedua-dua mereka hadir dalam sidang media sama, lapor Borneo Post.


Dompok dilaporkan berkata demikian ketika melancarkan gerakan untuk membantu gereja di negeri itu, yang dinamakan Operasi Tataba. (MKINI)

Jacel: Azzimuddie masih di Sabah

BANDAR DAVAO, Filipina – Ketua gerombolan pengganas Sulu di Sabah, Azzimuddie Kiram didakwa masih berada di Sabah, walaupun pihak media Malaysia melaporkan dia telah melarikan diri dan kembali ke negara ini, dakwa anak pemimpin pengganas Sulu, Jacel Kiram semalam.

“Kami bercakap dengannya (Azzimuddie) melalui telefon pagi tadi (semalam),” kata Jacel kepada akhbar dalam talian Rappler.com

Katanya, perbualan rutin selama 30 saat setiap hari itu membuktikan Azzimuddie masih berada di Sabah.

Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa Azzimuddie, 72, telah meninggalkan orang-orangnya di Lahad Datu dan kini sedang bersembunyi untuk mengelak daripada ditangkap pihak berkuasa negara tersebut.

Jacel menegaskan, bapa saudaranya itu dan beberapa pengikutnya sedang menyembunyikan diri di Sabah.

Dia juga menafikan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 40 yang ditahan pihak berkuasa Malaysia berpangkat jeneral dalam tentera Kesultanan Sulu.

Katanya, Amirbahar telah menjadi penduduk tetap Sabah sejak empat tahun lalu.

“Dengan penahanan Amirbahar, pihak berkuasa Malaysia memberitahu masyarakat antarabangsa yang mereka berjaya mengawal keadaan dan ia tidak benar,” kata Jacel.

“Kami perlu berhati-hati. Dia bukan seorang jeneral,” tambahnya.

Sebelum ini Jacel pernah menipu dengan menunjukkan sekeping gambar palsu yang didakwanya sebagai anggota keselamatan Malaysia yang mati selepas bertempur dengan pengikut bapanya.

Gambar itu merupakan askar-askar Thailand yang terkorban pada tahun 2007 yang disiarkan di internet.

Azzimuddie dan sejumlah pengikutnya memasuki Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah yang didakwa hak milik nenek moyang mereka. – Agensi

Jeneral lima bintang pengganas Sulu masuk ke Sabah menggunakan Pas Lawatan Sosial

SEMPORNA – Jeneral lima bintang pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.

Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.

“Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.

“Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut sumber itu, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya di sini ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.

-sumber

Monday, 25 March 2013

Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'.

"Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi.  Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M  yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan  bersamaan 27 Mac 2013, YAB  PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB  PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti  itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan, kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak,  YAB PM  akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPPM

KAMPUNG SIMUNUL 'MINI FiILIPINA' KAMPUNG SAMSENG?

DILEMA.....Kampung Simunul, Semporna, tempat berlakunya pertempuran sepasukan menyebabkan lima anggota polis maut.



KUALA LUMPUR : Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.
 
 
Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.
 
 
Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.
 
 
Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.
 
 
Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar 'Mini Filipina'.
 

 
Saya tertarik dengan laporan akhbar Harian Metro ini kerana semakin banyak isu timbul setelah isu pencerobohan oleh Pengganas Sulu Filipina. Jika kita baca laporan akhbar ini, Kampung Simunul merupakan sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.
 
 
Kalau tidak berlaku pencorobohan itu memang masalah ini akan terus disembunyikan oleh kerajaan. Yang menjadi persoalan, kenapa tempat ini masih wujud walaupun digelar kampung samseng sehingga berlaku serangan baru kerajaan mahu merobohkan perkampungan atas air?
 
 
Kenapa tidak dihapuskan juga penjenayah di kampung ini yang menjual dadah dan merosakkan anak bangsa? Adakah kerajaan hanya menghapuskan musuh yang bersenjata tapi takut dengan orang yang hanya bersenjatakan UNDI. (METRO)


Sunday, 24 March 2013

GEMPAR !!! dan TERKINI !!! : sakit jantung kalu KIRAM III tau nie - Sultan Baru Muncul " Bertaraf MAHAWANGSA "

berikut  petikan dari kata2 beliau di fb:

~Kepada semua rakyat Beta di Indonesia,Selatan Thai(Thailand),Selatan Filipina(Sulu) dan seluruh Nusantara nantikan kemunculan Beta di sana nanti. InshaaAllah...Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II@Raja Nusantara

~Kepada rakyat Kedah semua Beta lah Sultan Kedah sekarang yang sebenar secara tidak rasmi nya,juga merangkap Yang DiPertuan Agong Malaysia, InshaaAllah dalam masa yang terdekat pihak Istana Kedah dan Istana Negara akan istiharkan nya secara rasmi kepada rakyat. Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II

#merangkap YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA??perhhhh!


Beta boleh di hubungi di: Surau ALFalah, Kenari Apartment,Taman Melati,Setapak,Kuala Lumpur.

FB :
http://www.facebook.com/rajanusantaragroup.eplnusantara
 
 

Ini Dia Wajah Datu Amir Baha@Datuk Bahang Menteri Pertahanan Kiram Yang DiTangkap Hidup-Hidup !


Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini.

Tertangkapnya Datu Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.



-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers