Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Siapa harus dipersalahkan??

0 comments

Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.
Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.
"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.
Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.
Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.
Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian(foto, bertopi)mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.
Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.
"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

Read full story

Tuesday, September 1, 2009

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Saturday, July 11, 2009

20% Diskaun Tol, Gimik Politik Najib

0 comments

20090711193848_najib-razak1012 Perdana Menteri Najib Abdul Razak menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat. Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas. Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya. Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu. Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.


Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik. Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi. "Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat.  Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.” “Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian. Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap," Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun. Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.


Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa. ”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat  konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua. Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat. "Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas," a“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya. (TVA)

Read full story

Friday, July 3, 2009

Pemuda UMNO akui mereka Samseng atau gengster

0 comments

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi. Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan. umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.


Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu. “Dua kali sebelum ini, hanya Pemuda DAP yang datang berkempen, tetapi kali ini mereka ajak sama Pemuda PAS,” kata Safrie, yang tidak hadir di situ kerana turut bertugas di DUN Manek Urai yang menghadapi pilihanraya kecil, Isnin ini. “Mereka bukan ahli Suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk melancarkan kempen tersebut. Saya juga dimaklumkan mereka tidak mendapat kebenaran dari pengerusi jawatankuasa taman dan persatuan penjaja.


"(Lagipun,) Pemuda Umno memberitahu mereka, kawasan ini untuk pasar malam dan bukannya untuk melancarkan kempen menambahkan keahlian parti." Sementara Naib Ketua Pemuda Umno Bukit Katil, Jailani Khamis berkata beliau “tidak tahu” pihak mana yang memecahkan meja tersebut tetapi dimaklumkan ia memang dirosakkan. Beliau juga menafikan memaki-hamun kepada pemimpin Pemuda PAS tetapi mengakui berbuat demikian kepada pemimpin Pemuda DAP. “Saya beritahu pemimpin DAP, ini kawasan pasar malam mengapa buat ceramah politik dan berkempen menambah ahli menggunakan logo suruhanjaya pilihanraya (SPR),” kata Jailani ketika dihubungi Malaysiakini.


umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 03Beliau juga menafikan ahli-ahli Pemuda Umno memaki-hamun polis dan kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah seperti didakwa Ketua Penerangan PAS negeri Sofi Wahab hari ini. Mengulas kecederaan ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong seperti didakwa PAS Melaka, Jailani berkata, ia berlaku kerana wakil rakyat berkenaan menyorok bawah meja kerana ketakutan ketika kekecohan itu berlaku. Wakil rakyat DAP itu terluka akibat terkena batu di bawah meja itu, kata Jailani. Mencerita lebih lanjut insiden tersebut, Jailani berkata, pada mulanya Pemuda Umno telah mengarahkan Pemuda PAS dan DAP supaya tidak meneruskan kempen tersebut - yang bermula sejak petang.


Bagaimanapun, menurutnya, mereka enggan meninggalkan tempat itu dan membuat provokasi dan lantaran itu tercetuslah pertikaman lidah antara dua kumpulan tersebut. “Tetapi ahli Pemuda DAP marah kepada Pemuda Umno, lalu kita mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mereka (DAP) pula marah kepada kita. Kita pun marah mereka pula,” katanya. Dihubungi dari Kelantan, Safrie berkata, beliau menerima pesanan melalui SMS daripada ahli Pemuda Umno yang berada di tempat kejadian sebelum Maghrib tentang kempen pendaftaran DAP dan PAS di situ. Beliau kemudiannya meminta ahli pergerakan itu ke tempat berkenaan untuk memantau keadaan tetapi jangan mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang.


Menurutnya lagi, pemergian ahli Pemuda Umno itu bukan untuk bergaduh tetapi mahu menunjukkan kepada pembangkang bahawa “penyokong Pemuda Umno lebih ramai daripada mereka”. "Saya beritahu kepada ahli-ahli Pemuda Umno supaya menghubungi pihak polis jika mereka memulakan kekacauan," katanya. Akibat insiden ini, pemimpin-pemimpin DAP dan PAS membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno.

Read full story

Friday, June 19, 2009

“Idris Cap Ayam” Pembawa Masalah Kepada Rakyat

0 comments

[idris+jusoh.jpg]KUALA TERENGGANU, 18 Jun:Malang datang bertimpa-timpa kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh. Yang terbaru, beliau disifatkan "Idris cap ayam" selepas beberapa projeknya terus-terusan memberikan masalah kepada Umno Terengganu sendiri.  Ia bermula dengan robohnya bumbung Sekolah Menengah Wakaf Tapai April 2008 lalu dan kemudiannya bumbung Stadium Sultan Mizan baru-baru ini.

Kolam renang yang menjadi pusat sukan akuatik di Batu Burok juga didakwa bocor oleh peniaga sekelilingnya apabila air tidak berhenti-henti membasahi kawasan perniagaan mereka yang terletak dikawasan kolam renang itu.

Ketiga-tiga projek ini dikaitkan dengan projek Wang Ehsan yang diuruskan kerajaan negeri dibawah Idris sebelum ini. Kini Idris berdepan dengan tuduhan bahawa beliaulah sebenarnya di belakang bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Ramzi Ahmad Zuber yang kini sedang menghadapi tuduhan kes jenayah di mahkamah ekoran SMS ugutan kepada tiga Adun Umno. Ramzi dituduh membuat ugutan bunuh kepada ketiga-tiga mereka di samping membuat fitnah kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu sekarang, Datuk Ahmad Said.

Dakwaan ini dikemukakan kepada Ramzi ekoran tiga Adun BN termasuk Datuk Rosol Wahid, menerima satu SMS ugutan terhadap nyawa mereka dari telefon bimbit yang nombornya dimiliki oleh Ketua Setiausaha Sulit MB Terengganu.

Selepas menerima SMS itu, Ramzi telah menemani mereka membuat laporan polis. Ekoran SMS ini juga, ketiga-tiganya membuat sidang akhbar dan mengajak Adun BN Terengganu memboikot sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu yang sepatutnya berjalan hari itu.

Ekoran itu, 14 Adun BN memboikot sidang Dun Terengganu yang gambarnya telah disiarkan di muka depan hampir semua akhbar. Ia telah memalukan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Ahmad Said dan beliau telah dipanggil menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin di Kuala Lumpur.

Namun, selepas disiasat polis, didapati Ramzi didakwa orang yang sebenarnya menghantar SMS tersebut menggunakan komputer dan meletakkan Ketua Setiausaha Sulit MB sebagai sender (penghantar). Ekoran itu, terbukti bukan pegawai Ahmad Said yang menghantar mesej ugutan tetapi dari kem Idris Jusoh sendiri apabila tertangkapnya Ramzi.

Tindakan Ramzi ini disifatkan sebagai usaha kem Idris untuk memalukan Ahmad Said dan seterusnya memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu. Kini, bukan Ahmad Said yang malu tetapi Idris sudah digelar 'cap ayam' kerana ungkapan itulah yang selalu digunakan Idris semasa menjadi Menteri Besar dahulu terhadap apa-apa sahaja yang berkualiti rendah. (siasahdaily)

Read full story

Thursday, June 18, 2009

Hishamuddin “bohong besar”

0 comments

Tindakan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membela tindakan polis menceroboh Dewan Undangan Negeri Perak dan mengkasari speaker serta Adun Pakatan Rakyat 7 Mei lalu adalah  “pembohongan besar”,  kata Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Menteri Besar Perak dari Pakatan Rakyat  itu berkata hakikat ialah  polis bertindak zalim terhadap Speaker V.Sivakumar dan adun-adun Pakatan atas arahan Barisan Nasional. ‘Pencerobohan polis ke dalam DUN Perak secara sesuka hati dan membawa senjata api yang dilarang ke dalam dewan bagi menarik keluar speaker secara paksa adalah tindakan provokasi yang mencetuskan lebih banyak kekecohan’, kata beliau kepada TVAntara.

Menurut Nizar,  Hishammudin dilihat cuba memutar-belitkan hal sebenar.  Rakaman video, menurut Nizar membuktikan kejadian sebenar berlaku. Sehubungan itu beliau turut menempelak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Musa Hasan kerana enggan bertangunggjawab di atas perlakuan liar anggota polis pada siding DUN itu. ‘ Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan ini dan perlu meletakkan jawatan kerana anggota di bawah bidang kuasa beliau  melanggar undang-undang dengan mengasari mereka yang tidak bersalah’. Nizar percaya tindakan polis adalah dirancang dengan teliti kerana beratus-ratus orang anggota polis  telah ditugaskan berkawal diluar dewan ketika sesi DUN berlangsung.

Pendapat beliau turut disokong Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Koo Ham yang berkata begitu ramai   anggota polis merempuh masuk ke dewan walaupun tiada sebarang percakaran  fizikal antara ahli dewan negeri ketika itu. ‘Sebelum  mereka masuk hanya berlaku bantahan oral dari ADUN Pakatan Rakyat tetapi polis telah bertindak atas arahan speaker Barisan Nasional yang tidak sah untuk  enggunakan kekerasan ke atas  Sivakumar’. Ngeh kecewa dengan Hishamudin kerana “individu yang sepatutunya mendukung prinsip-prinsip keadilan sebagai Menteri Dalam Negeri meilih untuk melakukan pembohongan di Parlimen.” (TVA)

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

Isu Perak Suruhanjaya Di-Raja Harus Ditubuhkan

0 comments

Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Ikuti Video temuramah wartawan daripada TVAntara

 

Klik “PLAY” untuk Lihat Video

Read full story

Nasharuddin Digesa Keluar PAS

0 comments

nik aziz angry 170609 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. nasharuddin mat isa 170609 02 "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan  tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

enyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."
Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.  "Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka."Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya. Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. (malaysiakini)

Read full story

Saya Rela Diusir Kerana Pertahan Perlembagaan - Nizar

0 comments

MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN / PARLIMEN “Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu. Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak. “Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar. “Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.


Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.
Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan. Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.


Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat. Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah. Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.


BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan. Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. (TVA)

Read full story

Rompak Hilangkan Bosan

0 comments

Cartoon40 KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat rakan baik yang bosan selepas bersiar-siar dengan kereta mewah merompak sebuah van rokok di Taman Perwira, Banting, dekat sini, bagi menghilangkan kebosanan itu, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, suspek yang menaiki kereta Mercedes berwarna emas secara tiba-tiba menghalang sebuah van rokok sebelum mengarahkan pemandu dan pembantunya itu turun daripada kenderaan itu. Sebaik turun, suspek mengarahkan kedua-dua mangsa berusia 30-an itu menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai sekiranya tidak mahu dicederakan. Mangsa yang panik menyerahkan wang tunai RM18,000 selain merayu tidak dicederakan. Menurut sumber, kumpulan terbabit yang berusia 20-an pada mulanya tidak merancang melakukan rompakan itu sebaliknya melakukannya kerana bosan selepas bersiar-siar dengan kereta mewah dipercayai milik seorang daripada mereka. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Telok Panglima Garang di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. (myMetro)

Read full story

Monday, June 15, 2009

10 minit Angkat Sumpah, Terus Diperintah Keluar

0 comments

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan 'Bubar DUN.' Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu.

Read full story

Sunday, June 14, 2009

Anuar Tak Kisah Chin Peng

0 comments

Ramai bekas-bekas mangsa yang menderita sampai ke hari ini kerana kekejaman komunis masa zaman darurat dulu memprotesnya.Begitu juga banyak individu dan pertubuhan yang tidak setuju.Namun Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap merasakan bekas ketua Parti Komunis Malaya,Chin Peng yang kini tinggal di Thailand, wajar dibenar kembali ke Malaysia.Alasannya kalau Malaysia boleh berdamai dengan kerajaan parti komunis China yang dokong Ching Peng dulu,kenapa dia tak boleh dimaafkan.Anwar kata demikian di Kongres Khas PKR di Bangi Sabtu

Klik “PLAY” untuk lihat ucapan DSA sumber dari TVANTARA

Read full story

Thursday, June 11, 2009

Golongan BN Guna Harta Negara bagai Hak Sendiri

0 comments

pemuda umno bkt gantangPENDANG, 11 Jun (Hrkh) - Kecenderungan pimpinan Barisan Nasional (BN) membuat penafian terhadap skandal berkaitan pengurusan kewangan negara seolah-olah mereka menganggap harta negara ini sebagai milik peribadi, demikian tempelak Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.

Ujar beliau, isu-isu antaranya seperti pembelian kapal selam Scopene, projek Zon Bebas Pelabuhan  Klang (PKFZ), bumbung stadium runtuh di Terengganu dan lain-lain tentunya tidak dapat lari dari amalan rasuah. "Tak payah kaji, rakyat sudah tahu kerana dengan kos RM270 juta tetapi tidak sampai dua tahun dah merudum (runtuh), takkan (pembinaan itu) ikut spesifikasi?" persoalnya yang turut menegaskan bahawa biarpun pimpinan BN cenderung menafikan, akhirnya akan terbongkar juga.

Katanya, semua wang kerajaan adalah dipungut dari hasil dan cukai rakyat serta sumber negara yang perlu diagihkan untuk kepentingan umum bukannya kepada kelompok tertentu sahaja. "Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru ini umum berjaya kumpul beratus bilion ringgit cukai. Itu duit rakyatlah tu," tegas Hayati.

Read full story

Wednesday, June 10, 2009

Mansuhkan PPSMI-shura

0 comments

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.
Setiausaha Agung Shura, Mohd Azmi Abd Hamid, berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia sudah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. "Shura berpendapat PPSMI dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang terperinci dan tanpa mengambil pendapat daripada pakar bahasa tempatan," katanya.

Read full story

Mewajibkan Bahasa Inggeris bebankan pelajar luar bandar

0 comments

KOTA BAHARU 10 Jun — Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berpendapat langkah mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membebankan pelajar luar Bandar.

“Langkah itu menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap suara rakyat dalam menangani isu itu kerana belumpun selesai isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, rakyat sekali lagi dibebankan dengan isu baru mewajibkan lulus bahasa Inggeris,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Tilawah al-Quran peringkat negeri, di Balai Islam, di sini malam tadi.

Mohd Amar berkata sepatutnya kerajaan terlebih dahulu menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum mengumumkan dasar baru mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris.“Kalau kerajaan boleh memaksa pelajar mengambil dan lulus subjek Bahasa Inggeris dalam SPM mengapa tidak berbuat demikian terhadap mata pelajaran agama Islam?

“Mata pelajaran agama hanya wajib diambil oleh pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tetapi tidak wajib lulus, sedangkan Bahasa Inggeris wajib lulus, ini menunjukkan ada elemen pilih kasih,” katanya. - Bernama

Read full story

Sunday, June 7, 2009

Kerajaan Perpaduan Semuanya Karut

0 comments

Mushidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menolak sebarang kerjasama dengan UMNO, khususnya yang menjurus kepada penubuhan kerajaan perpaduan BN-Pakatan Rakyat.

“Gesaan supaya diadakan kerajaan perpaduan ini adalah mengarut,” kata Menteri Besar Kelantan yang disambut dengan tepukan riuh oleh lebih 5,000 ahli PAS pada ceramah sempena muktamar PAS. “PAS tidak patut mengadakan perbincangan dengan UMNO, begitu juga UMNO dengan PAS,” tambah Nik Aziz.

Tokoh veteran itu menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik samseng dan seharusnya ditolak oleh PAS. “Matlamat kini ialah menyebarkan syiar Islam dan bukan untuk diadakan pertandingan bagi menentukan siapa yang memimpin dan siapa jadi pengikut,” tambah beliau.

Nik Aziz berkata PAS menolak mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. (TVA)

Read full story

Wujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan

0 comments

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Usul Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung keperluan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan disokong dengan majoriti selepas dibahas.  Usul tersebut dibawa oleh Naib Pemuda PAS Pusat, Ahmad Shabki Yusuf yang membidas dua polisi ekonomi yang dilaksanakan oleh BN merupakan langkah mundur yang boleh menjahanamkan kedudukan ekonomi bumiputera Islam.

Menurut beliau, pengumuman Menteri Kewangan tentang pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam rombakan kabinet merupakan tindakan yang menyalahi hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini katanya, PAS konsisten dalam mengambil kira soal DEB sebagai satu senjata memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu yang kebanyakkannya orang Islam.

Read full story

Thursday, June 4, 2009

PAS Tidak Akan Bersama Umno

0 comments

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan kepimpinan PAS menolak dakwaan bahawa PAS akan bersama Umno. Sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu spekulasi pihak tertentu sahaja.n Demikian kata Nasharudin ketika menjawab soalan bertalu wartawan ketika mengadakan didang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi.

Nasharudin juga menangkis dakwaan apabila diajukan soalan bahawa apa yang disebut dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS mengenai penafian PAS akan bekerjasama dengan Umno sebagai satu strategi 'self defence' tatkala kerusinya dicabar beberapa calon Tiambakan Presiden. Sebaliknya beliau menyatakan ia adalah keputusan setakat ini bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno, sebaliknya memainkan peranan dalam Pakatan Rakyat.

Read full story

Wednesday, June 3, 2009

Siapa Yang Makan Cili Ianya Akan Teras Pedas

0 comments

ladaumno Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Abdullah Yaakob berharap semua pihak berlapang dada sekiranya khutbah Jumaat yang dibacakan ‘mengena dan menyentuh’ seseorang. Menurutnya, khutbah adalah perkara wajib dalam menunaikan solat Jumaat dan skopnya adalah berkenaan agama. “Sekiranya khutbah yang dibacakan ‘bidikannya’ tepat mengena maka ianya perlu berlapang dada dan berubah ke arah kebaikan.

“Dalam soal ini, perumpamaannya seperti siapa yang makan cili ianya akan teras pedas,” katanya ketika dihubungi dan diminta mengulas tentang dakwaan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Anuar Safian berhubung wujudnya penggunaan khutbah Jumaat untuk berkempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Beliau berkata, khutbah Jumaat yang dibacakan adalah untuk menegur ke arah kebaikan dan perkara yang bercanggah dengan agama perlu ditegur.

“Ia (khutbah) untuk kebaikan semua di mana kesedaran kepada masyarakat dibangkitkan supaya berada di landasan yang di gariskan oleh Islam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read full story

Kenyataan Memohon Maaf Kepada Husam

0 comments

Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah. Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang mereka buat 27 November 2007 lalu.

Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan. Semalam Nozula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu.

Dalam notis itu, Nozula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR. Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya.

Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu. Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang. (Sumber: Siasahdaily)

Read full story