Showing posts with label Janji BN. Show all posts
Showing posts with label Janji BN. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

500 sertai bantahan konsert Inul, judi

0 comments

TAWAU, 28 Mei: Kira-kira 500 orang mengadakan demonstrasi aman bagi menyatakan bantahan terhadap kelulusan permit Konsert Inul Daratista dan lesen judi bolasepak oleh kerajaan sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Bandar Tawau selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Pada Jumaat lepas, satu himpunan aman seperti ini telah dianjurkan dan berjaya mendapat reaksi  segera dari seluruh badan badan bukan kerajaan (NGO)  Islam dan parti politik lain di Sabah  serta media cetak tempatan sehingga Konsert Inul  yang dijadualkan berlangsung malam esok ditangguhkan.

“Tidak cukup tangguhkan konsert itu kerana masih ada peluang ianya berlangsung. Kita mahu, batalkan dan haramkan Inul dari menjejakkan kaki di bumi Sabah ini,” tegas Muhd Nasier, Setiausaha PAS Tawau.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh PAS Tawau dan turut disokong oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah yang datang berkumpul di Tawau.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

“Kita terima sukan bola sepak, Islam tidak menghalang kita beriadah tetapi kita tidak terima judi,” kata Mahfuz.

Katanya, perjudian akan mengakibatkan keberantakan masalah sosial yang lain, kecurian, kes ragut, pecah rumah dan masalah rumahtangga akan semakin meningkat.

“Oleh itu, seluruh rakyat yang cintakan agama dan negara mesti bersama sama kita membantah terhadap kelulusan lesen judi yang telah diberi,” ujarnya.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 1.30 petang tanpa sebarang tangkapan.

Read full story

Judi bola: Awang Adek perlu mohon maaf

0 comments

BACHOK, 28 Mei: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, diminta memohon maaf pada rakyat di negara ini khususnya umat Islam kerana telah menyinggung perasaan mereka dengan meluluskan lesen judi.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli ketika memberitahu media berkata, Awang Adek perlu berbuat demikian kerana keputusan yang diumumkannya baru-baru ini telah membuatkan seluruh rakyat termasuk bukan Islam resah.

Beliau berkata demikian selepas majlis demontrasi membantah lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini sebagaimana yang diumumkan Awang Adek.

Program yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut dihadiri kaum muslimat dan golongan muda untuk menyokong bantahan terbabit.

Hatta seterusnya berkata, Awang Adek dan kerajaan sepatutnya sejak awal lagi menarik balik kelulusan itu setelah pelbagai desakan disuarakan oleh rakyat pelbagai peringkat.

“Bukan sahaja parti-parti politik, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan masyarakat bukan Islam juga turut memohon supaya lesen tersebut ditarik balik,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan  Nik Wan Yusof, Adun Tawang, Ustaz Hassan Mahmood dan lain-lain pimpinan.

Ustaz Latif ketika berucap pada majlis itu mendesak Awang Adek meletakkan jawatan kerana telah mempermainkan soal agama serta tidak layak menjadi pemimpin.

Katanya, Dewan Pemuda menganjurkan majlis berkenaan di Parlimen Bachok sebagai simbolik Awang Adek berasal dari situ.

Beliau seterusnya memohon kerajaan melaksanakan tema kerajaan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

“Jadi kalau nak dahulukan rakyat, dengarlah suara rakyat dan kalau nak pencapaian yang lebih baik dalam pentadbiran negara, batalkan lesen judi,” ujarnya.

Lebih 1,000 orang hadir menjayakan demontrasi mendesak kerajaan menarik balik lesen judi tersebut yang diadakan di pekarangan Masjid Mahmudi, di sini.

Read full story

Sekitar Bantahan Judi Piala Dunia di Bachok Kelantan

0 comments
photo

Read full story

Tuesday, September 1, 2009

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Monday, July 13, 2009

Betul ke?? PRU KE-13 dalam masa terdekat ini??

0 comments

MOHD NAIB ABDUL RAZAK KUBANG PASU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam masa terdekat. Katanya, beliau tidak nampak keperluan mengadakan pilihan raya umum sekarang kerana mandat kerajaan yang ada masih panjang. Najib berkata, beliau ada menerima e-mel daripada seorang pemimpin pembangkang yang meramalkan beliau akan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Barisan Nasional (BN) ketika ini.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di sini, hari ini.

 

p/s: najib bila nak turun manek urai??

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

Rompak Hilangkan Bosan

0 comments

Cartoon40 KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat rakan baik yang bosan selepas bersiar-siar dengan kereta mewah merompak sebuah van rokok di Taman Perwira, Banting, dekat sini, bagi menghilangkan kebosanan itu, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, suspek yang menaiki kereta Mercedes berwarna emas secara tiba-tiba menghalang sebuah van rokok sebelum mengarahkan pemandu dan pembantunya itu turun daripada kenderaan itu. Sebaik turun, suspek mengarahkan kedua-dua mangsa berusia 30-an itu menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai sekiranya tidak mahu dicederakan. Mangsa yang panik menyerahkan wang tunai RM18,000 selain merayu tidak dicederakan. Menurut sumber, kumpulan terbabit yang berusia 20-an pada mulanya tidak merancang melakukan rompakan itu sebaliknya melakukannya kerana bosan selepas bersiar-siar dengan kereta mewah dipercayai milik seorang daripada mereka. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Telok Panglima Garang di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. (myMetro)

Read full story

Monday, June 15, 2009

UMNO Mahu Berdakwah Melalui TV ISLAM

0 comments

2003_09_11_inul KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba menarik sokongan undi orang Melayu dengan mengadakan saluran TV Islam sebagai persiapan mereka untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, tegas Ketua Penerangan PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad.

Tegas beliau, sudah menjadi trend setiap Perdana Menteri yang baru dilantik akan membina imej untuk menarik sokongan dan saluran TV Islam merupakan strategi Dato' Seri Najib Razak Tun Razak untuk dilihat Islamik. Malah perkara ini pernah dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad dalam buku 'The Malay Dilema' yang mengaitkan usaha kerajaan Perikatan membuat program untuk menarik sokongan orang Melayu. "Ini merupakan cara Umno/BN untuk menarik sokongan orang Melayu terutama di luar bandar. Usaha seperti ini perlu dilakukan untuk membina imej seorang Perdana Menteri yang baru dilantik bagi mendapatkan sokongan.

"Ia bukan perkara baru kerana di zaman Tunku Abdul Rahman dianjurkan musabaqah membaca al-Quran untuk dilihat Islamik dan menarik sokongan orang Melayu," tegas beliau. Dalam pada itu, Idris berharap jika saluran ini diadakan, dakwah yang dilakukan hendaklah mengikut versi Nabi Muhammad s.a.w. bukan dakwah versi Umno. Jika dakwah versi Umno dimuatkan dalam setiap program saluran tersebut, ia dibimbangi tidak akan mencapai matlamatnya.

Kerajaan baru-baru ini meluluskan sebuah lagi saluran televisyen baru yang dikhaskan untuk televisyan Islam. Ia dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir Baharom.

Read full story

Sah Bumbung Stadium Tertutup Pula Bocor

0 comments

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/stadiumtertutup.JPGKUALA TERENGGANU: Bumbung Stadium Tertutup yang terletak bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, dipercayai bocor terutama pada pemegang cermin setiap kali hujan lebat. Seorang pekerja pembersihan di Stadium Tertutup mendakwa tiga keping siling terjatuh secara tiba-tiba baru-baru ini, sedangkan ketika kejadian tiada hujan dan angin kuat.
"Apabila hujan pula, air masuk ke dalam stadium melalui cermin disebabkan menjadi pelapik cermin itu tidak dibuat dengan kemas. Malah apabila hujan lebat, kesan tanah dapat dilihat dengan jelas terutama di bahagian tangga," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Read full story

Saturday, June 13, 2009

2007 Lain 2008 Lain, Nazri Masih Tidak Percaya.

0 comments

anti-rasuah SHAH ALAM: Kerajaan tidak berpuas hati dengan hasil kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang menunjukkan 67 peratus responden yang dikaji setuju usaha kerajaan tidak berkesan dalam menangani masalah rasuah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata kajian Merdeka Center untuk 2008 itu mendapati hanya 28 peratus responden yakin kerajaan mengambil langkah bersungguh-sungguh untuk memerangi rasuah. Katanya, hasil kajian itu jauh berbeza dengan keputusan pada 2007 yang mendapati 53 peratus responden percaya kerajaan berusaha tangani rasuah, manakala hanya 37 peratus berpendapat sebaliknya. (Bharian)

Read full story

Friday, June 12, 2009

Janji Tingal Janji, Penduduk Long Kerong Menderita

0 comments

Long Kerong merupakan salah satu daripada Kampung atau penempatan Etnik Penan di Kawasan Pedalaman Miri Sarawak. Akhir-akhir ini, masalah bekalan air paip yang disalurkan dari empangan mini untuk kegunaan penduduk kampung semakin meruncing. Sebagai alternatif, penduduk Long Kerong mengambil air dari sungai terdekat untuk kegunaan seharian seperti untuk mandi, membasuh dan memasak. Ini amatlah sukar kerana penduduk terpaksa mengangkut air dari sungai tersebut untuk kegunaan di rumah. (Malaysiakini)

Read full story