Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ...
Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung Amaran berkenaan serangan jantung
Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim.
60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa.. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah.
Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung.
Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
Faktor Penyebab
Asap Rokok
Asap Rokok
- Mempercepatkan pembekuan darah
- Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
- Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
- Tekanan Perasaan
- Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
- Tekanan darahnya juga meningkat.
- Kandungan Lemak Yang Tinggi
- Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
- Senaman penting untuk menguatkan jantung.
- Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.
Darah Tinggi
- Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
- Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
- Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
- Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
- Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
- Jika anda merokok.
- Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
- Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
- Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
- Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan
- lemak yang tinggi.
- Jika anda kurang bersenam.
- Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar. Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada
yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan
rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan
takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".
Faktor Penyebab
Asap Rokok
- Mempercepatkan pembekuan darah
- Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
- Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
- Tekanan Perasaan
- Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
- Tekanan darahnya juga meningkat.
- Kandungan Lemak Yang Tinggi
- Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
- Senaman penting untuk menguatkan jantung.
- Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke jantung. Bersenamlah.
Darah Tinggi
- Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
- Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
- Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
- Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
- Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
- Jika anda merokok.
- Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
- Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
- Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
- Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan
- lemak yang tinggi.
- Jika anda kurang bersenam.
- Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
- Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
- Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
- Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
- Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
- Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
- Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijirin oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.