Rabu, 14 Disember 2016

Salah Tanggapan Tentang Selaput Dara

Pada zaman dahulu, selepas kedua ibu bapa mengahwinkan anak perempuan mereka, mereka akan memberikan sehelai kain putih kepada pengantin lelaki untuk membuktikan dara pengantin perempuan masih ada atau tidak. Jika kain putih tersebut tidak dikembalikan bermakna gadis sunti itu masih suci dan belum disentuh tetapi sekiranya kain tersebut dipulangkan kepada ibu bapa pengantin perempuan maka anak perempuan mereka tidak lagi suci. Pada zaman dahulu kala, mitos yang mengatakan bahawa seorang anak dara sunti mesti berdarah pada pertama kali melakukan persetubuhan tidak lagi boleh diguna pakai pada hari ini. Menurut kajian sains, selaput dara juga terdiri daripada beberapa jenis dan ia juga mempunyai sifat-sifat tersendiri. Salah satu maklumat yang sering orang keliru atau bahkan tidak ramai yang tahu adalah dimana sebenarnya terletak selaput dara dan bentuknya. Dengan mengetahui beberapa fakta dan sifat sebenar selaput dara, diharapkan ini dapat mengubah persepsi serta membetulkn tanggapan yang salah tentang organ kewanitaan ini.



Jika dilihat gambarajah diatas selaput dara dilabelkan sebagai “hymen”. Selaput dara adalah merupakan satu membran nipis dan biasa mempunyai lubang untuk laluan darah haid. Ia terdapat pada sebahagian besar wanita, tapi perlu diingat ada jugak wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak dilahirkan lagi. Selaput ini terletak dipermulaan saluran faraj dan bukan terletak di dalam saluran faraj sepertimana salah tanggapan sebahagian orang. Dari gambarajah diatas ada pelbagai jenis selaput dara. Setiap selaput dara mempunyai lubang yang berbeza saiz bergantung kepada individu. Lubang ini adalah untuk membenarkan laluan darah haid. Berikut merupakan jenis jenis selaput dara:

# ‘Normal hymen’ adalah selaput dara yg terdapat pada sebahagian besar wanita.
# ‘Imperforate hymen’ pulak adalah selaput dara yang tidak mempunyai lubang untuk laluan darah haid.
# ‘Microperforate hymen’ pula adalah selaput dara yang mempunyai lubang laluan yg kecil
# ‘Septate hymen’ terdapat daging membran ditengah2 lubang.


Ape pun jenis selaput tu, ia adalah normal, kecuali jenis imperforate hymen yang tidak mempunyai lubang untuk laluan darah haid. Akibatnya seorang wanita tidak mengalami haid dalam jangka waktu lama, padahal ia sebenarnya haid tapi darahnya tertahan di dalam faraj dan boleh menimbulkan tumor. Jika anda tidak didatangi haid walaupun umur sudah mencapai umur baligh, elok lah berjumpa doktor. Jangan malu dan segan kerana ini melibatkan kesihatan diri anda sendiri.


Persoalan yang sering timbul dalam hal ini ialah ADAKAH wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara?


Jawapannya TIDAK semestinya seorang gadis itu berdarah pada kali pertama melakukan persetubuhan. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya. Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate) malah ada yang menutup terus (imperforate). (seperti rajah diatas). Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan.Ada selaput yang telah koyak \atas sebab seperti kecederaan yang melibatkan bahagian faraj. Ini mungkin berlaku semasa aktiviti lasak atau kemalangan.

contoh yang pernah dialami oleh seorang wanita yang merupakan seorang atlet. Beliau adalah seorang atlet lompat tinggi. Satu hari apabila mahu melakukan lompatan, dia telah tersekat pada galah dan mengadu sakit pada bahgian farajnya. Apabila pulang ke rumah, beliau mendapati terdapat sedikit darah pada seluarnya. Namun begitu, sekarang beliau telah berbahagia memasuki alam rumah tangga dan sedang mengandungkan anak sulungnya.

Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Ia bergantung juga kepada kesediaan si gadis untuk melakukan persetubuhan dan juga jenis selaput tersebut. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik. Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan.

Jadi bagi kaum lelaki, janganlah cepat melatah dan menuduh wanita tidak mempunyai dara kalau si gadis tidak berdarah pada pertama kali melakukn hubungan. Ia bukan merupakan tanda kedaraan yang 100% tepat. Dalam agama Islam pun, tidak disebutkan pasal menggunakan petanda itu sebagai menentukan seseorang tu telah tiada dara. Malah menuduh seseorang itu tanpa usul periksa adalah dosa. Kita telah banyak dipengaruhi oleh amalan tradisi yang tidak benar-benar berlandaskan panduan agama.


Ada orang yang mengatakan boleh meneka seseorang itu dara atau tidak melalui petanda-petanda fizikal luaran seperti tumit kaki, cara berjalan, tapak tangan serta bentuk pinggul. Semua itu tidak mempunyai asas saintifik. Ada yang berkata kalau seseorang itu mempunyai tumit kaki pucat atau pecah, maka dia tidak mepunyai dara. Bagaimana pula orang yang mengalami masalah kekurangan darah merah. Tidakkah itu satu tuduhan yang melulu kalau kita mengatakan dia tidak ada dara. Diharapkan maklumat diatas dapat memberi pemahaman tentang topik yang jarang dipaparkan, tapi perlu didedahkan untuk memperbetulkan beberapa fakta dan salah tanggapan.



MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...