Ahad, 26 Mac 2017

Apakah Lemah Syahwat?

Lemah syahwat bermaksud tidak berupaya menonjolkan diri ketika melakukan hubungan seks. Mereka yang menghidap penyakit lemah syahwat sangat sukar untuk beri yang terbaik ketika melakukan hubungan seks dan ia boleh terjadi pada lelaki atau wanita.

Bagi lelaki, mereka yang alami penyakit lemah syahwat akan rasa sangat susah hendak tegangkan zakar mereka. Zakar mereka tidak keras sekeras – kerasnya. Jika keras sekalipun, ia cepat lembik. Akibat dari zakar yang tidak keras, lelaki tersebut lebih senang untuk alami ejakulasi. Ini kerana mengikut fakta zakar yang keras lebih susah hendak keluarkan air mani dari zakar yang kurang keras. Selain itu, ketika mereka melakukan hubungan seks, mereka cenderung untuk lepaskan nafsu sendiri dari menikmati hubungan seks yang mereka jalani. Maksudnya, minda mereka kurang rasa yakin untuk puaskan pasangan mereka dan lebih yakin untuk puaskan nafsu mereka sahaja.

Bagi wanita, petanda seseorang itu ada penyakit lemah syahwat adalah dia rasa tidak tenteram untuk adakan hubungan seks. Ketika melakukan hubungan seks pula, wanita itu tidak ada minat untuk lakukannya atau tidak ada perasaan untuk lakukannya. Berbeza dengan lelaki, wanita yang lemah syahwat tidak akan pancut awal. Sebaliknya sukar untuk pancut atau tidak berpupaya untuk merangsang diri dan pasangannya.

Punca bagi penyakit lemah syahwat ini adalah dari dalaman dan fizikal. Dalaman yang di maksudkan diri kita tidak sabar , gelojoh, tidak tenteram, berada dalam keadaan tertekan dan menganggap hubungan seks adalah hubungan nafsu. Lelaki yang kurang sabar seperti tidak tahan akan godaan akan selalu melakukan onani. Akibatnya dalaman akan jadi lemah kerana selalu mengalah pada godaan dan ia akan beri kesan pada dalaman seseorang. Selain itu, fikiran yang terlalu tertekan juga akan menyebabkan seseorang itu alami penyakit lemah syahwat. Jika kita tertekan, kita tidak mampu untuk fokus. Akibatnya, hubungan seks di lakukan secara atas angin sahaja. Lemah syahwat adalah penyakit dan ia perlu di rawat. Jika anda bahagia melakukan hubungan seks, hidup anda akan jadi lebih bahagia.

Sumber :http://petuadewasa.blogspot.com/2012...hwat.html#more

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...