Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana hari
ini saya dapat bertahan tanpa makan ubat tahan sakit. Dua doktor yang
saya temui mengatakan telinga saya dimasuki sejenis serangga yang dipanggil 'pirah' oleh orang Terengganu (nama saintifik: tick),
lalu diberinya ubat titis dalam bentuk cecair.
Saya menitiskan ubat tersebut telinga mengikut arahan doktor, tetapi tidak menunjukkan apa-apa perubahan, bahkan bertambah sakit.
Semalam, rasa sakit sangat menyengat, sebarang kerja tidak dapat dilakukan melainkan dengan pertolongan ubat tahan sakit. Saya kalah dan tidak mampu bertahan lagi, lalu mengambil keputusan berjumpa pakar di Kuantan.
Sebelum maghrib bertolak ke KMC (Kuantan Medical Centre) untuk berjumpa pakar, malangnya doktor pakar tiada kerana bekerja hanya pada waktu pejabat sahaja. Bergerak ke Klinik Rama-klinik swasta ENT (ear, nose and troat)), jawapannya lebih kurang sahaja, hanya dibuka sehingga 6.00 petang.
Saya termenung panjang, mencari alternatif lain.
Salah seorang saudara saya yang bekerja di di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), telah mencadangkan agar saya menjalani pemeriksaan di Hospital HTAA.
Walau hati rasa agak kecewa, saya menurut sahaja.
Lebih kurang dua jam menunggu, dapatlah saya berjumpa doktor.
Doktor memeriksa kedua-dua belah telinga walaupun hanya telinga kiri yang sakit.
Ya ALLAH, DIAlah sebaik-baik Perancang.Rupanya Allah telah merancang yang terbaik untuk saya.
Setelah diperiksa dengan teliti doktor HTAA mengatakan telinga saya sakit bukan kerana dimasuki 'pirah', tetapi masalah gegendang telinga bocor. Kesakitan yang saya rasai bertambah teruk dan tenat bila saya menggunakan ubat titis-cecair. Menurut doktor, sebarang air/ cecair sangat sensitif kepada gegendang telinga yang bocor, bahkan saya dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti berenang, menyelam dan seumpamanya.
Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mengikuti rawatan susulan dengan Pakar ENT selepas ini.

Syukur kepada Allah masalah ini juga
dijamin dapat disembuhkan. Hamdan lillah.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan mendoakan.Terima kasih kepada Dr. Yip Yat Keong. Keprofesionalan tuan doktor memberi ketenangan buat diri saya. Kerutan di dahi sudah pergi :).

P/S: Sudah lama tidak menulis, hasilnya penulisan sedikit celaru
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana ALLAH"
السلم عليكم ورحمة الله
BalasPadamMoga Allah kembalikan kesihatan kitak semula...aamiin
Kitak sudah posting balik ke Trengganu kah atau tengah bercuti masa tok..?
Waalaikumussalam.
PadamAlhamdulillah, kamek dapat 'transfer' balik Terengganu berkuatkuasa Jun tahun lepas. Belum cukup setahun lagi. Kamek ada niat nak tulis pasal 'transfer' kat blog tapi macam-macam halangan datang, campur dengan malas :).
Terima kasih atas doa kitak. Rindu mek ngan Sarawak koh :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamu'alikum Ros
BalasPadamSuka bila dengar Ros mendapatkan rawatan dengan doktor di HTAA dan akan disusul dengan pakar ENT tu. Anak makcik pernah sakit telinga dulu sebab ada luka pada gegendang telinga dapatkan rawatan di klinik biasa,doktor tu kata tak ada apa-apa.. bila titis ubat semakin sakit.. lalu berjumpa pula dengan doktor keluarga makcik disuluhnya dan mendapati ada darah.. makcik juga dapat melihatnya kerana diberi peluang melihat melalui lampu suluh kecilnya.. alhamdulillah selepas di vakum dan dititiskan ubat legalah anak makcik dan tak berapa hari lepas tu sembuh sperti sedia kala.
Semoga Ros juga pulih seperti sedia kala..aamiin
Assalamu'alaikum Ros
BalasPadamSuka makcik bila dapat tahu Ros berjumpa doktor di HTAA dan diberi peluang jumpa pakar ENT.
Semoga Ros segera pulih seperti sedia kala.. aamiin
Assalamualaikum Ros...
BalasPadamlama tidak ziarah ke mana-mana... Saya agak sibuk dan malas... :)
Wah! Ros dah dapat pindah ke Terengganu... Alhamdulillah... semoga semuanya berjalan lancar... dan semoga segera sembuh