Haih, seksanya nak cari masa nak update blog. Though it's semester break now, students cuti, kami staff akademik tetap jugak banyak keje. But I need to update ni, it's my youngest sister's wedding. Buat kenangan masa depan.
Alhamdulilah, 22 Julai 2016, Ain si bongsu selamat dah mendirikan rumahtangga. Bertemu jodoh dengan orang Pasir Tumboh, Kota Bharu Kelantan. Se-daerah dengan cik HB. Parents saya dpt sorang lagi menantu ore Kelate! Saya tak dapat balik masa majlis akad nikah sbb majlis petang Jumaat, bukan sbb saya x boleh amik cuti tapi x nak pontengkan kembar sekolah agama. Hujung tahun ni diorg ada exam besar so tak nak la ponteng2.
Gambar2 sekitar majlis:
Gambar2 sekitar majlis:
Selepas majlis akad nikah, dengan adik lelaki saya Mae dan isteri.
Adik2 saya: Ana, Ain dan Shima
Hari kenduri
Pengantin dan adik-beradik perempuan
The girls in maroon, ramai yg cakap combination colour yang kami pilih ni menarik :)
My parents agaknya dah lega dah rasa, 9 anak semua dah selamat mendirikan rumahtangga.
Dengan keluarga Pak Long (yg kiri sekali), satu2nya abang Abah. Diorg dua beradik aje. Gembira tgk anak2 Pak Long semuanya datang.
Our family photo. Pon x cukup korum. Ada je yang missing.
Kena tunggu gambar jurukamera rasmi utk tgk gambar yang cantik.
Sedih dalam gembira bila tengok si bongsu kawen dah. Dia ni selalu jadi helper si kakak2 jadi babysitter anak2 buah di kala kami menghadapi childcare crisis. Kalau dia cuti time belajar dulu, mmg dia rajin dtg rumah kakak2 melawat anak2 buah. Datang tu pulak siap buat kek dan cookies. Mana la anak2 buah x sayang kan....ni pon anak2 buah dok ckp "tak best la Ashu dah kawen".
Ye la, dah sampai jodoh dia, kita doakan semoga rumahtangga dia bahagia dunia akhirat.