Ahad lepas kami ke MAHA 2012 kat MAEPS Serdang. Seorg kawan yg suggest kan kami pergi. Pada yg x tau MAHA (Malaysia Agriculture, Holticulture, and Agrotourism) adalah pameran pertanian dan penternak, dan agro-pelancongan yg diadakan setiap 2 tahun bermula 2010 (kalau x silap).
Sebenarnya my biras pon ada buka booth di MAHA tapi kami pergi pon bukan apa, saja nak meninjau2 apa yg menarik di MAHA. Lagipon ini kan cuti sekolah so it's part of school holidays' activities. Asik kan nak pusing tempat bercuti mahal2 (e.g Kidzania, Legoland), baik la kita ke tempat yg lebih menjimatkan, betul tak? (alasan mak pak xde budget utk coti2 Malaysia yg high cost...hehehe).
Kami konon nak pegi awal2, sbb dengarnya susah nak dapat parking. Thanks to Is yg bg byk info pasal parking, pasal makanan, etc. Tapi somehow kul 11 baru kami sampai area MAEPS tu. Kami dah la x tau sgt area MAEPS ni, awal2 dr keluar tol Serdang je pon dah jem. Pastu sampai pintu masuk MAEPS, polis pulak blocked kata parking dah penuh, sila proceed to Pintu 2. Kita pon menonong je ikut kereta depan yg kita assumed nak pegi Pintu 2. Rupanya Pintu 2 tu jauh la jugak, kena masuk LDP! Mmg sesak la jalan nak ke Pintu 2 tu. Kebanyakannya parking aje kereta kat tepi hi-way, tapi kami gigih jugak la masuk dan cari parking. Mujur x lama pusing2 tu dapat la jugak parked kereta.
Call biras, dia kata booth dia kat khemah FAMA and checked map, khemah FAMA nun jauh kat Pintu 1. Konon2 nak naik bas/tram (ada bas/tram disediakan utk pusing2 dlm MAEPS yg sgt luas ni) tapi punya la sendat every trip. Kita yg ada 3 anak ni, siap ngan stroller bagai, lupakan aje la niat nak naik bas!.
Map MAHA 2012. Kami jalan paling jauh sampai Laman Nenas aje dr Pintu 2...
Mujur la jugak kami masuk Pintu 2 sbb kat situ Laman Ternakan yg ada livestocks show. Suka la budak2 ni dpt tengok kambing, lembu, rusa, mcm2 la haiwan ternakan yg ada. Yg mak pak sama jakun sbb x penah tgk mcm2 species kambing, lembu, rusa. Ada lembu besar species limosine katanya (ada amik gambar guna cik HB's smartphone yg sy send to my email utk tujuan blogging ni tapi somehow gambar tu xde pon kat email).
Kambing ni sgt cantik!
Makanan kat MAHA ni mmg best2. Kami try sate arnab (mahal la jugak tapi sedap!!!), then cik HB makan ayam dara berempah. Me just order nasi arab ngan roasted chicken. Kebetulan tengah makan, jumpa Is pulak. Mmg bgtau dia sy nak gi MAHA hari tu tapi x plan nak jumpa kat mana2. Ada rezeki lak jumpa kat situ. Bayangkan la since abis SPM x penah jumpa Is, cuma berhubungan balik dlm FB sejak 3-4 thn ni, sekali jumpa in real world. Tapi lupa nak amik gambar bersama...huhuhu
Lepas makan, kami sambung jalan2 tapi sebab tak tahan panas, kami stop sampai ladang nenas aje. Konon nak tunjuk laman padi kat budak2 ni tapi x larat weh nak jalan jauh. Budak2 tu pon komplen panas. Ni la budak2 zaman skrg...x biasa jalan (tapi mak pak pon sama gak x larat...hahaha). Pastu kami pusing area2 situ aje sbb byk lagi benda boleh explore. Budak2 ni dpt la tgk pokok2 matahari, jagung kat area tu.
Try2 mesin pertanian....kot2 esok boleh jadi petani moden berjaya kan?
Lepas tu terjumpa tempat cycling ni...apalagi sikembar pon merengek2 nak main.
Dah tak ingat panas dah!
Selain cycling, ada aktiviti paint-ball dan archery (bukan free anyway!). Cik HB try archery (sy amik gambar dia, somehow dia delete kot, takut la tu gambar dia masuk blog, FB ke...hehehe). Then ada rumah kucing- ada econ you!, so sesak la rumah kucing...suma nak menikmati econ utk sementara.
Mujur la sikecik ni sgt baik. Bila ngantuk, elok je dia tido walaupun cuaca panas
Pukul 3 kami decide nak balik. Walaupun byk lagi benda menarik nak di explore tapi dah x larat dah. Badan dah melekit2. Budak2 tu pon agree nak balik sbb diorg pon dah x larat. Kalau cuaca ala2 cameron highland sure seronok lagi nak jalan2. Nak buat cemana, ini tetap negara Khatulistiwa. tak payah berangan ala2 dok Europe ye!
MAHA 2014 akan dinanti. In shaa Allah...