Pages

Wednesday, October 31, 2012

Cerita Minggu Ini

Mlm tadi, while breastfeeding my little precious, kakak biras sy call (hai kak Na!!!).

She was wondering kami ni dah pindah masuk rumah baru ke belum and how is the chicken pox things.

And I was like "eh, kak Na tau?"

"Kak Na baca blog Ros la"

Ooooo...hehehe.

See....tu la gunanya bila update blog. Senang keluarga jauh n dekat  tau citer terkini. Walaupun kini kami ada kat Mesia bukan jauh di Jerman sana lagi tp kadang2 dekat pon bukan jumpa selalu kan? And tu la pasal kena bersopan-santun bila menulis di blog yg open to public. Coz u never know who have been reading ur blog! (So, jangan ngumpat2 ye!hehehe).

Anyway, bukan sy x tau that the family have been reading my blog, just x expect yg diorg ni pembaca setia...hehehe.

So balik pasal pindah rumah baru...ye, kami x berjaya pindah lagi. Sewa rumah terpaksa dilanjutkan sebulan lagi gara2 kontraktor grill x menepati janji. Jangan kata tak siap, x mulakan keje pon until kami call 2 di minggu ketiga October sbb nampak diorg langsung x mula keje. Bila dah call, baru la bg mcm2 alasan...huhuhu. Somehow I mmg expect this would happen sbb I mmg doubt this contractor dr awal. Tapi I kan cuma deputy manager, so what can I say?

And this week also another hectic week...

Nabihah dan Insyirah pon sudah kena chicken pox!

Cuma, kami bersyukur sbb makcik bbsitter dgn rela hati nak jaga Insyirah walaupun Insyirah kena chicken pox dan kebetulan adik bongsu sedang bercuti seminggu, jadi dia dtg smlm utk jaga sikembar minggu ni.

Minggu depan tak tau la...pandai2 la nanti kami fikir penyelesaiannya. Maybe angkut dtg opis bergilir2 ngan cik HB.....wuwuwuwu

So since Insyirah kena chicken pox, maka mokcik pon kena pantang sama sbb breastfeeding kan.....so x leh makan benda2 gatal, minyak2...

Malam tadi masak singgang daging, sambal tomato dan sup sayur rebus. Bagus la jugak kan...menu sihat gitu! Tapi mokcik makan nasi laju jugak...hihihi. Malam ni kita plan kukus ikan merah bubuh halia byk2 pulak. 

Wednesday, October 24, 2012

Surviving the Childcare Crisis

It's the the 3rd working day of the week...

Kejap je masa kan?

We are still in childcare crisis week but somehow we survive it :)

Since Nabilah kena chicken pox on Thursday, we find a way cemana nak jaga dia in between our jobs. Like on Thursday last week, I had a meeting kat client office tu and risau kot2 abis lambat, I called my friend Ain, yg dok dekat sini dan tanya boleh ke tinggalkan Nabilah sekejap ngan dia n dia kata ok. Tup2, lepas meeting makcik babysitter lak call minta amik Insyirah awal sbb dia ada hal penting, and I lak sebenarnya still ada keje nak abiskan hari tu jugak. So I called Ain, minta dia jagakan Nabilah sampai kul 5pm, then I amik Insyirah dan bawa dia dtg opis. Tak boleh la ada both kids in the office walaupun I bukan satu office ngan bos. Nanti confirm I x leh buat keje. Clerk i je la gelak sbb tadi ngan anak lain, ni ngan anak lain pulak!

Insyirah sgt senang nak jaga, bg dia susu then letak dia on the floor dgn toys and she happily playing by herself. I'm so glad I have my own room dan rules kami di office ni kena tanggalkan kasut sebelum masuk office. So xde masalah nak letak Insyirah atas lantai. And I boleh la buat keje sambil2 peratikan dia.

Kul 5 lebih, keje x siap lagi so cik Hubby dtg ngan sikembar lepas pick up Nabihah kat daycare and Nabilah    kat rumah Ain, so berkampung la semua org kat opis I. Tapi opis pon dah xde sapa2 so xde la rasa bersalah ngan sapa2. Kul 6 lebih baru la dpt balik rumah.

Jumaat: Nabilah under cik HB's care coz I was supposed to have meeting in the morning. Tapi kerenah biroksi punya hal, meeting postponed to pukul 2.30pm. Cik HB mmg x leh jaga Nabilah dah sbb dia kena entertained satu prof dari Jerman ni sampai ke malam. So nak x nak I angkut gak dia dtg opis and biar je la dia dok dlm bilik I - main game ke tgk movie while I ada meeting dan berharap kat clerk I tengok2 dia. Mujur la Nabilah dah besar, boleh uruskan diri sendiri, cuma pesan jgn bising2 je la. Tapi pas I balik meeting, bilik I sepah la....penuh ngan tah hapa2 dia gunting, dia conteng.

Isnin: She was with me whole day....hari yg tak busy so xde la pening pk childcare solution.

Selasa: She's with cik HB tapi since I had meeting sampai kul 5pm, cik HB lak ada kelas by 4.30pm, kami terpaksa tumpangkan dia kejap kat umah babysitter Insyirah sampai I gi jemput kul 5.30pm.

Hari ni: Walau still ada meeting hari ni, xde pilihan kena gak angkut Nabilah dtg opis sbb cik Hb ada kursus. Serabut gak fikir kalau2 meeting abis lambat sbb tengahari kena jemput Nabihah dr sekolah. Kalau cik HB xde kursus, xpe...dia boleh pi amik tapi bila dua2 ada hal camni, mula la kami gelabah pk penyelesaiannya. Tapi Alhamdulilah, Allah Maha Mendengar...meeting abis kul 11.30 am so xde masalah nak jemput Nabihah dr sekolah dan hantar gi daycare.

Esok: Turn Nabilah dgn cik HB. Mujur Jumaat cuti - Hari Raya Haji!

Harap2 next week chicken pox Nabilah ok la dan dia boleh gi sekolah/daycare balik. Kalau tak, camni la...pening cari solution nak jaga dia. Mujur la sy n cik HB keje dlm flexible environment and flexible hours. Jadi kalau kami terpaksa bawak anak dtg opis pon, takde la mengganggu situasi keje org lain. Kalau kata xde bilik sendiri, dok partition ke apa, mana la nak letak anak ye?

Semoga lagi dua beradik x berjangkit la chicken pox Nabilah...ameen!!!!

Friday, October 19, 2012

Heaviness in My Heart

Pagi Jumaat penuh barokah ni, mokcik lak yg rasa nak meroyan...huhuhu

Tak tau la, rasa nak marah..tapi tak tau nak marah sapa. I think it's the stress - stress keje, stress keadaan rumah yg serupa tongkang pecah itu.

Prof. Dr. Muhaya kata stress tu wujud bila kita fikirkan ianya stress. Kalau kita tenang, apa pon situasi xkan stress...

Kalau la semudah yg dikata itu.....

I guess sbb dah lama sy x baca Quran then dah lama x buka Galeri Ikim dengar ceramah2 agama, that is why I am so miserable ni.....

Tarik nafas dalam2, istigfar dan jom masuk meeting!

Thursday, October 18, 2012

Childcare Crisis

Nabilah kena chicken pox....

Start pagi semalam, dia demam. Tapi sbb skrg minggu exam, sy bagi dia makan ubat dan suruh jugak dia pegi sekolah dgn harapan ianya demam yg sekejap2.

Semalam, balik keje, we noticed badan dia dah naik cacar dan dia still demam. So pagi ni x boleh la dia ke sekolah, walaupun hari ni last day of exam. Nak buat cemana, dah sakit. Kalau gi sekolah pon, confirm cikgu suruh balik. 

Sbb nak kejar masa since sy n cik HB in our busy working week, and none of us can afford to take leave, cik HB bawak dia gi klinik kesihatan Durian Tunggal sbb kalau nak tunggu klinik swasta, hanya mula dibuka kul 9 am. So kekdahnya, walaupun foresee gi klinik kerajaaan akan amik masa lagi lama tapi since klinik ni dekat ngan opis sy, kami boleh take turn. Cik HB akan gi register dulu b4 kul 8am and tunggu sampai no. dipanggil and by 9am kalau x dpt jumpa doktor dlm tempoh tu, sy lak akan pegi ganti cik HB tunggu kat klinik.

Tapi by 9am, sy gi klinik semua sudah settle. And confirm Nabilah kena chicken pox.

Masalahnya, bila dah kena chicken pox of course la x boleh hantar Nabilah ke daycare. Nanti kang berjangkit lak kat budak2 lain.

Jadi utk pagi ni sy kena la angkut anak dara ni dtg opis. Mujur la opis ni xde org sgt except my clerk yg full time kat sini and mujur jugak la sy bukan satu opis ngan bos. But knowing my boss, he wouldn't mind benda2 camni. Dah emergency, nak buat cemana. Kul 2ptg kang je la, I have to attend a discussion with client tapi kat client office. Tapi client office tu pon dekat aje and rasanya kejap aje. Cuma harap2 takde kerenah biroksi je la. Selalu je I kena tunggu client sampai 1 jam...huhuhu. So minta tolong clerk tgk2kan budak sorang ni. 

Nabilah ni nama je demam tapi dia nampak ok and dia pulak bukan jenis nak tido-baring. Ada je benda dia nak buat. Ni sy bg je la kertas, gunting and suka hati la dia nak buat artwork cemana pon. So xde la terganggu sgt ummi nak buat keje.

Besok pulak, pagi sy ada big meeting, cik HB yg akan take over jaga. Sebelah ptg cik HB lak occupied, so Nabilah akan melepak balik kat opis ummi nampak gayanya. 

Tapi chicken pox kan amik masa lama nak baik. Somehow minggu depan pon belum tentu dia boleh pegi sekolah lagi. Minggu depan la problemnya cause I'm having meetings most of the days next week. Cik HB pon kata dia sibuk jugak.

I was thinking nak hantar balik kampung but then teringat mak sy pon akan ke Shah Alam weekend ni sbb nak jaga adik sy yg dah sarat mengandung, tunggu masa je nak bersalin. Adik bongsu lak mula2 dgr kata akan start cuti semester weekend ni tapi rupanya x benar. She's having exam next week pastu baru cuti seminggu.

Huwaaaaaaaa....sapa la nak jaga Nabilah next week ni????

Dah la tadi mak pesan, budak kena chicken pox kena jaga makanan dia. Tak leh makan berminyak, ayam daging telur semua x boleh. Nak kena rebus belaka. Time ni mmg terasa nak ada maid sesangat!!!

Adehhh...sabar, sabar...dugaan kecik je ni. 

Wednesday, October 17, 2012

Luahan Hati Utk si Labu

Labu,

Bila dah pegang jawatan tu, commit la ngan tanggungjawab tu....

Jangan la tolak keje yg patutnya keje ko, ko harap org lain yg uruskan. Kalau yg uruskan tu boleh buat keputusan, xpe, tak susahkan keje org lain. Tapi balik2 kang kena tunggu jawapan ko jugak.

Pastu bila kitaorg  kena jwb  ngan org atasan ko sbb x leh nak proceed ngan keje kitorg , ko boleh plak nak merajuk2 ye....shoot e-mail ala2 kitorg ni anggap ko x berkepentingan?

Siap bos aku nak jumpa ko ajak minum2, ko x nak layan? Eleh....

Jadinya kitorg ni kena je la layan kerenah biroksi ko ni? Bape kali daaa kitorg nak dok arrange discussion, tapi tetap matlamat keje x tercapai2?

Bila projek ni lambat siap boleh ke kitorg ckp ko punya hal?

Tolong la labu ye....kurangkan la kerenah biroksi mu itu!

Monday, October 15, 2012

It's Monday peeps!

Hokeh!

Selalu org kata when it's Monday, it will be Monday blues....

Oh, not for me today...Monday today is a productive Monday. Dr pagi duduk dgn tekun siapkan minit meeting, yg meetingnya ari Jumaat, by tengahari sudah siap draft, hantar kat boss. Berhenti lunch break pastu  gi BOMBA collect drawings, then gi Majlis hantar surat then kembali ke opis.

Tengok boss sudah review minit with msg - get the minute signed then scan and email to him - CHECKED!

Sudah review drawings dari BOMBA, scan apa2 yg patut dan email pada HQ.

So now sudah free...hihihi. 

Skrg dah boleh fikir apa mau masak utk dinner :)

Thursday, October 11, 2012

A Pleasant Surprise

Mcm yg sy cerita dlm entry Rumah Sewaku, hari Selasa sy pulang ke rumah dlm keadaan dapur berlopak2 ngan air sbb hujan turun dgn lebatnya ptg tu. Dah la kain lapik kain turun warna sbb terendam dlm air so mmg dapur nampak sgt teruk. I was really depressed....takde hati langsung nak uruskan semua tu sbb I was really tired. Hari tu plak cik HB balik lambat sbb dia ada kelas, so I kena jemput semua anak2 (selalunya kembar cik HB yg amik). Nak masak lagi, nak hantar kembar gi ngaji lagi....

Jadinya sy jadikan dapur restricted area, sikembar x dibenarkan langsung masuk dapur, nak apa2 ckp kat ummi, ummi amikkan. Dinner pon sy buat nasi goreng sempoi. Malam tu pulak ada kawan kami dtg berkunjung, lagi la sy malas nak layan kes dapur berlecak tu.

Then, next day cik HB amik cuti rupanya sbb nak kemas/cuci rumah baru. Kerja2 renovation x siap lagi sebenarnya tapi kalau nak tunggu mmg payah la. So dia kata dia nak cuci bahagian atas dulu yg xde keje2 renovation so that kami dah boleh pindahkan barang sikit2.

Balik keje petang, I came home and tgk dapur bersih siap dimop!!!!

Sukaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!

To some people, maybe this is nothing but to me this is a pleasant surprise, considering cik HB selalunya kena minta tolong baru buat, atau minta tolong berkali2 pon belum tentu buat, kadang2 boleh meletus perang dingin dibuatnya. 

Dear, u know u really made my day...happy nya rasa masuk dapur, lantai kering bersih. 

Moga2 selalu la ada pleasant surprise camni...  You see, you don't have to buy me a bouquet of roses nor  expensive gift. A small gesture camni pon dah buat I am happy enough.

Thank youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, October 10, 2012

Insyirah Solehah @ 7 months

Hari ni sikecik dah 7 bulan! Hari ni jugak ada check-up dan kena injection. Tapi berat dia x progress byk, naik 300g aje. Yg kelakar, tinggi 71.5cm, sedangkan bulan lepas baru baru 65.5cm. 

Takkan boleh naik sampai 6cm???????

Kisahnya kat klinik kesihatan hari ni, yg amik data berat dan tinggi adalah jururawat2 pelatih. Masa timbang i notice la, tapi masa ukur ketinggian tu I x tgk sbb nak pujuk insyirah baring diam2.

Bila dah masuk bilik check-up, nurse tu la yg highlight - apsal ketinggian boleh tambah byk sgt dlm masa 1 bulan???

Mmg x logik...hahahaha.

So kita tunggu la bulan depan, tgk bape tinggi dia. Sy malas nak ukur sendiri............

Kena injected jugak hari ini sbb bulan lepas dia demam, so x leh cucuk. But she has been very good, nangis sikit je masa kena cucuk tu. First time jugak sy jumpa jururawat pelatih budak lelaki. Tabahnya dia keje dlm environment yg penuh ngan pompuan! Anyway, somehow dunia mmg perlukan jugak jururawat lelaki kan?

On the milestone, Insyirah sudah pandai buat posisi merangkak tapi masalahnya x gerak2 kedepan. Asik tonggeng punggung depan-belakang. Sgt comel ok bila dia buat camtu....hihihi

Dan dia sudah mkn solid yg pelbagai skrg. Sy buat potato puree, ada yg campur ngan cauliflowers, then pumpkin puree dan juga pear + kiwi +dates puree. She eats a lot tapi akibatnya dia x menyusu byk during daytime. Skrg paling kuat pon dia menyusu 3 botol of 5oz.

Anyway, as long as she is healthy, I am grateful enough :)

May you always as cheerful as you are now my sweetheart :)



Tuesday, October 9, 2012

Rumah Sewaku....

Rumah sewa ni kan, cam tau2 aje kitorg nak pindah, jadik mcm2 benda pon nak rosak. 

Sebenarnya dr last year rumah ni bermasalah dgn atap bocor and tangki rosak. Atap bocor one round pakcik tuan rumah dah penah dtg repair tapi kemudian  bocor lagi malah lagi teruk sampai dah berapa spots dah. Dah call pakcik tuan rumah tapi dia x dtg2.....

Tangki tu disebabkan bocor teruk sgt sampai bil air kami naik dekat RM60 sebulan, pastu lantai dapur asik banjir dgn dinding semua naik kulat, cik HB pon usahakan la buat keje McGyver sendiri. Solve sekejap tapi skrg cam ala2 bocor balik but with slow rate la sbb x byk air menitis dr tangki tu. Yg boleh menitis sampai ke dapur kami sbb I guess rumah tu dah salah design la. Rumah ni before kami masuk, tuan rumah renovate bahagian dapur then dia buat cam open space antara dinding dapur bahagian atas dgn roof top yg ada tangki air. So bila tangki bocor, air pon masuk la ke bahagian dapur.

Yg atap bocor, kalau hujan lebat pon mmg banjir la dapur kami sampai x larat dah nak tadah ngan besen. Baru2 ni, maybe sbb hujan lebat sgt, satu spot yg bocor ni telah dripping along the ceiling dan menitik kat bahagian kitchen cabinet yg ada electrical apparatus. So rice cooker sudah tamat riwayatnya selepas kejadian itu. Mujur blender (yg usianya sama cam umur perkahwinan kami) masih bertahan. Agaknya sbb blender cam Philips, rice cooker cap ayam, jadik blender masih panjang umur. 

Terbaru, paip dlm dinding pulak disyaki pecah!

Sy dok notice nape la lantai berair walaupun x hujan dan situ bukan kawasan air tangki menitik. Makin lama makin teruk sampai skrg ni kami tutup valve kat luar bila malam nak tido and the next morning buka kejap, then tutup balik bila pegi keje. Sebab kalau biar agaknya jadi kolam la kot dapur kami...huhuhu

Tak larat la ngadap rumah camni...dah la masa x berapa nak ada pastu asik kan nak kena mop lantai dapur. Pulak tu bila nak pi basuh pinggan tengah malam ke pagi buta, sekali baru teringat air dah tutup. Malas tul nak keluar pi buka valve, sbb x berpakaian yg sesuai nak keluar rumah, hatta depan pintu gate sekali pon. Ada sekali tu lagi la frustrated sbb ON mesin basuh kain, before gi keje, terlupa yg cik HB akan tutup valve before dia gi keje. So balik lunch time konon nak sidai, sekali tgk baju x siap basuh lagi....huwaaaaaaaaaaaa.


Cik HB kata cam nampak gaya kami x berjaya nak pindah rumah baru hujung bulan ni sbb byk keje2 nak masuk rumah belum settle dan dia mungkin nak mintak tuan rumah extend sewa kami for another month. 

And I say "TAK MAU!!!!!!!!!!"

Makanya, kena la usahakan sampai boleh pindah hujung bulan ni ye!

Monday, October 8, 2012

Naik Mahkamah

Lanjutan dr kes Surat Chenta, maka hari ni sy pon berangkat la ke mahkamah.

Mulanya aritu nak pi bayar kat cawangan trafik aje tapi dgr kata kena bayar full amount....RM300, tu so cik HB kata tunggu naik court la, boleh buat rayuan mintak kurangkan saman.

So pagi tadi pegi la Mahkamah Majistrate Alor Gajah dgn skrip yg dah disediakan oleh cik HB (sbb cik HB dah penah naik court awal thn ni, pon sbb kesalahan x pakai tali pinggang keselamatan, so dia share la pengalaman dia).

Mula tu gi Bandar Alor Gajah sbb cik HB kata mahkamah kat situ. So kul 7.30 am dah gerak  pi sana sbb kata kalau sampai cepat kul 8 am, cepat register so cepat la kes kita naik. So pukul 7.55 am dah sampai. Parking agak jauh la jugak sbb kata mahkamah tu xde tempat parking. 

Sampai depan mahkamah, tgk ada notis perpindahan mahkamah ke Lesung Batu, Alor Gajah bermula Julai.

Lesung Batu? aikk? Mana itu tempat? 

Nasib la kebetulan masa tu ada group pekerja majlis daerah tgh sembang2 kat area tu. So diorg citer la cemana nak sampai situ n siap offer nak tolong hantar sbb diorg ingat I dtg naik bas. Sy ckp xpe, sy drive cuma sy x tau tempat tu kat mana. Bila dh diorg describe gitu-gini, so cam agak2 tau, gi la mencari tempat tu.   Mujur la berjaya sampai at 8.10 am.

Tapi kaunter pendaftaran kata kul 9 am baru mahkamah bersidang. Org tu kata "gi minum dulu dik"

Orait!

Sy pon drive keluar cari kedai jual surat khabar n sarapan. Gi satu kedai makan ni, amik nasi goreng n order nescafe. Yg x bestnya, org dok pandang2...aiseyy, pelik ke tgk pompuan makan sorang2? Tau la jarang pompuan lepak sorang2 makan....tp x yah la dok tgk berkali2 cam la sy tak pakai baju...huhuhu.

Tapi mokcik mmg muka selamba, layan je nasi goreng n nescafe.

Kul 8.45 am gi balik mahkamah, tgk org dah ramai menunggu kat depan bilik mahkamah. Kul 9.10 am, semua dipanggil masuk. Ni la first time masuk bilik mahkamah...cam jakun sikit ye...hehehe. Pakcik polis siap bg briefing DO's n DONT's. Siap bg contoh skrip rayuan yg boleh dibuat...hahaha. Paling penting pakcik polis kata, off kan hp sbb kang kalau tepon berbunyi, tepon boleh dirampas dan tunggu la sampai kul 5 ptg baru boleh claim balik tepon. 

Tak lama pastu hakim pon masuk...ok, majistrate cam sgt muda n handsome. Tapi xde la pakai jubah and wig putih tu. Pakai blazer shj.

Ingatkan bila dah register awal, dpt la kes kita awal. Rupanya tak, diorg habiskan kes2 bawah JPJ dulu. Mcm2 kesalahan ada - xde lesen, road  tax mati, memandu bawah umur, ada tu kesalahan dia sampai 5-6 kes la! Kebanyakannya mmg dapat pengurangan la, janji mengaku bersalah, sbb kenapa buat kesalahan tu buat rayuan. Pastu hakim akan jatuhkan hukuman. Then pegi la bayar saman kat kaunter pendaftaran.

Sy punya turn dah kul 10 lebih, dah tak terkira selepas beberapa org. Sib la hakim hensem so takpe la....hihihi. Ended up saman sy perlu dibayar sebanyak RM80 shj.

Tapi proses nak bayar pon lama gak. Makanya overall masa sy utk tujuan masuk court 3 jam ye! Nasib la working hours flexible and keje tgh x banyak.

Kalau x, stress!!!

Tuesday, October 2, 2012

Rezeki

Someone close, called few days ago, ngadu yg dia pregnant walaupun udah amik pil perancang. So agak terkejut sbb sangkanya bila dah amik protection, manakan mungkin mengandung. Lagi pulak dia belum bersedia utk menambah lagi sbb anak baru umur 8 bulan dan yg sulung tu pon baru nak masuk 2 thn. So kehidupan agak hectic gitu.

Well, nak kata apa...pil perancang cuma memberikan paling tinggi 98% perlindungan, ada jenis cuma 94%, so chances to be pregnant masih ada. 

I know it's hard for her because even now anak2 pon dijaga atuk dan nenek di kampung sbb mak ayah bekerja with odd-hours jobs. Sometimes x dpt jumpa anak2 for weeks disebabkan kesibukan bekerja. I can understand how she feels sbb sure rasa bersalah dgn anak2.

Masa kembar umur 8 bulan dulu pon sy pernah 'terlewat'. Masa tu risau gak la sbb rasa jaga sikembar pon dah cukup hectic utk kami suami-isteri coz kami takde pembantu rumah. Tapi lepas check dgn doktor, kelewatan tu bukan bermakna 'lekat', so lega la juga rasanya. Itu zaman masa pemikiran nak fikir senang aje la, bukan zaman mencari redha Allah....huhuhu. Tapi katakan la mmg dah ada, go through jugak la susah senang. Takkan nak bunag kan? Dosa besar tu!

Macamana pon anak ni rezeki yg Allah dah tetapkan. Bila Dia nak bagi, pakai apa pon akan dapat jugak. So kena la menerima dgn hati yg terbuka. Kalau rasa susah nak jaga, rasa pendapatan mungkin x cukup, doa la banyak2 supaya Allah mudahkan segala urusan kita. Kata org, setiap anak tu ada rezekinya.

Dan fikirkan jugak mereka2 yg bertahun2 berusaha nak dapatkan anak tapi tak jugak dapat.....

Oat 3

Nope, I haven't started my morning with oat...yet!

This morning, I accompanied cik HB for breakfast at our favourite warung atas bukit. But for 2 days in a row I managed to put a constraint to myself - I only ordered Nescafe tarik! 

Makcik warung agak pelik anyway...hehehe. Because the typical me will eat mee goreng + telur mata or roti sardin.

It's hard especially seeing cik HB sipping his soto soup. 

But I don't want to break our breakfast date. It's the only time we can chat in peace without interruption from kids.

I'll do some oat later.....

Monday, October 1, 2012

Our Masterchef ^_^


Sabtu, kami pegi groceries shopping at TESCO then ternampak organic lamb burger patties. Kami jarang sgt menyimpan frozen process food mcm burger patties, sausages, nuggets, etc. Saja tak nak jadi kebiasaan makan process food. Sesekali terjumpa yg jarang ada cam lamb burger patties, kami pon nak try la. A bit pricey tapi lagi murah la kalau compare burger McD. So why not sekali-sekala kan...

And tetiba cik HB offer nak masakkan burger for dinner utk mlm tu, tapi dek kerana kami keluar pon dah lewat ptg dan kelaparan maka kami cuma dinner kat luar. And lamb burger will be dinner on the following night.

So last night, our new chef pon bertungkus-lumus prepared dinner dibantu dua anak dara dek kerana excited ngan lamb burger. Sy tinjau2 gitu je dgn harapan jgn la sepah sgt dapurku...hehehe.

Bukan senang nak tgk chef ni mencemar duli ke dapur. 
Mmg harus masuk blog! hehehe

Siap pakai apron tu...hahaha

Kakak sebenarnya x makan daging tapi 
buat tanda good sbb nak support usaha Abah :)

Yg sorang ni mmg suka makan kambing, so sebiji burger besar 
dia dpt abiskan dlm masa yg sekejap!

Pasni kalau nak mengharapkan chef masak lagi, kena la rajin tinjau benda2 baru. Kot nanti jumpa burger ostrich ke burger rusa ke, ada la harapan merasa air tangan chef sorang ni ^_^.