Pages

Tuesday, April 19, 2011

Alahai Berokband...

Since life kami kat Jerman byk bergantung pd Internet dan sejak balik Malaysia jarang dpt online kecuali kadang2 dpt pinjam broadband adik-beradik. Thus, cik HB baru2 ni dptkan sy DiGi Broadband. Kenapa DiGi? Sbb cik HB kata tu package termurah yg dia boleh dapat. Alhamdulilah dpt la kembali ke dunia online - FB, blogging, chatting tapi alahai....berokband ni punya la lembap, nak login pon amik masa berkurun2.Bukan la nak condemn, tapi bila kita dah biasa guna internet pd kelajuan 6Mb, yg just a few moment, page sudah diloading begitu pantas, makanya terseksa la juga jiwa dan raga menunggu page loading sip. Ni belom try upload gambar kat FB/blog, kalau nak upload gambar tak tau la lama mana nak siap.

Tapi nak salahkan berokband pon tak patut jugak kot sbb area rumah mak sy ni, signal tepon mmg teruk. Tengok la nanti bila dah dok Melaka, kalau tak ok gak, kena cari alternatif lain.

Monday, April 18, 2011

Malaysia, oh Tanah Airku

Alhamdulilah, kami sekeluarga dah selamat pulang ke tanah air dua minggu lepas. Tapi life masih tidak keruan lagi. Skrg sy dok menumpang rumah mak abah kat Tg. Malim. Cik HB sudah kembali bekerja di Melaka sambil mencari2 rumah sewa. The first week kami di KB, mcm2 hal nak diuruskan. Kereta yg ditinggal dua thn setgh, semput dan rosak mcm2, then cik HB sakit mata dan demam, tapi alhamdulilah tak teruk sgt cuma kena extend our stay in KB for few more days dr jadual asal. Mujur sy dan anak2 sihat setakat ini.

Byk benda nak kena adapt balik. Anak2 bising la juga dgn cuaca panas dan gigitan serangga. Jgn kata anak2, sy pon mula2 rasa tak keruan juga dgn bahang panas malaysia, padahal baru duduk oversea baru 2 thn setgh. Bukan la lupa diri or ngada2 , tp biasa la bila berubah cuaca, nak adaptkan diri balik amik masa la sikit.

Tapi apart from hot weather dan insect bites, sikembar happy aje since balik kesini. Happy sbb dikelilingi ngan ahli keluarga yg ramai, happy sbb boleh main kat luar selalu dan happy mcm2 la. Cemana pon, kami masih rindukan Jerman dan kawan2 kami kat sana esp. family kak Liza & Mat. Dari mula kami berada di Jerman hingga la hari2 terakhir kami kat sana, dua famili ni la byk sgt membantu sampai tak tahu dah cemana nak balas jasa baik diorg ni.

I wish I could write more now tapi si Nabilah ni dah menangis2, ntah apa yg dia nak. Haish!!!!