Assalamualaikum. Yeahhh! Dah bertahun blog aku sepi dan bersawang. Ntah tiba-tiba rasa rindu pulak nak menulis. Cuba login. Alhamdulilah boleh login lagi. Rezeki!
Berbalik pasal rezeki nih ada macam bentuk. Sihat pun kira rezeki pada aku. Kali ini aku nak share pasal rezeki memelihara kucing. Adalah 2 ketui je kucing yang dipelihara di rumah.
Kucing merupakan salah satu haiwan yang berani untuk aku sentuh itu yang paling penting sekali...hihihi. Haiwan yang
istimewa di dalam Islam sebab merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad
SAW yang sangat disayangi. Banyak orang yang masih merasa takut untuk
memelihara kucing akan
tetapi, semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi ini tentunya untuk di beri kasih dan sayang.
Meskipun ada kadangkala ada unsur negatif seperti mencuri ikan di
atas meja atau membuang kotoran, namun ternyata kucing juga memiliki
keistimewaan dan bagi orang yang memelihara kucing juga akan memperoleh
pahala.
Umat muslim sangat digalakkan untuk memelihara, memberi makan dan
juga minum pada haiwan seperti kucing khususnya saat haiwan tersebut
sedang lapar dan dahaga sebab akan jadi dosa jika dibiarkan haiwan
tersebut menderita. Dengan memelihara kucing tersebut, maka sudah
dijadikan sedekah bagi orang tersebut.
“ Pada setiap sedekah
terhadap mahluk yang memiliki perasaan akan mendapat pahala kebaikan. Seorang muslim yang menanam tanaman atau
tumbuh-tumbuh-an yang kemudian dimakan oleh burung-burung, manusia, atau
binatang, maka dianggap sebagai sedekah ”.
Bila usia semakin senja nih nikmat hidup adalah rasa berkasih sayang tuh sangat tinggi. Rajin jugak aku ikut abang aji bagi makan kucing-kucing jalanan. Bukan apa memikirkan kucing-kucing ini hidupnya tak terurus jauh sekali makan dan minumnya. Belum memikirkan suntikan vaksin dan sebagainya. Allahu.
Pernah aku terbaca dalam satu artikel, dari situlah aku tersentuh. " Seseorang yang memelihara kucing juga akan mendapatkan pahala dari Allah
berupa syurga sekaligus ganjaran yang baik sebab kita sudah
menolong haiwan yang sedang menderita kerana haus atau lapar tersebut ".
Di dalam sebuah hadis yang sudah di riwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “ Orang
yang penyayang maka juga akan disayangi oleh Allah. Sayangilah makhluk
Allah yang ada di muka bumi, maka nescaya juga akan disayangi penghuni
langit ".
Seorang muslim juga sangat disarankan untuk menolong haiwan khususnya
pada haiwan yang menderita, membuat umat muslim tidak memiliki pengecualian untuk menolong binatang
seperti kucing kerana tujuannya sangat
mulia yakni tidak membiarkan haiwan tersebut menderita. Dengan memelihara
kucing contohnya, maka perbuatan dosa orang yang menolong haiwan
tersebut akan diampuni.
“ Seorang wanita pelacur melihat seekor anjing yang
hampir mati kerana kehausan. Lalu wanita itu menarik tudungnya, dengan menggunakan tudung dan air di ambil dari perigi lalu diberi anjing itu minum. Dengan perbuatannya itu dosanya diampuni ”.
Nabi SAW di saat pergi ke Bathhan daerah di Madinah berkata, “ Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana ". Lalu,
Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun,
seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti
sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Saat Nabi ditanya tentang kejadian itu, maka Beliau menjawab, “ Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”
Kesan merokok menggunakan rokok elektronik atau e-cigarette?
ReplyDeleteTanda dan dan punca mati pucuk
ReplyDeleteCara untuk hilangkan pedih ulu hati
Tanda sakit jantung yang anda perlu tahu hari ini.
poslaju tracking
ReplyDeletecontoh resume
resepi ayam