Nuffnang
Sunday, July 15, 2012
London - Red Bus
Thursday, July 12, 2012
London - British Muzium, Free Masuk!
Masih segar dalam ingatan kita ketika itu, masa berada di British Museum. Ada beberapa ruangan bagi koleksi yang terdapat di dalam banyak benua. Kelas ko, hope Malaysia pun boleh buat seperti mereka juga.
Rasanya kalau nak belek satu persatu bahan pamerannya semalaman pun belum tentu habisku jelajah...huhuhu
Tuesday, July 10, 2012
Public Phone Merah Satu Trade Mark di UK
Sunday, March 11, 2012
AKU @ MADAME TUSSAUD'S, LONDON
Helooo! Heloooo! Bertemu kembali dengan entri kali nih. Episod padan dengan muka sendiri sewaktu di London...kikiki. Hamik ko Jah! wakaka. Acctually, sebelum ke London, kita rajin buat searching tempat2 menarik untuk dilawati di London. Wah! excited gitew..kehkehkeh. Senang cakap jakun tahap kentang...hihihi
Salah satu yang nak sangat kita pegi tuh, tuh...tuhhh, Madame Tussauds. Masa dok verangan kat Malaysia nak masuk Madame Tussauds sebabnya ada banyak patung2 lilin selebriti dan artis2 hollywood, bollywood, pemain2 sukan, perdana menteri dan raja-raja, lebih kurang camtu lar.
Alahai kita pun nak rasa jugakkan macam kawan2 blogger yang dah bergambo sakan dan berpolok2 dengan retis tuh. Ceh!
Hengat nak bergambo dengan Mr. Obama, James Bond, Victoria, David Becham dan ramai lagilah. Sampai penat otak kita verangan...kikiki
Kita berpecah group masa tuh, kami b3 nak ke Madame Tussauds yang lain ada xtbt lain. Kita terus ke bangunan Madame Tussauds dengan menaiki tube dan sepasang kaki untuk berjalan..kahkahkah. Dari jauh kita dah nampak bangunan berbumbung bulat warna hijau. Wah! nampak bumbung pun dah excited ko...kihkihkih
Biasalah kenalan2 kita yang balik London suka cite pasal Madame Tussauds. Mana idoknya Jah hater sampai teruja! kihkihkih. Apa yang kita tahu, Madame Tussaud's wax muzium merupakan tempat tumpuan para pelancong sekiranya pergi ke London rasanya tak lengkap kalau tidak menjengah ke muzium nih. Muzium ini betul2 terletak di Central London. Mudah je nak cari, nampak bolat2 itulah Madame Tussauds.
Sampai depan sempat meninjau2 tahap jakunese...kikiki. Owhh! Itu macam kah? Sebelum masuk kena beli tiket. Tiket pun banyak laluan. Ada laluan VIP, laluan orang biasa dan laluan blablabla. Pengunjung memang ramai giler tahap kentang...kikiki. Buatlah molot2 manis dengan pak guard kekununnya bior dia bagi bebaris depan. Hampeh tul!
Aduyaiii! Bila nak beratur kita tengok panjangnya lebihkurang 1km. Mintak hamfunlah, bila masa kita b3 nih nak masuk dalam. Perghhh! Mahu subuh esoknya dapat masuk...hihihi. Bayaran masuk dikenakan sebanyak 25 pound seorang.
Akhirnya kita b3 buat keputusan tak jadi nak masuk, adalah dapat bergambar dekat luar bangunan je. Sket rasa terkilan, sket je...kikiki. Apapun bukan rezeki kami b3 di situ. Insyallah adalah nanti Madame Tussauds negara mana yang menjadi rezeki kami. Insyallah...:)
Saturday, March 10, 2012
HALLOWEEN @ LONDON
Malah ada yang ternanti-nanti ketibaan Halloween sewaktu berkunjung keluar negara. Begitu jugalah dengan beberapa hari sambutan lain. Tetapi masing-masing dah diberi didikan yang sempurna tentang erti baik dan buruk sesuatu perkara, pandai2lah jaga diri jangan sampai melepasi batas agama. Takkan itu pun nak kita cakap...ecececce :)
Secara kebetulan sewaktu kita berada di kota London adanya sambutan Halloween day, cukup meriah baik di tengah kota London dan tempat tinggal kami di Colindale. Sempat kita rakamkan bersama2 mereka ketika di Madame Tussauds, London. Di Colindale guna kamera kawan, terlupa dah nak mintak...hihihi. Malu i....tapi hati mahu...cisss!
Sewaktu di Colindale, puas pintu kediaman kami di tekan loceng waktu malam. Remaja dan kanak2 ribena yang datang dengan pakaian seperti hantu dan flower girl. Mereka datang dengan harapan minta coklat dan gula. Wah! Itu cekelat mahu bagi hantu makan ka? wakakak. Ada kawan2 kita yang terlebih baik bagi coklat, kita? Mintak bergambar dengan mereka je...hihihi. Tak koser mak...kikiki
Objektif utama kita sekadar suka2 untuk mengetahui adat dan budaya mereka, tidak lebih dari itu. Rugilah kalau kemana2 kita tidak mengenali keindahan sesebuah negara, budaya dan sebagainya. Pengalaman yang baik2 memang tidak boleh dijual beli, kita sendiri kena merasakannya. Perghhh! berapi2 bercakap ko Jah...hahaha
Mat/Minah Salih yang datang ke negara kita pun sanggup berpanas dan hujan untuk mengetahui budaya kita. Mereka sanggup menaiki tangga Batu Caves yang begitu tinggi untuk mengetahui budaya dan adat yang kita ada. Kita pung tak penah naik Batu Caves, ada apa? hihihi. Serem mak!
Nasihat kita, kemana pun tercampaknya kita, mata coklat ke, kulit hitam atau coklat ke? Kita tetap orang Malaysia...hihihi
Friday, March 9, 2012
SHOPPING @ HARRODS, LONDON
Vavavava! Hamboii, ko Jah jalan2 dah masuk 3-4 bulan lalu pun nak cite ke? Eh! Sebeno2nya bukan suka2 ya, masa tengah kemaruk bercite tentang London, abis file kita ditelan dik virus. Grrr..mencik tau!
Adoiiii! Nasiblah kawan seangkatan kita boleh tergerak hati mintak file tuh awal dengan kita. Ishhh! Nasiblah teman yang berhati mulia nih cukup bermurah hati, rela masuk bakul angkat sendirilah gamaknya...hehehe. Bukan siket ko, lebih dari 1K kita punya gambar kenangan. Banyak tuh kita menembak...hihihi
Alhamdulilah, ini semua keja Allah Taala. Minggu lepas kawan kita bagi balik file gambar tuh semua, buruk siku ya ko Jah....hehehe. Abis nak buat cemanakan, itu je cara yang ada dari tak ada, kan?...kuikuikui
Nak jadikan cite maka kita sambunglah balik cite kat London. Boleh gitew? Ala macam korang tengok cite Gerak Khas tu bersiri gakkan...kekeke. Huh! Panjang pulak kita punya vevel malam nih...kekeke. Mano cite Harrods ko Jah? wakaka
Okies2 sekarang jugak kita cite...hihihi. Punyalah excited nak piegi Harrods, pagi2 buta dah kuar dari Colindale. Nak jugak nengok tempat Lady D, Siti Nurhaliza dan retis seluruh donia bershopping. Kiranya masa pegi pagi tuh kita dengan 3 lagi orang kawan macam retis jugaklah, cuma catwalk kami bertabo sketlah, sket je...kikiki
Wah! Jalan kaki, naik tube, jalan kaki, naik tube, jalan kaki last sampai gak kita terpacak depan Harrods. Ooooooops! Nape? Harrods lom buka ko Jah...wakakaka. Rileks2 dulu sambil coci mata kat kedai2 depan. Orang kaki shopping nih memang antenanya cukup peka. Pantang nampak yang berkenan nak je membelinya...wakaka. Bukan untuk diri sendiri pun, sedekah kawan2 dan buah tangan untuk orang2 tersayang...:)
Bila kita mula menyeberang jalan ke Harrods, terpandang abang Awang Itam (pak guardlah weiii) dah terpacak depan pintu utama Harrods...kikiki. Tadaaaaaa, Welcome! Masa menunggu nak masuk adalah kita b4 dan 2 minah Salih yang spesisi dengan kita dok sampai subuh hari depan Harrods. Minah salih tuh pun muka pelancong cam haku gak. Kita bergambo, dia pun nak gambo...ekekeke. Argghh! Sudah. Ntah2 bibik David Becham, pedulik hape aku...wakaka
Tempat ekklusif masuk pun ada caraaaa, idok eh macam masuk pasaraya Econsave gitew...kuikuikui. Kita nih kalau travel suka pakai beg galas. Senang nak sumbat segala mak datuk dalam tuh, kalau kita boleh sumbat, dah lama juga kita duduk dalam beg...kehkehkeh
Aisehh! Beg galas boleh masuk tapi kena jinjing. Apa kelas ko Jah dah macam bawak beg pasar lor pulok...takmoooo arrr. Lepas dari abang Awang Itam terus kita galas itew beg dengan tak ada perasaan langsung....hihihi. Peduli hape, tak dosakan cuma tak ikut peraturan. Kita dah buka Buku Perintah Am tak ada pun prosedurnya....Blekkk!
Kita teruskan menjelajah sambil meninjau barang2 dalam Harrods dan sambil2 tuh jeling tahap juling...ekekeke. Aiyakkk! Mak latok, memula kita pi nengok jam tangan berjenama dengan harga sterling pound 8,000.00. Hah! Masa nih puas kita gosok2 mata, pandangan kita kabur ker? Ahakss. Bila kawan2 kita ketawa, betullah tak silap kanta cembungku ini...wakaka.
Puas jugalah kita meronda sana sini sampai ke barang2 basah. Perghhh! Beso2 udang kara, kalau nilai sterling pound convert duit Malasyia puas berguni2 kita makan udang kara kat Sabah...hehehe. Itu kalau kat Sabah lor...hihihi
Teruskan menerjah, akhirnya sampai kat bahagian beg2 jenama Harrods. Dapatlah juga kita menyambar sebuah handbang dan 2 buah purse berwarna merah satu untuk kita dan yang lagi satu untuk anak dara kita.
Harga not bad lah, pijam mata dari berputih mata bila balik Malaysia nanti...kuikuikui. Masa sampai KLIA sempat kita masuk Harrods Malaysia, compare harga kekunun. Eksen tul ko Jah...wakaka. Perghhh! Masih kita untung berganda4 shopping kat London. Memang mahal giler kat sini.
Itulah kenangan masa kat Harrods, London. Bukan nak bershopping sangat pun dapatlah membeli 3-4 barang selainnya coci mata. Dapatlah juga merasa macam siti Nurhaliza bershopping....hihihi. Itulah ilmu yang tak mungkin boleh kita boleh beli dimana2 kecuali pengalaman sendiri yang cukup manis untuk dikenang.
Huh! Rindu sangat kota London, kita tahu sekarang tengah winter kat sana. Sejuk wooo....:)
Sunday, March 4, 2012
YEE MEE CLAYPOT LONDON
Owh! So Looks, yummy tak? Yee Mee Claypot hasil masakan kita? Masih berasap2 lagi nih. Huh! Panas lagi tuh. Lawaklah dah pukul 12.00+ malam kita masak. Ntah abad bila dulu pernah sesekali buat perangai camni.
Just happening, bagi anak bujang kita makan. Kita tahu anak2 kita suka makan makanan yang panas2. Biasalah malam minggu, esok tak kerja bolehlah tido lewat. Esok siang kita boleh tido sampai lebam...hihihi
Jangan amalkan makan malam begini tak elok untuk kesihatan ya. Sesekali bolehlah...
Memandangkan stok bahan untuk buat Yee Mee Claypot ada, kita capailah apa yang patut. Mee pun baki kita masak beberapa minggu yang lepas. Mee nih kita beli kat London. Bubuhlah campuran sedikit daging ayam, daging dan sayuran2an. Bukan susah mana pun nak buat Yee Mee Claypot nih. Tumis dan campak2 dah siap...huhuhu
Mudahkan buat Yee Mee Claypot kita malam nih. Lagi sedap makan kalau tengah hujan lebat. Huh! Sedap tuh...
Friday, March 2, 2012
TERUSAN2 YANG MENARIK DAN BERSIH
Macam mana nak mulakan entri malam nih. Sekadar luahan hati tapi siapalah kita sekadar rakyat biasa di bumi Malaysia ini. Kita bercakap sebab kita nih nature lover, bila ada peluang melihat negara luar, kita dapat melihat tahap kebersihan tempat orang. Allahuakhbar! Rasa kerdilnya diri kita.
Contoh paling mudah negara kita cukup cantik dari segi pemandangannya tapi sayang banyak sungai2 tercemar dan tidak terjaga. Hurmm! Sampah sarap bersepah di sana sini.
Kita cuba membandingkan paling simple longkang2 perumahan kalau di sini nampak keruh airnya tapi ada sesetengah negara contohnya Eropah, jernih macam air pergunungan.
@ Paris, Francis
Mereka menjadikan sungai-sungai sebagai terusan yang terletak di tengah bandaraya di jaga begitu rapi dan bersih sebagai pusat pelancongan yang turun dan pergi untuk melihat keindahan bandaraya mereka. Memang menakjubkan.
Di Malaysia kita dah nampak ada di Melaka dan Kuching tapi tak tahu sejauh mana tahap kebersihannya. Dari hasil pembacaan kita Sungai Serawak kini merupakan sungai paling terbersih di Malaysia. Bagaimana dengan sungai Segget di Johor Bahru? Nampaknya makin di tutup supaya tidak nampak wujudnya sungai ditengah2 bandaraya Johor Bahru.
@ Perumahan, Colindale, London
Ntahlah siapa yang harus di persalahkan dalam hal ini, sikap masayarakat yang tak tahu menjaga kebersihan persekitaran atau pihak yang bertanggungjawab?
Apapun kita perlu mempunyai program yang menyeluruh yang dijalankan sedikit demi sedikit menerusi semua agensi daripada kerajaan tempatan dan kementerian bagi membersihkan sungai kita supaya mewujudkan masyarakat sihat dan isecara tidak langsung merupakan income pada negara.
Harap luahan hati kita ini di baca oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana persekitaran negara ini yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Dulu terkenal juga empangan Mat Saman, sekarang macam mana ya? :)