Nuffnang

Showing posts with label Villa Nabila. Show all posts
Showing posts with label Villa Nabila. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Menjejakkan Kaki Ke Villa Nabila

Salam untuk semua pembaca blog saya. 

Hah! Memandangkan 2 hari lepas negeri Johor public holiday sempena Keputeraan Sultan Johor saya terima pelawaan anak dara saya ke Zoo bersama sepupu-sepupunya. Tujuan anak dara saya nak bawa sepupu-sepupunya yang sedang cuti persekolahan.

Dalam perjalanan menuju ke Zoo secara kebetulan lalau lokasi yang jadi perbualan hangat dan kecoh orang bercerita pasal Villa Nabila.

Awal pagi kami dah menghampiri Villa Nabila. Kami melalui jalan berhampiran perkarangan Istana Bukit Serene, adalah 3-4 buah kereta itu pun kereta-kereta pelukis, researcher dan jurukmera-jurukamera yang datang lebih awal kerana mereka tidak mahu terganggu dengan kerja-kerja mereka.




Sempat saya bersembang dengan seorang pelukis yang diarahkan oleh sebuah agensi kerajaan untuk melakar Villa Nabila untuk dijadikan koleksi dalam galerium. 





Mula sampai tu macam suspen jugak, sebab macam-macam saya pikir dengan membawa anak dara dan 2 orang anak buah. Kalau berlaku apa2 yang tidak menyenangkan rasa bersalah dalam hati....huhuhu. Siap pesan kat budak2 nih baca ayat kursi banyak2...hihihi.




Kami bukan mahu melihat hantu atau sebagainya, tetapi pergi ke situ sekadar suka-suka untuk melihat lokasi kejadian yang hebat sangat diperkatakan orang ramai, sekurang-kurangnya saya tidak juga ketinggalan sebagai warga daerah Johor Bahru...hihihi



Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nih. Sebenarnya saya tahu sedikit iaitu Villa Christine Palace dulunya kepunyaan Datuk Yap. 




Menurut cerita apa yang saya di maklumkan. Maklumlah hati keringkan nak jugak tahu...hihihi. 

Kata orang kalau pergi ke Villa Nabila tak jumpa apa-apa tuh Alhamdulilah. Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tuh, enjin kenderaan tak boleh nak start...huhuhu. Mak seram nak!






Cuma saya agak tertarik dengan ciri bangunannya yang agak klasik. Nampak yang datang kebanyakkan pelukis-pelukis dari dalam dan luar negara, mereka dah nampak kesenian bangunan tersebut.

Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar berhampiran Bukit Serene. Kalau pandang dari Danga Bay dari sebelah kanan sekali Villa Nabila atau dahulunya Christine Palace, bahagian tengah bunglo agak usang dan ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak.

Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila. Pasal rumah doktor tuh pun ada jugak. Tapi  tak berapa tahu sangat berita mengenainya.

Thursday, November 21, 2013

Tetamu Malam di Villa Nabila

Ini juga cerita tentang Villa Nabila bertajuk 'Tetamu Malam di Villa Nabila' yang saya petik dari sumber Harian Metro. Sekadar suka-suka simpan buat rujukan dan tatapan umum. Huwaaa! Sangat rajinnya aku kan? hahaha

Jom baca petikan dari Harian Metro




Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.

Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.




Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin tentang kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.

Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.

Terima kasih dan kredit to Harian Metro


Wednesday, November 20, 2013

Isu Villa Nabila

Mula-mula saya nak nyanyi lagu Nabila boleh tak? Untuk mu Nabilaaaa...hahaha. Selebihnya pembaca blog saya yang nyanyi ya. Tak tau nak nyanyi sebeno-benonya saya nih...hihihihi

Ok kita sambung lagi petikan dari Sin Chew Daily. Buat koleksi dan tatapan umum. Macam library pulak aku nih...hahaha. Library pun libry la...hihihi. Gilak!

Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia.

Vila itu dikatakan diselubungi dengan pelbagai misteri dan punca rumah besar itu dikosongkan tetap menjadi tanda tanya penduduk sekitar.

Sin Chew Daily melaporkan, sekurang-kurangnya terdapat empat versi mengenai rumah hantu itu.

1. Pada 1970-an, seorang yang mempunyai nama keluarga Yap telah muflis sehingga seluruh keluarga membunuh diri dalam Vila Nabila.

2. Seorang hartawan telah meninggalkan harta kepada anaknya, tetapi pewaris harta itu kemudian dibunuh oleh orang gaji yang tamak. Mayat anak itu dikatakan ditanam dalam Vila Nabila.

3. Seorang hartawan wanita dirogol dan dibunuh manakala mayatnya disembunyi dalam dinding Vila Nabila.

4. Seorang ayah yang dibebani hutang besar telah membunuh semua ahli keluarga sebelum membunuh diri.

Wartawan yang menyemak empat versi itu melalui arkib berita bagaimanapun mendapati keempat-empat kejadian itu tidak pernah dilaporkan media.

Dalam pada itu, misteri dikatakan menyelubungi wartawan yang membuat liputan mengenai kehilangan remaja di Vila Nabila apabila kamera seorang jurufoto akhbar Cina tiba-tiba tidak berfungsi dalam kawasan vila.

"Jurufoto ini terjatuh dan tercedera di bahagian lutut, kameranya yang berada dalam keadaan baik tiba-tiba tidak berfungsi.

"Kamera itu berfungsi semula apabila berada di luar kawasan Vila Nabila, tetapi ia akan bermasalah semasa jurufoto menghampiri vila," lapor Sin Chew Daily.

Polis sebelum ini mengesahkan bahawa seorang remaja Melayu dilaporkan hilang ketika `melawat' rumah hantu tersebut.

Seorang lagi remaja yang dikenali sebagai Megat,16, bagaimanapun mendakwa dirinya bersama kira-kira 29 rakan lain telah `melawat' Vila Nabila, tetapi hanya lapan orang yang keluar dari rumah misteri tersebut.

Megat mendakwa, dirinya dan rakan lain hilang ingatan selepas memasuki Vila Nabila dan tiba-tiba bersama tujuh rakan lain berada di surau berdekatan.

Dalam pada itu, seorang wanita dipercayai merupakan emak kepada remaja yang hilang dilihat meletakkan beras di kawasan sekitar Vila Nabila.

Kejadian kehilangan remaja di Vila Nabila menyebabkan ramai penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut.

Kesesakan berlaku di Jalan Strait View apabila pemandu memperlahankan kenderaan untuk meninjau vila misteri itu.

Terima kasih dan kredit to Sin Chew Daily.


Villa Nabila Yang Tiba-Tiba Popular

Petikan yang saya ambil dari Agenda Daily, juga untuk simpanan dan tatapan umum. Rajinkan? Hahaha. Apapun nak ucap terima aksih kat Agenda Daily.

Ini yang dinamakan kuasa baru media sosial. Bayangkan bagaimana satu rumah kosong, boleh jadi topik yang diperkatakan jutaan orang melalui berbagai medium media sosial, facebook, twitter dan instagram.
 
Kadang-kadang kita naik 'seram' fikir macam mana satu-satu perkara boleh jadi 'viral' begitu dahsyat terutamanya ketika fakta dan mitos bercampur.

Al kisah Villa Nabila kononnya rumah kosong yang paling berhantu di Johor, nombor lima paling berhantu di Malaysia dan nombor 10 di seluruh dunia.

Entah siapa yang pergi periksa rumah-rumah berhantu ini pun tak ada yang tahu... cuma ia tersebar, meluas melalui media sosial.

Kononnya juga, Villa Nabila ini ditinggalkan selepas terjadi kes bunuh melibatkan budak kecil Nabila yang dibunuh orang gaji dan disimen di dalam dinding.

Sekali lagi, entah betul entah tidak, tapi itulah yang tersebar. Villa Nabila jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Bernama melaporkan hanya seorang remaja lelaki dilaporkan hilang selepas dikatakan mengunjungi sebuah rumah lama yang terbiar di Jalan Skudai, berhadapan Pantai Lido, di Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Abdul Samad Salleh kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.

"Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.

"Wanita terbabit kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan," katanya kepada pemberita yang ditemui di lokasi terbabit, pada Isnin.

Abdul Samad berkata sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan remaja terbabit, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga kini.

Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Katanya, setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Sementara itu, orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.

Villa tersebut yang terdiri daripada tiga buah bangunan yang sudah usang berusia 40 tahun lepas sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik hingga menjadi tumpuan orang ramai termasuk luar negara khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Salah seorang remaja yang masuk ke villa terbabit, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, ketika ditemui berkata beberapa rakannya diserang histeria selepas 20 minit berada di dalam bangunan itu.

"Saya masuk ke bangunan itu sekadar suka-suka bersama 30 yang lain (termasuk Mohamad Izzat Izzudin) pada pukul 12.30 tengah malam, awal hari Ahad. Apabila terjadi histeria, kami semua bergegas keluar dan mendapatkan pertolongan dari sebuah masjid berhampiran.

"Saya tidak menyangka ada di kalangan kami yang hilang selepas semuanya bersurai kerana saya sendiri pun tidak berapa mengenali ramai yang lain," katanya.
Kredit to Agenda Daily.


Misteri Villa Nabila

Kisah Villa Nabila ini sebenarnya pernah saya buat entri sedikit masa dahulu. Kalu tak silap tahun 2012 selepas melihat Mazidul Akmal Sidek buat entri.

Saya nak simpan kisah-kisah misteri ini sekadar untuk dijadikan bahan bacaan ringan. Ini yang saya petik dari Utusan Malaysia.





Sebuah banglo terbiar dikenali sebagai Villa Nabila di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan ramai apabila seorang remaja lelaki dilaporkan 'hilang' selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi ini.
 
Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, sebelum itu tidak pulang selepas keluar rumahnya di Kampung Hajah Hasnah Majidee di sini sejak Sabtu lalu.

Ibunya, Norhayati Mohamad, 38, kemudian menghubungi rakan anaknya yang memaklumkan remaja itu telah pergi ke banglo berkenaan bersama beberapa rakannya.

Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, ibu remaja tersebut telah pergi mencari anaknya di banglo berkenaan malam tadi.

"Selepas gagal menemukan anaknya, wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Danga Bay pukul 1 pagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Abdul Samad berkata, sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan serta pasukan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan operasi di banglo itu tetapi gagal mengesan remaja berkenaan.

Beliau yang mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook bahawa terdapat 23 remaja hilang manakala tujuh lagi berjaya keluar selepas memasuki banglo berkenaan.

Menurut Abdul Samad , pihaknya hanya menerima satu laporan polis berhubung kejadian itu dan menggesa orang ramai tidak menyalurkan maklumat tidak tepat sehingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Dalam pada itu, difahamkan, keluarga Mohamad Izzat turut mendapatkan khidmat ustaz dan pengamal perubatan Islam bagi menjejaki remaja berkenaan yang dikhuatiri telah 'disembunyikan'.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati orang ramai mula berada di pekarangan pintu masuk banglo tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira dua kilometer.

Villa Nabila yang mempunyai tiga buah bangunan yang sudah usang itu dianggap penduduk sebagai berhantu dan kewujudannya sejak 40 tahun lalu sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian mistik sehingga menjadi tumpuan orang ramai, khususnya pengkaji aktiviti paranormal.

Sementara itu, salah seorang remaja yang turut sama ke banglo berkenaan, Megat Irfan Abdullah Shariman, 16, berkata, dia bersama kira-kira 30 rakan lain masuk ke premis berkenaan pukul 12.30 tengah malam tadi.

"Kira-kira 20 minit di situ, beberapa rakan saya tiba-tiba diserang histeria sebelum kami bergegas turun dan pergi ke Masjid Kolam Air untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

"Selepas itu kami semua bersurai, tak sangka pula ada yang hilang kerana saya sendiri kurang mengenali dia (mangsa)," katanya.

Seorang lagi remaja, Junaizi Rafifi Jamaluddin, 13, mendakwa, terdapat dua kumpulan pergi ke banglo terletak di kawasan atas bukit berkenaan.

"Saya masuk dengan sembilan rakan dan sebaik sahaja turun barulah ada rakan beritahu ada yang tertinggal di atas tetapi saya sendiri tidak kenal remaja tersebut," katanya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk menemu bual Norhayati gagal apabila wanita berkenaan terus beredar menaiki kereta selepas memberi kenyataan di Balai Polis Sentral di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Kredit to Utusan Malaysia.

Tuesday, November 19, 2013

Masih Kisah Villa Nabila

Salam untuk pembaca blog saya. Terima kasih sudi ke blog kesayanganku ini. 

Masih cerita sensasi tentang Villa Nabila yang menjadi bahan perbualan hangat masyarakat Malaysia, lebih2 lagi di laman sosial...hihihi. Macam mencari publisiti juga Villa Nabila nih...hihihi. Bajet retis ko ya...hahaha. Tak lama lagi muncul David Teoh dekat situ...hahaha

Kita tidak boleh menolak kisah-kisah alam ghaib sebab perkara ini wujud tapi kadangkala manusia nih yang suka menokok tambah cerita. Jadinya kalau cerita tuh A dah jadi ABCDE dan seterusnya sampai berjela-jela. Apa-apa sebagai manusia kita bertidak atau berfikir guna logik akal.

Cer tengok berita dalam Sinar Harian ini. 




Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, semalam apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini, sejak keluar pada Sabtu telah di temui. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.

Pihak polis menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.

Orang ramai didapati mengerumuni perkarangan pintu masuk villa tersebut sejak malam tadi hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Skudai, pagi ini.

Paling untung dalam kes ini mamat Bangla yang jual aiskrim, secara tidak langsung dia mengaut keuntungan dengan kehadiran orang ramai dari mana-mana pelusuk...hahaha. Tajuknya siapa yang untung? Bangla juga untung...hahaha