Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)
Showing posts with label Visa. Show all posts
Showing posts with label Visa. Show all posts

Wednesday, 13 February 2013

How to apply Chinese Visa?

Assalamualaikum :)

Bagaimana perancangan cuti? Sila pastikan negara yang anda nak masuk tu perlukan visa atau tidak. 
Kalau tak tahu boleh rujuk di sini.

Jadi, kali ini tentang visa masuk ke China...

Keperluan :

  1. Passport
  2. Borang Permohonan Visa. Boleh ambil di sini dan sini.
  3. Surat jemputan ke China. Boleh ambil template di sini @ Salinan penempahan hotel di China.
  4. Salinan Iqamah (visa penempatan di Jordan)
  5. Salinan tiket penerbangan 
  6. Gambar berukuran passport berlatarbelakangkan putih sahaja
  7. Bayaran 41JOD untuk sekali masuk dalam tempoh 30 hari.
Bagaimana hendak memohon:
  1. Bawa semua keperluan di atas ke Bangunan Talal Abu Ghazaleh Organization di No 19, Syari' Makkah, Amman, membuat pembayaran, dan datang semula pada tarikh yang dimaklumkan.
  2. (Sesetengah kes) perlu datang semula untuk urusan temu duga oleh Kedutaan China. Tak perlu cuak sangatlah temu duga ni, dia tanya dekat kaunter pertanyaan je.
  3. Visa siap!
ini dia visaaa!

Moga bermanfaat :)

Wednesday, 26 September 2012

How to apply Morocco's visa?

Assalamualaikum :)

Sebelum anda berangan-rangan untuk menjejaki bumi Maghribi, sukalah sekiranya kami menceritakan dahulu bagaimana hendak memohon visa ke Maghribi. Ingat! Tanpa visa, lupakanlah sahaja angan-angan anda kerana anda TIDAK BOLEH MASUK ke sana. Visa anda disemak sebelum menaiki penerbangan ke Maghribi lagi! Tanpa visa, tiadalah boarding pass, tanpa boarding pass, terkuburlah semuanya.

Untuk memohon visa, ada beberapa dokumen yang diperlukan iaitu :
  1. Borang permohonan visa. Borang ini boleh didapati di kedutaan Maghribi yang ada di negara masing-masing. Gambar yang kami kepilkan ini merupakan borang yang kami ambil dari kedutaan Maghribi di Amman. Jadinya, dalam bahasa Arab. Tapi jika anda memohon dari Amerika Syarikat, mestilah dalam bahasa mereka ye dak? :D
  2. 2 keping gambar berukuran pasport
  3. Salinan pasport, residential card & kad pelajar.
  4. Surat jemputan dari Maghribi bersama salinan  pasport, residential card & kad pelajar penjemput.
  5. Surat pengesahan dari Malaysian Student Department di negara masing-masing yang mengatakan bahawa kita benar pelajar di sini. (Yang ini ada khilaf sedikit. Ada yang kata perlu, ada yang kata tidak. Kami buat je :))
  6. Tiket penerbangan ke Maghribi.
Bab tiket tu, memang agak gamble sewaktu membuat keputusan untuk membelinya. Tapi itulah. Usaha dan kemudian tawakkal.



Inilah borang permohonan visa. 

Apabila sudah lengkap dokumen-dokumen, bolehlah hantar ke kedutaan Maghribi di negara anda. Buat sesiapa yang berada di Jordan, kedutaan ini terletak di Shemisani, dibuka untuk permohonan visa pada hari Isnin hingga Rabu dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Sila bawa pasport original bersama sewaktu permohonan visa. Pasport kita akan dipegang oleh mereka sehingga visa kita siap.

Untuk makluman juga, visa hanya akan siap seminggu sebelum tarikh penerbangan kita. So, tak perlulah call pejabat dia tanya dah siap ke belum. Perabih kredit jah.


Ini dia rupa visa Maghribi. Ada gambar sekali. Tapi takkanlah nk tunjuk kan? Terbongkarlah identiti penulis~

Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau emailkan kepada kami di basilhibiscus@gmail.com

Semoga bermanfaat :)
Selamatlah!