Labels

Africa (3) Albania (3) Armenia (1) Asia (2) Balkan (10) Bosnia (3) Bulgaria (4) China (2) Croatia (2) Eropah (1) Georgia (1) Greece (2) History (2) Iberian (3) Itinerary (3) Jordan (4) Macedonia (1) Montenegro (2) Morocco (4) Random (2) Spain (4) Turkey (6) Visa (2)
Showing posts with label Iberian. Show all posts
Showing posts with label Iberian. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Sepanyol - Granada

Di tengah kesibukan Kota Granada,
Kini terbina indah sebuah menara,
Setelah 500 tahun menunggu,
Akhirnya azan terdengar di situ.

Pada Julai 2003, Masjid Granada yang terletak berhampiran dengan Istana al-Hambra melaungkan kembali kalimah suci Allah setelah sekian lama sunyi. Dikatakan pihak berkuasa Granada mengambil masa 22 tahun baru boleh memberi kebenaran kepada masyarakat Granada untuk membina mercu tanda Islam di bandar itu.







sumber



Granada, satu bandar yangterletak di tenggara Andalusia. Kota ini dikuasai oleh golongan Bani Ahmar.
Kami pernah membaca satu buku mengatakan bahawa kota ini dibina oleh anak kepada khalifah Bani Umayyah yang terakhir iaitu Abd Rahman yang lari ke Afrika Utara dan beliau yang membina kerajaan merdeka Moors di Granada.

Kerajaan di Granada bangkit satu zaman pada zaman kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah. Dikatakan juga kegemilangannya sama dengan kegemilangan kerajaan Harun ar-Rasyid di Kota Baghdad.

Untuk sejarah panjang Andalusia (tak panjang sangat pun), boleh baca post ini.







> Melawat Istana al-Hambra
Semestinya! Istana ini terletak di tengah kota Granada. Binaan ini terletak di atas bukit. Seni reka bentuk istana ini sangat menarik. Setiap sisi dan bentuk dalam istana ini sangat simetri dan setiap elevation pada binaan menggunakan panjang diagonal pada binaan di bawahnya! Hebat kan?? (faham ke? kalau nak lebih faham, boleh tengok di Youtube).
Untuk sampai ke sini anda boleh guna dua cara; menaiki bas ataupun berjalan kaki! Kami telah mencuba kedua-dua cara dan berjalan kaki sangat ohsem! :D

Peta Granada. Klik sini untuk lebih besar.
Credit untuk website  itu juga.

Jika anda ingin menaiki bas, anda boleh menunggu bas di Plaza Nueva atau di al-Bayzin. Bas ke al-Hambra merupakan bas mini yang berwarna merah. Harga setiap kali naik ialah 1.20 Euro. Jikalau anda merancang untuk pergi banyak kali, anda boleh direct beli traveler card. Dia akan cas 0.70 Euro setiap kali naik.
Jika anda nak rasa ke-ohsem-an berjalan kaki ke al-Hambra, anda pergi ke Plaza Nueva (ada dalam peta di atas), kemudian boleh nampak dah sign La Al-Hambra kat situ. Ikut je signboard. Jangan salah belok pulak! dan Jangan sesekali merancang untuk masuk al-Hambra dari pintu lain! Memang takkan boleh masuk :)

Pastikan anda datang awal pagi untuk membeli tiket. Jangan lupa ambil peta dan juga audio guide! Sangat membantu.

Al-Hambra



> Menjejaki al-Baycin
Terletak di atas bukit yang bertentangan dengan Istana al-Hambra, menjadikan al-Baycin destinasi pilihan untuk merakamkan panorama indah Istana al-Hambra. Biasanya orang datang ke sini pada waktu matahari terbenam.

Pengaruh Islam di sini agak kuat berbanding di kawasan lain di Granada disebabkan ada sebuah masjid di sini dinamakan Masjid Granada.

Terdapat banyak alternatif untuk ke sini, iaitu berjalan kaki, menaiki basikal,menaiki Segway atau menaiki bas No 31 di Plaza Nueva.

permandangan al-Hambra berlatar belakangkan Sierra Nevada sewaktu hampir terbenam matahari di Las Estrellas Mirador San Nicolas (AL-Baycin) :) bersebelahan masjid Granada



> Solat di Masjid Granada
Alang-alang dah penat mendaki ke al-Baycin, berehat sebentar di Masjid Granada. Kalau dah dengar azan tu, boleh masuk saf terus. :)

> Menjelajahi Sacromonte
Sambil-sambil menghirup udara pagi di Granada, anda boleh berjalan kaki ke Sacromonte. Perjalanan agak memenatkan disebabkan kena mendaki. Di atas puncak ada Gereja yang dibina pada abad ke-17. Dari sini anda boleh melihat permandangan cantik Istana al-Hambra.

Permandangan ketika berjalan ke Sacromonte








  •  Bersebelah Royal Chapel (gereja paling besar di Granada) ada deretan kedai yang menjual cenderahati yang menarik. Kebanyakan peniaga adalah orang Maghribi. Jadi, kalau anda boleh berbahasa arab, jangan segan-segan tawar harga murah! :)
  • Kebanyakan pelancong yang datang ke Granada akan membeli buku The Tales of The al-Hambra karya Washington Irving. Kalau teringin nak baca, ada dijual di kebanyakan kedai buku di sini.






  • Makan halal tak perlu risau. Memang banyak! mostly kebab. Harga boleh tahan.
  • Untuk ke Pusat Bandar Granda, anda perlu menaiki bas bernombor 3 @ 33 dari stesen bas.

 
  • Tiket al-Hambra - 13 Euro
  • Harga kebab (meal) - 5 Euro
  • Bas al-Hambra - 1.20 Euro

Selamatlah...

Thursday, 11 October 2012

A story of Andalusia

Assalamualaikum :)

Selamat tinggal Andalusia 
Yang rebah tersungkur ke dada bumi 
Selamat tinggal Andalusia 
Mungkinkah dapatku kembalikan sinarmu

Tertanya-tanyakah anda apakah itu Andalusia? Seringkali kita mendengar lirik lagu, coretan sejarah mengenai Andalusia. Jadi, kami ingin memberi sedikit pencerahan apakah itu Andalusia!

"Menangislah anakku, bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yang hilang kerana kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki"
ucapan bonda kepada Raja Andalusia yang terakhir kepada beliau

Kenapa dinamakan Andalusia?
Sebelum kedatangan Islam, Sepanyol dikenali sebagai Iberia atau Asbania. Sewaktu bangsa Vandal menguasai kawasan ini, kawasan ini pun dipanggil Vandalusia (bermaksud tanah orang Vandal). Setelah kedatangan Islam, perkataan Vandalusia diarabkan menjadi Andalusia.
*people are still debating where the word Andalusia came from*

Di manakah Andalusia?
Peta moden Sepanyol dan Morocco
Andalusia terletak di kawasan selatan Sepanyol. Merupakan Sepanyol pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam.

Sejarah Andalusia (when we call it history, nothing to be believed entirely)
Kedatangan Islam ke bumi Andalusia didahulukan dengan penaklukan Afrika Utara pada zaman Khalifah Abdul Malik dengan gabenornya Hassan ibn Nu'man. Kemudian pada zaman al-Walid bin Abdul Malik, Hassan digantikan dengan Musa ibn Nusair. Musa telah meluaskan empayar Islam ke Maghribi. Kecuali Septa, sebuah pelabuhan kecil di utara Morocco yang mana di bawah jajahan Kristian. Sewaktu ini, mereka sedar satu-satunya cara untuk menyebarkan risalah hanyalah dengan menyebarkannya ke bahagian utara kerana di bahagian selatan adalah bahagian Sahara. Musa mengalami beberapa masalah dendak menakluki Andalusia. Pertama, antara Tangier (paling utara Morocco) dan Spain adalah sejauh 13km dan tidak ada bot. Sebuah pulau kecil, Pulau Biliar berdekatan situ dikawal oleh Kerajaan Rom. Septa pula di bawah Julian, penguasa Kristian yang mempunyai hubungan baik dengan bekas raja Spain.

Beberapa rancangan telah dibuat. Bot dan kapal dibina, ramai kaum Berber yang telah ditarbiyah dengan Islam agar mereka menjadi pejuang Islam. Tariq telah dilantik dikalangan kaum Berber untuk mengetuai angkatan. Dari Maghribilah, bermulanya penaklukan Andalusia.

-gambar hiasan-
*bukan karya asal penulis*
Tariq ibn Ziyad, nama yang cukup gah dalam kalangan kita, merupakan panglima yang dihantar oleh Musa bersama tentera 7000 orang untuk menakluk Andalusia. Tariq bersama tenteranya masuk ke Andalusia melalui selat di antara Maghribi dan Andalusia yang dikenali sebagai Selat Gibraltar dan mendarat di sebuah gunung yang dikenali sebagai Gibraltar (Jabal Tariq).

Setibanya Tariq di Gibraltar, orang tempatan menghantar surat ke Raja Rodricko  tentang tentera Islam yan ditemuinya. Surat itu mengatakan, "adakah ini tentera daripada bumi atau tentera daripada langit?" Mereka tidak pernah melihat tentera yang malamnya bagai rahib merintih sayu, namun siangnya menjadi tentera yang hebat di medan. Kemudian, Raja Rodricko mengumpul tenteranya seramai 100 000 orang untuk melawan tentera Islam yang hanya 7000 orang. Kemudian Musa ibn Nusair menghantar 5000 tentera tambahan di bawah jagaan Tharif ibn Malik. Saat itu, Tariq berada di tengah-tengah lembah. Cuba bayangkan, di kiri lembah terdapat sebuah tasik yang agak besar, di sebelah kanan dan belakang ada gunung-gunung.

Satu-satunya pembukaan berada betul-betul di hadapan lembah tersebut. Tharif bersama tentera-tenteranya berada di belakang gunung-gunung di bahagian belakang. Taktik ini sama dengan taktik yang digunakan oleh Khalid ibn Walid sewaktu menawan Persia. Peperangan ini bermula pada 28 Ramadhan tahun ke 92 Hijrah dan berterusan selama 8 hari. Dengan kehendak Allah, tentera Islam telah memenangi perang ini. Tentera Islam yang syahid lebih kurang 3000 orang, namun hampir semua tentera Kristian mati sewaktu peperangan.


Kemenangan Tariq bersama tentera-tenteranya menjadi tanda tanya kepada kita semua bagaimana begitu hebat tentera Islam menakluk Andalusia, namun, ada pihak-pihak barat memberi jawapan iaitu, Tariq megikat semangat tentera Islam dengan membakar bakar kapal-kapal perang mereka. Ini meletakkan tentera Islam dalam dua keadaan, sama ada menang atau mati syahid. Namun, kisah ini tidak terdapat lansung dalam mana-mana sumber tokoh sejarah Islam.


Satu demi satu bandar di Sepanyol ditakluk oleh Tariq. Bermula dengan Cordoba, Granada, Toledo dan Sevilla. Kemudian Tariq menakluk bahagia utara seperti Saragossa dan Navarre. 

Kebangkitan Andalusia
805 tahun, Islam yang dibawa oleh Moors menapak di bumi Eropah. Bermula dengan tentera pimpinan Tariq, kemudian empayar Islam terus berkembang ke seluruh kawasan Sepanyol.
Hanya dalam tempoh dua tahun, Tariq dan Musa berjaya menakluk seluruh daratan Sepanyol. Umat Islam berkobar ingin terus menyampaikan risalah kebenaran ke eluruh benua eropah, namun terhalang dek tidak dapat menembusi Utara Perancis disebabkan kekalahan dalam Perang Tours. Setelah itu, Musa dan Tariq dipanggil balik ke damsyik oleh Khalifah al Walid bin Abdul Malik.

Setelah kemangkatan Khalifah al walid bin Abdul Malik, Kerajaan Bani Umayyah telah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyah dan memlilih Baghdad sebagai pusat kerajaan. Abdurrahman Ad-Dakhil, keturunan Bani Umayyah yang selamat, berjaya menurunkan kekuasaannya kepada Yusuf Al-Fihri dan diangkat menjadi ketua kerajaan Andalusia (Amir Andalus) yang berpusat di Cordoba. Mereka tidak mahu berada di bawah Kekhalifahan Abbasiyah pada tahun 756 kerana bani Abbasiyyah banyak membunuh keluarganya.

Islam di Cordoba terus gemilang dengan penguasaan ilmu dari segenap sudut. Orang Islam dan jug orang bukan Islam datang ke Cordoba untuk belajar di universiti dan perpustakaan di Cordoba.


Salah satu bukti kecemerlangan empayar Islam di Corboda ialah pembinaan Masjid Cordoba atau nama lainya Mezquita.



Kubah Mezequita, Cordoba.


Binaan di dalam Mezequita, Cordoba.

Kejatuhan Andalusia

Kisah kejatuhan Andalusia mungkin boleh dikatakan bermula dengan kejatuhan kerajaan di Cordoba. Apabila kerajaan Cordoba jatuh disebabkan perang saudara, beberapa kawasan lain masih lagi membangun seperti Toledo yang berkembang pesat dalam ilmu astronomi dan juga gerakan pemikiran dalam kebudayaan Islam. Namun, Toledo jatuh juga disebabkan penaklukan oleh Alfonso Vi, Raja Castile yang juga menjadikan Toledo jatuh ke tangan Tentera Salib.

Di saat bandar-bandar lain jatuh di bumi Andalusia, umat Islam yang masih ada membangunkan Islam di Granada di bawah pemerintahan Bani Ahmar. Islam kembali bangkit dan dipegunkan lagi dengan pembinaan Istana al Hambra. Istana ini merupakan seni bina yang amat unik dan memerlukan kepakaran dalam matematik dan seni ukir. Istana in telah berjaya bertahan selama dua abad lamanya sebelum penyerahannya kepada Ferdinand dan Isabella.



 Some people said, Al Hambra is the Triumph of Mathematics.
-Al Hambra, Granada

Pemerintahan Islam yang merupakan pertahanan terakhir di Andalusia ini berakhir kerana perebutan kuasa orang-orang istana . Abu Abdullah Muhammad merasa tidak senang kepada ayahnya kerana memilih anaknya yang lain sebagai pengganti raja. Dia memberontak dan berusaha merampas kuasa. Ketika berlaku pemberontakan, ayahnya terbunuh dan digantikan oleh Muhammad ibn Sa’ad. Abu Abdullah kemudian meminta bantuan kepada Ferdinand dan Isabella untuk menjatuhkan Muhammad ibn Sa'ad. Dua penguasa Kristian ini dapat mengalahkan Muhammad ibn Sa'ad dan Abu Abdullah pun dapat menaiki tahta.

Ferdinand dan Isabella, yang telah mempersatukan dua kerajaan besar Kristian melalui perkahwinan, tidak merasa puas. Mereka ingin merebut kuasa terakhir umat Islam di Andalusia. Abu Muhammad Abdullah IX tidak tahan menahan serangan-serangan orang Kristian dan akhirnya mengaku kalah. Akhirnya kegemilangan Granada Kerajaan Islam terakhir di Andalusia setelah ratusan tahun kegemilangannya di Eropah lenyap di dunia. Dengan demikian berakhirlah kekuasaan Islam di Sepanyol tahun 1492 M.



Setelah Andalus jatuh ke Kristian, satu persatu kawasan di dalam Mezequita ini didirikan gereja di dalamnya. Masjid ini sengaja tidak dirobohkan bagi membuktikan kehebatan Kristian mengalahkan Islam.
Tanggal 2 Januari 1492 itu tercatat sebagai pemurtadan besar-besaran yang pernah terjadi dalam sejarah. Cordoba dan Granada hancur lebur bersama kitab-kitabnya yang dibakar . Pada tahun 1609 M, boleh dikatakan tidak ada lagi umat Islam di bumi Andalusia ini.


Kini, tiada lagi kedengaran laungan azan dari menara ini. :(
- La Giralda, Sevilla.


Sejarah akan terus berulang jika kita  tidak mahu 
menoleh ke belakang sebentar untuk mempelajarinya. Paksikan asas-asas Islam dengan kukuh dan hiasinya dengan kepelbagaian ilmu yang Allah berikan. Sungguh, tidak akan sesekali sama orang yang berilu dengan orang yang tidak berilmu. Dan sesungguhnya, Allah lebih menyukai orang beriman dan berilmu :)

___________
Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.
3:137


*untuk keterangan lanjut mengenai bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada, nanti entri baru daripada kami!

Tuesday, 11 September 2012

Morocco - Spain Itinerary

Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol, dengan keadaan yang berbukit bukau, pastinya kalian perlu melihat sendiri topografinya. Dalam menjejak kegemilangan Andalusia, menarik juga jika anda memulakan jejak dari tempat lahirnya penakluk Andalusia. Siapa lagi kalau bukan Toriq Bin Ziad. 

Secara ringkasnya, Toriq Bin Ziad adalah dari bangsa Berber yang merupakan suku asal kawasan utara Afrika (kini Morocco atau Maghribi). Tempat pertama yang mula dimasuki oleh Toriq adalah Gibraltar (dikenali sebagai Jabal Toriq). Menariknya route ini bukan sahaja terhenti di kegemilangan Islam di Andalusia, malah setelah kejatuhan Islam juga. Umat Islam dan Yahudi telah dihantar beramai-ramai ke Chefchaouen (tempat di Morocco). Baiklah, panjang bebel, apa kata kami mulakan itinerary :B


Jadi, itinerary kali ini nampak macam ni. 


Kami datang ke Maghribi dari London Gatwick Airport. Kami memilih untuk masuk ke Marrakech disebabkan dia berada paling selatan berbanding bandar-bandar lain yang kami ingin lawati.


Marrakech

Kami tiba di Marrakech International Airport dan kemudiannya bergerak ke pusat bandar Marrakech dengan menaiki shuttle bus. Memandangkan kami memilih hotel yang hampir dengan Jemaa el Fna, makan untuk bergerak ke Jemaa el Fna hanya menggunakan kaki. Sangat dekat! untuk bergerak sekitar Marrakech, kami menaiki teksi. Kalau hendak ke stesen keretapi dalam 15 Dirham satu teksi. Teksi di Marrakech berwarna coklat kekuningan. Nanti boleh tengok di bandar lain teksi warna lain pulak!

Casablanca
Dari Marrakech ke Casablanca, kami memilih untuk menaiki keretapi. Keretapi di Maghribi dikendalikan oleh satu syarikat yang bernama OCNF (warna oren). keretapi di sini macam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antarabandar. Jadual keretapi boleh diteliti di sini. Harga keretapi tidaklah mahal mana. rasanya tidak lebih dari 100 Dirham. Teksi di sini berwarna Merah!

Rabat
Kami ke Rabat dari Casablanca menaiki keretapi juga (memang banyak naik keretapi pun). Untuk turun ke Rabat ada dua stesen, Rabat Agdal & Rabat Ville. Rabat Agdal ni separa bandar. Rabat Ville pula bandar dan mempunyai stesen tramway (nama stesen - Muhammad V- Gare de Rabat). Ikutlah mana-mana yang berkenan di hati nak turun mana. Di Rabat ni maju sikit. ada tramway dan best kot! maklumlah, first time naik tramway. Malaysia takde. Belajar pulak di negara yang keretapi pun takde. -.-".
Tram di Rabat, Maghribi.
Kalau duduk di kawasan penempatan pelajar Malaysia, untuk ke Universiti Muhammad V hanya perlu berjalan kaki selama 30 minit melalui shortcut dan denai-denai. berhampiran universiti, terdapat stesen tramway. dengan tramway ini anda boleh bergerak ke sekitar Rabat dengan mudah dengan harga 6 Dirham (oneway). Teksi di sini berwarna biru~

Fes
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Fes (tempat yang dinanti-nanti untuk shopping!) menaiki keretapi juga. Perjalanan agak lama berbanding Casablanca-Rabat. Memandangkan penempatan kami agak jauh dengan to see destination pilihan kami. Jadi, kami pun dengan beg yang purata berat 8-10kg, bersiar-siar di Fes el Bali. Dari stesen keretapi, kami menaiki teksi ke central souqs of Fes el Bali. Harga teksi agak berpatutan.

Chefchaouen
Menurut perancangan yang sebenar, kami ingin menaiki bas CTM dari Fes ke Chefchaouen, tetapi malangnya, kami terlambat 10 minit dari bas terakhir yang bergerak ke sana (dalam pukul 5petang). Setelah berdiskusi bersama sahabat-sabahat, kami mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke Chefchaouen. Agak mahal berbanding bas, tapi affordable lah. Untuk sampai ke hotel, kami terpaksa berjalan kaki dari pintu utama disebabkan ada satu tahap, kereta tidak muat untuk naik ke atas. kalau anda berjalan pada waktu winter, sila bersedia dengan kot yang tebal kerana suasana malam dia lebih sejuk!
Chefchaouen sangat dikenali dengan bangunan-bangunannya yang berwarna biru~
Tetouan
Ada dua pilihan pengangkutan untuk ke Tetouan dari Chefchaouen. Anda boleh menaiki bas CTM (1 jam perjalanan) atau anda boleh menaiki teksi. Kami memilih menaiki teksi memandangkan tempat mengambil dekat dengan kawasan hotel kami dan harganya boleh tahan jugalah. Satu teksi boleh muat 6 orang. 2 orang di depan dan 4 orang di belakang. :)

Tangier
untuk ke bandar terakhir kami di Maghribi, kami memilih untuk menaiki bas CTM (akhirnya, dapat juga menaiki bas). kami menyarankan supaya membeli tiket siap-siap di stesen bas kerana bas ke Tangier agak penuh. Di Tangier, kami terpaksa menaiki teksi ke pelabuhan yang jaraknya agak jauh dan harga teksi lebih kurang dengan harga naik teksi dari Chefchaouen ke Tetouan.

Untuk ke Sepanyol, kami memilih untuk menaiki jalan laut kerana agak lain dari yang lain ye. Kami telah membeli tiket feri secara online dan malangnya pada waktu perlepasan, feri kami tidak muncul-muncul. Akhirnya  kami membeli tiket baru. T_T

Maka, tamatlah perjalanan kami di bumi Maghribi. Nampak smooth, tapi expect the worst when travelling in Arab countries. 

Special thanks to our friends in Morocco, Ustaz Ayman, Faeez, Haikal, Firdhaus, Anas, Arif, Luqman, Adli, Alif, Fakhruddin, Kak Amani, Kak Diela, Kak Mekja, Kak Syirot, Ustaz Aslam, Kak Amal and for those who're helping us (even your du3a) in this journey. Without all of you, we can't make it as smooth as this. Jazakumullah khairan jaza'. :)

Jom ke Sepanyol naik kapal kecik ni!
Gibraltar (Britain)
Dari Tangier, terdapat 4 tempat yang boleh anda reach dengan feri iaitu Algeciras, Barcelona, Gibraltar dan juga Tarifa. Setelah membuat pembacaan, ramai yang mencadangkan untuk turun di Algeciras walaupun destinasi kami sebenarnya adalah Gibraltar. Ramai juga yang mencadangkan untuk tidak menginap di Gibraltar kerana harga yang terlalu mahal dan menginap di La Linea De La Conception (kawasan Spain yang berdekatan sempadan Spain-Britain). Dari Algeciras, kami menaiki bas di bas stesen yang lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari jeti. Bas agak kerap, iaitu setiap 30 minit dengan harga lebih kurang 2 Euro. :)
Hostel kami di La Linea. Dari La Linea nak masuk ke Gibraltar mudah saja. Tak perlukan imigresen stamping pon!

Seville

Jika anda bergerak dari La Linea seperti kami, bas tidaklah banyak dan bas yang ada akan lalu dan kutip orang di setiap bandar yang wujud sepanjang perjalanan ke Cadiz, kutip orang di Cadiz, kemudian kutip lagi orang sepanjang perjalanan ke Seville! Tahu berapa jam nak sampai Seville? 6 jam kot! Jika diikutkan, dalam 2 jam setengah sepatutnya boleh sampai. Jadi kami mencadangkan kepada kalian untuk ke bandar-bandar terdekat dahulu dan ambil bas dari sana seperti Malaga atau Algeciras.
Di bandar Seville terdapat dua buah stesen bas. Jadinya kalian haruslah alert di mana bas akan sampai dah di mana bas akan bertolak. Kami dulu bas dari La Linea tiba di Plaza de Armas Station dan untuk ke Cordoba bas bertolak dari Prado de San Sebastian Station. Jadi alert ok!

Transport dekat Seville ni pon agak mudah, ada tram, subway, basikal, teksi, bas. Jadi pilihlah mana satu yang anda suka! Nak jalan kaki pon possible!

Cordoba
Dari Sevilla ke Cordoba dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Stesen bas Cordoba agak jauh dari pusat tarikan pelancong, jadinya adalah digalakkan untuk anda menaiki bas untuk ke Mezquita. Tapi jika nak berjalan kaki pon possible je, kami dah try!
Stesen kereta api di Cordoba.
Granada
Bas dari Cordoba ke Granada juga tidak lama, dalam 3-4 jam. Dan stesen bas Granada untuk ke kawasan tarikan pelancong memang jauh! Anda boleh naik bas yang menuju ke Plaza Nueva ataupun jalan Gran Via De Colon (jalan paling besar di bandar tersebut). Tak tercapai dek akal nak berjalan dengan backpack di belakang. Tapi anda boleh cuba jika mahu, lepas tu ceritakan kepada kami ya! ;)
Bas stesen di Granada.

Madrid

Dari Granada ke Madrid mengambil masa lebih kurang 6 jam, jadi kami mengambil bas malam, sambil tu boleh jimat duit penginapan! Ada yang lebih suka untuk menaiki train ataupun flight, tapi terpulanglah kepada kalian. Kalau bas malam ni, murah pun murah, jimat duit hotel pulak tu! Di Madrid, sistem pengangkutannya sangat efisein, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat kami hanya menggunakan subway. Alang-alang tu, kami terus beli one day pass. Lebih jimat!
Retiro Park, Madrid. Boleh main dayung sampan sambil bagi makan kepada itik!


Barcelona
Madrid ke Barcelona juga agak jauh. 8 jam perjalanan jika dengan bas. Sama kesnya seperti nak ke Madrid, boleh naik train atau flight. Terpulang pada pilihan masing-masing. Barcelona juga mudah untuk reach by subway. Ada tempat yang walking distance juga. Jadi kami tak ambil day pass.
Pesanan: This is Spain and things often don't run when they should do.
Perjalanan kami tamat setakat Barcelona sahaja. Dari Barcelona terdapat banyak cara untuk anda keluar dari Spain. Kapal, bas, kapal terbang..

Semoga post ini bermanfaat!

Selamatlah!