CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, May 27, 2012

Sambal Goreng Ikan bilis dan kacang

Assalammuailaikum.. salam sejahtera .. kepada rakan2 blogger ku sekalian.... apa khabar semua semoga di bawah lindungan rahmat allah swt ..  ya allah rindu bebeno nk update blog .. kerana sibuk sangat sejak akhir2 ini sehingga tak dpt nak update blog ...alhamdulillah di pagi yg ceria in allah memberikan u sedikit masa utk update blog,,.. citer Travel dah tak derr,,duk diam diam ...kita bagi tabung unta kita penuh balik yea ,.hahhahahahhaa... oklah apa cer kali ini ..simple jerr sambal goreng ikan bilis dan kacang cik rinn tahu kat luar sana mesti famous dgn sambal ini kan ... yealah sambal warisan turun temurun .. makcik cik rinn kalau pi haji pun bawak sambal ini... boleh simpan lama... berbaloi sgt buat... cik rinn buat sambal ini semasa cik rinn pi travel ,maklumlah cik rinn ini cerewet sikit bab makan ... hehhehehehe, tue pasal besar mcm jumbooo... hahhahahha... apa2pun  kita layan pic suam suam kuku dari cik rinn nie....

masih dlm kuali
close up sikit
jemput makan ... makan dgn roti pun sedap tau.nyummyyyyyyy
Bahan bahan
ikan bilis 350gm - di goreng dahulu  dan di tos
kacang tanah 150gm - di goreng dahulu  dan di tos
cili blender - terpulanglah - cik rinn guna satu mangkuk
bawang kecil 10 ulas - di tumbuk
asam keping 2 keping
minyak kelapa utk menumis
ikan bilis 2 gengam - di tumbuk 
gula merah 2 sudu
garam secukp rasa

Cara- cara
1. panaskan minyak , masuk kan ikan bilis di tumbuk dan bawang kecil di tumbuk goreng sehingga wangi
2. masukan cili blender tumis sehingga cili garing dan bertukar colour dari merah terang kepada maroon
3. masukan asam keping , garam  dan gula merah  rasalah apa yg kurang dan tambah lagi

4.selesai masak kesemuanya .. padamkan api masukan ikan bilis dan kacang tanah yg di goreng terlebih dahulu gaulkan hingga sebati .. dan boleh di hidangkan ..taraaaaaaaaa sudah boleh makan....



p/s aka petua .. my mom kata cili mesti goreng hingga garing ..kerana ini ada faktor utama sambal goreng ini boleh tahan lama ...menggoreng cili ini memakan masa hampir 1/2 jam di api yg kecil....

Wednesday, May 9, 2012

Merah D'Rimba at Air Terjun Sg Gabai

salam semua apa khabar rakan2 alam maya ku sekalian, apa cerita public holiday( buruh) yg lepas , cik rinn pulak  bersama jiran2 buat family day kat air terjun sungai gabai hulu langat, perghh mmg best ...  lagi pun perjalananan daripada umah cik rinn hanya mengambil masa 1/2 jam jerr ... oklah tue ... so seawal 7 pagi kita org semua dah bergerak ke air terjun nie ,,sbb nak cari tempat nak landing nk buat bbq   hahahhaa  .. kalau lambat nanti tak der tempat .. nmpk gayer nyer n3 tentang masakan belum lagi berasap hehhehhe... skrg tengah mood jalan jalan ... hahhahahaha... jom kita layannnnnnnnnn

selamat datang katanya ... teruja sangat

kabus yang menyelubungi gunung ganang di sekitar air tersg gabai
air terjun yang melambai- lambai -- tunggu sat nanti anak dugong dtg
aliran anak sungai yg tak jemu2 melimpahkan airnya
ini dia ahli rombongan cik rinn di beri nama merah d'rimba ... salah seorang anak jiran kami celebrate besday
agry bird pun kaler merah ... ikut tema kita org
jom BBQ
CHEF yg terkeluar dari rancangan master chef m'sia
jangan bagi hangus tau....
ingat nk cari daun pisang nk bungkus ikan ..sudah nyerr ermm panggang jer lah .. melekat sikit
alamanda n encik hubby sedang menikmati hasil panggangan mereka
tue dia anak dugong n ibu2 dugong sedang berendam smpi lupo diri
ekceli udah 1 1/2jam kita org berendam ... tak gak kecut2 hahahhahaha
anak saperlah ambil pic nie..teruk betul angle dia ....
hai encik jamal nk terbang ke mana tue....
ibu dugong yg tak puas berendam
acara menyusun batu bata dlm air ...
kesimpulan cik rinn sangat teruja dgn keindahan air terjun sungai gabai ,,,sungguh tak di sangka negara ku sendiri mempunyai air terjun yg sangat cantik ... cik rinn rekomen u olls dtg lah sini ..tapi kenalah awal pagi kerana kalau tengahari parking tak der ... sbb kaw parking amat terhad dan sempit .. oklah sehingga kita berjumpa lagi ....

Thursday, April 26, 2012

ADA APA DENGAN BALI FINAL PART

TRIP BALI - 30 Mac To 2 apr 2012

2 apr 2012

oklah smpai lah kita di penghujung cerita ADA APA DENGAN BALI .... bagi pendapat cik rinn BALi merupakan suatu percutian yg sgt santai , aman dan damai , tidaklah sesibuk jakarta or bandung , dan sesuai bagi mereka yg ingin melepaskan tekanan koje ...mcm cik rinn lorrr... apa yg menarik tentang penganut agama hindu di bali .. menurut kata pak supirlah kepercayaan kuat kepada hukum karma , percaya atau tidak di bali ini boleh di katakan hanya 1% kecurian or pick pocket berlaku , kerana mrk takut dgn KARMA ... menurut kata pak siswanto motor atau kereta boleh tinggal begitu shj dgn kunci2 di jamin mmg tdk akan hilang , dan jugak peminta sedekah pun cik rinn jarang jumpa di sini .... dan lagi satu apa yg cik rinn suka melihat temple mereka .. suka sgt dgn landskap yg berada di luar kawasan temple ni .. mmg tersangat lah cantik nyerr

yg paling cik rinn suka tentang bali nie adalah tentang panorama gunung ganang dan landskap2 semula jadi nyer... syukran jazilan ya allah..... krn memberi kesempatan kpd ku utk melihat bumi mu lagi....hari terakhir kami semua menghabiskan masa di sekitar arrear kuta dan legian shj ... time to shopping kedai kedai yg berderet tepi hotel kami duduk ..maklumlah hari2 sebelum nyer jadual kami sgt padat dgn tour .. pagi keluar jam 9.oo pagi balik jam 11.00 mlm ... waktu itu semua kedai udah tutup .. yg masih beroperasi pub pub n club malam jerr.. jadi kita org semua mmg keletihan dan terus tido ...jadi mmg tak sempat nak melawat kaw sekitar bali ... dan di hari terakhir kami semua mengambil kesempatan dan menghabiskan rupiah rupiah yg tinggal suam suam kuku ... jom kita layanzzzzzzzzzzzzz



pantai kuta
pantai kuta
shop2 lot at popies lane street
setiap pagi u olls akan jumpa bunga sembahyang dan berbau stanggi
mereka akan letak di hadapan kedai mereka supaya banyak "ong"
kuta street
ini kat pantai kuta - 50k IDR jer nak buat rambut tocang nie
ini pulak Tatoo daripada INAI - tapi inai ni bukan seperti inai kat malaysia
apalagi pic jap kat - HARD ROCK HOTEL
kat bali ada dua hard rock satu HOTEL satu lagi  CAFE
sudah berkenan maaa ini t'shirt ..
aski sebelum memulakan shopping
shopping jgn tak shopping
finally belilah seorang sehelai buat kenang2an
tempat ni mmg best shopping gerga murah mcm kat maideen tapi fixed price
ini kolam renang hotel  ..
kaunter peyambut tetamu HOTEL AP INN
ini kawasan hotel AP INN - AGUNG PUTRA
atas sana tue click temple mmg popular di kalangan fotografi
cantik kan view nyerrr
seluas mata memandang - lautan yg tdk bertepi
NUSA DUA - hotel 5 star - dengar citer fasha sandha punya open ceremony wedding di arrear sini dan jgn terkejut kat pantai sini pun ramai yg mandi half naked - gilossssssssss
 
NUSA DUA BEACH
WATER BLOW WAVE - U OLLS tengok mula2 tak tinggi sgt ombaknyer
pastu mcm tsunami - terkezut kita org
finally kita org dpt jugak ambil pic wave
tamat sudah journey kita org

 Shopping dan shopping selagi terdaya
Kos shopping bergantung apa yang kita nak, juga lokasi. Kalau di gedung harga sudah tetap tapi kalau di pasar atau kedai kecil, tawar sehingga 60% sebab harga buka memang tinggi, terutama untuk pelancong. Jangan pula tawar menawar di Krishna atau Hawai.... lol just kidding.

Bukan tips apa pun sebenarnya, sekadar berkongsi informasi.  ini adalah kunjungan pertama kami ke Bali. Jadi tertanya-tanya berapa banyak duit perlu di bawa untuk perbelanjaan di Bali, risau takut terkurang atau terlebih rupiah. Tips berguna dari Tripadvisor, sentiasa bawa credit atau debit card sebagai back-up, mana tahu kita ada kesulitan sewaktu di sana nanti. Kalau boleh aktifkan CIMB atau Maybank card, sebab kedua-dua bank ni ada cawangan di sana, boleh keluarkan duit guna ATM sewaktu dalam kesempitan terutamanya jika dah mabuk shopping macam we all.... hehehehe.

Nak bawa tunai banyak pun boleh, sikit pun tak apa. Bawa tunai banyak bukan apa, takut jatuh saja. Nak kata kena rompak atau curi, jenayah ragut boleh kata langsung tak ada di Bali. Menurut Pak siswanto , kaki ragut di sana mati saja jawabnya dibelasah orang ramai. Jika ada yang ragut atau curi duit anda... jerit saja maling.... maling.... maling.... jangan pulak korang jerit malingsia pula nanti.... lol....... terus orang ramai akan kejar dan pukul peragut sampai mati. Sebab tu kecurian jarang berlaku di sana, itu kata merekalah.

Berikut harga makanan, barangan, perkhidmatan etc sepanjang di Bali, tak lengkap tapi bolehlah untuk beginners mencongak banyak mana duit yang diperlukan untuk perbelanjaan di sana nanti.
Tips bajet sewaktu di Bali - pinjam kata2 dari ahli group forum ketam_batu_jr

AP INN HOTEL - 110RM - PER NIGHT BOOKED THROUGH AGODA - UTK 3 MLM - 330
HOTEL LAMA - BESRSIH DAN ARREAR KUTA

Transport dan tourguide
Airport pick-up IDR 75,000
Full day tour IDR 350,000 (ini harga Pak siswanto harga yang dikenakan untuk satu kereta mpv suzuki + parkir + guide - exlcuding tipping
BALOM HOLIDAY - SISWANTO - +6281338511748 / +6281805530938
balomholiday@yahoo.com
Entrance fee (untuk seorang)
Kintamani IDR10,000
Takpak Siring/Tirtha Temple IDR 15,000
Tanah Lot IDR10,000
Garuda Wishnu IDR60,000
Uluwatu IDR20,000
Barong Dance IDR100,000
Kecak Dance IDR 70,000
Taman Ayun IDR15,000
Ulun Danau Beratan IDR 30,000

Makan minum (secara am sahaja, mungkin berbeza mengikut status kedai, harga berikut adalah harga makan di kedai biasa, in this case Uni Nona masakan Padang).
Nasi sepinggan IDR5000
Seketul ayam goreng IDR15,000
Seketul ayam pop IDR15,000
Sesenduk rendang sapi IDR15,000
Seketul dendeng sapi IDR15,000
Sekeping paru sapi IDR15,000
Seketul perkedel IDR5000
Sesenduk sayur IDR5000
Sepiring sambal IDR5000
Teh O IDR4000

*kalau kurang ambil lauk tu,.. murahlah bayarannyer . tapi secara relatifnya harga amat murah, lebih-lebih lagi bila income dalam aussie dollar.... heheheheh

Makan minum di Restoren Wong Solo
Nasi sepinggan IDR5500
Seketul ayam penyet IDR17,500
Seketul bebek bakar IDR18,500
Sepinggan cumi goreng IDR32,000
Sepinggan cah kangkung IDR15,000
Semangkuk sup buntut IDR29,500
Teh manis hangat IDR4500
Lemon tea IDR7500

*harga di atas akan dikenakan tax 10%

Pasar raya Giant (kalau rasa nak mengunyah dalam bilik hotel)
1 kg buah limau IDR12,490
1 kg buah epal fuji IDR16,990
Mr Potato IDR15,980
1.5L minuman Fanta IDR14,890
Nescafe moca can IDR8500
Nescafe late IDR8500

airport tax
Ketepikan IDR150,000 seorang termasuk kanak-kanak untuk airport tax semasa nak balik nanti. Selepas pemeriksaan imigresen dan airlines check in counter, akan ada satu kaunter khusus untuk memungut airport tax. Mereka hanya menerima tunai dan matawang rupiah. Ada beberapa pelancong yang terkial-kial nak cari IDR150k sebab tak bersedia, atau memang tak tahu dengan tax tersebut.

Tuesday, April 17, 2012

ADA APA DENGAN BALI - PART II

1 apr 2012 - Bedugul - Danau Beratan - Tmn Ayun - Tanah Lot


Salam semua bersambung lagi kita ada apa dengan bali , oklah tanpa membuang masa moh cik rinn cerita sket lawatan hari ke dua kami , kali ini kami di bawa ke kawasan gunung ganang juga , yang penting udara nyer nyaman dan sejuk  ini paling cik rinn suka hehehehehe.. kali ini lawatan kami menuju ke BEDUGUL dan terdapat suatu tasik , yang lebih di kenali sebagai Ulun Danau Beratan, apa yg cik rinn kagum dan suka sangat di sini adalah landskap kat sini ..mmg superveb tak tergambar dengan kata2 ... ya allah cantik sgt walaupun bayaran masuk nyer mahal sebanyak 30k..tapi berbaloi baloi lerrr...

cuaca di bedegul ni lebih sejuk daripada tanah tinggi cameron highland .. tuelah yg cik rinn tak sangka di bali nie rupa2 ada kawasan sejuk ,ingatkan hanya pantai dan temple temple shj , sebenarnya menurut kata pak supir bnyk lagi tempat yg tak sempat nak singgah kerana cuaca  tak mengizinkan , selama berada di bali cuaca hujan sesaja , jadi utk pergi kekawasan permandangan lagi cantik spt tasik buyan dan air terjun terpaksa di lupakan, apakan daya allah tak izinkan kerana perjalanan utk kesana perlu melalui lereng2 bukit , apabila hujan bnyk berlaku tanah runtuh jadi kami semua patah balik .... insyaALLAH kalau ada rezki nak dtg lagi

jom nikmati keindahan taman di sini....tak tahu bunga apa..? kita org tengah tanya pak wisanto ..tapi dia snap pulak pic kita org nie...

peh leh tum tum tum.. cam citer hindustan plak..

cantikan landskap nyerr ... mmg indah
 
hijau , damai dan tenang itu jerr cik rinn dpt terangkan...

bersama pak siswanto supir kami ....

inilah trademark tasik beratan ni... ini temple demer lerrr..Danau beratan adalah danau letusan kawah gunung berapi dengan ketinggian 1231 meter diatas permukaan laut dengan keluasan 3.8km serta kedalaman 22 meter....cam no dalam tak ? di sini di sediakan hotel kalau org honeymoon mmg sesuai lerr , tenang damai ..sejuk,, mmg best ... jom kita layan pic pulak...

layan landskap ...
kat tasik pun demer buat temple ...
superverb....
layan lerr budak sengal ni jap....
kurus kuruskan pokok nyerr...org nyerr jerr tak berapa nak kurus...
suka sangat pergi berdugul nie.sbb dapat jumpa masjid...ya allah dpt jugak solat kat sini .tapi masjid atas puncak ...
tanda org islam ada duduk di sini ..kita org happy sgt dpt makan restaurant islam ..sbb owner nyer mmg sah sah islam di kawasan bedugul nielah terdapat bnyk org islam dari masyarakat bugis ... akhirnya cik rinn jumpa juga  dengan penduduk islam yg selama ini bila cik rinn melawat kawasan di sekitar bali , tdk putus2 cik rinn tanya "awak orang islam" bukan jawabnyer HINDU,,,, akhirnya di sini cik rinn jumpa ...apalagi makan tanpa rasa was was , dan sekitar kawasan tasik ini terdapat masjid dan penempatan org islam
pasar sayur bedugul - mcm cameron highland kan sayur2an nyerr .....

ini pasar kat bedugul .. mcm2 ado

ini pasar sayur2ran dan buah2an yg terdapat di kawasan bedugul, spt kat cameron higland tapi tujuan utama kita org smpi sini adalah ingin membeli strawberry yg di katakan agak murah sangat iaitu 1kg 30k jerr... dan perniaga di sini pun kebanyakan org islam
strawberry sekilo cuma 30k jerr... kita org beli jugaklah
jagung madu pun sedap ..manis....dan murah...percutian yg sangat santai bagi cik rinn kali nie sbb tak ada tempat nak shopping  .. jadi kita org semua dpt menikmati alam semulajadi anugerah allah swt ....
temple taman ayun - betul ke errkk..lupo lah
pintu utama dia .kita org tak masuk dlm pun....oklah cik rinn nak citer sikit tentang temple temple yg terdapat di bali nie, pada pandagan cik rinn lah ..org2 hindu di bali mmg kuat beribadat kepada tuhan2 mereka , dan hampir setiap hari akan berlaku pemujaan , jadinya kuasa mistik di bali ni sgt lah kuat , sana sini hanyalah bau setanggi jerr.. agak memeningkan kepala jugalah
penduduk tempatan selepas habis upacara keagamaan...
setiap kuil yg kita org lawati mesti ada  landskap yg cantik2 ...mmg suka sgt tengok ..tapi temple kurengg tgk
ini satunya masjid yg terdapat di kuta,....mcm bagunan pejabat jerr yea..masjid ini di dirikan oleh org2 bugis..
lepak jap kat  tanah lot sementara  menanti matahari terbenam
dlm trip kali nie cik rinn bnyk skip lawatan ke temple .... cik rinn cuma pergi TANAH LOT yg merupakan trademark BALI....belakang tue temple dia org lerrr
yg pic atas tadi kita org bergambar di temple inilah ....temple tanah lot ...trademark bali
matahari terbenam mcm suram jerr sbb cuaca mendung
buat kata pak supir , tak sah kalau ke bali tidak melihat permandangan matahari terbenam ... kat malaysia matahari terbenam pun tak ambil gambar..pie bali lak kita org nk bergambar pulak