CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Rendang Minang Udang

Salam semua ... apa menu anda hari ini , cik rinn seperti biasa menu udang lagi.. alhamdulillah rezeki udang di bulan ini ... jom kita layan .. cik rinn nak bersiap nak pergi kenduri sana sini .. layanzzzzzzzz

jom kita perabih kan 

RENDANG MINANG UDANG  

Bahan-bahan

1KG  udang Laut
20  bawang  kecil 
5 cm lengkuas
40 biji cili padi kampung .. terpulang kalau nak pedas tambah or kurang..
7 batang serai
4 cm kunyit hidup
3 1/2 biji kelapa, diperah santannya (PATI SANTAN JERR)
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 keping daun limau perut
Garam secukup rasa  
1 kiub perisa ikan bilis  
4 sudu besar kerisik kelapa


Cara membuat

• goreng Udang sedikit lebih kurang dlm 4 minit di api yg kecil
• Kisar bawang kecil, lengkuas, cili api, serai dan kunyit hidup.
• Masakkan santan hingga terbit minyak  ..macam kita hendak buat minyak kelapa , bila santan dah pekat hingga nmpk terbit minyak sedikit di tepi kuali tue barulah masukkan bahan2 yg di blender tadi ,masukkan kiub ikan bilis, daun limau perut, garam, kerisik kelapa, asam gelugur dan kacau hingga rendang itu kering  dan pekat .
Kacau rata menggunakan api sederhana. dan masukan Udang, kacau2 perlahan dan tutup api dan masukan hirisan daun kunyit ...dan boleh di hidangkan.
selamat mencuba !

Saturday, November 24, 2012

Tom Yam Seafood

salam semua ... tak der idea nak berkata2 .. jom kita layan resepi ini...


Inilah size udang hasil tangkapan ayah cik rinn
  jom kita perabihkan... mantoppp


THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD
Olahan dari resepi : Thai Style Tom Yum Pak
By: Sunkis
5 ekor udang
6 ekor kupang
3 ekor sotong
3 1/2 cwn stok ayam
3 kepingan hirisan  lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 batang serai ~ di titik
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
4 biji tomato ~ dibelah empat
6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
1 sb daun ketumbar  ~ dicincang
1 sb daun bawang ~ dicincang
1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Panaskan stok ayam di dalam kuali.
Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

Sunday, November 18, 2012

Sambal Petai Udang Laut

salam semua, menu cik rinn kali ini perghhh udang lagi..maklumlah cik rinn kan anak nelayan, secara kebetulan bulan ini adalah musim udang di kg cik rinn..jadi bnyklah hasil tangkapan udang kita org satu family mmg mewah makan udang laut pada bulan nie , tunggu lah next n3 cik rinn lauk udang lagi hehhehe , cik rinn suka udang laut daripada udang bela yg di jual di pasar ,, sbb udang laut manis ..bila di buat sambal perghh ada ummphhh .tak caya cer try cer try heeeee.... jom lah kita layan pic cik rinn drpd camera cap ayam nie..cik rinn ni tak dok camera canggih manggih nie tue pasal pic dlm n3 cik rinn ..sepesen ajerr...tak perlah janji cik rinn adoooooooooooo... yg penting ada n3 nak di Update hehehhehee.jommm layan





tara sudah siap .. jom makan... masa ni cik rinn makan dgn nasi lemak ...

Bahan-bahan ( 2~3 orang )

  • 20 ekor udang sederhana besar (dibersihkan) , di gaul dgn kunyit dan garam , goreng sebentar dlm 1-2 minit shj...
  • 1 1/2 papan petai (dikopek dan dibersihkan)
  •  4 ulas bawang merah di kisar
  •  1 cawan cili kering di kisar
  •  1 buku kiub pati bilis
  • sedikit air asam jawa 
  • secubit garam 

Cara-cara

  1. Tumis bahan kisar,dan cili giling hingga pecah minyak.~sehingga cili masak
  2. Masukkan kiub pati bilis dan air asam jawa.kacau rata
  3. masukkan udang dan petai.Kacau sebati.Tambah sedikit air utk bagi tumisan sedikit basah / lebihkan air jika mahu sedikit berkuah.
  4. Perasakan dengan secubit garam 

Friday, November 16, 2012

Cucur Udang Geragau versi White House Cottage

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
 Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Salam Maal Hijrah  1434, perghh sekejap ajer masa berlalu .. masih teringgat peristiwa nabi muhammad saw ketika peristiwa penghijrahan baginda ke kota suci madina .. semua org  tahu citer ini kan ..masa zaman sekolah rendah lagi , ustaz cik rinn duk citer berulang ulang , so menu sempena cuti Maal Hijrah , kg tersayang cik rinn sekarang tengah musim UDANG GERAGAU , udang nie lah yg buat cencalok dan belacan , tapi cik rin idok suka makan cencalok dan belacan ..almaklum lah .. pepaham saja udah lah ... hehhehe..jom kita layan cekodok or jemput2 udang geragau made in from my lovely home town ... 



1/2 kilo udang geragau di cuci bersih  dan di toskan ..

  2 biji bawang bombay besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
2 biji cili merah hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam (kurang lebih)
telor ayam sebijik
dah sebati kesemua adunan baru masukan udang geragau , krn kalau masuk awal2 udang geragau , akan menyebabkan udang geragau ini HANCUR ..nanti tak best

goreng sehingga kekuningan

jemput makan semua , lagi power kalu di hidang bersama kopi O panas...
cara2 buat kuah lada versi cik rinn 
  • 4 sudu makan cili blender
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu makan air asam jawa or cuka
  • Gula pasir 4 sudu makan
  • Garam secukup rasa
Masukan kesemua bahan di dalam blender, dan blend dlm 3 minit dan masakkan di dalam periuk sehingga kuah lada medidih jikalau terasa pedas sila tambah gula sahaja..maaflah cik rinn tak berapa ingat sukatan gula selalu main campak campak jerr..kalau pedas tambah gula shj... selamat mencuba.

Saturday, December 31, 2011

Udang Masak Lemak Nenas

Salam semua apa khabar cik rinn doakan semua rakan blogger berada di dalam keadaan di rahmati ALLAH swt ..oklah minggu nie cik rinn nak masak udang masak lemak cilipadi bersama nenas..resepi nie mmg fov cik rinn yea... huhuhuhuhuhuu,,,terliuq cik rinn.. mesti rakan2 bloggers sekalian biasakan buat masakan ini... hehehehhehe... jom kita layannnnnnnnnnnn


cam ner mengiyiurkan tak ?.......

Bahan-bahan 

  • 1/2kg udang
  • 1 biji nenas( di potong ikut suka pastu celur dgn air panas di tambah sesudu gula dan toskan)
  • *4 ulas bawang merah kecil - di tumbuk
  • *1/2 inci kunyit hidup- di tumbuk
  • *15 biji cilipadi kampung - di tumbuk
  • *1 batang serai - di tumbuk
  • garam n kiub ikan bilis
  • santan pekat daripada sebijik kelapa

Cara-cara

  1. Bersihkan udang dang buang muncung dia.
  2. Potong nenas ikut suka.dan celur  dgn sesudu gula kemudian toskan
  3. Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan yg di tumbuk . Masak sampai mendidih.kacau yg berhenti yea..apabila mendidih barulah masukan udang setelah kemerah merahan  atau pun udang itu sudah berbentuk U masukan nenas, masukan garam dan kiub ikan bilis dan matikan api.... siap
  4. petua nenas di celur dgn sesudu gula ..utk mendapatkan rasa manis kuah itu bersama udang petua nie cik rinn dapat drpd org kampung cik rinn bila masak gulai kawah nenas...tqvm pakcik musa

Sunday, August 21, 2011

sambal goreng kering udang

salam semua ini n3 bulan ramadan utk iftar ..dah tak tahu nak masak apa ..just makanan yg simple tapi mmg best,,tqvm pada tuan punya resepi dayang jack yg popular itu... tapi sebelum itu cik rinn minta maaf yea tuan resepi aka kak dayang sbb cik rinn ubah sikit,,, hehehehehe...


Bahan-bahan - by dayang jack

  • 100 g ikan bilis halus/sederhana (dibasuh dan ditoskan)- cik rinn guna udang basah
  • 6 biji bwg merah kecil (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci belacan (dikisar) - sya ganti dgn udang kering di kisar - maaf yea tuan resepi
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar- cik rinn guna 1 mangkuk kecil cili..sbb cik rinn suka pedas
  • 1/2 sb air asam jawa - cik rinn guna asam keping jerr.. asam jawa dah abis
  • garam dan sedikit gula merah dalm satu sudu teh

Cara-cara

  1. Sediakan kuali. Panaskan minyak masak dan gorengudang basah sehingga garing. Angkat dan toskan.
  2. Tumis bahan2 kisar dgn menggunakan minyak bekas menggoreng td sehingga terbit bau (tumis lama sikit supaya cili btl2 masak).
  3. Masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan udang goreng yg digoreng td dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dlm kuali.
  4. Hidangkan dgn nasi panas.or nasi lemak