CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Nasi Goreng Tom Yam With Udang Goreng Berempah

salam semua , wah wah wah hanya tinggal seminggu lagi kita akan berpuasa insyaALLAH jikalau di beri umur yang panjang berjumpa lagi kita di ramadan yg mulia ini... oklah moh kita layan nasi goreng tom yam yg paling sempoi , sbb dlm peti ais cik rinn cuma ada udang ajer ..sayur2 e'lek hehehhehehehe.. tak per cik rinn ingat lagi ibu cik rinn kata kita yg buat dia , so jom kita layan nasi goreng paling sempoi...hahhahhaha sebenarnya malas nak ke pasar so godek apa yg ada ajerr..moh kita jenguk....


JEMPUT MAKAN..
NASI GORENG TOM YAM PALING SEMPOI...
UDANG GORENG BEREMPAH

 Bahan-bahan ( 4 orang )

2 mangkuk nasi
segengam ikan bilis di tumbuk
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
5  biji cili padi kg - tumbuk 
3 sudu besar pes tom yam
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
 garam

Cara-cara
1.Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
2.Masukkan perencah tomyam. masukkan cili padi ,ikan bilis di tumbuk
4.Masukkan,serai dan daun limau purut.gaul rata.
5. taburkan garam. masukkan nasi dan gaul rata.
7.Hidangkan bersama udang goreng berempah, keropok ikan 
8.SeLaMaT MenCuBe

Saturday, January 7, 2012

Nasi lemak Kukus Yg Sempoi


assalammuailaikum wbt ... apa khabar rakan bloggers sekalian ..cik rinn doakan kalian semua berada di dlm keadaan sihat walaufiat..perghh cuti sekolah udah tamat ..apa rancangan ke dapur or sibuk membalut buku sekolah anak anak ..hehehehhee..cik rinn seperti biasa sarapan pagi yg simple jerr..tapi berat di perut..hehehhehe..saper nak jawab... tak kisahlah janji cik rinn hado nasik lemak utk di makan pada hari ini ..amenn rezeki allah swt ..ini kes malas nak pergi kedai ..check jerrr dlm peti sejuk apa yag ada ... kita masak jer lah ....buat kata bonda cik rinn ..kita yg buat dia .tak kisahlah janji perot kosong terisi..amenn amenn ameen yaa rabal alamin...... jom kita layan nasi lemak kukus  nie... tak pernah buat tapi alhamdulillah sekali buat terus menjadi ....tak sia sia mencuba resepi ini ..tqvm kepada penyumpang resepi kat MY RESEPI semoga allah swt shj yg dapat membalas nyer...panjang pulak cik rinn berceloteh... jom jamu mata hehehhehehe.... n3 sambal udang kering ada sebelum nie yea..malas pulak cik rinn nak paste kat sini .... hehehhehe

nasi lemak kukus with sambal udang kering n telor dadar..

  Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )

  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan 
  • 1 inci halia  di potong kasar kasar
  • sesudu halba jika suka
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam , halia dan halba dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Friday, November 25, 2011

Nasi Goreng Kampung Nenas

salam semua ... apa menu weekend nie ? errmm tentulah yang dbom dbom dbom atau pun kebam kebambommm..hehehehhehehe..minggu nie menu cik rinn simple jerr nasi goreng kampung tapi cik rinn mixed dgn carrot dan nenas  pergghhh rasanya tidak menghampakan kalau tak caya cercuba cercuba cercuba hehehehe..sbb rasa nenas n pedas cilipadi buat rasa macam makan di thailand pulak.... jom layanzzz


jom breakfast nasi goreng kampung nenas (sila abaikan pic di belakang itu)
biasalah food presentation sebelum di ngap cik rinn

Bahan-bahan ( 3org )

  • 3 cawan nasi putih
  • 20 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ikan bilis goreng
  • 1 biji carrot potong dadu
  • suku biji nenas di potong dadu
  • 3 sb minyak masak
  • garam
  • kiub ikan bilis (optional)

Cara-cara

  1. Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. masukan carrot dan nenas dalam 2 minit ,  Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & kiub ikan bilis. Gaulkan biar sebati.
  3. Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. 
  4. padamkan api boleh di hias dgn sebijik telor goreng n daun bawang,,, nyummyyyyyyyy

Friday, November 11, 2011

Nasi Tomato Yogurt

 salam semua , apa khabar rakan blogger sekalian, semoga allah merahmati kamu dunia dan akhirat..amenn n3 cik rinn kali ini adalah berkenaan nasi tomato seumur hidup cik rinn tak pernah mencuba membuat nasi tomato nie..maklumlah orang melaka ..asyik asam pedas , sambal asam pedas sambal itu ajelah makanan kami sekeluarga... terima kasih allah kerana percubaan pertama ku menjadi bangat sampai tetamu makan ..sambil mengomel buyeh bukak restaurant lerrr,,, kalau kita ikhlas memasak insyaALLAH allah akan permudahkan urusan kita,,,, resepi ini , cik rinn dpt drpd sahabat baik cik rinn puan masturah jamaluddin syukran jazilan masturah...


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras basmati
  • 1/2 tin tomato puri
  • 2 cawan air
  • 1 cawan  yogurt plain
  • 1 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • ## Bahan tumis ##
  • 2 sudu mentega
  • 2cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1/4 bawang besardi belnder dan  dihiris sedikit utk menumis
  • 2 inci halia - blender dan di hiris utk menumis
  • ## Hiasan ##
  • Bawang goreng

Cara-cara

  1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
  2. Panaskan mentega. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau (blender bawang besar,halia,)
  3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan tomato puri, yogurt, air, daun pandan dan sedikit garam
  4. Masaklah nasi macam biasa.
  5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng