Showing posts with label uitm pg. Show all posts
Showing posts with label uitm pg. Show all posts

Tuesday, September 11, 2018

4 tahun dah buat PJJ kat UiTM.

hello guys..

tup tup lebih kurang setahun setengah lagi nak habis belajar dah wei.

5 tahun 1/2 nak mengabiskan ijazah aku ni.

bapak lama gila.

kalau kawen, dah beranak,

anak dah masuk sekolah siap dah pandai request nak adik. pfftt

kekadang macam tak percaya dah sampai ke tahap ini aku punya kesabaran menuntut ilmu.

pernah travel jauh Shah Alam - Johor suatu ketika dahulu sebelum pindah kampus Johor.

pernah hilang kerja.

pernah kene ganti jam kerja sebab sabtu clash dengan waktu kerja. ingat lagi maseni bulan puasa. pernah nangis dalam kereta sebab hari-hari balik lambat. dengar azan kat radio.. kemain lebat nangis sebab tak sempat beli makanan buka even air pon takde sebab hadap jem hazabb tu. T__T

pernah kene tolak gaji.

pernah kene sindir.

pernah kene pulau.

eh macam-macamla onak ranjau nak menghabiskan ijazah ni.

TAPI

aku sikit pon tak pernah terfikir nak give up.

tau tak kepuasannya datang waktu bila?

bila kau dapat result setanding dengan usaha kau. dengan waktu yang telah kau korabankan. dengan segala penat lelah kau.. itu KEPUASAN hakiki...

aku bersyukur sangat ada family yang sentiasa support impian aku.

ade kawan-kawan yang sentiasa kagum dengan kecekalan aku.

pic : google

aku harap aku dapat grad first class. tamat dengan 3.5 above amin..

doakan kecemerlangan aku di masa hadapan..


xx



Tuesday, May 24, 2016

TAHNIAH ADIK-ADIKU!

Hai hello..


Lame menyepikan. Ade je ni. Hehehee
Macam mana life lepas berhenti kerja? So far oke gila nak mamti haha. Of course le best kau.. tak caye ce try engkorang benti ape rase. Kekekeke. Actually takde pon rase rindu nak keje situ balik atau rindu nak naik office tu balik. Atau ape sahaja yang berkaitan dengan office tu aku tak rindu pun. Nape ek. Mungkin inilah yang dikatakan kebahagiaan? Haha



Ok. Short entry je sebenarnya harini. Tahniah untuk adik-adik ku yang mana dapat tawaran masuk IPTA. Harini mesti bizi gila sebab harini hari pendaftarankan untuk UiTM. Cousin aku dua orang dapat UiTM. Sorang UiTM Pasir Gudang course Elektrik Kuasa dan sorang lagi jauh nun tercampak di Perlis. UiTM Arau course Polimer. Adeh kesian sangat dengan cousin aku Asilah tu. 17 tahun dok bawak ketiak ibu pastu dapat pulak jauh beratusan batu. Selatan ke utara sana. Korang dak-dak JB yang mana dapat UiTM Arau tu halo-halo la aku. Leh la buat kawan cousin aku. Leleh-leleh air mate kene tinggal. Rase kelako pon ade jugak.



Aku dulu pon cemtu. Lepas SPM baru berpisah dengan Ibu aku tau. Tapi aku ni sejenis tabah sikit la. Lepastu tak sempat nak rindu ibu nak rindu rumah sebab orentasi macam hell. Tak mandi, tak cukup tido, makan kene laju-laju. Tapi bila di imbau balik ase rindu pulak zaman-zaman tu.



Oh ha! Lagi satu, adela beberapa reader emel aku Tanya cemana nak tukar course nak tukar kampus untuk FULL TIME. Dik, hakak kau ni PJJ je dik. Bukan full time. So hakak memang tokleh nak jawab soalan-soalan aneh adik-adik sekalian. Nasihat akak, kalau tak suka course tu atau memang tak boleh langsung nak terima course yang adik-adik dapat, tak payahlah pergi. Takut nanti sampai ke beso rasa menyosal kenape amek course ni dulu. Nak tukar kampus dengan alasan jauhhhh….akak nasihatkan tak payah pergi. Belaja je yang dekat-dekat dengan rumah hehehee. Well, banyak pendapat sebenonye. Kalau tanye hakak kau ni, itula pendapat hakak.



So ok la, sekian sahaja update kali ni!. Tahniah sekali lagi untuk adik-adik ku sekalian!.