Showing posts with label membebel. Show all posts
Showing posts with label membebel. Show all posts

Monday, January 16, 2017

BEBELAN SELEPAS HABIS EXAM.

Hai... hello..


Finally end my final examination. Feel good. Feel free. counting days for the result!


Exam sem ni macam krikrikkrik betul. Sedih last paper haritu MGT takleh buat dengan sempurna. Dah la kite selalu kene highlight dekat kelas dengan lecturer sebab kononnye student rajen la, student contoh bhahaha. Oke sila redho geng. Aku tahu mesti dorang pon macam krikkrik jugak jawab haritu. Ewah confident tah-tah aku sorang je yang blur. Punyalah tak boleh move on dengan paper MGT haritu terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Terus ws geng, TAK BOLEH MOVE ON seh!.  Aku takboleh kalau lecturer bagi high expectation dekat aku. Mesti aku akan mengecewakan mereka. Sebab tu aku malas kalau lecturer puji-puji ni. kekejap nama naik. I is tak selesa. Lepastu classmate terus cop student kesayangan la, mesti lecturer bagi markah ok kat kami yang selalu kena highlight ni. ewah ewahh sentap tau mak. Ko hingat aku suka ke cenni. Aku tak suka ok!. Weird feeling tiap kali nak masuk kelas MGT. Nak eye contact dengan lecturer pon macam krikkkrik. Semua orang pon boleh je jadi rajin. Semua orang pon boleh je jadi bijak. Kau buat ape lecturer nak dan ikut point die, pasti nama ko mesti akan di sebut-sebut gak dalam kelas.


Sebenarnya aku malas gak nak layan gosip cenni. Tapi terdengarlah juga few classmate cakap aku dengan dila duduk depan mesti la lect sayam. Hekeleh betul. Dah engko yang memilih untuk duduk. Aku ni memang dari sekolah rendah lagi memang memang memang suka duduk depan. Bukan takat kat kelas even pergi kursus mana-mana pon aku memang akan memilih duduk barisan hadapan. Beratur kat perhimpunan pun barisan hadapan. Dulu kat sekolah masuk perbarisan pun barisan paling depan iaitu pemegang sepanduk. Dalam panggung wayang pun pernah dapat sit paling hadapan tanpa di minta-minta. :pp


Ignore je la orang yang suka cakap-cakap belakang ni --pujuk hati sendiri. sebenonye baru sem ni aku ngelami situasi cenni. cuma tula masing-masing dah besarkann..


So ok, meh share gambar yang telah di collage kan. senang zapp satu gambar je upload ekeke


Pic pertama dah tentu swafoto teragung. Rase macam janggal nak juga swafoto ek. kena belaja biasakan. Heeee.



Actually pic semua ni kejadiaan a week before last exam haritu. Bosang bak hang ngapal. Aku pesen kalau ngapal takleh tengok running man. Macam tak fokus. Orang lain boleh ek dengar lagu sambil study. Aku pernah buat, tapi tak dapat nak adapt kekdah tu.


Selang 2 jam sekali baru layan RM. Heee. Hidup aku memang tak lengkap kalau satu hari tak bukak RM. Aku akan repeat hari-hari. See #diehardfan kennn


Next, study group dekat lib maseni subjek QMT. Satu hari suntuk study QMT rasanya 2 minggu sebelum start final exam. Subjek QMT ni kalau last minit korang baru nak  study memang gile pandai pale otak korang haha. Aku pesen lembs pale bab kira-kira ni. tapi bila orang tanye prefer subjek mengira atau membaca? Teruss laju jawab of course subjek mengira! Bhahaha. Paham jela, membaca ni hoi mengantuk die macam kene sumpahan.


Biasanya bile buat study group  ni. awal-awal dah pesan jumpa just nk buat revision semua bab. Bincang soalan yang tak clear atau tak tahu nak buat. Semua chapter kene sentuh laju-laju.

Aku suka bile buat study group uolz dah study dulu kat rumah. Nanti jumpa baru diskas mana tak faham. Jimat masa. Kalau time study group korang baru nak faham baru nak bukak buku. Ermm sila jangan study dengan aku. Nanti aku stress.. lepastu terus jadi mak tiri. Hehehe

So make sure do some homework before sit discussion w group member. Kalau satu-satu bab baru nak selak ermm tak cukup rasa satu hari kan?.
hari tu juga jumpa lecturer terus tanya soalan-soalan yang tak faham. Nasib baik kerajaan dengan swasta cuti tak sama. So boleh je terus jumpa lecturer hari ahad tu. Mudahhh.
Well, lain orang lain cara study... ikutla cara masing-masing. Kalau tanya aku gini la jawapannya sebab aku ni dalam kategori obses dengan study hahaha.


Next pic banyak gambar meja study aku je benonye heee. Before ni ade gak aku share. Tapi kalini dah tukar kedudukan segala. Dari dulu memang style aku belaja duduk bawah je. Tak banyak pun buku-buku. Maklomla rumah sewa je. Tapi ade 1 kotak sedang dan 1 beg sedang kat bilik tamu tu penuh buku-buku dari sem 2 sampai 4 ehehehe. Tah bila aku nak bawak balik kampung pindah dalam rak buku. Entohh lee


Last pic, muka purpel tu haha time study bosan-bosan gak. Tenyeh muka dengan floral mask. 2 tahun ade bendealah ni. tak expired pulak ek. Aku pon sedap je guna. Hiks!


Oklah, Gud nite!!




Wednesday, March 30, 2016

KETAGIHAN.

Hai..


Aku tak tahu la korang percaye ke tidak yang aku ni tak active langsung dalam facebook dah hampir 4 tahun. Pernah sekali tu nak log-in lupa pakai emel ape. Kahkahkah. Password tetap ingat sebab gabungan tarikh lahir aku dengan ex-bf aku dulu. Ewah sampai sekarang tak tukar. Nampak tak sape yang tak move on sekarang ni. haha. Ok tutup.


Aku tak aktiv jugak kat instagram. Buat instagram semata demi menjadi stalker. Dari asia sampai barat sana aku stalk. Kahkahkah.


Twitter? Ape tu..tak pernah dengar. Bhahaha. Dulu aku adela seketul akaun bersama twitter ni. well, menjadi kelaziman ya manusia kalau dengar je bende baru mesti laju jee nak jugak ade nak jugak try. Lepastu aku dah delete sebab tak reti guna dan malas nak belajo sebab takut ketagih hahaha. Vodo je alasan tu.


Nak cerita pasal ketagih media social ni. aku antara beribu mungkin jutaan manusia yang ketagih facebook satu ketika dahulu. Memang gila ketagih aku ni sampai tak tidor malam dok scroll, update status tah pape je dulu. Memang aktiviti tak sehat langsung!. Lepastu tah mana datang keinsafan, aku pon mentabahkan diri. Uninstall apps facebook. Buang internet. Hapus kan laptop. Ok tu tipu. Susah oke nak hilangkan ketagihan facebook ni. bila aku dah Berjaya membuang facebook dari hidup aku, maka aku pon hidup bahagia. Banyak je aktiviti sehat yang boleh aku buat. Banyak je masa terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Kalau tidak dulu zaman ketagih. Bukak je mata hadap facebook, up gambar tah ape-ape je, up status tah merepek-repek. Haha sedar-sedar dah jam 1, 2 tegahari. Kang nanti dah mandi hadap FB lagi. kang makan hadap FB lagi. kang dok tengok tv hadap FB. Begitula kehidupanku zaman budak baru nak UP. Syukur Ya Robb aku dah Berjaya menghilangkan ketagihan FB yang melampau!. Sekarang ni adela bukak tapi jarang sangat lah. Sampai kekadang tu macam tersedar wow dah lame tak bukak FB. Haa cemtu. Kekawan aku selalu stress. bila dorang tag nama aku kononnye nak ajak conversation la kan tapi aku tak sedor akan tag tersebut. Bila aku kata aku tak de apps FB tidoknye percaya pulak. Haaa tengok ado ke tidokk. Tak ado oke. Aku dah merdeka dari FB.


Tak de FB tak bermakna tak tahu bende-bende viral oke. Aku layan je B.Nara. ohbulan dan macam-macam lagi blog gossip hahahahahahaha. Jadi ketagih kalau tak bukak blog gossip satu hari. Tetiap hari naik je ofic, bukak PC, terus taip huruf B menunjukkan B ialah Bangnara. hahaha Dah tu  cane kekdah nak hilangkan ketagih bukak blog gossip ni wei!. Ketagihan bende baru ni. tapi tak lah sampai komen hentak-hentak jari jadi keyboard warriors tu. Aku bace je lepastu ignore..boolayan lahh. elehh macam korang tak pernah layan.

Ok dah la macam story perangai-perangai buruk pulak.


Bai lah..


Saturday, November 29, 2014

GOOGLE KATE KANSER.


hey. hello..


bulan november ni bulan yang tough, sehinggakan saraf-saraf aku sering menunjukan perkara-perkara aneh lagi menghairankan. Antaranya.

1. Jari kelingking bergerak sendiri keatas ke bawah kekiri kekanan. – peliks
2. Otot peha ku tetibe je begego sendiri. Macam ikan keli kene sembelih tapi still begerak-gerak. – aneh
3. Ibu jari kaki kiri secara memvavi buta lenguh-lenguh. – hairan.
4. bila tidur malam, kerap kena simpul biawak ke buaya gitu la. hoii orang noreh getah pon tak macam aku punya nerakah dunia.

Walau hairan dengan tingkah laku tersebut, aku tak pergi cek kat spital pon. Aku anggap bende ni normal untuk gadis seperti ku. Muntah!. Oleh sebab bende ni kerap berlaku, maka....

Aku pon mengambil keputusan untuk buat medical checkup. Tak jauh. Dalam google je. Aku pasti ramai doktor-doktor pakar disitu sudi membantu.

Aku pon taip la. “kenapa ibu jari kaki saya sakit secara tiba-tiba

Nah kau begitu ramai ya 'doktor' nak jawab persoalan aku tu. 'Doktor' petama kata. Aku mungkin terkene buatan orang. Kalau ibu jari kaki kiri sakit berdenyut-denyut maknanya ada orang hantar 'bende' bla bla bla bla. Sampai la kepada 'doktor' yang ke doploh, beliau sahkan aku ade kanser saraf. Vodo je. Ke aku yang vodo. Terus tutup laptop. P ngoji. 

kau orang pernah tak jadi macam aku. nak selidik punya selidik dalam google pasal perkara aneh yang berlaku atas body kau... sampai satu tahap google kate kau ade kanser. :p 

tanye google sape suruh! 

Abes cerita.


Belumm. Belummm abes. 

Ibu dah banyak kali buat pesanan tanpa penaja. "Minum susu minum susu minum susuuu kau degil kenapa. Kurang vitamin. Kurang nom air. Kurang rehat. Jangan sampai kurang siuman lepas baca statement kat google. Boleh gila!. Mengarut". Masalahnya google yang kate bukan aku!.




Thursday, December 12, 2013

RUANG IDAMAN KELBU.

hello,


harini kita sambung ya part ruang tamu, ruang santai/istirehat dan pilihan meja makan. happy-nye nak share ruang idaman kelbu pilihan hati kononye. :p

RUANG TAMU

untuk living room atau bahagian ruang tamu aku masih lagi ingin menetapkan konsep perabut yang minimalis!. ruang tamu sudah tentu menjadi tumpuan bagi tetamu yang berkunjung ke rumah dan ofcoz menjadi pandangan pertama selepas buka pintu masuk. jadi harusla menitik beratkan ruang tamu yang tidak nampak messy yang crowded yang agak tak selesa la senang cakap.


aku tidak mengimpikan ruang tamu yang besar. sebab ruang kalu besar ni kene letak perabut. bila salah pilih perabut dah tentu ruang tu jadi macam crowded. kalau tak letak perabut pulak, nampak terlalu kosong. jadi macam mana kita nak mendeco bahagian ruang tamu yang besar tapi tak mahu sarat dengan perabut ya?



biasanya ruang tamu di gunakan time tetamu datang rumah je la. ade rumah sampai 2 3 ruang tamu kan. kalau kat rumah atok aku dulu makcik aku siap bagi nama setiap ruang tamu. ada ruang tamu theme autumn in my heart la, winter sonata la. dulu kan pemes bende-bende gini. haha jadi untuk ruang tamu aku nanti pemilihan sofa tu kalau boleh aku nak dari jenis yang macam ni. lembut dan empuk. sofa yang tidak terlalu besar. meja yang tidak terlalu besar, tapi kalau tetamu nak minum kopi kena bangun angkat sendiri la. takpe exercise sikit :p . kalau sofa macam ni boleh memuatkan 10-11 orang tetamu. ok kot?. kalau nak duduk bawah pon ok ade karpet bulu-bulu tuu. :p

 tivi pula dari jenis yang tergantung macam tu. kalau tak letak tivi pon takpe letak sejambak bunga pon dah berseri. idok la letak pokok pisang :p. yang paling penting padanan warna cat dinding dan perabut. sebab warna-warna ni mempengaruhi mood ; suasana. 


ruang tamu yang macam ni nampak lembut je kan. dari langsir ke sofa satu kaler. tapi idok bosan ke aku nanti? :x


kalau ruang tamu tak berapa nak besar. gaya macam ni pon ok dah. letak cermin besar dekat belakang sofa nampak ruang ni macam luas je. tips dekat sini, kalau ruang tamu tak cukup besar. lebih la elok pakai meja jepun macam kat atas ni. meja yang rendah menampakan ruang tu lebih relax dan tak sarat. meja untuk tivi pon jenis yang ringkas.

sofa pula dari jenis yang rendah-rendah kecik cengini. bila ada tetamu yang kena duduk bawah idok la nampak janggal. kalau sofa besar gabak tetibe ada tetamu duduk bawah macam tak kena je. yela nak letak sofa banyak-banyak ruang pulak terhad. so, langkah bijak dengan meletakan sofa yang minimalis! :)


aku ni kadang-kadang suka kalau duduk bawah je. macam jepon. hihi. aku rasa kalau duduk bawah tu macam selesa sikit kot. boleh bersila bersimpuh etc. lagi satu kalau duduk bawah ni banyak space. idok la berebut nak duduk kat sofa. 


what say u? :))


RUANG SANTAI

ruang santai dalam istilah aku ruang dimana tempat keluarga kecil bersantai berlepak-lepak. wujud pemisah antara ruang tamu dengan ruang santai. evento ruang yang ada tu kecik, aku nak jugak bahagi dua bahagian. ruang tamu dan ruang santai. wajib ade ni ruang santai. sebab kat ruang santai ni tetamu tak nampak pon apekejadah kita buat dan tetamu tak la bersuka suki duduk kat ruang santai ni. dan aku pulak idok la bersuka suki duduk kan ruang tamu tu. kira ruang tetamu adalah untuk tetamu. dan ruang santai adalah untuk diriku dan keluarga kecil ku. :p. panjang istilah aku kalah wikipedia!


ruang santai idaman kelbu sudah tentu nampak santai dan tidak penuh dengan bende-bende yang tak sepatutnya ada. nanti pening pale haku. hehee. oleh sebab kat google takde pilihan gambar yang kena dengan citarasa, maka aku gambarkan je la ek.




tapi tidak jugak. ruang santai yang aku gambarkan hanyalah satu space yang kecik sahaja. tidak la besar.
dinding ruang tersebut berwarna unggu gelap/unggu terung dan ada 3 keping frame gambar bercorak geometri berwarna kuning terang. dengan hamparan karpet berbulu dari warna unggu gelap. beberapa biji bantal empok besar dan kecik berwarna unggu dan pink. hanya ada sebijik tivi takde astro pon takpe. mungkin adalah beberapa buah buku di dalam rak meja tivi yang minimal. ni baru santai. :) kite boleh baring-baring tengok tivi. boleh makan depan tivi. boleh juga jadi sudut bermain dengan anak-anak :p etc. 


meja tivi yang minimalis.  :)


macam rasa nak ada kerusi ni sebijik la. lepastu berebut. sape dapat die punya. :p



atau ni?


MEJA MAKAN

sebenarnya meja makan idaman kelbu aku bukanlah berbentuk empat segi. aku lebih suka berbentuk bulat atau empat segi tepat. tapi bentuk empat segi juga nampak macam smart je kan.


kalau bentuk bulat tu kan firasat aku mengatakan macam senang je nak ambil lauk pauk. sebab ianya di susun secara membulat. opkos tangan tu sampai je kalau nak ambil udang yang kat depan tu ha. kalau meja berbentuk empat segi memanjang. maka lauk pauk disusun secara berbaris. lagi satu hal pulak kene buat sampai 2 hidang. bab ngambil lauk pauk ni memang aku harus titik beratkan. :p


tapi tak berdosa kalau aku nak tukar-tukar. :)





nampak macam ok la. hehee. kalau keluarga besar mari, kita bentang je saprah makan kat bawah. takpon g makan kodai. mehehehe. 

ok. tamat.

samada ruang rumah kita besar atau kecil. asal kene dengan gaya yang sesuai dan pilihan perabut betul, maka ruang tersebut menjadi ruang yang di iktiraf dunia *tetibe. pilihan dari segi perabut dan warna cat/kertas dinding adalah sangat penting juga. oleh itu marilah kita bersama-sama berangan-angan mendeco rumah idaman kelbu. ehehe.



Wednesday, December 11, 2013

RUMAH BERANGAN IDAMAN KELBU.

hai,

hari ni tarikh baanyakk cuonteq, hari ni che ta kita menikoh uolz. so 1st anniversary dorang next year adalah pada 11.12.14. hehehe


oleh sebab hari ni nombor cuonteq. harus la nak cerita bende-bende cuonteq je. adoihh lengoh bibier kite nak nyebot CUONTEQ tu. haha royan.


aku nak share pasal rumah idaman aku. ekeceli lebih kepada decorasi dalam rumah dan luar rumah. pilihan rumah aku kalau di izin Allah aku mahu jenis single storey. ade laman sendiri. ohoho. rumah jenis ni area JB sekitar 1M. uisshhh verangan tu tak salah. dah name pun berangan idaman kelbu :p


berkonsepkan moden+korea style.


kenapa aku memilih konsep korea house? sebab orang korea ni dalam rumah die simple-simple je pon. takde crowded dengan perabut etc. lagi pulak barang dalam dorang semua kiut-kiut omeimey. :))


yang penting laman nya.aku paling suka rumah ada laman/bahagian tepi rumah yang ade tanah sikit. mesti paling eksited nak mendeco ruang sebegitu. :p



ha sejuk je kan mata memandang. kat tepi-tepi rumah harus tanam tumbuhan hijau. penting tu. dek sekarang udara tak lagi segor tak lagi selamat. dengan menanam tumbuhan hijau macam ni dah tentu kita dapat menghirup udara segor. tumbuhan hijau ni sebenarnya membekalkan tenaga kepada kita manusia selain boleh membantu dalam peningkatan kualiti udara dan mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen. ha, ade macam cikgu sains tak. haha. dulu cikgu sains aku pernah cakap. kalau nampak orang merokok, cepat-cepat lari duduk bawah pokok. hehehe


wakaf/gazebo kalau boleh aku nak 1 je dah cukup. tak berape nak besar. cukup la kami sekeluarga bersantai-santai makan jempot-jempot ikan bilis dengan kopi petang-petang. :p



nak kecik-kecik. comel-comel je. tapi kalau laman tu besar, maka wakaf pon harus la besar sikit dari ni. lepastu tak payah la kain langsir. nanti hujan lencun lepastu bertahi lalat. aku ni bukan rajen nak menyental. so, kita buat ape yang kite rajin je. kehkehh


kalau macam ni pon ok jugak kot. siap berbantal empok-empok. tapi nanti laki aku taknak tido kat bilik pulak. iye dok. haha


sekarang marilah kita mendeco bilik utama terus. haha. part ni aku suka la. :p

BILIK UTAMA

aku mengimpikan bilik tidur yang sehabis ringkas. tidak sarat dengan perabut-perabut pencakar langit. ehehe. kadang-kadang wujud barang yang tak sepatutnya ada dalam bilik. kalau boleh dalam bilik tu cuma ada katil dan karpet bulu-bulu je. :p. anddd andd anddd sekuntum bunga rose merah dalam balang kaca tinggi kurus dalamnya ade air atas meja solek. hari-hari bunga baru. sila muntahh! :x


eh banyaknye. kite nak satu je.... :x

aku tak tahu la kenape mata aku tak boleh tengok perabut yang banyak-banyak ni. rase nak muntah pulak. hehe. tapi kan kan abah aku suka beli perabut. aku bosan tau. ibu pon same dengan aku tak suka rumah banyak perabot. kalau ade perabut yang ringkas pon dah ok. tak payah yang besar-besar gabak tu. macam meja tivi kat rumah tu. hoih angkat kena  4 orang! pengsan. kalau boleh perabut tu aku nak jenis yang simple minimalist!. biase tapi rekaan moden. sebab aku suke tukar-tukar kedudukan perabut tu nanti. kan ke jemu kalau sameeeeeeee jeeeeeee hari-hari atau minggu-minggu atau bulan-bulan?. ekceli perabot or perabut?....


so, yang ni boleh di katakan simple?. :p


pemilihan warna cat dinding pon penting tau. bagi menampakan ruang bilik tu luas, tak rasa macam sempit, tak rasa macam panas. pilihan warna cat dinding cadangan aku ialah dari warna-warna pastel. lembut-lembut gitu. kalau warna kuning terang tu rasa macam nak mengamuk je pulak bila masuk bilik. hahaha. dan sudah semestinya bukan dari warna yang cepat boring. boring. boring. warna boring aku ialah warna biru-biru pekat tu.



dapat katil yang nice-nice camni cukup dah. aku tak mengimpikan katil 4 tiang tu. besar sangat macam tak layak nak tidur kat katil gitu. :p. lepastu nanti satu keja nak ngelap tiang-tiang tu. kalau malas nak ngelap nanti spider buat sarang  antara satu tiang ke satu tiang. dah pulak jadi langsir ala-ala kain lace dari air liur spider. eheheee :x jadi, katil macam tu tak layak untuk aku yang kaki pemalas ni. :p


dah kawen kang mane boleh bilik kaler pink-pink uolz. macam ni lawa tau. ringkas sangat. taknak keluar bilik la acamni! 


yang ni ok. ade cermin yang boleh nampak pemandangan luar. tapi kalau boleh toksahla ngadap matahari. kang aku nak tido lepas subuh silau-silau nanti. :p. lepastukan tetibe ade lampu bawah kepale?.motip??.. takpayah tunggu matahari muncul kat luar. sebab matahari sentiasa ada atas kepale. :x


macam ni pun aku suka. tapi bukan bilik sendiri la. bilik pinjam ke bilik sewa ke bilik kat resort/hotel etc. kalau bilik ni wujud dalam rumah aku, nampak macam tak tahan lame je kan. :x


tu bilik sendiri. kalau bilik tetamu dan bilik anak-anak nanti aku pikirkan. :p


tapi ade lah google jugak.. sikit je tak banyak. :p


ni bilik anak lelaki aku. :p. comel kan. geram je. tapi bagi aku jenis set kids bedroom macam ni ade rasa macam membazir pulak. budak-budak kan cepat besar, cepat tinggi. lepas 7 tahun kene beli katil lain meja study lain. hoih kalau mommy kau ni banyak duit opkos boleh je kite tukar-tukar. T__T


ni pulak bilik anak dara aku. kembar katenye. :p. simple camni pon dah nampak kiut!. tapi macam yang aku cakap, lepas 7 atau 12 tahun kene beli katil baru T__T.





ok, 2 gambar ni milik anak lelaki kembar. hoih ramai anak-anak kau azi. alaa dah name pon berangannnnnn bace tu tajuk entry bebtol. BERANGAN. kikiki 


nak selamat. deco je macam ni. sampai umur-umur cukup matang nak kawen baru tukar katil lain perabut lain. wawawawa


aloloo omeinye! ni dengan mommy nye tumpang sekaki.


bilik anak bujang ni lawa. cita-cita astronaut. 

tengok bilik budak-budak kat ikea sampai berpinar bijik mata aku. adoii lawa-lawa sangattt lah!


ok, tutup cerita pasal bilik-bilik. kalau ikut napsu aku sampai ke bilik air pon aku nak citer. hehe. kite shortkan je la. memandangkan entry ni pon dah cukup panjangkan.. :p


DAPUR

oleh sebab hobi aku memasak. aku memerlukan dapur yang sangat best!. tak payah ruang besar-besar nanti penat aku bermarathon dalam dapur. nak ambil senduk sikit punya jauh. nak pegi singki kene redah kuali periuk esbox. hahahaha. so, kecik-kecik je dapur tu. kecik tapi lengkap! :)



ha macam ni pon ok la. cuma bab periuk tu baik la letak dalam kabinet. aku kalau susun periuk macam cun pulak kan. tu baru susun belum bab nak ambil periuk bertingket-tingket tu kompom riuh satu taman dengor kot. haha. tapi kalau boleh dapur masak dengan singki tu sebelah-sebelah. sebab aku kalau masak memang wajib kene percikan minyak panas etc. so, kene segera berdezup ke singki. :p. tapi *berapa banyak tapi da macam bahaya tau kaler putih camni. tengok memang lawa suci tanpa noda. tapi lepas aku masak kari telor, asam pedas, rempeyek, kopok lekor. datang pulak laki suka makan siput sedut nah kau merayap satu dapur! apakah ianya masih lagi suci tanpa noda?


eh! macam ni cun tau. cuma warna kabinet tu kite kasi tukar. warna hijau lembut+garang cun tau. aku nak dapur ala-ala taman astakona cepwan. sambil masak sambil berangan. elok la tu!


wah kauu!. aku kalau dapat dapur macam ni. terus mohon satu slot rancangan kat chanel AFC. :p



dapur macam ni terlalu bergemerlapan. lawa sangat. kalau dapat macam ni. sah-sah aku tak masak. kerjanya mengelap, mengemop je. hoihh sanyang nak masak kat dapur cengini. kalau masak pon rebus telor je kot. sebab terlalu bergemerlapan macam kepala abang jebo. kiki :p


ok la, kite stop sampai bahagian dapur dulu. bab living room tu terlalu banyak idea. aku nak muntah dah hadap pc lelame. hahaha. 


CREDIT : IKEA, GOOGLE.COM

Thursday, December 5, 2013

DENGAR LA BEBELAN DARI SI TEMBEL

hai...

yuhuuuu...lamenye tak update blog..adelah dalam 2 hari kot. hihi. entry aku yang lepas tu kan ade budak tu tak paham..siap komen 'aku tak paham ape kau tulis'..miahahaha.


lately aku banyak kerja le nak buat. contohnye ketip kuku tangan dan kaki. lagi satu, mate aku belah kanan ni tak semena-mena ketembelan. sekse kau.. nak gi kerja dengan ketembelan. aku seperti sedang menanggung bebanan kontena di hujung kelopak mata. mate dah la sepet. hehehe. tapi takpe aku berusahaaaaaa membutangkan mata. bukak lebor-leborrrr O___O ha ghuper ni. kalau ikut napsu cuti aku ni nak aje MC 2 minggu. tapi dokter kasi cuti halfday! halfday kau tahu!!! mane tak aku mengamuk kat klinik tu! hoiiihhhhh! sebeell... patut dulu aku jadi dokter. :x


hari tu aku tukar DP kat fesbuk. opkos la fesbuk kan. DP aku ade la ghuper wajah sebelah kanan. mata sebelah, hidung sebelah, mulut sebelah semua sebelah la. dah kate pun sebelah....tutuptup 3-4 hari lepas aku kene tembel. kat mata kanan pulak tu. memang sesuai sangat. ni semua bahana pesbuk. adela tu tak suke aku. maki maki gambo aku. hahahaha. aku ni banyak tengok drama tu pasal perangai macam ni. saba je la..


ok, tutup cerita pasal tembel,

aku nak cerita lately bukan lately sangat la..pageviewer aku makinla membuak-buak. tah mane muncul..Russia pon ade bekenan nak terview blog aku ni kan. tapi kan nak kate terview macam mustahil pulak. sebab Russia menduduki tangga kedua selepas Malaysia. musykil ni, aku bukan ade buat bom bom ni. hari tu aku cume cakap aku suke tengok cerita berunsur bom-bom tembak-tembak mati-mati. tu je.. dorang salah paham ni..hihihi.. *perangaiiii tah pape


aku nak ngucapkan trimas beti/beta...tanpa korang earning nuff aku tak meningkat. teranjat kite tau tau sekali bukak akaun nuff bapakkkkkkk 3 BE baru masukk *3 je pon tak payah nak bapakk sangat.. haritu last bukak tunggu 4 BE di-creditkan. tak jugak credit-credit sedih bawak diri sampai tak bukak dah nuff. keh-keh-keh merajuk konon. dalam merajuk-merajuk tu bukak juga. :)


mungkin aku start share pasal SAGA. so, banyaklah keywords yang datang pasal SAGA pasal nak TIPS MELEBATKAN BULU pun ramai. hoihh RESEPI SAMBAL SOTONG pon ramai yang view. tu yang semangat nak menambahkan lagi info-info pasal SAGA. pasal RESEPI. hari tu nuff ajak join contest masak memasak, aku tak dapat nak join. mase tu aku banyakkk sangat kerja nak buat. sedih sampai terbawa-bawa dalam mimpi. hehehe insyallah di lain masa mungkin.


ok sekian sahaja bebelan dari si tembel! :)


*hoi bosannye entry ni tak bergambar. :p



Tuesday, July 2, 2013

AL-KISAH SI ADIK

entry : setting post on 9:00pm

hello,

hari tu ade pergi Melaka tempat aku menuntut 3 tahun kat negeri Hang Tuah tu. hantar adik lelaki bongsu afiq haziq ni balik rumah sewa dia. dia pon student lagi kat Politeknik. tak sangka ade 2nd generasi kat situ. aku keluar, die pon masuk. skrang pon dah last sem. tapi aku rase, setiap kali naik sem die macam budak sem 1. mane tak, tiap kali naik sem mesti kerja nak angkot barang die je. betul-betul mewarisi sipat aku budak ni. seingat aku dulu kakak aku blaja kat uia dan adik aku dulu blaja kat poli pahang tak la pulak setiap sem nak nganto aje.. anta sekali mase daptar lepastu akhir sem balik sendiri. jauh la katekan, Melaka pon sejengkal je kan. boleh la ulang alik T__T.


tol pon baru RM 15.10x2. minyak pon RM 70.00 dah cukup. makan sekali je RM 23.50 tu pon makan kat merlimau restoren sebelah D' Sempoy tu. oh! kenangan dulu lepak situ la. mane lagi selain cafe kat poli tu.

well, merlimau banyak sangat perubahan. tahun lepas pon aku dah terkejut dek perubahan ketara. tahun ni teanjat sikit la sebab bangunan khos KFC 24H besar gabak depan Poli u olz. bertuah kau anak tak payah pergi Jasin malam-malam semate ngidam nak makan kfc. oh! kenangan lagi. dulu sanggup i olz sewa kereta semata-mata si Dila nak makan KFC. kehkehkeh melenjan ke Jasin malam-malam...

lagi perubahan depan poli la banyak. dah ade pintu gerbang yang cukup si segani. dulu kala punye pintu, alamak segan nak cakap. haha


hari jumaat lepas baru abes majlis konvo kali ke-12 kate adik. pak-guard tu pon uniform cantek i tell u xtau la ade sepitol ke tak. :p

eh lupe nak cakap, sekarang orang da panggil Bandar Merlimau Utara. dulu pekan je. naik taraf engkoo... aku dah macam mamarazi pulak :p.

lepastu sampai la rumah sewa budak afiq ni. dekat Taman Debunga. amek kau. sem last dapat rumah makin jauh. dulu taman muhibah lepastu taman kawasan kilang sana. makin nak abes makin jauh pulak. tapi takpe la naik moto je pon. :p



kau tengok barang budak laki satu bonet pon dah cukup. aku dulu menangis hiba kalau abah amek aku ade orang ikot sebab takut nanti kereta tak muat. siap pesan awal-awal dari asrama. "jangan bawak sape-sape" sekian.
dulu pernah makcik aku amek naik myvi u olz.. nah amek kau pangku box buku sepanjang jalan T__T. aku pulak tak target makcik aku amek naik myvi dah la dorang pengantin baru mase tu. haha T__T


sem last ni, semua bende nak baru. tilam baru kakak aku. selimut pon baru. lagi semua yang baru beli kat fresco. cet ngelat sangat ketara. gitar aku buat jamming petang-petang melalak lalak lagu isabella lambang cinta terlara, lagu muka-buku, lagu buku merah, lagu lelaki tak guna tak guna tak gunaaa pon dia angkot juga. stress aku hahaaaaaa....


sem last ni jugak, beliau janji dengan ibu untuk belajar sesungguh sungguh. lebih belajar dari melepak. lebih belajar dari jamming. lebih belajar dari bercinta.. katenya la. bagus tu. aku tengok kau pon banyak pergi competition robotic IPTA/Politeknik/Kolej. bangga kejap aku sampai gigit pingat emas T__T. walaupun kadang kala kau membongkak sama aku. kau lupa aku lah yang membelanja kau baju bola di Pasaraya Smart tahun lepas. kau lupa ni...


so, i wish u gud luck bro...


Love,
kakak kau nombo 2
03:45pm


Sunday, May 29, 2011

♥ Memang PANJANG sey!! ♥

hye salam sunday...

ye ye ye aku tahu aku langsung tak BW beberape hari....adelah sebabnye kenape...ala ade yang kesah pulak kan kann..hehe


semenjak dua menjak aku LEBIH KIJAM ni....aku rasekan banyak perubahan...hormon-hormon Hang Jebat dah semakin sebati dalam darah....cehcehh kau hadoo..



hari ni aku jamin seratut peratut kejap lagi aku musti tumbang..kenape tumbang? bukan kene tebang derr...sebab aku sulah beberape hari dijangkiti demam salesman..eh cilap, demam seleseme...walaupun nadi-nadi Hang Jebat memang ade dalam tubuh ni, namun tak terkecuali untuk dijangkiti demam..ape kau merapu ni aziii...tak kuaaaseee jahh nak melayan!



okes...ape lagi nak habaq...Oh! ya..semalam my prenz E-Day...means Enganggement day...seperti yang aku war-warkan tentang kesibukan aku bulan 5-6  banyak semputan-semputan kawen my BFF, my BF, my B and my F...bertunang jugek tak terkecuali..



sejujur jujurnye, aku jameennn sekali lagi, profit&loss statement aku berakhir 30 Jun 2011 akan jadi Loss...yes negetib....kenape?



petame, mestila beli hadiah kan kan kan...pulak tu aku suke bagi hadiah barang elektrik...pinggan mangkuk cawan taperware bagi aku bende yang biase dan aku jameenn pengantin banyak dapat...so, aku bagi la mesin basuh, peti ais, air-cond, generator..hahaa tipu tipu..


kedua, dah jadik tabiaat aku kalau nak ke mejlis-mejlis mesti nak semua baru..means baju baruuu shawl baru..entah ape-ape punye perangai!!! aku ped-up la dengan kau azi..dahla cereweett nauzubillah..nak pergi jemputan jekkk kootttt kau nak oveerr kau ke yang naik pelamin...ya ya ya aku akui...

 
sekarang memang banyakkkkk bebeno orang kawen sane sini kan kan...sampai aku demam kawen..eh ekceli demam pelamin anganku musnah...nun di hadapan ghumah aku ni..halamakkk bising bebeno lerkk dengan karoke, speaker die memang cunnn la terleetak betul betul ngadap ghumah aku..hooiit nak pecah pankreas aku dokk...bukan sebijik...3 bijikk kau! nasib baik aku takde penyakit sawan babi, kalau tak memang aku bawak parang pergi serang...gituuu~


ni lagi satu...sore DJ die..makkkkkkk aiiiiii cik jahhhh menyakitkan hati kumpulan nasyid jahh jahh jahh sekalian...ade patut dok cerite penyakit kencing manis la potong kaki la disaat orang ramai menjamu seleroo...huii tak pergi kursus induksi ke DJ tu...cian orang pergi jemputan ni nak makan dengan rase sebal, hati bengkak!...baik baik nak ratah kambeng jadi terbantooot...hapeerr punya DJ...eeitt bagi sebijik kang...aku dah la tengah gangsterrr nih!


aku ni ushar dari jauhh aje la gamaknye...bukan tak dijemput..uii jemput..tapi aku aku akuuuu tadakkk baju baru...hahahaa gila...memang dijemput tapi oleh keraneee dulu jaman sekolah si pengantin pernah rampas boipen i muke ala-ala aeron ajis kau! haaa aku macam sakkkiiit je hati..walauupon muke ala-ala aeron ajis tu dah ponnnnnn kawennn..ciann pelamin anganku kerap musnahh sejak jaman sekolah upernye...oh tu cerite jaman sekolah ketiak basi...aku dah mahap kan dah dose-dose nyeer pade diriku...ketahuila kita ni hambaNYA yang kerdil...kita sendiri meminta ampun padaNYA...apalah salahnye kite memaafkan sesame kite...



walaupon aku dah reda hati dengan beliau..aku totap tidak mahu pergik..sebab aku kan demam, lepastu 'ceri berian'..mane tak semalam mase majlis E-day membe aku gunekan sehabis tenage untuk menguyahh...hahaaa giloss semalam aku makan dengann kejam eh makan dengannn tekun..setadi pon tak tekun macam tu...


nasik beriani die memang terbaikkkkkk dook!! nasik die aku kurang makan la, aku suke je makan ayam masak merahh perghhhhh...daging masak kormak perhhhhhhh mabeles! kalau boleh aku nak letak kat tepi bibir je ni...jilat sikit-sikit...hahaa.
haii menagis T__T kalau pojiah latip tengok aku makan...mane takk, sibuk nak ramping macam pojiah latip tapi apekan daye...kan pelamin anganku musnahh...apekahh


semenjak aku gangster ni la kan...asal ade yang nak main mate dengan aku je...aku bagi penumbuk...huahahahaahahaha giloo dah jadi tredmark aku sekarang...hebatt juge ye penangan pelamin angan ku musnah ni...kahkahkahkahh-ketawe jahatt!



walauponn aku memegang trofi gangstergurlz, ade jugek yang tanye semalam..''zi, macam mane kau pakai selendang..cantek la..'' lagii....walaupon aku makan tak hengat dunnia, ade jugekk yang tanye..''zi, camne kau boleh kuyus...jeles i...''


kahkahkahh ape mereka butas...mane pulak datang ye kuyus...kalauuu kuyus (kurus) pon sikit la..luak 1.1cm je kottt....bagi tak menghampekan mereka aku bagitahu la juge tips...tipsnye mudah je..sarung kalung bunge taik ayam, siap tagline..'pelamin anganku musnah' ha gituu~
lepastu ramai-ramai pakat nak rejam aku dengan slipor yang terpijak taik lembu...haha



sudah sudah!...entry aku kali ni 'Memang PANJANG sey!!' dah la bosaannn...merapu banyakk..pemalas...lagi tak mandi...lagi taik mate berselupat....sile la percaye...






 akhir kate...idup pink!