hello, sambungan entry sebelum ni..memang agak panjangla sebab aku malas nak berdrama lama-lama haha! hope sudi habiskan sampai habis k.. enjoy!
seingat aku ade sehari je aku ponteng kelas itu pun terpaksa sangat. sebabnya aku dapat perkhabaran duka pasal ibu aku. ibu aku diagnos kanser payudara stage 3c. maseni aku rasa dunia gelap gelita. aku ni kan homesick teruk tetiap minggu memang akan balik jumpe ibu aku. bila aku dah start belajar part time ni, aku kurang masa dengan family nak-nak dengan ibu aku. kalau aku balik kampong memang aku akan masak macam-macam untuk seisi keluarga.
lepas je dapat berita macam ni Ya Allah tuhan je yang tahu. sekarang aku menaip ni pon sebak bergenang air mate. aku memang tokleh kalau cakap pasal ibu ke abah aku. sedih, emo, jiwa berkecamuk gitew.
|
Library UiTM PG yang selalu aku pergi. even hari minggu kalau teringin nak study kat sini, sanggup aku datang haha. tapi rumah sewa aku memang tak jauh pon nak ke sini. seingat aku, sekali je aku jejakkan kaki aku ke PTAR. kat PTDI ade lift untuk student ye. lect ke student ke guna lift yang sama. haha. |
mase aku ponteng kelas tu memang lagi beberapa minggu ke hari tak silap aku nak final exam. nekad betul aku ponteng kelas sebab nk jaga mak aku kat hospital. mujur aje lepas doktor sah kan mak aku ade kanser, terus dapat date yang sesuai untuk operate. Ya Allah sedihnya kalau teringat balik bende ni. T___T
mase aku down tu, kakak aku banyakla bagi semangat kat aku. die cakap janganla sampai nk berhenti belajar. I tell you ya, kakak aku ni orang paling tabah aku pernah jumpa selepas mak aku. tak tunjuk kesedihan langsung. nak di bandingkan dengan aku ni, yakpon cenggeng, gembeng tengok je macam gagah perkasa. haha! aku kalau bab family memang aku kalah!
alhamdulillah selamat pun aku duduk final exam. bila di ingat balik. begitu kentalnya lahai semangat aku nak belajar ulang alik JB-Kluang-TBS-Kajang-Shah Alam. even aku merasa satu semester je kat shah Alam. ini dah kira menguji ketahanan mental aku tau cannot brain aku cemana kekawan yang boleh habiskan 4/5 tahun ulang alik dari JB ke Shah Alam tiap minggu. hat ups!
sebab tu aku selalu pesan kat diri aku sendiri. bila dah sambung belajar ni, memang kene buat betul-betul, study, score, participate, etc. aku tak rase keputusan nak sambung belajar ni kau boleh buat main-main. gagal selepas usaha tu lain. hasil itu selari dengan usaha. ini selalu aku pesan dekat diri aku. yang paling aku tekankan bab duit. sudahlah sponser diri sendiri takkanlaa nak main-main kan. ini jela aku dok ulang-ulang cakap kat diri sendiri.
mase aku tengah cuti semester, kawan aku cakap UiTM Pasir Gudang ade bukak course accounting. aku pon melompatla kegirangan. terus je contact coordinator kat sana menyatakan hasrat aku nak tukar kampus. bende ni tak settle dengan mudah guys. kau kene sabar banyak-banyak bab tukar kampus ni. first sekali coordinator akan cek kau punya blendend learning sebab code banyak dah berubah ade subjek-subjek yang tak available. maseni coordinator tak galakkan aku tukar kat Johor memandangkan ade la sedikit salah faham antara ined Johor dengan Shah Alam. supposed, ined Johor tak advise pun untuk open course accounting ni sebabnya takda lecture yang boleh mengajar dan sebab paling utama UiTM Segamat dah takda course degree of accounting. semua lecturer dah di hantar ke tempat lain atau pun mengajar subjek lain. kalau ada pun bukan subjek-subjek accounting macam FAR etc.
|
landskap kat UiTM PG ni aku kira yang paling kemas dan cantik sekali. aku akan lepak dekat pondok ni sambil makan kuih atau tunggu classmate aku datang. |
|
subjek yang coordinator offer mase kat Johor tu tak banyak. seingat aku macam LAW, Statistic dengan ENT. oleh sebab aku dah ambil ENT mase sem 1 maka subjek yang available untuk aku cuma LAW dengan Statistic je. coordinator minta aku pikir masak-masak dulu sebelum buat keputusan. aku pon pikirla masak-masak gak dengan tak sanggup nak jauh dengan ibu ini sebab utama aku. aku call coordinator Shah Alam mintak advise dari beliau. untuk aku paham jadah blended learning etc ni memang agak complicated la wei. aku bukanya diploma UiTM so nak paham "bahasa" UiTM ni agak complicated bagi aku. lepas beliau bagi pencerahan baru la aku paham ape yang dimaksudkan.
so, akhirnya aku pon decide nak transfer kat Johor selepas dapat petunjuk.
aku tak tahu nak rujuk kat siapa mase proses nak tukar kampus ni. seingat aku, kerani kat ined tu ade beritahu aku bukak website ined untuk dapatkan borang. aku pon godeh-godeh so jumpela. macam-macam borang ado.
maka isila aku form tersebut berserta sekeping surat.. surat ni just suka-suka je aku buat untuk menyatakan dengan kukuh kenapa aku nk tukar kampus gittew. lepas siap isi, aku fax je kat dorang. sebab aku assume dorang akan nampklah terus compare dgn email.
selang beberapa hari, aku follow up dengan ined Shah Alam. nak tanya ape result nya. dorang cakap dorang akan SMS kalau berjaya. so, aku tunggu punya tunggu bapak lama gila tau tunggu maseni dah nak naik sem tau. aku ade mase kurang 2 minggu nak setelkan bende alah ni. aku call balik ined sebab aku tak sabo haha. dorang cakap dorang baru bentangkan kat mesyuarat. dua hari lepastu aku dapat sms, SUCCESS!. laju-laju aku call coordinator Johor cakapla aku punya result dah lulus. so, settle bab tukar kampus.
first day aku kat UiTM PG tu, aku kenal sorang je. classmate aku mase kat Poli. kelas aku untuk semester 2 ni ade dua kelas je. 8-10 pagi kelas Statistik lepastu 4:30-6:30 petang kelas Law. memandangkan Segamat dah takde lecturer yang available untuk kami (kesian giler!) maka lecturer statistik ni dorang import dari UTHM. hahaha. tapi best giler namati wei lecturer ni. bestt sangat-sangat sampai aku dapat A!. lecturer Law ni dari Segamat. ok juga. dapat A juga. aku ingat balik result aku sem 2 ni paling gempak la sebab dua subjek jek. macam 3.8 kot. hahahaha gempak tak!
mase kami hampir dengan final exam, coordinator ada bagitahu kami yang berkemungkinan kene transfer ke UiTM Shah Alam. vavava maseni memang haru la. memang course kami ade beberape ketul je (macam 12 orang camtu). wakil Ined Shah Alam (tak sure timbalan pengarah ke siapa ek) siap datang Johor buat meeting dengan kami untuk memohon kemaafan la sebab dorang yang setuju untuk bukak course ni kat Johor tanpa mengambil kira aspect lain. complicated tau kes aku ni. mase dengar kene tranfer shah alam tu, aku nak kojol dah biar betik?!.
Wakil ined tu pon ade bagi kami pilihan kalau tanak pindah Shah Alam. First, tukar course ke Finance dan subjek yang dah tak related dengan Finance tu dorang akan pulangkan yuran. second, tarik diri dan dorang akan pulangkan yuran. pergh sewenang-wenangnya bagi pilihan yang terakhir tu. kedengaran sangat kejam.
maseni dalam bilik meeting agak tegang la sebab ade sorang classmate ni die memang brani untuk argue macam-macam. tapi still, dorang tetap dengan keputusan macam tu. hmm.
so, kami balik untuk pikirkan ape pilihan yang patut kami buat. frust menonggeng pon tak guna sebab aku dah sem 2 kot. almost setahun aku belajar. kekawan lain tu okla baru beberapa bulan je takla sebel sangat aku kira.
oleh sebab aku taktahu keputusan dan hala tuju yang patut aku nak ambil, aku pon fikir okla lets sit the final exam first. I may not rugi ape-ape pon kan!.
|
ini port biasa aku study kalau sorang-sorang. meja luas gila, selesa yakmat. I will miss this soo much! |
mase cuti sem tu, aku dok pikir punya pikir banyak aspect. aku mungkin takda jodoh dengan accouting sebab paling utama, kerja hakiki aku sekarang ni not too much exposes with accouting or related works so far. jadi bila aku duduk kelas FAR aku sebel dan rasa berat untuk jawab sebab aku dah lame gila tak buat accountings works! bila aku buat pencarian kat internet pasal course finance ni, aku rasa ini lebih dekat dengan aku sebab pertama tidak terasa berat. aku mungkin boleh ambil accounting kalau aku pelajar full time. untuk part time ni aku pilih yang simple as that je lahkan!. even finance ni pon banyak jugak killer subjek TAPI tak se-killer accounting. kalau korng nak aku compare between accounting dengan Finance. Finance ni susah die tak sesusah accounting. means that, die memang susah gaban rate 8/10. kalau accounting nak-nak subjek FAR tu, susah 10/10. walaubagaimana pun, setiap course tu ade tahap kesukaran masing-masing. kita tokleh la compare each of 'em tanpa mengambil kira perasaan pelajar yang ambil course tu. paham tak.. hehe
oleh sebab pertukaran course ni tidaklah-sepenuh-hati-nak-tukar-pun, maka coordinator banyak la membantu kami kekdah nak tukar course ni. hiba betul perjalanan nuntut ilmu aku ni, kejap tukar kampus lepastu tukar course pulak bhahahha.
and, untuk classmate aku yang lain tu cume dua orang je sanggup pindah Shah Alam sampai sekarang tau gigih!. ade tiga orang tak silap aku tarik diri, yang lain tukar course sama macam aku.
kalau orang cakap 2 semester aku tu rugi.. aku tetap mempertahankannya bahawa aku tak rasa rugi pun, walupun jauh di lubuk hati paling dalam aku merasakan begitu haha!
aku anggap jela rezeki untuk aku. mane tahu betul-betul aku boleh score dengan course finance ni, ditambah pulak dapat lecturer yang semua best-best belaka, coordinator yang sporting. aku akan rindu semua ni. nak banding dengan Shah Alam, aku tak rasa aku dapat bonding yang macam ni. berdasarkan pengalaman aku yang satu sem tu je la hahaha.
aku tak sure ined kampus lain. tapi setakat yang aku tahu ined kampus Johor ni memang dalam ranking yang baik. bukan cakap besar tau, ini ape yang coordinator aku selalu ingatkan kami untuk jaga prestasi and Alahmdulillah suka untuk aku kongsikan dekat sini bahawa sem lepas ined Johor telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan 21 orang mendapat Anugerah Dekan. nak jugak cakap kat sini, 21 orang tu termasuk aku hahahaha. ok terima kasih atas ucapan semua hahaha.
aku sangat-sangat bersyukur sepanjang aku belajar di UiTM PG ni, Allah hadirkan kawan-kawan yang sangat positive, sangat membantu, sangat eager untuk graduate dengan 3.5 above dan rakan yang tak jemu nak ajar, yang tak berkira dengan waktu, yang sikit pon tak merungut untuk segala-galanya.
|
wehuu paper terakhir. dan sobbs! exam terakhir aku. sem depan dah tak sit final exam wei, aku tak tau nak suke nak sedih hahaha. |
aku pun harap korang yang mana tengah buat Part Time study tu teruskanla semangat korang. jangan give up. kalau rasa nak give up di pertengahan jalan, cuba korang tengok berapa jauh korang dah pun berjalan. takkan nak patah balik? kalau korang patah balik, korang takdapat pun masa yang korang dah 'bazir'kan untuk study ni. kalau aku rase penat dah letih sangat-sangat dengan benda ni semua. ibu aku akan cakap "sikit je lagi". sebaris ayat ni memang meninggalkan kesan yang amat dalam pada aku sehingga ke hari ini. aku faham sangat-sangat memang susah! meh peluk meh!
untuk aku yang berada di tahun terakhir dan semester terakhir ni, aduhai perasaan yang susah nak kongsi. sedih, suka, duka, gembira.. mix feeling I ever had!. yang aku confirm mase konvo nanti aku nak nanges berpelukkan dengan kekawan aku. its too-long-journey and too-emotional!!
xx.