Hai.. salam jumaat penuh barakah.
Harini cuaca mendung je. Nyaman dan asyik sekali. Lama tak
hujan kat sini. Harap-harap hujan lebatlah harini dah beberapa hari asyik panas
berbahang. Di tambah pulak jejiran kat sini tak paham bahasa. Panas-panas pergi
bakar sampah buat ape. Ngee tak paham aku dengan orang begini. :p
Alhamdulillah result untuk sem lepas dah selamat keluar. Debaran
jangan cakap lah tunggu punya tunggu sampai tertido. Lepas subuh baru aku bukak
emel. Slow-slow scroll. Seriau wei tengok hahaha.
Result sem ni unexpected betul. Aku tanam impian dalam 3.7
cemtu hahaha. Kemain tinggi menggunung impian kekeke. Aku berani letak cemtu
sebab aku over confident *perangai tak elok* dan sem lepas memang santai je aku
rasa tak berapa nak pressure tak macam last 2 sem :p. But okela sem ni ngam sui
dean list 3.50 tepat 0 disitu. Ape yang tak mencapai target??. Hermm mehla aku
story subjek ape yang aku ambil sem lepas.
ELC400 – Preparatory College English
Subjek ni sebenar senang je. Sebab die 2.00 jam kredit so
memang patut gila score untuk A!. Unfortunately, aku Cuma dapat B. Takde plus
takde minus kekekee. Tah nape susah bena nak dapat A ek?. Masa final ade dua
soalan je wei. Soalan 1 summarising about uses of lemon soalan 2 easy -importance
reading newspaper. See, soalan mudah ken. Herghh ni yang aku macam down gila
mase tengok result. Seriously B??. Nanges tepi bucu katil. Hahaa. Aku syak
carry marks aku tak lebat ahh kau paham je la da name pun Academic english. kau
sendiri pon tak belajar dengan details masa sekolah bahkan tidak di MUET. Ekekeke.
Tapi seriuosly madam ceicilia memang terbaik mengajar ELC400 ni. Korang tak payah risau code ELC400
akan di lupuskan. Aku batch terakhir ambil code ni. Tak tahula pulak code lepas
ni makin susah ke ape. Kikikikii. Ngeri pulak nak hadap ELC500 nanti :p
TMC401 – Introductory Mandarin (level I)
Subjek ni paling hebat pon aku target B+ kahkahkah. Sebab aku
tak confident oral test aku haritu. Tah pape aku merapu. Sedih pilu. Huanying huanying
ni lai wo de jia. Bhahahahaha adoih lawak pulak bila teringat balik mase
belakon haritu. Muka kompiden sekali sebutan tone kelaut hancuss. Ade sorang
budak kelas aku die terel koo. Sebijik macam cine kalau cakap. Siap beborak
dengan lect dalam mandarin. Ngeee stress aku. Tapi aku bangga sikit ahh mase
written test haritu aku tergolong dalam top 5 scorer kekekeke. Carry marks
mandarin ni Cuma reveal 45% jek. Baki tu mase dapat result keseluruhan. Tu yang
aku stress sebab takde final paper untuk kite topap balik marks. Sedih kan. But
its okela kalau ade final paper aku jugak yang botak :p alhamdulillah dapat B
je pon dah syukur sangat!
ECO415 – Economics
Wuhuuu economics ni belajar nya best sebab ringkas je. Kekekeke.
Lect ajar untuk korang lulus je kalau nak A kene belajar lebih sendiri. Tak paham
tanya. Muahahaha. Aku tak caye dapat A alhamdulillah. Walaupun penuh drama masa
jawab haritu tapi okelaaaa aku rasa lect tolong kot. Lect pesan janji ade point
yang betul die kasi markah. Huraian aku
memang hantam. Totally hantam kahkahkah. Oleh sebab sebelum ni aku dah pernah
belajar ekonomi jadi bolehla membantu sikit sebanyak. Hapal kene hapal. Bukan takat
hapal kene faham juga untuk memudahkan proses menghantam huraian. Kikikiii
FIN420 – Financial Management / Analysis
dari senior paper ni killer. Repeaters ramai dan tak ramai
yang dapat A!. Mase dengar senior cakap cemtu aku pon gerun jugak. Tapi aku
ilek ilek buang anasir negatip bila dorang cakap paper ni susah la lect tak
best la ape la. Aku belajar je betul-betul tak paham terus wasep lect. Alhamdulillah
lect oke je tak seperti yang di gembar gemburkan oleh senior. Helok je reply
wasep aku walau cemana sekali pun hihihi. Tapi kene ade teknik jugak nak
menanya tu. Ko janganla tanya soalan yang tak logik atau soalan yang ko tak
kaji dulu jawapannya terus nak tanya mestila lect malas nak jawab kot. Kebanyakkan
yang aku tanya soalan yang meragukan. Contoh kata aku tak confident soalan tu
nak pakai formula apa siap buat la sikit calculation nampak sikit kesungguhan
dah TRY buat tapi TAK SURE. Haa barula lect macam ade mood kot nak jawab. Aku rasalah...
sebab kalau aku dapat soalan dari reader tanya soalan yang aku rasa dah ade kot
kat blog aku which is kat previous entry tapi ko malas nak scroll. Memang berkira
la aku nak menjawab kadang lambat-lambat aku jawab kakakaka *perangai sebeno*. So
aku syak lect pon cemtula. Bende yang kau boleh carik conclusion, tapi sebuk
nak tanye macam orang tak buat homework memang malasla beliau nak layan. Kekekeke.
Oke melampau bebel aku kat atas tu. :p FIN ni antara paper
yang berantai. Kene bawak sampai abes semester. Last sem aku ambil code FIN426
kalau korang ingatlah belajar mengenai banking operation and documentation. Sem
ni code FIN420 financial analysis. Rumit sikit. Kalau suka kira-kira inilah
subjek yang sesuai untuk korang. Last sem mengapal. This sem mengira. Dari bab
1 sampai abes tak ingat bab berapa :p semua mengira kalau ade teori pon sikit
jek. Tapi sem lepas satu soalan 20 markah semua teori amekkoo. Dalam sejarah
aku tinggalkan 5 markah kosong. Sebab serious tak tahu nak hantam. Dahla skema
soalan baru. Tepanjat aku mase tengok soalan. Takde pilihan soalan. Semua kene
jawab. Dua kali terperanjat keluar soalan yang lect tak ajar. Tak ditekankan
mase kat kelas. Bagi notes dan formula and hapal. Giler tak? Sampai 2 soalan
keluar. Mase memula aku memang tolak ah nak jawab soalan short term and long
term financing sebab formula memang banyak sangat! Loan sahaja sampai 6
formula! Belum bonds agagagaga. Last minit aku belajar selama dua hari jugak. Mahamkan
formula tu sendiri. Alhamdulillah boleh la bawak tapi still jugak taknak pilih
soalan loans and bonds kalau keluar. Cewahh. Sekali nahh tade pilihan. Sila menangis!.
Bab yang aku confident boleh jawab contoh cash management, inventory
management, cash flow, capital budgeting, pro-forma etc tak banyak markah. Ciput
ciput je tak boleh lawan soalan loans dengan bonds punya markah wakakakaka. Padan
muka. Akhirnya alhamdulillah aku dapat A- yes minus ekekeke. Mase dapat soalan
tu aku terus list down sesiap formula loans dengan bonds yang 4 layer punya
formula untuk kd. Maha dasyat punya formula kahkahkahkah!!! Opsss bagi aku la. Tak
tahu la IQ korang lagi cemerlang dari aku. Sebab aku ni susah sikit nak jatuh
cinta dengan formula la kira-kira la etc memang tak minat. Aku suka buat
statement macam cash flow, pro-forma, capital budgeting etc kekekeke. Sebab tu
takde nak formula beno-beno. :p
Now kene bertenang untuk tunggu subjek ape sem depan. Heharap
NFU bagi balance untuk subjek-subjek yang susah dan senang.
last word! Tahniah kekawan untuk result sem lepas!! Teruskan
berjuang jangan mudah mengalah!. Kalau gagal sekali tidak bermakna gagal
selamanya. GAGAL ialah bukti yang kita dah MENCUBA! keep calm and go study!!
xx