Showing posts with label Baris Pertama. Show all posts
Showing posts with label Baris Pertama. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

KITA INI HAMBA ALLAH.



Hey, rentetan post yang lepas. 

Aku stress kat tempat kerja sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Beremosi yang tak stabil. Nak exam lagi ni semua ni menyumbang kadar peratusan stress aku. Tak tahu la kenapa, aku terlalu stress dengan sorang staff baru ni pun iya. Aku terlalu expect die boleh ikut cara aku bekerja. Boleh bekerja dengan pantas dan tekun.

Aku silap besar.

Aku terlalu berharap die jadi macam aku. MANE MUNGKIN!. Tak mungkin orang boleh jadi macam aku. Sama juga aku, aku tak boleh jadi macam orang lain. Yes! Aku silap. Aku terlalu beharap die dapat bekerja dengan begitu expert dan efficient. Atau mungkin aku terlalu pentingkan kerja, pentingkan kualiti kerja, semua.  sebab tu aku jadi stress. Bila aku stress, period tak setabil :p. lepastu selera makan jadi tinggi maka potensi untuk gemuk adalah besar :p. eh memang aku stress banyak makan. Ade orang stress tak makan. Terbalik!

Petang semalam aku terbukak radio ikim. And u know what. Air mate aku menitik laju. Entah kenapa kata-kata penceramah jemputan dalam radio ikim tu sungguh menyentak perasaan aku. Aku tak tahu siapa. Sebab tak dengar dari mula. Ape yang aku paling paling ingat.

Bila kita dalam keadaan sukar, stress, bila di timpa musibah samada dari segi fizikal atau mental, katakan pada diri sendiri. Wahai _____nama sendiri sesungguhnya aku hamba Allah.
Katakan katakannn lah. Jadi aku pun berkata dalam hati untuk melihat sendiri keajaiban itu.

Wahai azi, sesungguhnya aku hanyalah seorang  hamba Allah.
Perghh die punya menusuk kelbu Allah je yang tahu. Begitu syahdu yang teramat kalah cerita Nad balik umrah. Perasaan yang ganjil. Tak tahu lah kenapa. Walaupun dalam doa aku sering titipkan ayat ni. :aku serahkan hidup ku, rezki ku, jodohku, dah seluruh hidupku hanya kepada-MU: tapi kali ni memang makan dalam. Sampai semua stress, kecelaruan hati aku hilang serta merta.

Aku kan memang perangai dari dulu, cepat naik angin. Dan cepat muhasabah diri. And sekarang ni, aku takde la nak mara-mara je. Aku biakan je la. Lain orang, lain cara bekerja. Aku Cuma harap beliau boleh bagi komitmen dalam bekerja tu saja. Itu sahaja yang aku harap untuk menyenangkan kerja aku. Aku fikir, ini ujian untuk aku. Maka haruslah aku tempuh ujian ini. Terima kasih Allah kerana menyedarkan kesilapan aku!


*header baru pakai nama facebook. J

Friday, October 11, 2013

BARISAN PERTAMA : KELEBIHAN DAN KEBAIKAN SURAH AL-KAHF

salam jumaat Kahf..




1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)


surah Al-Kahf adalah surah yang mengandungi 110 ayat dan merupakan surah Makkiyah. kenapakah kita di saran untuk membaca surah ni pada hari jumaat?. antara kelebihannya ialah jika dibaca pada hari jumaat, maka dosa-dosa akan diampun oleh Allah di antara dua jumaat. dan jika menghafal 10 ayat terawal akan di jauhkan dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal

di dalam surah ini terdapat mesej-mesej akidah yang didatangkan dalam bentuk cerita. antara cerita dan penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan qidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim. kisah si kafir yang memliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah. kisah Nabi musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhdapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj. 

surah ini juga mengajar ummat islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan 'in sha' Allah'. ia suatu kalimah yang sangat penting. antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah Al-Kahf ialah kerana Nabi Muhammad SAW ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang Roh. namun, wahyu tidak turun kerana Nabi Muhammad SAW tidak menyebut 'in sha' Allah' tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. selepas beberapa ketika, dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya ayat yang menyuruh Nabi Muhammad SAW menyebut in sha' Allah tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari Allah tentang 3 perkara tesebut. 


beruntungnya kita jika di amalkan surah ini di hari jumaat. semoga kita semua di jauhkan dari azab kubur dan azab api neraka. semoga Allah merahmati kita dalam setiap urusan. amin~




credit : muzir.wordpress.com

Friday, August 2, 2013

BARISAN PERTAMA : TANYA SAMA IMAN, APA SEBAB GOYAH?

DEAR IMAN :

Sering kali hati ini dinodai oleh keterlekaan dunia. Saat itu kita seakan buta dalam menilai yang mana haq dan batil. Sentuh hati ini dengan maghfirah, belai hati ini dengan tarbiyah. Ketahuilah bahawa saat kita berjuang namun kurangnya tarbiyah, kita seakan kalah dan apabila kita bergerak kerja dan kurangnya tarbiyah kita pasti lemah.

Segenap ruang, telitilah apa kekurangan diri agar kita terus mampu mengubahnya. Perbaiki dasar islam kita iaitu aqidah dan ibadat,kerana hanya aqidah yang sejahtera akhlak yang mantap mampu dibina dan ibadat yang benar mampu dizahirkan. Kita terlalu lemah menyatakan hasrat hati mengikut keutamaan,sebab itulah melahirkan peribadi muslim yang mantap itu sangat membimbing kita untuk bergerak lebih jauh. Perkara yang basic tidak diperkukuh,bagaimana pula kita mampu teguh bergerak lebih jauh. Jadi kemaskini urusan,susun atur urusan kita untuk membina tarbiyah dalam diri yang mantap.

Kita memang tak pernah lari dari kesilapan,tapi itu bukan alasan untuk kita terus berada dalam kejahilan yang lalu. Oleh yang demikian,seseorang yang berubah dari sejarah silam kepada kehidupan yang baru,janganlah diungkit perkara lalu nya,kerana sangat perit untuk dikenang kejahilan lalu. Apa yang terdaya adalah melupakannya dan membina sejarah hidup yang lebih kemas dan rapi. Saat indah dalam islam adalah,apabila kita mengukir niat di hati untuk berhijrah kepada yang lebih baik,saat itu Allah akan hadirkan orang2 yang terbaik untuk berada di samping kita,namun suatu saat Allah akan uji dengan menjauhkan dia dari kehidupan kita. Bisiklah pada hati mu “Aku berubah kerana Allah atau kerana manusia?”.


DEAR IMAN :

Kita ini hanya insan biasa. Oleh yang demikian,saat kita hebat diuji,sering kali hati ini mengeluh. Rupanya baru sekelumit Cuma cinta ini untuk Allah dikait. Berhentilah menyatakan,kepada bakal imam/bakal makmum ku,atau kpd bakal zauj/ah ku,atau mungkin juga bakal tulang rusuk kiri/pendampingku dan sewaktu dengannya. Bagaimana ingin menyatakan soal mereka sedang hati ini masih lalai mengingatiNya. Sedikit nota untuk kita semua,siapa pun mereka,tinggalkanlah mereka dengan Allah,kerana hanya Allah yang layak dan mampu menjaga mereka.

“cukuplah bagiku,kau Ya Allah,
Tiada yang disembah melainkanMu ya Allah,
Ya Allah kurniakanlah,
Ketenangan dunia dan akhirat,
Limpahkan kami Nur hidayahMu,
Jauhkan kami dari azabMu,
Cintakan bunga akan layu,
Cintakan manusia akan mati,
Cintakan Allah kekal abadi,
Itulah cinta,cinta yang hakiki”


DEAR IMAN :

Bila kita bergerak ke luar rumah,contoh pergi jalan2,shopping,riadah atau bercuti apa yang kita akan buat bila dekat luar. Bila kita pandang berbagai ragam manusia,bila kita pandang alam ciptaan Allah dan senang kata setiap pandangan kita. Seandainya pandangan kita kepada semua yang kita lihat hanya sia2 atau hanya sekadar memandang tanpa berfikir. Alangkah ruginya kita. Cuba pandang segenap ruang itu dengan berfikir. Cari ibrah dan cari macam mana nak selesaikan masalah yang kita lihat tu. Atau,kita lebih suka pandang dan biarkan. Nampaknya,kita bukan sekadar lemah iman,lagi teruk dari katak yang bawah tempurung. At least katak bawah tempurung dia tak keluar dari tempurung sebab tu x tahu dunia luar. Tapi kita dah melangkah ke dunia luar tetapi tetap static pemikiran kita. Tanya sama iman,apa sebab goyah,mungkin aqidah yang lemah.


kdt : permata kalbu


*hasil tulisan sepupu yang banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan. semoga bermanfaat






Friday, May 6, 2011

♥ BARIS PERTAMA : Wanita Solehah Srikandi UMMAH ♥

jadilah wanita yang hadirnya didalam kaca..
sukar disentuh tapi bercahaya...
permatanya digilap dengan akhlak dan peribadi yang mulia...
moga hadirnya kaum hawa itu di hargai 
bukan untuk dijual beli..

"Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan ”.


baris pertama kali ini berkongsi kisah WANITA SOLEHAH SRIKANDI UMMAH. *sign~ ^_^
untuk renungan bersama..semoga kita mendapat ikhtibar...amin~



 
"Dia adalah Hawa. Dia dicipta sebagai wanita. Pelengkap lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tuntas dan termahal di dalam menjana peribadi unggul dan berprestij. Dia adalah aspirasi setiap generasi
Bertepatan dengan fitrahnya yang lembut, berhikmah, halus dan tersendiri, ia mempunyai sentuhan ajaib yang terlalu sukar untuk diganggu gugat.
Agung dan uniknya wanita kerana menjadi tapak semaian pertama benih-benih generasi yang bakal mewarnai dunia dengan agenda perjuangan. Peranannya di dalam memanusiakan manusia tidak pernah dinafikan oleh kebenaran sejarah.
Dilahirkan sebagai wanita, insan yang dianggap lemah ini tidak pernah teragak-agak untuk bergandingan dengan rijal sebagai serikandi yang mekar dan terus mewangi di taman dakwah dan jihad. 


Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap...

tangisannya adalah rasa hati....

kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang...


Amat malang, kewujudan makhluk ciptaan Tuhan yang merupakan sebahagian daripada juzu’ alam ini disalahertikan oleh golongan jahiliah suatu ketika dahulu. Bagi mereka, wanita adalah lambang kehinaan, punca kepapaan, satu kaum yang tidak bernilai dan boleh ditanam hidup-hidup. Memanjangkan hayat wanita bermakna membenarkan kehinaan bertapak di dalam keluarga. Wanita adalah golongan terpinggir yang tidak pernah diiktiraf haknya di dalam meneruskan kehidupan mereka.


Kebencian mereka terhadap wanita didedahkan oleh Allah di dalam Al Quran ketika kalam kepastianNya dituturkan, yang bermaksud :

        “ Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya dan dia sangat marah.Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu ”.

-An Nahl - ayat 58-59.



Kedatangan Islam meninggikan martabat wanita untuk bergerak seiring dengan kaum lelaki sebagai sayap kiri perjuangan.FirmanNya yang bermaksud :


  “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ”.

- At Taubah- ayat 71


Kelahiran Saidatina Khadijah, Aisyah, Fatimah, Asma’,Rabiah Al Adawiah dan serikandi-serikandi pejuang didikan madrasah Rasulullah menyerlahkan imej wanita sebagai ratu manusia dan ibu yang telah berjaya membentuk generasi rabbani

Rabiah Al Adawiah merupakan sumber inspirasi cinta yang sentiasa merindui Tuhannya. Dia tenggelam di dalam keasyikan cinta Al Haq yang sering melafazkan alunan resah pada setiap penjuru dosa.
       
“ Bagaimana aku tidak bersedih sedangkan aku tidak tahu samada Dia marah atau redha denganku ”.


        “ Alangkah buruknya hamba yang menyembah Allah S.W.T semata-mata mengharapkan syurgaNya dan takutkan api nerakaNya.Seandainya Allah tidak menjadikan syurga dan neraka, apakah kamu akan menyembahNya ? ”.

  • Itulah wanita-wanita yang sering menggegarkan dunia, menjadi idola setiap lelaki beriman.

Era pasca modenisme menyaksikan wanita-wanita yang seumpama itu kian lumpuh dan tandus. 

Wanita biasanya dikaitkan dengan kelemahan yang sering menuntut kebebasan. 



Wanita diekspliotasi oleh setiap golongan yang tidak memahami fungsi kewujudannya.

Wanita bukan lagi pakar yang mempunyai penawar ampuh yang dapat  merawat penyakit ummah yang semakin kronik dan bervariasi.

Kebanyakan mereka adalah wanita adunan barat yang sering mengaplikasikan imej Diana, Madonna, Elizabeth Taylor sebagai budaya. Mereka adalah puteri, ratu dan Cinderella abad ke 21 yang menjadi igauan dan impian wanita-wanita yang berpenyakit hati.

Pastinya setiap wanita muslimah merasa terpanggil untuk merubah situasi ini. 

Emosi dan psikologi muslimah akan tertampar pedih melihat kemelut yang tercetus di abad ini. 

  • Ke mana hilangnya Khadijah,Aisyah,Fatimah, Rabiah dan Isabella di dalam diri wanita hari ini ? 

  • Apakah kehilangan mereka merupakan penamat kepada perjuangan muslimah atau pencetus kelahiran baru yang lebih gemilang ? 

Biarlah ilmu dan kesedaran yang menentukan keinginan kita untuk bertindak.Cukuplah perkhabaran daripada Rasulullah yang mengatakan bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka sebagai peringatan yang membataskan segala pergerakan dan kata-kata

Marilah kita sama-sama mengutip sejarah keagungan wanita solehah terdahulu untuk kita warnakan kehidupan serikandi alaf baru. 

Kita adalah penerus kesinambungan semangat waja muslimah solehah yang bakal melahirkan seribu Asma’, Khadijah, Fatimah, Rabiah dan seumpamanya.
“ DUNIA ADALAH PERHIASAN. SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH”.


- riwayat Muslim -
credit :-
http://permai1.tripod.com//-banyak info menarik kat sini...sharing is caring rite..hiihii



Sunday, April 10, 2011

♥ jika hati sebersih embun,,, ♥

pernah tak korang rase geram sampai nak menangiss!
pernah tak korang rase sakit hati sampai nak menangiss!!


sekarang aku tengah geram sedih, hiba....


sekarang aku berade di tahap, satu badan aku mengigil-gigil..jari terketar-ketar...muke panas...nak di luah,..baru sebaris ayat yang keluar aku dah menangis aku tak minta bahu untuk menumpang tangis..aku cume mahu kekuatan.....


Insyallah aku mampu untuk simpan, simpan sampai jadi darah dalam daging






terapi terbaik aku...MENANGIS! menangislah semahu-mahu nye, menangisla didalam sujud..menangislah ketika bertasbih...menangisla wahai hati......





alhamdulillah...




Ya Allah, maha hebat dugaan yang kau berikan..aku bermohon diberikan kekuatan..kekuatan untuk aku berdiri di kaki sendiri...untuk aku gengam bara api..untuk aku tepis duri melanda..aku mahu kuat seperti Sumayyah serikandi-Mu!




'tabah la wahai hati...sabar la wahai azi, walau seperit mane dugaan mu, walau sesakit mana kaki memijak duri!...yakinlah janji Allah untuk orang yang sabar itu indah!'


Thursday, March 24, 2011

♥ BARIS PERTAMA : beza antara MANUSIA ♥

salam, semalam outstation...jauh perjalanan...cume sempat BW sekejap je malam tadi, bakinye aku habiskan dengan turuuuu~~~ ZZZZzzzzzZZZ


sepanjang perjalan, aku sempat khatam satu novel, Hati Sebening Mata Air. gaya penulisan Amru Khalid ni betul-betul 'makan dalam' ade maksud dan punya gaya penyampaian tersendiri...novel ni berkisar tentang KEIKHLASAN...dengan sepenuh-penuh perhatian aku membace dan hampir-hampir menitik juga air mata, makna yang tersirat mahu tak tersentap.....


terfikir sejenak segala perbuatan aku kali lepas,

  • ikhlaskah aku selama ini melakukan kebaikan dan beribadah kepada ALLAH?
  • ikhlaskah aku bekerja mencari rezeki yang halal?
  • ikhlaskah aku dalam semua perbuatan?
  • tidak pernahkah timbul penyakit hati, benci, dendam, sombong, tertekan pade manusia yang lain?


ibnu Majah pernah meriwayatkan "Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan ikhlas dan kerana mencari keredhaan ALLAH."


islam menyaran menetapkan niat dalam apa jua perbuatan, kerana perbuatan kita bergantung kepada niat. Ribuan manusia pergi bekerja, namun yang membezakan perbuatan mereka adalah niat... sejauh mana keikhlasan kita dalam melaksana tugas? sejauh mana jujur kita dalam bekerja? seberapa pasti gaji yang diterima setiap bulan adalah dari cara yang halal?


payah!
payah untuk kita menghambakan diri pada KEIKHLASAN. kerana ianya membabitkan hati, dan Allah sahaja yang mampu menguasai hati kita!


Ikhlas adalah rahsia Allah dan hamba-NYA. malaikat yang hampir dengan Allah tidak mengetahui apa rahsia ikhlas manusia. malah syaitoonirojim pun  tidak dapat mencuri rahsia keikhlasan itu bahkan takut dengan manusia yang benar-benar mencari keredhaan Allah.


Firma Allah : "iblis berkata: Ya, tuhanku. berilah aku ketangguhan sehingga hari manusia dibangkitkan. Allah berfirman: sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya, iblis menjawab : demi kekuasaan Engkau aku menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-Mu yang ikhlas diantara mereka." - (surah Shad, ayat 79-80)


justeru, Keikhlasan seseorang itu pasti ada kebahagiaan yang menanti, yang menentukan keikhlasan itu adalalah hati. hidup tidak bermakna jika tiada istilah ikhlas dan kasih sayang daripada Allah.


kerana kasih-NYA kita dilahirkan

kerana kasih-NYA juga kita hidup

keran kasih-NYA juga kita berada disyurga nanti...insyALLAH...


adakala sebagai manusia kita terlepas pandang benda yang kecil tetapi memberi impak yang besar.
seperti : bersangka buruk kepada orang lain, cepat melihat kesalahan orang lain dan macam-macam lagi la..


NAMUN!
ikhlas sahaja tidak mencukupi, kerana syarat lain juga harus menyusul...macam makan, tak cukup sekadar makan kan, mesti mau minum. kalau tak, tersedu-sedu la dikau...




- Sharing is caring -
sumber&idea : Hati Sebening Mata Air .. Hizbur Rahman (NJIM) .. Azi Nur





p/s: cepatnye sangat mase berlalu sekarang...besok dah JUMAAT macam tak percaye...semakin dekat ke kita dengan KIAMAT? Wallahua'lam