Saturday, November 12, 2011
11.11.2011
Hari Khamis dah ada party kelas, aku tak pegi mana2 kelas pun sebab masa tu pegawai2 AADK datang untuk buat urine test. dok tgk urine murid2 sampai rasa tak lalu nak makan..sampai 5 kali pergi basuh tangan..huhu, kalau ada towel mmg p mandi dah...rasa geli sangat2...entah apa2 kan bukannya dok pegang benda alah tu..dan sapa suruh p tenguk...actually akak guru anti dadah kat sekolah, so kenalah urus attendance pelajar yg di uji tu...
Ok semalam 11.11.11...just ambik2 gambar dgn murid aja...ni salah satu gambar..
Bersama pelajar2 yang ambik perdagangan 5E...
Cenderakenangan daripada pelajar2....tkasih semoga ilmu yang dicurahkan tidak dipersia2kan dan semoga menjadi orang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara..
SELAMAT BERJUANG UNTUK SPM DAN STPM..
Saturday, March 26, 2011
Tahniah kepada pelajar2 SPM 2010 sekolahku...
Usaha semua guru harus di beri pujian kerana dapat meningkatkan prestasi sekolah ke peringat yg amat membanggakan. Sememangnya bukan senang utk menduduki tangga teratas sebagai sekolah harian yg dpt mencapai keputusan yg cemerlang...ini kerana sekolahku antara 4 sekolah di KK yg menerima pelajar peralihan, maksudnya pelajar yg lemah Bahasa Malaysia dan pelajar yg masih tak dpt menulis dengan baik masih ada di sekolah kami. Oleh itu agak sukar utk mencapai keputusan 100% lulus, memandangkan ada pelajar yg gagal m/p BM. Bagi keputusan SPM lepas, terdpt 7 org murid yg gagal, tapi dari segi gred purata (GPS), sekolah kami berjaya mengatasi beberapa sekolah asrama penuh....
Semua guru bangga, pengetua tersenyum lebar, tapi di bahu ada tanggungjawab yg besar utk maintain keputusan yg cemerlang..semoga usaha murni guru2 semua mendapat keredaan dari yang Maha Esa...
Keratan akbar tentang kejayaan sekolah kami.
http://www.theborneopost.com/?
3 pelajar cemerlang sekolah dan top 10 sabah, Euginie, fiona dan Loo..tahniah.....
'Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua'....amin
Tuesday, March 22, 2011
Result SPM esok!!!!
Lama dah tak berblog..sbb skrg rajin dok skodeng kat fb..rakan2 pml pun ramai yg dah beralih arah ke fb..Blog dah sunyi sepi tak berpenghuni...mood pun hilang dah..
Skrg fb pun dah makin slow..so beralih pulak utk berceloteh kat blog..hihi..
Sebenarnya nak citer yg esok result SPM keluar..jantung ku dah dap dup dap..mengalahkan pelajar yg nak ambik result...takutttttt....harap semua kelas yg kuajar dapat result yg memuaskan..insyallah..dah cuba yg terbaik, harap hasilnya pun baikkkk.....
Thursday, November 25, 2010
Selamat tinggal!
*
*
*
*
*
Bagi jauh2 sikit...hehehe..tak lah...
Hujung2 tahun ni ramai yg berpindah sekolah..rakan2 sekolah yg berpindah ke negeri lain 6 orang..yg dalam negeri (dalam sabah) belum tau lagi..
Salah seorang kwn yang akan berpindah..Azrinda dan husband, yg sama sekolah jugak..dan dia akan berpindah ke kampungku..kolopilah..alahai.. dia ni org johor dan husband org kelantan, katanya nak dok tengah2 supaya tak gaduh2, lagipun dia ckp tempat bertemu jodoh dulu ialah n9..kira nak ingat balik kenangan manis..elok la tu..sok2 den balik kg bolehlah poei rumah ekau..hehe..
Walaupun Az mengajar sebelah petang tapi kami kira rapat juga sbb dia baik, suka senyum dan kalau buat makan2 tak kan miss jemput aku....pandai masak ni....
Semoga Az bergumbira di tempat baru dan selamat berjuang..hehehe..tagline sapa tu???
Wednesday, August 4, 2010
Ke PutraJaya Dengan Harapan
Tajuk kat atas tu mcm ala2 tajuk drama pulak...hehehe..esok kul 10 pagi kami berempat yg dalam gambar kat atas tu..akan beraksi ke peringkat Kebangsaan selepas menjuarai peringkat negeri Sabah....sama2lah pembaca (kalau ada orang baca)...berdoa utk kejayaan kami..
Bukan senang nak menang kalau dah sampai ke peringkat ni sebab berentap dengan semua juara setiap negeri yang semestinya mantop2 belaka...yang penting cuba dan berusaha serta bertawakal sajalah..
Esok malam pertandingan kuiz secara bertulis dijalankan untuk semua peserta...mereka kena jawab 10o soalan..kalau aku mesti dah memengsankan diri dah...3 kumpulan yang mendapat markah tertinggi akan masuk ke final dan dibuat secara lisan seperti peringkat negeri jugak...final akan diadakan pada hari jumaat kat Dewan Seri Endon Putrajaya....sehari berkampung kat situ..sapa2 yg dekat tu jomlah tgk kuiz...
Hari Sabtu baru balik ke Sabah..flight pukul 8.00 malam, students nak p jalan Kl, so aku plan nak ke KL Central terus check in barang2 dan jalan kat SOGO aja, tak berani nak bawa anak2 orang kat sekitar Jalan TAR tu, duduklah kat dalam SOGO tu, semua ada...sapa2 nak ikut berkampung bersama kami kat SOGO jommmmm
Sunday, June 27, 2010
Baru balik Kursus
Aduiii..boleh pulak semalam lupa nak bawak kamera..mangkuk betul...tapi kalau mangkuk lama tak pe gak...hehehe..so semalam tumpang2 la kamera rakan2 guru yg lain, tak lah banyak gambar yg dapat ambil sebab nama lagi menumpang , kenalah sedar diri sikit.....
So layan je lah makhluk pelik yg ada kat dalam air ni, umpama manusia ada tangan kakinya..kuasa Allah yg maha besar......semoga semua insan sedar akan kebesaranNya..
Chowwwwwwwwwwwwwwwwww...
Friday, June 25, 2010
Borneo Paradise Beach Resort, Kinarut
Tata....jumpa lagi minggu depan...harap2 next week aku boleh bersiaran semula seperti biasa....thank you jenguk2 sini...wasalam
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
Petikan kata2 guru:-
Sedihnya..membaca dan menghayati sajak ini..bersyukur memilih kerjaya ini..Biarpun tidak dihargai di dunia..semoga Allah menghargai kita di akhirat..Amin ~ anni
kerjaya guru semakin mencabar tapi semakin tidak dihargai. W/bgmn pun amanah tetap dipegang, janji tetap dikota.~ Zai
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Saturday, May 1, 2010
Selamat Hari Pekerja!
Selamat bercuti semua....akak macam kartun kat atas tu..usung exam papers ke sana ke mari...mata naik juling, tekak rasa nak muntah...aduhhh banyaknya...macam kena dera pulak rasanya...ramai rakan guru cakap..'kasihan kat akak'...sebab mereka tau aku paling banyak kelas mau mark papers dan aku paling banyak subjek mengajar...huwaaaaaa.............so nak release tension aku beli strawberry banyak2..hehehe...
Friday, February 12, 2010
SUKAN SEKOLAH 2010
Pasukan pancaragam sekolah yg hari2 dok berlatih sampai bingit telinga...gambar kat bawah tu mereka sedang buat persembahan......lagu 'staying alive' dan satu lagi lagu apa aku tak hingat...
Sekarang ni kalau merasmikan apa2..semua org dok bagi buah ..entahlah kenapa..mana2 pun aku tenguk sama jer..nak katakan menyahut 'kempen makanlah buah2an tempatan' tak jugak sebab semua buah import..kenapa tak bagi buah langsat, rambutan, manggis, nenas ke,...atau durian????..hehe
Sebelah tu olahragawati sekolah...Cassandra Dewi...laju betul lari..dia ni pemain team Bola Sepak Wanita Malaysia tau, itu lah ada extra stamina....gambar olahrawan 'terblurr' pulak, so tak masukkan...olahragawan pulak wakil sabah ke MSSM dgn pencapaian 2 perak kat MSSM tahun lalu.
ok..dah dpt upload gambar rumah sukanku...kuning (Uranus)..atas sekali tu pom-pom girl yg dah bertanduk....rumah lain tak ada pom2 girl...maskot kami bunga matahari dan bee..yg angkat tgn tu..perbarisan kami dapat no. 2..tahun lalu no. 1..huhu..yg kat bawah pasukan tarik tali uranus yg dapat johan..tgklah kami punya 'anchor' tu sapa boleh lawan..tagap2 baa...(dialek sabah ya)
Tugasku menghias astaka..nampak kain putih kat tiang hujung tu..aku yg buat dan ideaku jugak..ala2 Inggeris gitu..hehe..aku buat 2 tiang depan dan yg lain2 suruh cikgu lain buat (nampak yg atas jemputan yg duduk tu)..cara memasang scalop tu pun aku yg ajar...cikgu2 muda macam tak leh pikir..aku rasa kepala diorang tak macam kita (maksudku pembaca2 yg minat deco) tapi kami hias ala kadar je..sebab masa suntuk dan tak jemput VIP yg very2 VIP..hehe..pengetua tak suka protocol2 ni..leceh dan melambatkan...kelmarin panasnya menyengat2..ramai yang pengsan..tapi Oklah dalam pukul 11.00 dah selesai...
Full picture..maskot rumah Uranus(kuning)...sunflower and bee..untuk cikgu2 yang baca supaya dapat idea bagi sukan tahun depan....cikgu2, nanti kongsi2 la maskot..sebab idea makin kurang dah....
Selamat Berhujung minggu dan selamat bercuti....
Wednesday, February 3, 2010
What's new??
Salam semua...saja2 n3 ringkas hari ni sebab sekarang penyakit M utk berblog melanda..bukak jugalah sekali sehari utk lawat rumah2 yg rajin berkemas..tp kadang2 saja tinggal jejak..yg lain2 tu bukan tak sudi tegur tapi nak cepat sebab mau rehat..dah tua2 gini perlukan masa rehat yg lebihkan??..hehehe
Dalam 'tempoh bertenang' ni bukan tak ada pembelian dibuat..tetap beli juga..kalau tak beli pinggan mangkuk antik (sebab kalau berkenan..kadang2 harga pulak tak sesuai dan yg cantik memang cepat habis..) akak beli brg3 deco rumah...tapi malas nak share..sebab malas nak ambik gambar, malas nak upload gambar ke laptop, malas nak buat n3..pendek kata malas mengatasi segala2nya..hehehe...tgklah kalau vitamin 'R' sudah mari....tentu asyik nak tunjuk je brg2 yg dibeli...
Sukan sekolah peringkat pertama dah selesai diadakan kat Stadium Likas sabtu lepas...legalah sikit tak payah stay back utk latihan sukan...
Sukan peringkat ke dua pulak pada 11 februari depan..12hb cuti dan terus sambung dengan cuti seminggu sempena Chinese New Year....ini yg paling ditunggu2..CUTI...bestkan cuti...
Sekarang kat sekolah telinga bingit dgn bunyi band sekolah, 24 chinese drum dan budak2 dok practise kawad utk hari sukan peringkat II .....
Wasalam...selamat berbelanja secara berhemah...ni iklan bayar sendiri ya...
Thursday, December 24, 2009
WE DID IT AGAIN!!
Peratus belum la mencapai 100%...yalah dgn jumlah murid yg ambil PMR 344 orang amat mustahil nak capai 100%..tp peratus 90.2% dah cukup baik. 42 orang dapat straight A's...tadi aku pun kena pegi sekolah beri result pada murid kat dewan sekolah..yg dapat semua A memang melompatla..tapi yg kasihannya ramai murid yg dpt semua A bagi subjek lain tapi Bahasa Cina yg mereka tak score, kalau tak mesti lagi ramai dapat A.
Apa yg lebih membanggakan, sekolah ni top 3 seluruh sekolah di daerah Kota Kinabalu (semuanya ada 29 sekolah)...
1. SM Sains Kota Kinabalu (ni memang murid terpilihkan?)
2. SM St Francis Konven KK (jumlah pelajar PMR ialah 100 lebih je)
3. SEKOLAH AKU..YEAAA
4. SM All Saints KK..
Sekolah asrama penuh lain iaitu SMK Agama KK dan SMK agama Inanam pun kalah..kalau top sabah pun selalunya kami akan berada kat atas..sebab SM Sung Siew Sandakan dan SM Sains Lahad Datu selalunya akan merampas carta atas jugak..lain2 sekolah di daerah lain rasanya tak adalah kot.... hari Isnin baru tau ni...
Juga kepada guru2 yg ajar mereka (aku ajar form 4,5,6 )..kerana usaha anda yg tiada noktahnya..
Next week (monday) mulalah segala meeting, pendaftaran semula murid, meeting lagi, perancangan yg mcm2..mulalah balik aku migrain setiap hari..hehe..so blogging pun terhadlah..habislah peluang aku nak bersoping kat sini..sebab mungkin sekali sehari jer bukak tenet, tak sempat..hehe..itu agenda dan susun galurnya..yg practical we wait and see..(tgk2 aku jugak yg laju bersoping dan berblogging)..
Friday, November 13, 2009
Sayonara and good luck!
Alhamdulilah, cikgu pun kenyang..hehe..
Jom layan gambar dengan budak2 sekolah..mcm artis pulak kena tarik sana sini..layan jelah sebab dah last day..ini aja yg guna handphone aku, banyak aku tak suruh snap, guna kamera diorang je...dah suruh mereka masuk FB..
Berserabai je budak2 ni..diorang ni pakai t-shirt kelas masing2..tu yang tak pakai school uniform..yg tak pakai t-shirt kelas, tak belilah tu...
Isnin nanti ada class party dari form 4 dan lower 6..kenyang lagi cikgu..hehe
Monday, November 9, 2009
School Annual Dinner 09 @ Le Meridien KK
Door gift untuk semua yang hadir...
Dengan kawan2...
control2...jangan tak control...
Rakan2 guru kat belakang..
Amoi kelate ni kawin dgn suku kaum rungus Sabah..ni baju etnik kaum rungus..
Ini lucky draw aku dapat malam tu...
Aiskrim set..nnt sapa2 dtg rumah, bawa icecream ya, aku serve kat dalam set ni..hehe
ni boleh letak apa saja kalau rajin masak..
Tuesday, October 13, 2009
Sambutan Raya Kat Sekolah
Sambutan raya kat sekolah kali ni lain sikit drp biasa..kami buat 4 booth, iaitu semenanjung timur, semanjung barat, sabah dan sarawak..makanan setiap booth tu mesti bercirikan tema yg diberi..aku diberi mandat utk jadi ketua booth semenanjung timur..bukan sebab asal dari sana tapi sebab aku tahu jenis2 makanan kat sana kerana dibesarkan di sana (berapa byk sana daa..)
Ada 26 guru bawah booth semenanjung timur..kami buat collection rm10 sorang, tempah nasi kerabu kat restoran Bob Kingfisher, kami cuma potong sendiri ulam2 je untuk jimat belanja..ngan tiada masa nak buat..ngan tak ada org berani masak nasi kerabu byk2 gitu..so lebih senang tempah..kami juga tempah pulut pagi tapi disebabkan oleh miscommunication..tak ada pulut pagi, jadi dia ganti dgn nasi dagang..oklah jugak..then kami gotong royong buat 'butir nangka'
Inilah booth kami..siap hias dgn wau bulan dan kain batik lagi tu...idea akulah tu
Ikan goreng, kelapa dan kuah serta budu..utk nasi kerabu..kat sebelah atas tu nasi dagang dan sekutunya..pisang tu sorang guru dalam groupku sponsor..dan dalam periuk ujung sana, butir nangka....
Nasi kerabu warna biru....
Ini kat meja sabah..soto banjar..
Pecal...meja sabah gak
Buah kembayau..first time aku mkn...
Kek lapis..mana lagi kalau bukan dari booth sarawak..isteri guru kat sek tu yg buat..business dia menjadi2..time raya hari tu..ribu riban dapat..untungnya org pandai masak ni....kat meja sarawak jugak ada laksa sarawak...dll
ni kat bilik ERT gotong royong buat butir nangka..abis rosak aku punya periuk tu diorang godok2..huhu..lama dah aku beli tu kat Tawau dan dijaga dgn baik..tapi...sedihnya..bercalar2 dibuatnya....aku jumpa sebiji cawan lama kat bilik ERT..tiada sanak saudara dah..aku kenan, mintak dgn cikgu ERT, dia bagi..nnt aku tunjukkan..
Wajah2 gumbira mengambil tempat untuk ceduk nasi kerabu...majlis belum mula lagi cikgi oii..
Mula je majlis makan..ramai yg serbu pegi ambik nasi kerabu..laku sungguh..hehe
Meja semenanjung barat tak snap..tapi kat situ ada nasi beryani, laksa penang dan mee goreng..makanan banyak yg lebih, siap bertapau2 lagi...yalah walaupun kami bukan sediakan utk 100 guru tapi makan sana sikit, sini sikit dah kenyang...
Lain kali boleh buat lagi..tapi tak nak masak apa2lah..tempah aja lebih senang..sebab penatnya hingga menggigit2 kaki...padahal wat butir nangka dan potong sayur je...hehe