Showing posts with label roses collections. Show all posts
Showing posts with label roses collections. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Bertemu kembali bersama koleksi Twin Roses

Salam hari pertama bulan November..sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun dah. Sekian lama blog ni menyepi..tapi aku selalu ke sini...masih ada pengujung setia..maaflah ya rumah sunyi sepi..hujung tahun gini memang sibuk..nak beri latih tubi kpd budak2 sekolah yang nak ambik periksa SPM dan STPM...then sejak Julai tak berhenti2 peperiksaan demi peperiksaan dan of course diikuti dgn marking papers..dan sejak birthday yg ke separuh abad kesihatan tak mengizinkan pulak..sampai ke hari ini....tapi alhamdulilah..harap2 semua akan beres...kali ni nak share kolesi twin roses yg sikitttt sangat ni..huhu

Inilah dia..2 teko dan 3 piring...

Yang 2 piring tu bunga lain sikit daripada biasa..hunting sendiri kat negeri bumi kenyalang..banyak jumpa tapi tak boleh angkut semua sebab naik belon tambang murah yg menghadkan baggage weight..

Dua teko ni pun lain sikit warnanya..yg satu pinknya lebih terang dan satu lagi pudar..kedua2nya aku suka sebab ni aja yang dapat...tgh menanti anak2nya yg susah nak jumpa..

Ok..jumpa lagi bila angin rajin datang lagi ya...adious..

Sunday, June 6, 2010

Isi Almari Putih

Salam petang Ahad...sebenarnya aku tgh kemas2 dan buang2 apa yg patut kat ruang bawah tangga/stor ....kat salah satu kotak tu ada majalah lama..yg paling lama 1989..sayang pulak nak buang bila belek2 mcm rasa dah vintage gambar dan isi kandungannya..so simpan saja..yg dibuang nota2 pengajaran yg lama2, dah tukar silibus dah so memang tak berguna kalau disimpan...lega sikit ruang tu...

Okay..ni kira waktu rehatlah...sambil2 buka tenet dan masukkan n3 sambungan pasal almari putihku...w/pun tak sehebat kawan2 lain, tapi bersyukurlah dapat jugak memenuhi hobi yg giler2 ni...

Tingkat paling atas memuatkan cik pot yg seciput tu dan wild rose collections.....dihiasi dgn roses yg beli kat kedai English deco kat sini...


Fokus....Wild rose collectionsku (mcm byk je bunyinya)..teko dapat drp nyna..(harap nyna sihat walafiat)..6 cawan lompang tu beli drp Chah, tray pink tu pun drp Chah jugak..2 mangkuk pemberian ryana dan 2 lagi pemberian Nur sarawak..tkasih ya kawan2ku yg baik hati....2 platter kat belakang tu barter dgn Jai Kuantan dan 2 pinggan hasil hunting sendiri kat apek....wah dari pelbagai negeri rupanya...bersatu kat dalam lemari putihku....


Fokus..cik potmeirion...hanya teko debab dan 4 set cawan n saucer jer..cik pot ni kirim kat rrozie yg balik dari UK for good..thanks rozie..silap pulak tak kirim bagi cukup 6 sets, sebab hari tu takut menyusahkan rozie..kenapa lama dah rozie ni tak masak2, tak ada chance lah nak mengendeng kat tingkap dapur rumahnya...huhu..

Tingkat tengah memuatkan koleksi victorian rose...set 6 cawan tu drp Eija..teko daripada Nur sarawak, mini sugar pot dan satu set cawan comel (kat dalam mangkuk sebelah kanan tu)...otai antik..simanis Yatt yg bagi masa kami jumpa last year, inilah koleksi VCRku yg pertama yg menyebabkan kujatuh cinta..tkasih yatt....mangkuk dan piring2 tu hasil hunting sendiri.....

Tingkat paling bawah memuatkan pelbagai spesies rose yg tak cukup korum...

Sebelah kiri...two tone roses yg terdiri daripada 3 jenis shape cawan yg tak sama (dah buat n3 tentang adik beradik tiri ni....click sini)....ni dapat daripada Nur sarawak, cik Mat Gebu dan Saidah...piring yg menyandar tu pemberian mat..

Then 5 sets cawan yellow n pink roses daripada Ajmah, vase bunga yg sama beli kat kedai deco, kat belakang tu (terlindung sikit) 2 cawan 5 roses daripada sue antik (yg ramai2 rebut bagai nak rak tu)..

Teko twin roses janda berhias pula daripada Khaty....

2 Pinggan bunga pink and red roses kat belakang tu hasil hunting dari Kuching

Panjang pulak celoteh pasal roses ni..mesti uols pening..tak pe..baca slow2 ya...tata....

Friday, March 26, 2010

Adik Beradik Tiri Two Tone Roses

Assalammualaikum....Bulan mac dah hampir di penghujung..so ni kira quarter year review of my roses set...sebab target tahun ni untuk set roses je kan walaupun kadang2 tersasar.....aku mulai dengan bunga yg menjadi penyeri tangga rumah emakku di kampung...2 tone roses...


Inilah dia adik beradik tiri koleksi 2 tone rosesku...malar betul mak diorang ni kahwin..maklumlah cantik, cepat le laku...

Ni yg mula2 dapat..daripada nur sarawak...bulat dan montok..bunga pun kembang2 sikit, ada 4 set semuanya..tadi ambik gambar boleh pulak tercicir satu...supaya tak kecik hati, aku letak gambar lama
4 set saja dapat sebab yg lain kawan2 sealiran dah rembat dulu..itupun satu tu ada crack, tapi kurembat jugak...lepas tu bungkus2 dengan surat khabar, masuk kotak dan letak kat bilik anak daraku...hehehe....

Then ada nampak komen daripada Yatt yg mat ada extra set 2 tone roses..tanpa tanya shape apa yg mat ada, aku terus order...mat titipkan sekali piring lekuk2 tu..ganti brg kubeli daripadanya tapi pecah semasa dalam perjalanan..thanks mat...sekali p bukak balik set daripada nur...lain pulak bentuknya...so bungkus2 dgn surat khabar, masuk kotak dan masuk bilik lagi....

Last sekali nampak saidah jual set ni..dgn konfidennya aku ingat sama dgn set yg pertama..bila sampai je set daripada saidah , sekali bukak balik yg lama............lain lagi shapenya..yg ni berkaki dan jenis mulut jahat...maka itulah sebabnya semua adik beradik tiri ni bertemu kat Sabah...nampaknya ibu mereka ni kahwin dengan orang sarawak, lepas tu kahwin pulak dgn orang Johor dan last sekali kahwin dengan orang Perak..semua kusatukan di Sabah....

APA PENDAPAT YOU ALL?..bukan senangkan nak melengkapkan set ni yg semakin pupus ...
Kalau ada sapa2 yg boleh tolong lengkapkan set ni aku sangat2 hargai...kita kenal hanya melalui penulisan sahaja, tapi semangat tolong menolong antara satu dengan lain aku lihat sangat ketara..bagus tu..tapi ada gak yg suka manipulate, buat conclusion sendiri, pandai2 tafsir secara negatif sehingga menjejaskan hubungan...so pandai2 la bawak diri ya....tapi yg baik hati masih mengatasi jenis yang kedua tu, syukur alhamdulilah....