Saturday, July 24, 2010

Hasil hunting kat Tawau

Salam semua...fuhhhhh...legaa..untuk upload gambar2 kat bawah ni aku ikut detour road, pegi upload kat Fb dulu, lepas tu copy balik masuk folder my picture, baru upload balik kat sini..bersimpang-siur jalannya...ok adik2, kakak2, ibu2..abang2 ...inilah hasil hunting kat Tawau..termengah2 kakiku berjalan mencari kedai 2 jual pinggan mangkuk, ini saja yg dapat..huhu..

Tutup tureen 2 roses...penutup ini akan bakal berpindah ke Rawang minggu depan...so ni gambar kenangan sebelum berpisah...aku rela kaupergi, kat sana pun akan dijaga oleh tuan yg sama hobi gak...bye2 dear...

Haa..inilah dia tureen kangkung tanpa penutup yg kudapat..kalau ada tuutp mesti cun giler ni..apa macam otai2, ni species yg rare tak?...ada 4 telinga kat kelilingnya..sound system bagus punyer..dan in between bunga kangkung tu ada bunga warna pink..dan chop kat belakang tu, diamond shape dgn tulisan made in china


Nampak kat bawah tu sopek sikit..kesan sopek tu baru, tentu cedera semasa salesgirl tu bungkus sebab tak nampak pun saki baki yg pecah masa buka bungkusan suratkhabar hari tu....

Selain set lengkap bunga rose yg aku tunjuk kat n3 lepas, ada gak nampak tureen bunga bakul warna biru yg ada penutup sekali, tapi aku tak beli, kenapa ya?..sebab dok fikir macamana nak bawa...ya lah masa tu kelam kelibut dah nak p airport, tak boleh nak pack baik2...tak apa bukan rezeki...

Wednesday, July 21, 2010

Update tanpa gambar

Salam semua...lama betul tak update blog ni..entah kenapa susah betul nak upload gambar..tenet sangat2 menyiput, yg herannya kawan2 kat KK mcm Ita, nizie, seri, ryana boleh pulak masuk gambar..betul2 tenet ni nak suruh aku merehatkan diri agaknya

Banyak nak story mory sebenarnya, nak kongsi barang2 yg dibeli tapi....benci betul kalau berjam2 tunggu gambar masih tak keluar2, ada jin ke yg menyekatnya..hish..minta dijauhkan

Pukul 12 tenghari tadi aku baru landing kat Kota Kinabalu International Airport dari Tawau...kelmarin bertolak ke Tawau bawa murid2 ke Pertandingan Kuiz PNB..alhamdulilah kami menang dan 4 Ogos nanti akan berentap kat Putrajaya bersama semua peserta dari negeri2 lain...kalau tengukkan soalan kelmarin, banyak pasal sekuriti, ttg pelaburan..dan konsep2..mana la nak cari info lagi ni ya..ada tak rakan2 kat sini boleh bantu????

Pagi tadi sempat jugak hunting kat apek Tawau sebelum bertolak ke airport...hehehe..masa aja tidak mengizinkan, dan kedai pun byk belum buka kerana masih awal...apa yang aku dapat??? tak banyak......
....Sebuah tureen kangkung yang mempunyai banyak telinga dengan bunga warna pink antara celahan bunga kangkung dan chop kat belakang 'made in china' berwarna merah seperti teko bulat yg rare, dapat kat Sandakan hari tu..sayangnya tureen tu tak bertutup, tp tetap kurembat jua memandangkan aku belum penah tenguk tureen sebegitu di mana2...

Satu lagi penutup tureen bersaiz mungkin 6 in (agak2 saja ni..belum ukur)..bunga twin roses...aku celik2kan mata juga cari badannya setelah salesgirl tu ckp badannya tiada..tp memang sah tak ada disitu...ada nampak jugak set macam ryana jual..set bunga rose yg lengkap dengan cawan teko, sugar dan creamer pot, piring dan platter dgn rega berbaloi2 tapi sebab tak sempat nak repacking semula aku terpaksa tinggalkan dia di situ utk peng'hunter' yg bertuah..huhu..kalau tak boleh jadi modal utk barterkan?

Beginilah set yg jumpa kat Tawau tadi...elok je posing kat rak (ni yg aku beli
drp ryana dulu..gambar lama copypaste drp n3 lama)

Terkilan jugak rasanya tak dapat melawat semua apek2 yg berpotensi kat Tawau..lain waktu lain ketika harap2 kudapat pergi lagi hunting kat sana..jauh tuuuu....ok..wasalam semua

Saturday, July 10, 2010

Teko Comel 5 roses

Alhamdullilah akhirnya dapat jugak teko 5 roses ...bukan jenis teko biasa tapi teko jenis kecil ramping..apa istilahnya ni 'vinegar teapot shape'...??? maaf kalau salah...

Teko ni dapat daripada brother Shariff kat link ni...thanks ya shariff..akak suka berurusniaga dgn shariff.....

Setakat ni aku hanya ada 2 set teacups, mangkuk dan piring 5 roses..sangat2 ciput..entah boleh bertambah lagi atau tidak memandangkan barang semakin susut penawarannya dan kos pulak dah melambung tinggi ditambah pula dgn kenaikan harga pos.....sob..sob...

Friday, July 9, 2010

Tag daripada Yatt dan Kak Yon/kak Rose


Dah lama Yatt bagi tag ni tapi sebab masalah teknikal, ditangguhkan sehingga kini..then dapat lagi daripada kak Yon aka Kak Kak Rose..so sekali harunglah...

1) Link kepada orang yang bagi award ni.
Yattbzgg.blogspot.com
kakrose.blogspot.com

2) Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
so sweet dan feminin

3) Sejak bila suka dengan kaler pink?
sejak suka dengan English deco

4) Nyatakan 5 barang yang paling anda sayang yang kaler nya pink?

1. My pink sakura set
2. My pink bracelet
3. My pink purse
4. My pink glasses..hehehe
5. My other pink vintage teaset


5) Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink

Ni gambar lama..so tak boleh masuk muka kat sini...hehehe..my pink sakura teaset yg barter dgn Yatt



6) Tag 5 kawan anda yang minat kaler Pink

Rasanya semua dah kena tag so sampai di sini dulu sayangggg..

Thursday, July 8, 2010

Hunting Kat Papar

Minggu ni aja ada 3 berita yang tak seronok kudengar...pertama selang 4 buah rumah drp rumahku telah dimasuki perompak..mcm kejadian di rumahku, mereka masuk waktu t/hari dan masa tu isteri tuan rumah ada sorang2 dalam rumah. Dia kena ikat dan yg paling tragis, dia hampir kena rogol, nasib dia tgh mensus, so perompak tu tak jadi...aduiii...skrg ni aku dengar bunyi sikit aja pun terus terbangun..tp tuan rumah tu kira lalailah jugak sebab tak tutup pintu pagar dan terus buka pintu depan bila dengar kereta masuk...

Berita kedua yg tak best...pos malaysia dah naikkan harga pos udara..huhu..nampaknya kami kat Sabah ni tak dapatlah nak mengorder online, kalau order barang pun kena tanya kos pos dulu, dibuatnya postage lebih mahal daripada brg, kes naya..bayangkan topi nyonya yg ringan melampung tu rm40 utk postage saja, nasib baiklah Har ni jenis yg paling balik hati, dia selalunya menetapkan harga pos selepas mengepos barang....

Berita ketiga yg tak seronok didengar ialah Jerman kalah semlm !..tapi aku tak adalah sampai nak gantung diri, nak minum racun atau nak hantuk kepala kat dinding..cuma aku tak sokong Spain sebab.......kerajaan sepanyol membenarkan kanak2 perempuan melakukan abortion....nah..itu yg aku tak mau sokong..jadi final ni aku sokong Belanda pulak....go holand go...tapi sebelum tu aku rasa nak tangkap sotong yg bernama paul, kalau dia ramalkan holand menang aku let him go, otherwise..kita goreng dia....hahaha


Ok kita fokus title di atas pulak ya(asyik bebel aja)...inilah hasil hunting masa pergi Papar hari tu. Penjual tu cakap set ni lama dah, kedai tu bapanya yg punya dan dulu bapanya jual pinggan mangkuk..tapi cerita yg sama kudengar, banyak yg dah habis kena beli kat orang lain..kedai ni kedai lama dan barang2 pun banyak yg lama2..tapi itulah tinggal saki baki aja..

Cawannya jenis tebal dan seakan jenis pyrex yg dulu2..tapi kat belakang tulis 'snowflake'

Aku dapat 6 set...dan bunganya...entah..tak tahu..pandai2lah korang bagi nama sendiri ya..
Nanti aku tunjukkan beberapa lagi barang lain yg beli kat Papar....

Wednesday, July 7, 2010

GIVE AWAY KELLY

PERTAMA

Piring bujur bunga kangkung dan ros merah putih OC



KEDUA

Set Ros warna-warni ( Teko & 6 cawan + piring )
Pinggan bujur ( 2 )



KETIGA
Set ceramic ( Teko & 4 cawan + piring )
Teko sakura
Piring bulat ( ros pink )

Walaupun lambat sebab ada masalah tenet...akak war2kan di sini giveaway dari kawan kita yg tahan lasak ni

http://mrskellywalther6969.blogspot.com

Syarat - syaratnya : )

Tarikh give away ni bermula dari 3 Julai hingga 31 Julai 2010

Terbuka kepada follower blog Kelly's Life yang kat Malaysia saja ( so siapa yang nak join, kenalah jadi follower blog saya ) akak dah jadi follower tau

Iklankan / buat N3 mengenai Give Away ni kat blog masing2 supaya ramai lagi kawan - kawan boleh join..tgh wat iklan ni

Jangan lupa linkkan Kelly's Life dalam blog ya ..dah

Dan tinggalkan komen dalam N3 ni...komen kat Cbox tak diambil kira..rasanya dah lama tinggal komen..

Nama, no h/p dan alamat untuk dihubungi sekiranya berjaya dalam Give Away ini
kalau dah berjaya nanti akak bagi alamat..

Hadiah misteri buat referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen
Hadiah misteri untuk peserta pertama yang meninggalkan komen di N3 ini
Penghantaran hadiah akan dilakukan dalam pertengahan bulan Ogos, Insyaallah

Mari..mari..mari...join giveaway ni ,panjang lagi masa

Tuesday, July 6, 2010

Surgery ke atas platter 2-tone roses

Walla...percaya atau tidak???....platter yg pecah tu sayang nak buang, hubby pun cakap jgn buang, sayang, cuba gamkan semula...

So..one fine day..aku siapkan segala peralatan sugery..mula2 aku gam satu2 dgn cermat..ada yg pecah kecil2, aku teliti betul2 dan kutip yg halus2 tu dan isikan semula bahagian yg pecah...lepas tu aku guna putty filler..fill kan tempat2 yg nampak rekahan..then sapu dgn kertas pasir...akhir sekali aku sapu dgn clear nail polish.....mcm kalah doktor kan??..hehehe

Cuma kat hujung sebelah kiri tu masih nampak...tak dapek den nak nolongnya....kalau tgk betul2 memang nampaklah..tapi kalau display kat lemari..sandarkan kat dinding...I told you..boleh jadi tipah tertipu....hehehe..oklah tu buat menghibur hati yg retak...

Monday, July 5, 2010

Sayangnya platter 2 tone rosesku

Salam semua........sayangkan???..hatiku pun pecah macam tu gak bila bukak kotak tempoh hari...nak buat macamana ajalnya dah sampai....

Nak masuk gambar2 lain tak dapat pulak..aduiii..dulu celcom, skrg digi pun mcm ni ke??..bosannya..

Sunday, July 4, 2010

Teko kotak

Salam pagi Ahad..tentu peminat Germany dan Spain bergumbira kerana kedua2 team masuk semi final...akak ni pun minat gak bola..hehehe..kali ni jer tak berjaga sakan menunggu, mungkin faktor umur kot..kalau dulu2 masih boleh bertahan...akak ni sokong team German ok...go germany go....

Okay..dah melalut..sempena n3 pertama bergambar kat lappy baru ni, akak tayangkan the one and only teko kotak akak..sedihkan..kalau Yatt dan Welly dah berderet2 teko kotak, akak dapat satu pun dah rasa lega dah..yalah bukan senang nak dapat teko ni sekarang, dan harga pun kus semangat....

Satu peristiwa pahit, pelik, mengelirukan dan mengecewakan berlaku dalam ekspedisi pencarian teko kotak ni..hanya kau dan aku saja yg tau........sebab tu lah walaupun dah lama akak dapat teko ni...iaitu beberapa bulan yg lepas..akak tangguhkan n3...malas nak mengenang peristiwa tu...biarkan ia.....

Terimakasih yang tak terhingga untuk Sis Yatt yg baik hati kerana membantu akak mendapatkan teko ni...kalau Yatt tak tolong memang akak melepas sebab barang2 yg rare begini sepantas kilat akan disambar...lebih2 lagi harganya berpatutan dan mampu milik..sayang Yatt...nnt tolong intai2 lagi ya...muahhhh...

Friday, July 2, 2010

Tenet dah ok

Salam semua..lama tak sibuk2kan diri kat blog sebab line terlampau slow dah gambar2 kat blog pula banyak yg tak nampak...

Yang bersalah dalam hal ni tak lain tak bukan line internet dan lappyku yg dah kena virus...

Semalam dgn penuh rasa syukur...dah dapat lappy baru..sebab ada orang sponsor..sapa lagi kalau tak en hubby itu...since lappy lama tu built in internet, dan tak boleh pakai digi, yg tu pakai celcom yg byk menerima kritikan kerana kelembapannya, maka yg baru ni guna digi bb...alhamdulilah.. ok sikit...harap no more trouble mable....hehehe..

Since gambar tak masuk lagi kat lappy ni, maka berita hari ni disiarkan tanpa gambar....adioss..jumpa lagi ya..