Sunday, December 26, 2010

Sweet Rose Set For Sale!!


FOR SALE - FULL SET SWEET ROSES
~1 teko tinggi
~1 creamer
~1 sugar pot
~6 cup and saucers ~ cawan jenis kecil
~6 piring kuih(side plates)
~1 piring kek(cake plates)

Old stock but fresh from apek
RM200 termasuk Postage

Sunday, December 5, 2010

Family Trip to Langkawi Island

Seronoknya bila hubby cakap 'jom kita p langkawi'..hehehe...tugasku book tiket, hotel dan cari mana tempat2 utk dilawati...keja sonang tu..

Sesiapa yg nak ke langkawi dan plan nak duduk dua hari dua malam, rasanya bolehlah jadikan n3 ni sebagai panduan...

Hari pertama 30hb(selasa) tu kami sampai dah petang, dlm pukul 3.00..then sewa teksi kat airport, murah juga, mereka charge RM160 hingga kami balik, hari Khamis petang...dari airport terus p check in hotel...sebab hari tu tak tahu hotel mana nak duduk, main tekan jer kat tenet..kami tinggal kat D'SA motel, kecil tp bersih la...ingat kalau tak selesa nak tukar hotel tapi bincang dgn hubby, kami stay jer kat situ...lagipun paling lama tidur jer, sebelah siang byk aktiviti..kalau uol nak hotel lain kat pekan kuah, ada Baron Hotel, Bay View Hotel ...dll

Lepas tu habiskan petang tu untuk shoppingggg..hehehe..ada 2 sebab kenapa kena shopping hari pertama...jeng3..pertama supaya hati tenang aja sebab dah shopping dan boleh menikmati agenda2 seterusnya dalam keadaan aman tenteram..:) ..kena bagitau kat che abang tu..kalau tak mesti moyokkk jer..kedua, boleh pack brg2 yg dibeli lebih awal, jadi kita tau beg tu masih boleh isi ke lagi, kalau masih kosong nnt hari seterusnya bolehlah selit utk bershopping lagi...hehehehe

Tempat2 shopping yg BEST...kat Ismail Group..ada beberapa kedai Hj Ismail Group ni, cari kedai yg jual pinggan mangkuk ni..senang nak cam, semua colour hijau macam kat bawah ni...round jer pekan kuah tu, mesti jumpa..

Lepas tu p cari pekan Rabu, jalan menuju ke jeti..kat situ ada RAM's..lupa pulak ambik gambar kedai ni... trademark dia warna pink...sebenarnya aku lebih suka kat sini drp kedai Hj Ismail..


Satu lagi tempat kat Idaman Suri..jalan air hangat..jln terus..hingga jumpa bangunan kuning kat bawah ni, sebelah kanan jalan, besar bangunan ni, senang cam..kat sini boleh rambang mata tau..bingung sekejap..tak lama, lepas tu boleh la shopping dgn waras..heehehe

Ada lagi satu tempat shopping.. Zaina's Home deco, bersebelahan je dgn bangunan Idaman suri ni, macamana entah aku boleh terlupa ..semua info ni aku dapat daripada Danisya Kifli..rakan blogger dan FB yg keja kat Langkawi..credit to her..toce2..

Apa barang2 shopping...secara ringkasnya...coklat, cadar, quilt..pelbagai jenis sudu, barang2 berupa teaset, dinnerset vantage dan bukan vantage..dan macam2 lagi...
Hari Kedua...dah puas shopping jom kita jalan2 kat tempat yg menarik dan tertarik, dan bersejarah....hehehe
Kalau dari pekan Kuah, mulakan dengan melawat makam mahsuri..

Rumah mahsuri...
Telaga mahsuri

Lepas tu teruskan ke Padang Mat Sirat, kawasan beras terbakar...tak ada beras yg keluar, masa kecik2 dulu aku penah cari beras terbakar kat situ, masa tu belum di pagar macam sekarang(keluarga belah abahku ada tinggal kat sini..dan arwah abahku memang asal dari Langkawi)..sekarang mereka tabur beras biasa..warna putih...sepatutnya tak payahlah buat gitu, biar aja kawasan tu..


Adalah juga depa letak kat dalam bekas cermin sepinggan beras terbakar)...pinggan kangkung youuu..

Dari situ teruslah ke Oriental village...tapi melalui tempat ni dulu..berhenti kat sini sat ambik gambar..cantik sangat, dgn yacth bersusun2 mcm kat obersea..

Cantik bangat kan...
Kat oriental village pun cantik gak..macam kat europe..
Rupa2nya cable car kat sini juga..sesat juga kami mencari sebab tak ada petunjuk..cable car ni buka jam 9.30 pd hari2 lain..kalau hari rabu jam 12.00, kebetulan pulak kami pergi hari rabu, terpaksa la round2 sementara menunggu. Tepat jam 12 p sana, org dah beratuq panjang..hehehe..bayaran rm30 utk pelancong dan rm15 utk malaysian citizen, kena tunjuk IC tau..


Baca kat info..paling curam di Asia Tenggara..aku penah naik cable car kat genting, mmg yg ni curam sangat2..my boy pucat gak takut..aku tak rasa apa pun, tak tau kenapa..kalau naik k/terbang w/pun dah selalu naik, perasaan takut tu sentiasa ada, mcm2 ayat baca...hehehe..

Sebelum ke underwater world, singgah makan tengahari kat rumah sepupu arwah abah di Kuala Teriang...(kena jemput tau..bukan main terjah jer..hehehe)

Turun dari situ boleh terus ke Underwater World..aku dan husband tak masuk, hanya my anak teruna dan dara ku je masuk, kami jalan2 kat kedai di luar...sebab dulu dah penah masuk sini...


Hari terakhir....jumpa sya sekejap then ke kawasan jeti..kat dataran lang..bergambar dgn burung helang ni..

Lepas tu cover belah atas pulau langkawi, terus ke Telaga Air hangat..masih under rennovation, tp ada satu perigi dibenarkan utk cecah kaki..

Terus lagi ke tanjung Rhu...ada pulak che zah dok posing kat situ ya..hehe..sepatutnya boleh ambik package p boating dan bagi makan helang kat hujung jalan tanjung rhu ni..tp takut tak sempat nak check out kami tak p..kalau awal2 tau kat sini tempatnya, kelmarin tu boleh squeeze in..tak pe lah..lain kali aja..

Lepas tu balik hotel, check out, Disebabkan flight pukul 5 kami sempat lagi ke view point ni..termengah2 aku panjat bukit utk view kawasan lapangan terbang dari sini..cantik2

Lepas tu ke kawasan beras terbakar untuk makan tengah hari dan sempat lagi melawat saudara belah arwah abah kat situ...kul 3.20 baru p airport, hantar kereta dan check in...

Tips..kalau nak beli souvenir mcm key chain, beli kat gerai2 di kawasan beras terbakar, lebih murah....T-shirt pulak kat gerai2 di Kuala Teriang...

Sayonara langkawi, hingga berjumpa lagi...penat tapi puas hati....hehehe..dan terima kasih banyak2 kepada Sya kerana banyak membantu...

Friday, November 26, 2010

Banyaknya meowww...

Lama tak cerita pasal my kitties...

Ini Cassy...generasi ke2 iaitu anak kepada yuyuk dan cucu kepada yuyu..hehehe..yuyu dan yuyuk tu aku angkut drp sekolah 2 tahun lepas sbb masa tu yuyu baru melahirkan yuyuk, sekolah pulak nak cuti, kasihan takut mereka tak dpt makan, aku bawa balik...then tak sempat spay, yuyuk dah beranakkan Cassy...Cassy pulak sgt hyper, jarang dok rumah, beberapa kali dah nak bawa p klinik tp tak dpt tangkap..last2 Cassy termengandung...ingatkan ikut ibunya, tak byk anak..tapii.......

Masa awal2 bunyi meow hanya sekali sekala, dan mcm seekor aja...ita akk penah bagitau anak cassy sekor saja rupa2nya...

Hellowww world!....ingatkan ampat....

Sekali ...limaaaa............

Meriah..tapi aku nnt yg parah..aduiiii...cepat la siapkan rumah utk depa2 ni en hubby oiiii..sebelum mereka poooo dan terbalikkan rumah ni..

Dah plan nak bagi nama 'sunshine' sbb ingatkan sekor je...sempena nama sebuah band dulu2 ... 'KC and the sunshine boys'..sekarang dah jd 5...terpaksa tukar...hmmmm apa ya...ok..sun, moon, sky, cloud and star....hehehe..ok tak????

Thursday, November 25, 2010

Selamat tinggal!

Dah nak tutup blog ke?..
*
*
*
*
*
Bagi jauh2 sikit...hehehe..tak lah...
Hujung2 tahun ni ramai yg berpindah sekolah..rakan2 sekolah yg berpindah ke negeri lain 6 orang..yg dalam negeri (dalam sabah) belum tau lagi..

Salah seorang kwn yang akan berpindah..Azrinda dan husband, yg sama sekolah jugak..dan dia akan berpindah ke kampungku..kolopilah..alahai.. dia ni org johor dan husband org kelantan, katanya nak dok tengah2 supaya tak gaduh2, lagipun dia ckp tempat bertemu jodoh dulu ialah n9..kira nak ingat balik kenangan manis..elok la tu..sok2 den balik kg bolehlah poei rumah ekau..hehe..

Walaupun Az mengajar sebelah petang tapi kami kira rapat juga sbb dia baik, suka senyum dan kalau buat makan2 tak kan miss jemput aku....pandai masak ni....

Semoga Az bergumbira di tempat baru dan selamat berjuang
..hehehe..tagline sapa tu???

Sunday, November 21, 2010

'Tershopping"!!!

Salam hari Ahad...apa plan hari ni...hunting PML?...kalau malas2 tu intai online aja..kena cepat mcm kilat..awal pagi tadi mmg nampak nita jual teko bunga rose..cantikk..mau sangattt...tp sabar2 kan diri aja..hehe...

UOLs teruja nak tgk hasil barang yg 'tershopping' semalam???..ala tak byk pun, wat gempak je cuti2 sekolah ni...

Alas meja..tp plastik..sebab meja ni selalu dipenuhi dgn makanan..air..selalu tumpah itu ini..selalunya lap dan kalau dah 3,4 kali basuh, kubuang terus..jadi alas meja nilah yg selalu berubah...hehehe..ni tak tau berapa lama bertahan...beli 1 jer ke?? tak, tak..beli 2 la..tgk kat bawah ni..

Kalau dah satu dibuang boleh ganti dgn yg satu lg..ataupun tgklah letak kat mana2 ke...

Rak pinggan....beli kat kedai home deco...murah tu RM9 atau RM9.9..hihi cepat betul lupa...kenapa beli???...tgk bawah..


Td kubongkar kotak cari pinggan2 ni, kan tersusun elok tu..nak letak dalam lemari...yg baru dapat gak..

Hiappp..jgn cuba nak sekodeng pinggan2 tu....ni hasil hunting terbesarku semasa awal pembabitan dalam PML...tapi dpt pinggan2 jer..kusapu semua..tamak haloba gitu..sangat sayang pinggan2 ni..dah keluar kotak, bolehlah digunakan....ada 11 tu..angkat tgn sapa nak dtg rumah, 11 org jer..lepas tu tutup kuota tau....:)

Tisu yg dulu berlambak..beli lagi...???..hehehe..kalau rajin tampal la kat mana2 masa cuti ni..kalau rajin tak juga dtg2..simpanlah kat mana2 juga...hehehe

Penah tgk jual kat online benda alah ni....sekali masuk sebuah kedai tu berlambak2..mcm2 jenis..aku bediri kat situ lama2..pilih yg mana cantik..hati berbelah bagi..nak ambik berapa ya?? lepas hati bergaduh2 kat dlm...aku pegi tempat lain bawa hati yg bercelaru..pusing sana sini..last2 dtg balik dan hati yg menang ckp ambik satu je ya...ni pun tak tau nak hang kat mana...dah pilih2 telek2...aku pusing kat belakang cari shop assistant..budak tu mmg dah tgk aku sambil senyum ..aku perasan yg mula2 masuk dia ada kat area tu..rupa2nya dia dok perati aku..agaknya dalam hati dia ckp 'mak cik ni mesti beli ni..lama betul berdiri kat situ'...hehe

Ok..dah..jom balikkk...tiba2..tussss..bunyi apa tu..sekali tgk seliparku putus...alahai memang nak perabih duit lagi....tershoppinglah selipar ni pulak...

Itulah kisahnya anak2...seorang mak cik yg tak sengaja tershopping...hehehe..ok lain citer..

Ni sampai 2 minggu lepas..tempah dgn Ira.....kemas sangat2..aku suka...berbulan2 menunggu turn..rasa2nya dari bulan April lagi...w/pun Ira ckp dia sibuk study dan sapa2 yg tempah boleh tarik diri, aku tetap menunggu dgn sabar...cantik kan..

Apa ni?? rumah org eskimo dah pakai papan ke? tak guna ais lagi???..hehehe..ini pemberian seorang hamba Allah...tima kacihhh..dia ckp aku suka bird house..so dia hadiahi aku birdhouse ni...berapa dah birdhouseku..masuk ni ada 4 la kan?..suka..suka

Habis dah celotehku hari ni..jgn marah....tata..

Saturday, November 20, 2010

Makan-makan di KK

Gracecourt foodyard
Hari tu p makan2 dgn anak dara dan terunaku...somi tak dak...sebenarnya nak tunggu turn service keta, malas nak balik..oppp sebenarnya malas nak masak, terus cari makan...so tuan2 dan puan2 yg nak ke kk tu boleh la makan kat tempat2 ni..kenalah dgn seleraku..selera hangpa tak tau la..

ni lorong masuk...
Berhampiran dgn Grace Court kat Sembulan....jalan masuk ke tugu peringatan yg n3 lepas..check it out..

Satu lg kat restoran Kak Nong...dulu dekat dgn rumahku , skrg dah pindah ke jalan Sembulan ni gak..susah la nak dtg selalu...dulu mmg port kami anak beranak..hehehe....kami belum penah singgah kat tempat baru ni...

OK...cuti sekolah dah bermula...selamat bercuti kepada semua..peminat2 PML selamat menghunting dan peminat english deco..selamat memutihkan mata...aku plan nak kemas rumah dgn deco2 yg berlambak2 dan PML yg tak tau nak letak mana..kira nak spring cleaning la...hehe

Wednesday, November 17, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Tugu peringatan yang dibina di tapak nahas kapal terbang yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah dan beberapa orang menteri yang lain di Sembulan Kota Kinabalu 1976

http://en.wikipedia.org/wiki/Double_Six_Tragedy


SALAM AIDIL ADHA BUAT SEMUA RAKAN BLOGGERS DAN SILENT READERS SUDI YANG MENGUNJUNGI BLOG AKAK INI...HAYATILAH ERTI PENGORBANAN YANG SEBENARNYA, SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAH DARIPADA YANG MAHA ESA...

Sunday, November 14, 2010

Summertime on rainy day..

Salam pagi Ahad...
Blog sekarang terabai sikit..masa lebih kat FB..ramai bloggers pun dah beralih ke sana tapi sambil berfb memang singgah juga kat sini yg dah sunyi sepi ni..

Harap2 hari ni tak hujan, kejap lagi nak p tamu lagi..tapi tamu Putatan kot...
Ok di musim yg kejap hujan kejap panas ni..jom kita tenguk set summertime ala2 vantage ni..dah lama beli tapi..tau2 ajalah, malas betul nak upload..

tureen dan ladle...

Tempat cake...comel betul ..walaupun bukan set vantage tapi ok lah tu....

Tata..

Saturday, November 6, 2010

Membesar dengan Dumex

Kalau sapa2 yg umur dalam lingkungan akak ni mesti membesar dengan susu Dumex kan?..dulu beli susu dapat hadiah pinggan mangkuk dumex..memang nostalgik set ni sebab kebanyakan rumah ada mengumpul brg2 dumex...

Aku masih ingat yg mak ada set dumex ni..mmg dah aim dah..masa mak sakit dulu aku tanya mak ckp dia tak tau kat mana..ingatkan mak tak ingat sebab malas nak fikir masa sakit..balik baru ni aku tanya mana set tu, jawapan mak masih sama...sapalah dah "songlap" niiii..kakakku pun masih ingat yg mak ada set lengkap dumex tu..kakak tak minat PML ni, memang dia tak ambik la....

So aku kenalah kumpul balik set dumex utk mengimbas kenangan lalu..so baru dapat 2 ketui ni..huhu..

Ni kira set pml yg terbaru la..beli drp Eisantique..takut pecah kalau dipos, aku minta tolong kakak ambik kat AM dan kirim dgn anak daraku...yg piring dan teko twin rose hari tu pun ambik masa tu..so anakku bawa semua ni plus bread maker...tambah la moncong dia..hehehe..siap warning..mama jgn lagi beli macam2 ...hehe

Entah bila la nak melengkapkan set ni pun tak tau...aku nak fokus kepada cawan shape jenis di atas saja......

Awal pagi tadi buka blog Eis..ada jual cawan bunga kangkung oren tanpa saucer..berkali2 angkat h/p tapi ....sabar2...aduiii..kejap lagi mesti dah sold out...mau tapi...sebab tak cukup set, jadi malas nak kumpul set yg tak cukup korum.....byk lagi set nak di top up nih...

Friday, November 5, 2010

Jom buat roti...

Salam pagi Deepavali...tak dak maruku tapi ada roti..jom makan...

Nampaknya roti kat kedai dah tak laku sejak ada bread maker ni..hehehe..betul ke? kot hangat2 tahi ayam aja...BM ni beli melalui FB, nampak ayu yg masa tu duduk kat German iklankan...mmg tak kenal ayu ni tapi bila baca komen2 kat fb ayu, naluri dpt rasakan dia ikhlas..so apa lagi orderlah...kebetulan masa tu mmg nak cari bm sebab ada beberapa kwn kat sekolah selalu bawa roti buatan sendiri..dan aku ni jenis kalau beli apa2 canang satu bilik guru..hehe..kwn2 lain pun ikut order..6 bm kesemuanya kami order..

Baru ni anak daraku balik cuti, so ambik kesempatan suruh ayu hantar kat anakku...terus dia call..'mama, besar gedabak bm mama tu, mana boleh bawa tangan"..aku tawakal aja suruh dia check in..alhamdulilah ok..

Harga bm ni aku rasa sgt berbaloi..cuma rm399..disebabkan aku tolong promote kat kwn2, ayu tak charge penghantaran ke rumah sewa anakku kat shah alam, siap ada gift lagi..muffin pan dari German jugak...best..thanks ayu

Banyak lagi gadgets yg ayu jual yg made in Germany spt waffle maker, grill, steamer..bila tgk2 balik kat fb gambar2 tu mcm menyesal pulak tak order dulu...skrg ayu dan family dah balik for good ke M'sia..no chance...

Inilah bm yg memudahkan pembikinan roti..bekas2 yg digunakan pun tak banyak nak dibasuh sebab guna byk bahan kering, tak mcm buat kek..itu yg aku malas sebab kena basuh segala2 yg melekat2 kat bekas...alasan baik punyer..

Ini roti yg ketiga kali..guna mcm2 jenis resipi yg kawan2 kat sekolah dah cuba buat...makan gitu saja pun sedap....lain resipi lain textures yg dihasilkan..tak pa janji sedap..hehehe

Ok chowww..pagi ni nak try pandan bread...hehehe

Monday, November 1, 2010

Bertemu kembali bersama koleksi Twin Roses

Salam hari pertama bulan November..sedar tak sedar dah sampai ke penghujung tahun dah. Sekian lama blog ni menyepi..tapi aku selalu ke sini...masih ada pengujung setia..maaflah ya rumah sunyi sepi..hujung tahun gini memang sibuk..nak beri latih tubi kpd budak2 sekolah yang nak ambik periksa SPM dan STPM...then sejak Julai tak berhenti2 peperiksaan demi peperiksaan dan of course diikuti dgn marking papers..dan sejak birthday yg ke separuh abad kesihatan tak mengizinkan pulak..sampai ke hari ini....tapi alhamdulilah..harap2 semua akan beres...kali ni nak share kolesi twin roses yg sikitttt sangat ni..huhu

Inilah dia..2 teko dan 3 piring...

Yang 2 piring tu bunga lain sikit daripada biasa..hunting sendiri kat negeri bumi kenyalang..banyak jumpa tapi tak boleh angkut semua sebab naik belon tambang murah yg menghadkan baggage weight..

Dua teko ni pun lain sikit warnanya..yg satu pinknya lebih terang dan satu lagi pudar..kedua2nya aku suka sebab ni aja yang dapat...tgh menanti anak2nya yg susah nak jumpa..

Ok..jumpa lagi bila angin rajin datang lagi ya...adious..

Wednesday, October 13, 2010

Belum ada mood...

Salam semua..mood nak buat n3 belum ada..just nak ucapkan salam dan terima kasih kepada yang masih sudi menjenguk blog ni..............kepala pula berdenyut sekarang.............

Gambar ni ambik dari blog Eis...barang2 ni sudah kubeli tapi belum diambil sebab tak bagi eis post takut pecah..ingat nak p ambik kat Amcorp masa balik raya baru ni tapi tak sempat..dah suruh kakak ambilkan tapi belum poi lagi plak..huhu...tunggu aja lah...