بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Alhamdulillah, STP telah menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini dengan selamatnya. Selepas solat sunah hari Raya Qurban, masing masing balik kerumah, menjamu selera mengikut sunah Nabi saw.
9:30 pagi para peserta qurban, AJK STP dan petugas petugas telah memenuhi kawasan surau. Kemudian lori membawa 9 ekor lembu pun sampai dan dikuti sebuah kereta Bomba (yang membantu STP setiap tahun).
cara kami menumbangkan lembu
ikat tali pada kaki belakang lembu
tali kat lehir lebu dibelit pada sebatang tiang besi
lori bergerak kedepan, sempotan lembu akan turun
tali yang terikat pada kaki belakang lebu diikat pada lori dan ditarik
dengan perlahan lahan lembu akan jatuh
setelah diikat kaki lembu depan dan belakang
baru proses penyembelihan dijalankan
cepat pembersihan darah dengan pancutan air pihak Bomba
mengunakan mesin pemotong untuk memotong tulang, cepat
Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi saw:
"Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".
Wassalam
Masih dalam 4 hari raya haji...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Korban Atuk...
Sy mmg kalah dgn darah. Pnh skali tgk org sembelih lembu. Darah memancut keluar. Ms tu gak pandangan sy jdk kelabu. Adeh!
ReplyDeletesalam aidil adha atuk.
ReplyDelete3 thn lepas kami adik bradik kongsi (7 org) buat qurban.
suka dgn statement ni..
Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".
Salam ckLah
ReplyDeletehe he...
saya masih makan daging qurban lagi
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum 'Atuk'
ReplyDeleteMeriah sungguh suasana di STP. Pengurusan pun sangat teratur nampaknya, siap ada bomba dan mesin pemotong lagi, Alhamdulillah.
Salam Farah
ReplyDeletetak mengapa..
janji kita turut serta dlm ibadah qurban, jika mampu
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Zue
ReplyDeletemalam tadi ustaz beceramah
kalau kita simpan RM1 satu hari
Insyaallah...semua orang boleh berqurban
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteAlhamdulillah
ini semua kerjasama semua jemaah STP
terima kasih
Wassalam
Assalamu'alaikum THR
ReplyDeleteAlhamdulillah, bila ramai ringan tulang membantu, kerja yang berat menjadi ringan, yang rumit menjadi mudah.
Wasalam.
salam aidiladha,
ReplyDelete27 hb Nov 2011....ermmmm ada kenduri kat kampong....insyaAallah saya datang.
Assalamualaikum Tn Hj,
ReplyDeleteMelihat kepada gambar-gambar tersebut badan masih terasa kepenatan menolong kharian Masjid yang membuat korban sebanyak 12 ekor lembu pada tahun ini dan Alhamdullilah daging-daging kurban tersebut dapat diedarkan kepada yang memerlukan terutamanya fakir miskin........
tengok kepalo lombu tu ngeri pulok..disusn cam tu
ReplyDeleteingatkan saye je yg ngeri tengok kepala lembu itu. huhu!
ReplyDeletehmm tak berkesempatan nak tengok lembu dikorbankan
ReplyDeleteSalam Diana
ReplyDeleteAlhamdulillah
sudah ada niat dari awal
moga dimakbulkan
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam THMSH
ReplyDeleteAlhamdulillah
moga amalan kita dierima Allah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Humairi
ReplyDeleteAlhamdulillah
jemput sekeluarga
bersama menantu
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam TH Pesona
ReplyDeleteIkhlas...Insyaallah...kepenatan akan hilang cepat..kepuasan mendatang
moga Allah terima amalan kita
terima kasih
Wassalam
Salam Imanshah
ReplyDeletehe he..
kepala tu untuk diagihkan kpd yg berminat pd akhir tugas nanti
terima kasih
Wassalam
Salam BTK
ReplyDeletekalau dah buat sop..emmmmm...sodap
he he
terima kasih
Wassalam
Salam Saiazuan
ReplyDeletetak apa...
nanti habis belajar nanti
belajar menyembelih lembu pula..
terima kasih
Wassalam
tersusun rapi kepala2 lombu tue ye tok.. amy x boleh lihat lombu di korban , takut x sampai hati..tapi last year korban memang kuatkan diri la , buang perasaan tu jauh2... salam aidiladha atuk sekeluarga
ReplyDeletesalam :D..
ReplyDeleteAlhamdulillah... :)..
atuk, nak tanya.. kalau seseorang tu msh dlm tggn ayahnya.. br hbs belajar.. sdg mencari keje.. tp die dh keje sikit2.. adakah dikira org2 yang mampu?
Salam Amy
ReplyDeletesaya dulu pun takut juga
tapi selalu turut serta
Alhamdulillah ..dah boleh masuk gu...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Laby
ReplyDeleteInsyaallah...boleh buat qurban (sekiranya ada berlebihan)
tapi kena minta izin drp bapa dahulu
terima kasih
Wassalam