Showing posts with label Riadah. Show all posts
Showing posts with label Riadah. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Bola Hujan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Musim cuti sekolah ni kebanyakan anak anak membuat aktiviti macam macam. Mukin zaman dah berubah, budak budak sekarang ini mengadap gejet ajer. Kalau tak mengadap komputer, menonton tv atau PS2 atau PSP dan lain lainnya. 


Petang semalam dalam hujan lebat ternampak sekumpalan budak budak sedang bermain bola dalam hujan lebat

Adakah sesuai riadah semacam ini



Islam Mementingkan Kasih Sayang

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”

Riwayat at-Tabrani



WASSALAM

Monday, July 2, 2012

Pantai Bagan Lalang, Sepang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Setelah diadakan beberapa perbincangan, kata sepakat diputuskan. Maka pada 30 Jun 2012, pagi sabtu kami 8 keluarga, rakan sepejabat, berkumpul di tepi Pantai Bagan Lalang, Sepang. 

Alhamdulillah, cuaca amat baik

 Dua keluarga dah datang pada petang Jumaat dan mereka bermalam di tepi pantai

Menjalankan tugas masing masing

 Acara yang tak boleh ditinggalkan, bakar bakar 

 Adakan game untuk anak-anak kecil

Banyak jabatan dan egensi yang mengadakan aktiviti di sini

 Unit berkuda, PDRM
Bermesra dengan pengunjung pantai
 Bersebelahan dengan The Palm at Sepang Gold Coast


 Tandasnya yang bersih
Pada hari cuti, terdapat Pasukan RELA mengawal kawasan

 Disediakan tempat Solat dan gerai makanan

Keperluan untuk mandi dan peralatan permainan tepi pantai

Kesimpulannya, sesuai untuk kawasan berkelah. Pantainya landai. Pihak Perbandaran menjaga dengan rapi, menjadikan kawasan ini bersih dan teratur.




Rasulullah SAW bersabda
“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW bersabda

“Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.”

(Riwayat Thabarani)




WASSALAM

Friday, December 30, 2011

Muzium Arkeologi, Lenggong, Perak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semasa menguruskan perkawinan adik bungsu di Baling tempuh hari, kami sempat singgah di Muzium Arkeologi, Lenggong.


Ia adalah muzium prasejarah pertama di Malaysia.

Dibina pada 1999 di kawasan tapak Paleolitik Kota Tampan berusia 74,000 tahun.

Penemuan rangka 'Perak Man' yang dipercayai manusia tertua di Malaysia menguatkan Malaysia sebagai penempatan terawal pada zaman prasejarah di Asia Tenggara.

Juga mempamerkan semua bukti tinggalan masyarakat seperti alat-alat batu, tembikar, barang perhiasan dan acuan serta tapak gangsa dan peralatan orang Asli.

Menawarkan pelbagai aktiviti termasuklah lawatan ke tapak arkeologi.



Yang menarik tentang muzium nie adalah pameran Perak Man. Rangka manusia zaman Paleolitik yang lengkap yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh.

Kedudukan rangka Perak Man masa dijumpai di Gua Gunung Runtuh.


Muzium Arkeologi Lenggong menempatkan pelbagai artifak dan tinggalan sejarah yang pernah digunakan dalam kehidupan masyarakat purba yang pernah mendiami kawasan ini.




Di luar Muzium terdapat Taman Geologi yang terletak di bahagian belakang di atas bukit. Di sini diletak beberapa jenis batu-batu yang dijumpai semasa mencari gali bahan-bahan sejarah di sekitar daerah Lenggong.

Terdapat menara tinjau setinggi 4 tingkat


Dikelilingi ladang kelapa sawit dan
boleh melihat Sungai Perak


untuk maklumat lanjut layari disini


"Manusia yang mencari ilmu, sementara ilmu tidak akan mencari manusia"


WASSALAM

Wednesday, February 2, 2011

Terserempak Dengan Le Tour de Langkawi 2011

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Tengah hari semalam pergi ke Sogo untuk survey harga baju.
setelah di -8+\><*#^%= tak jadi beli
tapi boleh pergi round kedua sebab sale hingga 14 hb

semasa datang tadi saya hairan, mengapa pegawai Polis dan
Dewan Bandaraya ramai di Jalan TAR, sekitar Chaw Kit hingga Sogo.
tak mengapa la.. biarlah mereka menjalankan tugas mereka

keluar daripada Sogo
lagi hairan, mengapa orang terlalu ramai









peserta yang kedua, yg pertama tadi tak sempat nak snap

kumpulan besar...berngaum bunyi tayar basikal

negara mana ler yang akhir sekali tu...yang pasti bukan Malaysia

Pelumba pasukan Androni Giocattoli, Jonathan Monsalve ditabalkan selaku juara Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011, kelahiran Venezuela berusia 22 tahun, merangkul gelaran juara keseluruhan pada edisi ke-16 tahun ini.

untuk maklumat penuh sila klik disini

Pengalaman pertama melihat perlumbaan basikal jalanraya setelah 15 tahun diadakan.

Nabi Muhammad SAW sendiri juga sering bersukan. Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan fizikal dan persenjataan yang dapat menggerunkan musuh-musuh Islam.

Firman Allah yang bermaksud;

"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu."
(Surah Al-Anfal : 60)


Sirah menunjukkan bahawa Nabi SAW, bukan sekadar bersukan atau beriadhah bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada masa-masa tertentu, Baginda SAW bersukan dan beriadhah bersama isteri-isteri baginda.

Antara kisah Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam melakukan riadhah bersama isterinya adalah seperti yang terdapat dalam satu hadis Aisyah yang berkata;

"Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu."

Wassalam

Wednesday, December 29, 2010

Tahniah Malaysia, Juara AFF SUZUKI CUP 2010 (agregate 4-2)

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Tahniah Tahniah Tahniah Harimau Malaya





Tahniah juga Indonesia, menjadi naib juara

saya puji semangat kesukanan anda semua


saya suka dia....
kecewa..tapi tidak melakukan perkara yang melapaui batas

Moga berjaya dan terus berjaya dengan semangat kental

saya berdoa agar suatu hari nanti pemain-pemain akan
memakai pakaian yang menutup aurat

Amin amin amin

Wassalam

Sunday, December 26, 2010

Tahniah Malaysia 3-0

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah...Syukur....Tahniah Malaysia...Harimau Muda
menundukan Indonesia 3-0, dalam pertandingan
AFF SUZUKI CUP 2010, pusinggan pertama

Gol pertama

Gol kedua

Gol ketiga

ini mukin sokongan 2 orang anak bujang saya
(he he he...satu antara seribu punca)
pertama kali dibenarkan ke stadium
mukin kenanggan abadi buat mereka

Terima kasih rakyat Malaysia
kerana memberi sokongan padu

Moga perlawan seterusnya, di Indonesia
meneruskan kejayaan serta menjulang
Piala AFF SUZUKI CUP 2010
Insyaallah

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...