Showing posts with label Mac. Show all posts
Showing posts with label Mac. Show all posts

Thursday, March 27, 2014

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT SUKAN ANGKAT BERAT 1/2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kem Bakat Sukan Angkat Berat telah masuk hari ketiga. Aktivit dimulakan dengan perhimpunan pagi pada jam 7.00 pagi. Atlet-atlet kemudian dibawa ke Pantai Hiburan bagi senaman pagi.

Latihan pagi dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Latihan difokuskan kepada teknik-teknik angkatan seperti straight knee snatch dan jerk block. Manakala latihan pada sebelah petang adalah classic snatch dan clean squat

Atlet-atlet kemudian diberikan taklimat mengenai teknik-teknik angkatan oleh Encik Mohd Nor Osman.

Bagi sebelah malam pula, sesi ceramah berkenaan psikologi disampaikan oleh Pn. Noorhapizah Mamat, pegawai dari ISN Satelit Negeri Pahang. Aktiviti tamat sekitar jam 10.30 malam.

Sekian sahaja laporan dari MSN Kuala rompin. Terima kasih.

SHA'IF BAHARUDIN

Tuesday, March 25, 2014

Latihan Jarak Jauh Atlet Pelapis Berbasikal Berbentuk Jelajah Siri ke 2 (Stage 2)

Salam,

Hari ini (24hb. Mac 2014) adalah merupakan Stage 2 dalam kayuhan Jelajah Siri Ke 2. Tujuannya ada sama seperti kayuhan jelajah siri pertama sempena LTDL 2014 yang lalu. Objektif utama adalah merupakan persiapan untuk menghadapi Kejohanan ACC 2014.

Stage 2 ini adalah kayuhan bermula dari Ipoh-Cameron Highland-Ipoh sejauh 180km. Seramai 12 orang pelumba yang telah menyertai latihan ini ( 8 pelumba lelaki dan 4 pelumba wanita).

Antara atlet yang terlibat ialah :

Pelumba lelaki
1. Mohamad Afiq Huznie Othman
2. Asyraf Naim Ying
3. Mohd. Akmal Hakim Zakaria
4. Eiman Firdaus Mohd Zamri
5. Ahmad Muazzam Iman Mustaffa Kamal
6. Daniel Haikkal
7. Muhammad Izat Tolha
8. Muhammad Danial Aiman Anuar

Pelumba wanita
1. Nurul Alissa Azman
2. Nur Azrenna Jumry
3. Nur Rozi Yanti Mat Rodzi
4. Anis Amirah Rosidi

Mereka diiringi oleh 2 orang jurulatih dan seorang mekanik iaitu;

1. Suod Hussain - Jurulatih Pelapis Kebangsaan.
2. Muhammad Azri Yusoh - Jurulatih Pelapis Kebangsaan.
3. Mustakim Syarifuddin - Mekanik Pelapis Kebangsaan.

Sepanjang kayuhan 180km ini effort yang diadakan ialah;
E1 - 180km ( speed purata 35km/j)
Inc. E2 - 30km X 1t ( speed purata 43 - 45 km/j)
SE - 5km X 5t (Strength endurance - mendaki mengikut kemampuan sendiri)

Mereka memulakan kayuhan pada jam 7.15am dan tamat (sampai di Ipoh) pada jam 1.15pm. Kesemua pelumba lelaki dapat berkayuh mengikut program dengan baik. Pelumba wanita pula hanya berkayuh sehingga Tanah Rata sahaja iaitu sejauh 90km (mengikut program untuk wanita)  dan menaiki van balik ke Ipoh.


Stage ke 3 esok (25hb. Mac 2014)
Kayuhan dari Ipoh ke Bukit Mertajam ( penginapan ASZU) iaitu sejauh 150km. Disertakan beberapa keping gambar kayuhan mereka pada hari ini.

Sekian laporan ringkas pada hari ini.

Suod Hussain / Muhammad Azri Yusoh
Jurulatih Pelapis Kebangsaan


Laporan Hari Ketiga : Kem Bakat Sukan Olahraga 01/2014

Tarikh : 24 Mac 2014
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka

Salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari ketiga kem bakat sukan Olahraga di Melaka. Untuk hari kedua, pertandingan  hexathlon telah dimulakan dengan acara 80m dan 100m lari berpagar. Seramai 100 orang atlet telah mengambil bahagian dalam semua acara. Seramai 9 jurulatih, 6 SDO dan 10 Pembantu Padang telah membantu sebagai teknikal pertandingan.

Untuk hari ini juga, 4 acara lelaki dan perempuan telah selesai dijalankan. Manakala, hari esok pula dijangka acara 100m dan 800m akan berlangsung. Pada sesi malam tiada aktiviti dijalankan bagi memberi peluang kepada atlet untuk rehat secukupnya bagi menghadapi acara yang akan dipertandingkan esok.

Sekian.
VIMALAN A/L PALANIAPPAN

Laporan hari Kelapan : Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games" 2014

Tempat: Taiwan
Tarikh: 24 Mac 2014


Salam 1 Malaysia,

Masuk hari kelima bagi kejohanan dunia, pasukan negara masih lagi belum dapat menemui pingat yang dicari apabila ketiga-tiga atlet negara telah tewas di tangan pasukan lawan masing-masing. Kebanyakan negara dari Iran, Chinese Teipei, Russia dan Korea telah menguasai kebanyakan kategori. Walaubagaimanapun pasukan negara yang tewas telah menunjukan semangat yang luar biasa ketika dalam gelanggang dan langsung tidak memberi peluang kepada lawan untuk menyerang namun nasib tidak menyebelahi pasukan negara.

Pada 25 Mac 2014, pasukan negara akan meneruskan cabaran dengan menghantar 2 atlet bagi kategori bawah 52 kg wanita dan 59 kg wanita. Diharap pasukan negara akan menemui pingat yang dicari sekaligus menaikan nama sukan taekwondo di dalam negara.

Berikut adalah keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia:-

Kategori bawah 51 kg lelaki

Pusingan Awal
Muhamad Alif bin Ahmad Rosli (MAS) menang ke atas Yaacob Ali Abdul Hameed (Yemen)

Pusingan kedua
Muhamad Alif bin Ahmad Rosli (MAS) kalah kepada Jesus Tortosa Carbera (Sepanyol)

Kategori bawah 73 kg lelaki

Khir Amir Salam Mohd Sulaiman (MAS) kalah kepada Varquez Gerrardo (Puerto Rico)

Kategori bawah 48 kg lelaki

Pusingan Awal
Dipan a/l Kalaimanan menang keatas Yanuel Olivo (Puerto Rico)

Pusingan Kedua
Dipan a/l Kalaimanan kalah kepada Jonas Patron (Canada)

Sekian terima kasih
DINIE SUHAMI

Monday, March 24, 2014

Laporan Hari Kedua : Kem Bakat Sukan Olahraga 1/2014

Tarikh : 23 March 2014
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka

Salam sejahtera,

Hari kedua kem diteruskan dengan aktiviti nyanyian lagu Negara Ku seawal 6,45 pagi di mana melibatkan semua peserta dan jurulatih. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan taklimat dari kem komandan. Setelah taklimat, semua atlet bergerak ke Stadium untuk program pagi iaitu sesi warm up dan drill latihan. Sesi latihan  dijalankan sehingga 11.30 pagi. 

Manakala untuk sesi petang pula, tumpuan lebih kepada persedian atlet ke pertandingan acara Hexathlon. Sebanyak 6 stesen telah disediakan, untuk membantu atlet agar dapat menyesuaikan diri untuk acara yang akan dipertandingkan pada esok pagi.

Pengisian program malam adalah sesi Ceramah Motivasi yang telah dikendalikan  oleh En Sukri dari Jabatan Sahabat Belia Negeri Melaka. Pada masa yang sama juga, satu mesyuarat telah dijalankan bersama urusetia dan jurulatih dengan En.Trapadi berkenaan dengan persediaan pertandingan acara Hexthlon yang akan diadakan. Pertandingan akan bermula pada 24/3/2014 , pada jam 8.30 pagi di Stadium Hang Jebat, Melaka. 

Sekian.

VIMALAN A/L PALANIAPPAN

Laporan Hari Pertama : Kem Bakat Sukan Olahraga 1/2014

Tarikh : 22 March 2014
Tempat : Melaka

Salam sejahtera,

Hari ini telah berlansung Kem Bakat Sukan Olahraga 01/ 2014 dimana seramai 100 orang atlet, 8 orang jurulatih dan 8 orang urusetia telah terlibat. Hari pertama kem telah dimulakan dengan sesi latihan pada petang hari tersebut di sekitar kawasan penginapan.

Program sesi malam pula, aktiviti Ice Breaking telah dikendalikan oleh fasilator dari sahabat Belia Negeri Melaka. Untuk sesi hari ini telah dikendalikan oleh jurulatih sepenuh masa En Krishnan. 

Program hari kedua akan dijalankan di Stadium Hang Jebat Negeri Melaka.

Sekian.



VIMALAN A/L PALANIAPPAN

Laporan Hari Ketujuh : Kejohanan Taekwondo Remaja Dunia & Kelayakan "Youth Olympic Games"2014

Tempat: Taiwan
Tarikh: 23 Mac 2014


Salam 1 Malaysia,

Kejohanan Taewondo Remaja Dunia 2014 yang hanya tinggal 4 hari lagi sememangnya memberi pendedahan yang berguna kepada atlet Malaysia. Di sini pasukan Taekwondo Malaysia dapat mempelajari kekuatan dan kemahiran atlet-atlet dari negara lain. Sememangnya tuan rumah iaitu Taiwan telah menunjukan taring apabila telah menguasai kebanyakan kategori di Kelayakan "Youth Olympic Games" dan Kejohanan Dunia.

Pada hari ketujuh di Taiwan pasukan negara kurang bernasib baik untuk memperoleh pingat apabila diundi untuk bertemu dengan lawan yang lebih kuat di pusingan awal. Pada keesokan hari pasukan Taekwondo negara akan meneruskan cabaran di mana 3 atlet negara bagi kategori bawah 73kg, 51kg dan 48kg akan bertanding bagi merebut pingat di kejohanan remaja dunia.

Berikut adalah keputusan rasmi yang melibatkan atlet negara:-

Kategori bawah 55 kg lelaki 

Pusingan Pertama
Navin a/l Arikrisnasamy (MAS) menang ke atas Hellel Zarskty (Israel)

Pusingan kedua

Navin a/l Arikrisnasamy (MAS)  kalah kepada Ketbi Si Mohamed (Belgium)

Kategori bawah 49 kg wanita

Nur Fasha Qistina bt Shaharuddin (MAS)  kalah kepada Sarah Malykkte (Denmark) 

Sekian terima kasih.
DINIE SUHAMI