Showing posts with label Judo. Show all posts
Showing posts with label Judo. Show all posts
Monday, March 22, 2010
Kejohanan Judo Pelapis Sirkit 1/2010
Kejohanan Judo Pelapis Sirkit 1/2010 yang telah diadakan pada 20-21 Mac 2010 bertempat di Sekolah Tinggi Melaka. Kejohanan tersebut telah disertai oelh 5 negeri iaitu Melaka, Perak, Penang, Johor dan Sekolah Sukan Bandar Penawar dan kejohanan telah dijalankan dengan baik dan lancar.
Sekian, terima kasih
gambar dan laporan disediakan oleh KUN Melaka
Wednesday, November 4, 2009
PLN JUDO IN PERAK
We always remind our SDO to sent us short report when they visit PLN in their state. This is enable us to know what happen in all out Pelapis Training Center and also at least we know that the training program in that particular state are monitored closely by our USPTN.
Perak join other state USPTN by sending report to us on their monthly visitation to PLN in Perak. We know that they always monitor their training center and by sending reports to us with the relevent photos all parties will learn a little bit about training program in Perak. All the best
Tarikh Lawatan : 3 November 2009
Tempat Lawatan : SMK Jati, Ipoh
Individu Ditemui: Atlet judo Pelapis Negeri & jurulatih
Perak join other state USPTN by sending report to us on their monthly visitation to PLN in Perak. We know that they always monitor their training center and by sending reports to us with the relevent photos all parties will learn a little bit about training program in Perak. All the best
Tarikh Lawatan : 3 November 2009
Tempat Lawatan : SMK Jati, Ipoh
Individu Ditemui: Atlet judo Pelapis Negeri & jurulatih
Tuesday, November 3, 2009
Judo International Training Camp
Salam dari Ulaanbaatar,
Petang semalam hingga 4 November bermulanya Judo International Training Camp. Selain dari atlet judo kita, training camp ini juga disertai oleh beberapa negara lain. Training camp ini berjalan dengan baik dan selain dari mendapat teknik-teknik yang baik, atlet judo kita juga berpeluang berlatih dengan atlet dari negara-negara lain.
Pada 5 November, atlet-atlet judo kita akan menjalani latihan di sebuah pusat latihan judo (sports center) yang terletak kira-kira 400km dari bandar Ulaanbaatar. Semoga atlet-atlet kita akan mendapat faedah dan menafaat dari latihan dan pertandingan selama 1 bulan di Mongolia.
laporan disediakan oleh cikgu harun dari Ulaanbattar
Saturday, October 31, 2009
Latihan/pertandingan atlet JUDO di Ulaanbattar Mongolia - Update
Kejohanan Judo Dunia bermula hari ini. Atlet-atlet kita yang mengambil bahagian hari ini adalah Mohd Fakhrul Izzat (-66kg), Marjan Abdullah (-73kg), Nik Norbaizura (-57kg) dan Norhidayu Muliar (-52kg). Walaupun tewas, pengalaman bertarung dengan jaguh-jaguh judo dunia amat berharga, khasnya pada atlet judo kita yang akan menyertai Sukan SEA di Laos nanti.Esok 2 orang lagi atlet kita akan bertarung iaitu Syaiful Rizal (-100kg) dan Mohamed Ezzat (-90kg).
Majlis perasmian kejohanan diadakan petang tadi dengan penuh gilang gemilang. Kejohanan ini disiarkan secara terus menerus di television Mongolia, yang mana sukan judo merupakan sukan yang paling popular di Mongolia.
Malam ini Presiden Persatuan Judo Mongolia telah mengadakan banquet pada pegawai-pegawai dan wakil negara yang hadir pada kejohanan ini. Saya berkesempatan berbual dengan beliau dan beliau berkata Persatuan Judo Mongolia akan sentiasa membantu Malaysia bagi memajukan sukan judo dan melahirkan jaguh-jaguh judo di Malaysia.
Hari ini salji di Ulaanbaatar dan cuaca malam ini ialah -12 C.
Sekian laporan hari ini dari Ulaanbaatar, Mongolia
Laporan dihantar oleh Cikgu Harun
Friday, October 30, 2009
LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA - update
Hari ini (29 Okt), latihan hanya di sebelah petang bersama pasukan judo Mongolia. Selepas latihan, atlet-atlet kita telah ke sauna disebelahan tempat latihan untuk mengekalkan berat badan. Timbang badan akan di adakan pada pagi 31 Oktober 2009.
Keseluruhan atlet-atlet kita berada dalam semangat yang tinggi. Jurulatih Maralgerel amat gembira kerana peningkatan atlet-atlet kita semasa latihan di Mongolia'
Cuaca di Mongolia petang ini amat sejuk iaitu -3 C. Mengikut ramalan cuaca di sini, cuaca akan menjadi lebih sejuk dalam beberapa hari ini dan boleh mencecah hingga -7 C.
Jurulatih dan atlet yang menjalani latihan dan Kejohanan Judo Dunia di Ulaanbaatar adalah seperti berikut :
1. Maralgerel Dambiinyam - Jurulatih
2. Marjan Abdullah - Jurulatih
3. Syaiful Rizal Ahmad Zaidi - Bawah 100kg
4. Mohamed Ezzat Mohamed Noor - Bawah 90kg
5. Mohd Fakhrul Izzat Affandi - Bawah 66kg
6. Nik Norbaizura Nik Azman - Bawah 57kg
7. Norhidayu Muliar - Bawah 52kg
Thursday, October 29, 2009
LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA - UPDATE
Pada hari ini (28 Okt), tidak ada latihan pada waktu pagi. Latihan hanya disebelah petang bersama pasukan judo Mongolia. Latihan pun hanya latihan ringan menjelang Kejohanan Judo Dunia. Hari ini juga jurulatih dan atlet judo kita berpindah ke Hotel Bayangol (hotel rasmi kejohanan).
Perbincangan dengan Persatuan Judo Mongolia pada pagi ini terpaksa ditunda kerana mereka sibuk dengan mesyuarat pengelolaan kejohanan dunia. Walau bagaimanapun, perjumpaan dan perbincangan dengan Mr D. Surenkhoriloo (Vice-Chairman, Physical Culture and Sports Authority of Mongolia) telah diadakan. Saya telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan Majlis Sukan Negara Malaysia kepada Kerajaan Mongolia khasnya Persatuan Judo Mongolia d atas jemputan dan layanan yang baik yang telah diberikan kepada atlet-atlet judo kita. Saya juga memaklumkan bahawa saya akan menyampaikan jemputan kepada Persatuan Judo Mongolia untuk atlet-atlet judo Mongolia menjalani latihan bersama di Malaysia.
Mr D. Surenkhoriloo mengucapkan terima kasih kerana atlet-atlet kita menjalani latihan dan menyertai Kejohanan Judo Dunia di Mongolia. Beliau juga memaklumkan bahawa Physical Culture and Sports Authority Mongolia melalui Persatuan Judo Mongolia akan sentiasa membantu Malaysia bagi meningkatkan mutu judo di Malaysia. Beliau yakin ini juga akan mengeratkan hubungan yang baik diantara Malaysia dan Mongolia. Beliau mengalu-alukan atlet judo Malaysia untuk sentiasa menjalani latihan bersama di Mongolia dan juga gembira jika atlet judo Mongolia dapat menjalani latihan bersama di Malaysia.
Semasa dinner bersama Setiausaha Persatuan Judo Mongolia semalam, beliau memberitahu bahawa Persatuan Judo Mongolia akan membantu Malaysia untuk memenangi pingat bukan hanya pada Sukan SEA tapi juga pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Sekian laporan untuk hari ini.
Wednesday, October 28, 2009
LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA
Pada pagi ini (27 Okt) telah ke tempat latihan judo atlet kita. Semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat tinggi. Telah bersama dengan atlet hingga mereka tamat latihan pada jam 6.30 petang. Bersama dengan atlet juga telah bersama makan tengahhari di restoran Turkey di sini.
Pada petang ini, atlet-atlet kita berlatih bersama pasukan Kebangsaan Mongolia (Team A, B dan C). Latihan amat berharga bagi atlet-atlet judo kita kerana dapat berlatih bersama beberapa juara dunia, bekas juara dunia, pemenang pingat olimpik dan pingat Sukan Asia. Disamping itu, mereka juga telah mendapat tunjuk ajar dari beberapa bekas juara dunia.
Ini adalah urutan beberapa aktiviti atlet kita semasa di Ulaanbaatar.
16 Oktober 2009 - Latihan bersama pasukan Judo Ulaanbaatar.
19 Oktober 2009 - Pertandingan Judo persahabatan Mongolia - Jepun. Atlet-atlet kita merupakan satu-satunya pasukan yang di jemput khas untuk menyertai pertandingan ini.
Disamping ini, mereka juga telah menjalani latihan bersama beberapa pasukan judo tempatan. Persekutuan Judo Mongolia telah banyak membantu dalam latihan-latihan yang dijalankan.
Pasukan-pasukan luar negara telah mula tiba di Ulaanbaatar untuk menyertai Kejohanan Judo Dunia. Jumlah pasukan dan nama-nama negara yang menyertai akan saya laporkan bila semua negara dah tiba nanti.
Bersama ini di sertakan gambar-gambar dari Mongolia.
Laporan di sediakan oleh Cikgu Harun
Monday, October 19, 2009
Malaysian Judo Team
We are pleased with the warm reception received by our Judo Team in Ulaanbattar Mongolia. Our Pelapis Judo team is there to train for a month with the Mongolian National Team in and also compete in the Judo World Cup "Chinggis Khaan's Cup". All the best to them and we hope we will hear some good news from the competition.
The local media in Ulaanbattar cover our participation in the competition and this will promote Malaysia to the Mongolian.
MONGOLIA PREPARES FOR JUDO WORLD CUP
2009-10-16 08:25:43 |
Ulaanbaatar, /MONTSAME/ On Thursday, the Mongolian Judo Federation (MJF) started selling tickets for the Judo World Cup named "Chinggis Khaan's Cup" to run from October 31 to November 1 in Ulaanbaatar. It is organized under auspices of Mongolia's President Ts.Elbegdorj.
According to the organizers, the ticket costs MNT 125 thousand. Besides it, reporters that want to cover the competitions are expected to pay USD 100 entrance fee. As of today, teams from more than 20 countries applied for participating in the competitions.
Judoists of Czech Republic and Malaysia have recently come in the host nation. They already started their training in the "B" training hall of the Central Sports Palace. Our 56 judoists of the national selected team are training in the Olympic training center in Erdenet.
The size of prize fund of the Chingis Khaan's Cup is become equal with that of World Championships. So, a winner will receive USD 3,000, a silver medalist--USD 1,500 and a bronze medalist--USD 1,000. The Cup and medals have been made in the Republic of Korea.
Meanwhile, repair is being performed in the Central Sports Palace to receive world top judoists. A commission of International Judo Federation will arrive here to get acquainted with the preparation for the World Cup.
B.Adiyakhuu
Monday, August 24, 2009
Kejohanan Bawah 12 Tahun Judo Sirkit 3/09
Venue : Pusat Latihan Judo, MSN Pulau Pinang
Tarikh : 23 Ogos 2009
Penganjur : Persatuan Judo Pulau Pinang / MSNegeri / USPTN
Persatuan Judo Pulau Pinang, MS Negeri dan USPTN sering bekerjasama dalam memastikan atlet-atlet pelapis bagi sukan ini tidak terus ketinggalan. Beberapa siri Sirkit dalaman yang dirancang dan dianjurkan bagi memastikan prestasi atlet yang menjalani latihan di PLN sentiasa berada di tahap terbaik. Dengan penganjuran secara dalaman ini juga, dapat memberi motovasi kepada atlet untuk terus berlatih.
Reported by our Penang KUN
Mohd Fadil Mohamad
KU USPTN Pulau Pinang
Subscribe to:
Posts (Atom)