Showing posts with label CAMP. Show all posts
Showing posts with label CAMP. Show all posts
Tuesday, March 26, 2013
Hari Terakhir - Kem Bakat Angkat Berat Bawah 15 Tahun
Hari terakhir 21 Mac 2013
Aktiviti hari terakhir kem bakat angkat berat bawah 15 tahun bermula pada pukul 8.30 pagi.
Sesi pagi ini adalah ujian angkatan bagi semua atlet. Atlet dibahagikan mengikut kumpulan berat badan. Atlet lelaki 2 kumpulan dan atlet wanita 1 kumpulan. Sesi ujian berakhir pukul 1 tengahari. 10 daripada 16 atlet lelaki telah memecahkan rekod peribadi masing-masing manakala atlet wanita 2 orang daripada 9 orang telah memecahkan rekod peribadi.
Pada akhir sesi, penyampaian hadiah disampaikan kepada atlet yang memperolehi jumlah angkatan yang tertinggi.
Hari Keempat - Kem Bakat Sukan Angkat Berat Bawah 15 tahun
Hari ke empat 20 Mac 2013
Hari Keempat Kem Bakat Angkat Berat bawah 15 tahun bermula pada pukul 8.00 pagi di trek stadium SMK Tunku Anum. Aktiviti dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan dan renggangan.
Setelah selesai, atlet diberikan latihan keseimbangan yang melibatkan core muscle. Kemudian atlet menjalani latihan bagi membina kekuatan kaki iaitu melompat anak tangga. Pada jam 10.00 pagi aktiviti tamat dan atlet dibawa melawat Muzium Padi pada jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Aktiviti seterusnya bermula pukul 3.00 petang iaitu sesi Biomekanik yang diselia En. Izwan Zawaki dari Unit Biomekanik ISN Bukit Jalil. Beliau merakam dan mengulas teknik setiap atlet sambil dibantu oleh En.Md Noor Osman. Sesi Biomekanik tamat pada pukul 6.00 petang dan sesi malam bersambung pada jam 8.00 malam.
Sesi malam adalah sesi terakhir dari pihak ISN iaitu Kecederaan Sukan yang disampaikan oleh En. Fauzan dari Unit Fisioterapi ISN Bukit Jalil. Sesi kecederaan sukan tamat pada pukul 10.00 malam.
Hari kelima adalah hari ujian angkatan bagi atlet pada jam 8.00 pagi.
Hari Ketiga - Kem Bakat Sukan Angkat Berat Bawah 15 tahun
Hari ketiga 19 Mac 2013
Sesi pada hari ketiga Kem Bakat Angkat Berat bawah 15 tahun bersambung pada jam 8.00 pagi dengan latihan memanaskan badan dan latihan yang bertumpu pada kekuatan kaki di trek olahraga stadium SMK Tunku Anum.
Antara latihan yang dijalankan adalah standing broad jump dan 10m & 20m sprint. Sesi pagi ditamatkan pad jam 11.00 pagi. Sesi seterusnya adalah sesi Psikologi bersama penceramah dari ISN iaitu En. Sallehin dari unit Psikologi, ISN Bukit Jalil. Sesi tersebut tamat pada jam 6.00 petang.
Seterusnya adalah sesi Pemakanan Sukan yang disampaikan oleh En. Mohd Qushairy dari unit pemakanan sukan ISN Bukit Jalil pada jam 8.00 malam. Sesi pemakanan sukan tamat pada jam 10.00 malam.
Hari keempat (20 Mac 2013) akan bersambung pada jam 8.00 pagi dan sesi bersama ISN adalah sesi Biomekanik dan Kecederaan Sukan.
Hari Kedua - Kem Bakat Angkat Berat siri 1/13
Hari kedua 18 Mac 2012
Kem Bakat Angkat Berat siri 1/13 diteruskan pada jam 8 pagi dengan aktiviti memanaskan badan serta sedikit aktiviti anerobik sehingga jam 10 pagi. Ativiti yang dijalankan adalah 10m sprint.
Atlet diberikan rehat sehingga jam 1030 pagi dan sesi terus bersambung dengan latihan seperti biasa iaitu standing snatch, power snatch dan free exercise. Sesi latihan tamat pukul 11.30 pagi.
Pada jam 3 petang, sesi latihan diteruskan dengan latihan standing clean and jerk dan back squat. Selepas sesi tamat pada pukul 5 petang, sesi malam disambung pada pukul 8.00 malam iaitu sesi bersama jurulatih yang dikendalikan oleh jurulatih pelapis serantau iaitu Aizat Zaini.
Jurulatih tersebut memberikan sedikit ulasan tentang latihan pada sesi pagi dan petang. Sesi malam tamat pada pukul 10.00 malam.
Friday, March 22, 2013
Laporan Hari Kedua - Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan & Serantau 2013
Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan & Pelapis Serantau 2013
Laporan Hari Kedua
Khamis, 21hb Mac 2013
Aktiviti pertama untuk perhimpunan hari kedua dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid ILMU dan diikuti dengan morning briefing oleh Kem Komandan, En. Adnan Mat. Kemudian para atlet, jurulatih dan urusetia bersama-sama melakukan senamrobik yang bertempat di Dataran ILMU.
Pada pukul 10.00 pagi, semua atlet dan jurulatih berkumpul di Dewan Perdana dan bersedia bagi sesi Perhimpunan Atlet Bersama Ketua Pengarah MSN, YBhg Dato' Seri Zolkples Embong. Antara jemputan VIP yang turut memeriahkan sesi tersebut adalah :
1. YBhg Dato' Haji Mohamad Noordin Hj Awang - Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan
2. En. Frederick Tan Teck An – Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
3. En. Ahmad Zawawi Zakaria – Pengarah Cawangan Kejurulatihan, MSN
4. En. Joherman Amir – MSN
5. En. Ahmad Janius Abdullah – Timbalan Presiden, Persekutuan Angkat Berat Malaysia
6. En. Subramaniam A/L Sinnasamy – Setiausaha Eksekutif, Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia
7. Pn. Nur Hidayah - Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
8. Lt. Kdr (B) Anthonysamy Silvarajoo – Kesatuan Olahraga Malaysia
9. En. Affendy Abdullah – Pengurus Besar, Persatuan Pelayaran Malaysia
10. En. Kon Cheng Chong – Sekolah Sukan Bukit Jalil
11. Tn. Hj Zahari Zakaria - Ketua Unit USPTN Kelantan
Perhimpunan atlet bersama Ketua Pengarah MSN, YBhg Dato' Seri Zolkples Embong berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai dan jamuan makan tengahari.
Selepas makan tengahari dan solat Zohor berjemaah, para atlet dan jurulatih berkumpul di Dewan Perdana untuk memulakan sesi bergambar individu untuk atlet dan jurulatih. Sesi bergambar individu ini diadakan adalah bertujuan untuk melengkap dan mengemaskini maklumat atlet dan jurulatih di bawah program Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau di dalam database Cawangan Pelapis.
Pusat latihan ILMU dibasahi hujan lebat yang berlarutan sehingga 1 jam dan hampir menyebabkan pihak urusetia membatalkan aktiviti riadah. Namun begitu, hujan mulai berhenti dan para atlet begitu bersemangat untuk melakukan aktiviti berbentuk fizikal setelah 2 hari di berada di Dewan Perdana untuk aktiviti berbentuk kenegaraan. Semua atlet dan jurulatih dibawa berjalan di sekitar perkampungan Janda Baik dan berpeluang menikmati keindahan alam dan menghirup udara segar selepas hujan. Pada checkpoint terakhir, para atlet diberi sedikit masa untuk menyejukkan diri di anak sungai berhampiran dengan kawasan kampung Janda Baik.
Program terakhir bagi perhimpunan hari kedua adalah sesi ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Pensyarah daripada Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu En. Nuszep Almigo. Sesi ceramah motivasi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri (self-confident) dan self-esteem atlet-atlet serta sebagai pencetus semangat bagi menghadapi kejohanan-kejohanan yang akan datang. Selain itu, sesi ceramah motivasi ini juga sedikit sebanyak sebagai persiapan awal para atlet untuk lebih bersemangat .
Aktiviti pertama untuk hari terakir akan dimulakan dengan perhimpunan pagi diketuai oleh Kem Komandan iaitu En. Adnan Mat dari ASZU. Laporan bersambung esok.
Siti Marina Arshad
Subscribe to:
Posts (Atom)