Tuesday, December 29, 2009

Kejohanan Memanah Terbuka ATM: update






Salam 1 Malaysia

Keputusan Kej Memanah ATM Open

Team Event Lelaki
1. Pelapis Kebangsaan A
2. Pelapis Kebangsaan B
3. ATM C

Team Event Wanita
1. Pelapis Serantau A
2. Pelapis Kebangsaan A
3. Pelapis Serantau B

Sekian saya melaporkan dari MSN Keramat

Monday, December 28, 2009

Kej Memanah Terbuka ATM


Salam 1 Malaysia
Keputusan Recurve Individu & Olympic Round

Wanita Individu
1. Nur Huda Azidah Zulkifli - P. Serantau
2. Fepriyenita Anuar - P. K'saan
3. Ng Sui Kim - P. Serantau

OR
1. Nurulhuda Azidah Zulkifli - P. Serantau
2. Fairuz SM Rahim - P. Serantau
3. Beatrice Wong Zhia - P. K'saan

Lelaki Individu
1. Haziq Kamaruddin - P. K'saan
2.Muhammad Riduan Nasib - P. K'saan
3. Tq Wira Raja Yahya - ATM

OR
1. Haziq Kamaruddin - P. K'saan
2. Farez Rosli - P. Serantau
3. Hezriq Ahmad Merana

Esok akan dijalankan acara 'Team Event' pada pukul 8.
Sekian saya Izuwan melaporkan dari MSN Keramat. Untuk kej memanah terbuka ATM..

-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 26, 2009

KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009



Salam,

Bersama-sama ini disertakan laporan ringkas program pendedahan skuad basikal PK ke Australia. Maaf di atas kelewatan kerana susah nak dapat 'internet acces' di Tasmania..ditambah pula banyak premis tidak beroperasi kerana menyambut Krismas. Kami dimaklumkan bahawa sebanyak 95% premis hanya beroperasi sehingga pukul 5 petang sahaja. Hari ini skuad PK telah menyertai satu kejohanan di Latrobe. Walau bagaimanapun, keputusan pertandingan secara rasmi untuk semua atlet tidak diperolehi kecuali bagi pemenang pingat.Namun saya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat berkenaan secepat mungkin untuk dilaporkan kepada pihak cawangan. Semua atlet PK bertanding kategori senior bersaing bersama-sama dengan semua atlet Elit atas perancangan John Beasley agar atlet-atlet PK mendapat pendedahan terbaik. Sekian

KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009
TASMANIA, AUSTRALIA

25 Disember 2009 (Jumaat)

'SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL BUAT PENGANUT BERAGAMA KRISTIAN DI SELURUH DUNIA KHUSUSNYA YANG BERADA DI MALAYSIA DAN AUSTRALIA'.

Skuad Berbasikal Program Pelapis Kebangsaan (PK) dan Skuad Elit yang 'berkampung' di Melbourne berlepas dengan pesawat Syarikat Penerbangan Jetstar pada pukul 3.25 petang ke Lapangan Terbang Launceston, Tasmania. Penerbangan selama 1 jam 5 minit membawa Skuad PK dan Skuad Elit yang masing-masing terdiri daripada 10 orang atlet 'diketuai nama besar' di dalam arena sukan berbasikal tanahair dan juga antarabangsa masa kini iaitu Azizul Hasni Awang.

Perjalanan sejauh 135 km dari Lapangan Terbang Launceston selama hari hampir dua (2) jam menuju tempat penginapan di Best Western Bass & Flinders Motor Inn di Ulverstone tidak terasa apabila melalui banyak tempat menarik seperti ladang penternakan lembu dan biri-biri serta pertanian yang memukau mata memandang di sepanjang perjalanan. Cabaran pertama menanti skuad ini apabila hampir tiba di tempat penginapan kerana didapati semua kedai di pusat bandar tidak beroperasi kerana menyambut Krismas. Skuad ini akhirnya berhenti di satu-satunya premis yang beroperasi di bandar ini iaitu sebuah stesyen minyak untuk membeli sajian makan malam serta bekalan makanan @ 'feeding' sebagai persiapan untuk memulakan pertandingan pertama keesokannya harinya.

Ketibaan kami dinantikan oleh En. John Beasley serta isterinya Vicki di tempat penginapan. Beliau dan isterinya telah bertolak semalam memandu lori yang berisi muatan basikal dan peralatan pertandingan menaiki menaiki feri yang merentasi perjalanan di laut selama 11 jam untuk sampai ke Tasmania. Satu 'tabik hormat' kepada beliau dan pasangannya kerana komitmen tinggi untuk menyediakan program latihan pendedahan terbaik kepada skuad negara pada sambutan perayaan 'hari besar' yang sepatutnya disambut bersama keluarga dan kenalan rapatnya.

Rupa-rupanya tempat penginapan kami juga turut dihuni oleh skuad TID remaja Victoria. Kami turut dimaklumkan bahawa mereka sedang mengadakan sesi pemilihan untuk skuad negeri berkenaan semasa karnival ini.

Melalui taklimat yang diberikan oleh En. John Beasley, skuad ini akan menyertai lima (5) pertandingan di lima lokasi berbeza di dalam tempoh enam (6) hari mulai hari Sabtu (rehat pada hari Ahad) sehingga hari Khamis @ 31 Disember 2009. Pertandingan hari pertama @ Sabtu ini yang akan diadakan di Latrobe bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6 petang dan akan menawarkan hadiah wang tunai secara keseluruhannya berjumlah AUD 15,000,00. Seterusnya mulai hari Isnin, pertandingan akan bermula pada pukul 3 petang dan dijangkakan akan berakhir pada jam 11.00 malam.

Ini baru dikatakan berlumba.....

Nantikan laporan lanjut dari Tasmania, Australia !!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 24, 2009

KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009



KARNIVAL BERBASIKAL TASMANIA 2009, TASMANIA, AUSTRALIA

Skuad Berbasikal Program Pelapis Kebangsaan telah bertolak ke Australia pada hari Rabu, 23 Disember 2009 dengan pesawat MH 149 pada jam 935 malam. Skuad ini yang terdiri daripada 3 orang pegawai pasukan dan sepuluh atlet (9 atlet lelaki dan 1 atlet wanita) telah tiba di Melbourne pada jam 8.20 pagi (waktu tempatan).

Skuad ini akan bermalam di Melbourne di rumah atlet-atlet Program Elit yang kini menjalani latihan secara khusus di Melbourne di bawah program latihan jurulatih negara iaitu En. John Beasley. Skuad Elit dan Skuad Pelapis ini akan bertolak bersama-sama ke Launceston, Tasmania dengan pesawat Qantas Airways pada 25 Disember 2009 untuk menyertai Karnival Berbasikal Tasmania 2009 yang akan diadakan di Tasmania mulai 26 - 31 Disember 2009.

Laporan disediakan oleh Amreen
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 23, 2009

3rd Asian Air Gun Shooting Championship - Doha Qatar - update





Pada hari Ke-4, acara 10m Air Pistol lelaki yang di wakili oleh Johnathan Wong dan Choo Wen Yen bagi kategori Youth (YOG Qualifying)

Johnathan Wong berjaya menduduki tempat ke-8 dengan pungutan mata 559 dan masuk final manakala Choo Wen Yen menembak 546 tempat ke-25 dan kedua-duanya melepasi mata kelayakan YOG iaitu 540. Pada acara final Johnathan menembak dengan 93..7 dan kekal dikedudukan tempat ke-8. Acara tersebut dimenangi oleh penembak dari Korea (emas) 577, Chinese Taipei (perak) 574 dan China (gangsa) 567.

Hari ini hari Ke-5, acara 10m Air Rifle wanita yang diwakili oleh Noorerffani (Senior), Wahidah (Junior) dan Izzati Jasni (YOG).

Lapangsasar dipenuhi oleh wanita arab berpakaian hitam saja oleh kerana acara pistol wanita

Noorerfani menembak 374 ditempat ke-14, 4 mata kurang dari no.8 untuk ke final. Manakala acara Junior, Wahidah telah berjaya menembak 379 menduduki tempat ke-3 dibawah penembak China (385) dan Chinese Taipei (382). Dalam acara akhir Wahida jatuh ke-tempat ke-5 selepas shoot out dengan . Acara YOG, Izzati Jasni menembak 345 tidak melepasi kelayakan YOG (355).

Keseluruhan Pasukan Pelapis hanya pulang dengan 1 gangsa dan dari 4 atlet YOG hanya Izzati Jasni tidak melepasi mata kelayakan YOG. Telah minta jurulatih agar menghantar laporan bagi kejohanan ini. Akan buat perjumpaan dengan semua atlet di hotel sebelum check-out.

Flight kami pagi esok jam 1.15pagi dan akan mendarat KLIA pada pkl 1.30ptg.

Laporan ringkas dari Doha, Qatar.

Tuesday, December 22, 2009

Kejohanan Badminton Tertutup Remaja USPTN NS







TARIKH: 18 – 20hb Disember 2009 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
TEMPAT: Dewan Ma Hwa & NSCRC, Seremban
PESERTA: 26 – atlet wanita 43 – atlet lelaki Jurulatih - 3 orang
PROGRAM : Kejohanan Badminton Tertutup Remaja USPTN NS


LAPORAN

Tujuan kejohanan ini dijalankan adalah untuk :-

1) Memilih atlet yang terbaik bagi disenaraikan di dalam Skuad Pelapis Negeri, Negeri Sembilan pada tahun hadapan

2) Mengukur sejauh mana prestasi terkini atlet pelapis Negeri Sembilan

3) Mewujudkan satu saingan yang sihat dikalangan atlet-atlet pelapis negeri dalam merebut kejuaraan mengikut kategori yang yang dipertandingkan

4) Menjadi kejohanan tahunan USPTN Negeri Sembilan dalam meningkatkan pembangunan badminton di Negeri Sembilan

5) Sebagai pemilihan untuk kelayakan ke kejohanan sirkit remaja kebangsaan 2010

Kategori Dipertandingkan :-

i) Bawah 11 tahun
ii) Bawah 13 tahun
iii) Bawah 15 tahun
iv) Bawah 17 tahun

Acara :-

i) Perseorangan Lelaki & Wanita
ii) Bergu Lelaki & Wanita
iii)

Laporan disediakan oleh : Zaria Razali (SDO Badminton NS)

Monday, December 21, 2009

RHYTHMIC GYMNASTICS COACHES & JURY "CODE OF POINT' WORKSHOP





In order to maintain the achievement of Rhythmic Gymnastics in international tournament and to standardise the changes to the elements of the National Classification Programme Grade LG to Grade 5, a 3 days workshop was organised by the National Sports Council of Malaysia through it's Back-up Division (Cawangan Pelapis) for all the coaches under the State Back-up Program (Pelapis Program) from the 20 - 22 December 2009. The workshop was held at the Gymnasium 1, National Sports Council of Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. The workshop was also opened to State and Private club coaches. A total of 41 coaches attended the 2 days workshop under the guidance of 4 expert namely Mrs P. Ramalingam (MGF Rhythmic Gymnastics Technical), Ms. Petrina Low Lai Hun (MGF Rhythmic Gymnastics Technical), Mrs. Elena Kholodova (Head Coach of Elite Program) and Dr. Svetlana Mekantsishvili (Head of Back-up Squad).

The workshop touches on 3 main aspect of coaching :-

a). Checking Elements (Grade LG to Grade 5)
b). Body Movement
c). Technical Aspect of Apparatus Handling

The workshop also see good interaction among coaches and most important the local and foreign coaches are able to meet together and iron-out differences for the betterment of Rhythmic Gymnastic at this workshop. The list of coaches and jury attended the workshop :-

NO NAME TRAINING CENTER
1 KATERINA ASENOVA PUSAT LATIHAN NEGERI KEDAH
2 TANG SHIMIN PUSAT LATIHAN NEGERI SARAWAK
3 AFIQAH ANATI MOHD ADIL PUSAT LATIHAN NEGERI PERLIS
4 ANIZAWATI MUHD GIEH PUSAT LATIHAN NEGERI KELANTAN
5 TEO TENG TENG PUSAT LATIHAN NEGERI JOHOR
6 SEE HUI YEE PUSAT LATIHAN NEGERI PAHANG
7 SARAH MOHAMMAD AMEEN SARRAJ PUSAT LATIHAN NEGERI MELAKA
8 ERIKO AKEBAYASHI PUSAT LATIHAN W.P K. LUMPUR
9 VERA ANDREEVA PUSAT LATIHAN NEGERI PERAK
10 ROSNIZA ABU BAKAR PUSAT LATIHAN W.P K. LUMPUR
11 AFRITA ARIANY NASRIL PUSAT LATIHAN NEGERI SEMBILAN
12 LEE AIE LIN SJK CHENG, MELAKA
13 NORIZA MD. ALI SMK SYED HASSAN, PERLIS
14 YONG WEE CHIA SJK(C) YOK POON, JOHOR
15 LINA CHAM KEE LIAN MAJLIS SUKAN N. SEMBILAN
16 DORCUS LEE FEI YUIN SMK DATO' SRI AMAR DIRAJA, MUAR
17 HENG SEW BEE MAJLIS SUKAN N. KEDAH
18 SAW SUE ANN SJK(C) YUK CHAI, PJ
19 LOW XIN NI SJK(C) SIN KWANG, KEDAH
20 CHEN LI SHAN SERDANG RHYTHMIC ANGELS CLUB
21 YONG YEN SIEW TOTAL GYMNASTIQUE CLUB
22 OLGE HEONG FRGA SUBANG 3K
23 CHEN FON TIN SJK(C) YU HUA, KAJANG
24 YAP LEE PENG KINETIC DANCE ACADEMY
25 LEE YUE WEI KINETIC DANCE ACADEMY
26 PUAH HOAY WAY KINETIC DANCE ACADEMY
27 TAN YEE WAN, EVON KINETIC DANCE ACADEMY
28 SAMANTHA YONG SJK(C) SUBANG
29 VIVIENNE NGIU DANCER'S DREAMS DANCE ACADEMY
30 WAN DINA NOR AZRIN KICKSTART GYMNASTICS
31 RUSNADIA KASSIM KICKSTART GYMNASTICS
32 CORINE BEH VIVACE DANZ WORLD
33 THYE CHEE KIAT PINK CLUBS RG CENTER
34 FOONG SEOW TING SAGA CLUB
35 PRISCILLA YONG CHUI LENG VIVACE DANZ WORLD
36 LEE CAI WEI VIVACE DANZ WORLD
37 YAP HWUI YUEN VIVACE DANZ WORLD
38 LEE RUIXANNE
39 TIFFANY HEW WAN TING KINETIC DANCE ACADEMY
40 YEOH MEI LENG MGF TECHNICAL
41 LO JOO SIM MGF TECHNICAL (JURY)

report prepared by Mr. Giam

Sunday, December 20, 2009

IODA ASIAN Championship 2009

Salam,

Keputusan Penuh Kejohanan;

Overall Open (Individu)
1. Noppakao Poonpat - Thailand
2. Carlos Robles - Spain
3. Muhammad Farhan - Malaysia
4. Thacharain Narbonne - Thailand
5. Vadnai Benjamin - Hungary
6. Ahmad Latif - Malaysia
7. Muhamad Faizal - Malaysia
8. Kimberly Lim - Singapore
9. Tosapon Mahawichean - Thailand
10. Elisa Yukie Yokoyama - Singapore

Overall Open (Team)
1. Thailand
2. Malaysia
3. Singapore

Ulasan
Untuk makluman, atlet2 kita didapati burn out pada kejohanan ini. Mereka telah menggunakan banyak tenaga pada kejohanan kebangsaan beberapa hari sebelum kejohanan ini bermula. Namunbegitu prestasi yang ditunjukkan masih lagi di tahap konsisten. Selepas ini Coach Sahir akan menetapkan beberapa kejohanan terutama luar negara bagi pemilihan ke Sukan Asia 2010 kerana jurang pencapaian atlet2 kita tidak begitu jauh diantara satu sama lain.

Sekian, jumpa lagi.

Salam Geopark

3rd Asian Air Gun Shooting Championship - Doha Qatar - update





Maaf lewat hantar laporan hari ketiga atas sebab dihotel server down dan semalam dijemput oleh Al Syeikh Salman Al Sabah (President ASC &Kuwait) ke jamuan makan malam di Intercontinental Hotel dan balik pkl 11.00 mlm.

Dalam acara hari ketiga iaitu 10m Air Rifle Wanita (Senior, Junior dan Youth (YOG)) di wakili oleh Ayuni (Junior) sementara Izzati Sabki (YOG)

Dalam preliminary round Ayuni telah menembak 394 dan menduduki tempat ke-5 bersama mata dengan penembak Mongolia. Penembak China tempat pertama dengan mata 399 dan penembak Thailand 395 bersama peserta Kazakhstan. Semasa acara final yang mencemaskan kerana pungutan mata yang dekat Ayuni telah berjaya mendapat tempat ke-2 semasa 6th shot tetapi dapat di pintas oleh peserta Kazakhstan dengan perbezaan mata 0.7 semasa shot ke-7 dan ke-8 dan akhirnya Ayuni mendapat tempat ke-3 untuk gangsa, pingat pertama pasukan Malaysia. Manakala Izzati hanya berjaya melepasi mata kelayakan YOG dengan menembak 368 akibat dari masaalah senjata di siri yang pertama dengan menembak 89.

Pasukan Elite pula hanya Siti Suryani berjaya memasuki peringakat akhir dengan pungatan mata 397 dan selepas akhir akhir tamat beliau mendapat tempat ke-4 setelah shoot out dengan penembak Uzbekistan untuk tempat ke-4 dan ke-5. Sementara Muslifah Zukifli ditempat 18 dengan 393 mata dan Shahera ditempat ke-27 dengan mata 388.

Selepas acara penyampaian pingat, sebelah petang PET (Pre-Event Training) untuk acara air pistol lelaki dan atlet wanita buat dry fire di tingkat atas. Atlet balik ke hotel pada pukul 7.30 mlm bersama coaches. Saya dan Pn. Muzli ke jamuan makan malam jemputan Al Syeikh Salman Al Sabah di Intercontinental Hotel dengan pengurus-pengurus negara lain.

Sekian laporan dari Doha untuk hari ketiga pertandingan.

Friday, December 18, 2009

3rd Asian Air Gun Shooting Championship - Doha Qatar (YOG Qualifying)





16/12/2009

Semua atlet dan pegawai siap bekumpul di CASA dan bertolak ke KLIA pada pukul 9.10 malam. Kuanter Qatar Airway hanya buka pada 11.30 mlm. Pihak agensi yang menguruskan pasukan negara mendapati pengurus pasukan elit Pn Muzli tiada dalam senarai dan tiket beliau pun tidak ditempah. Namabeliau tiada dalam senarai nama pasukan Elit yang disediakan. Kelulusan membawa senjata dalam pesawat dari pihak Qatar Airway akhirnya berjaya diselesaikan bantuan pengurus penerbangan.

Kami berlepas pada jam 02:30 pagi dan sampai Doha Int. Airport pada jam 5.30 pg. Hampir satu jam setengah menunggu untuk senjata keluar dari pihak keselamatan Doha.

Pasukan Malaysia di tempatkan di Hotel Le Grand Doha dengan penempatan 3 orang sebilik (gambar lampiran ada bilik kami triple sharing dengan dapur dan sofa). Alhamdulillah proses check-in berjalan dengan baik dan lancar dan semua atlet gembira kerana ditempatkan dibilik yang agak besar dan boleh memasak walaupun triple sharing. kami kemudian breakfast dulu di cafe hotel. Mesyuarat ringkas bersama atlet di lobby hotel.

Jam 10 pg, pengurus dan jurulatih menaiki bas yang disediakan ke lapang sasar untuk menghadiri mesyuarat pengurus dan jurulatih. Atlet dikehendaki datang menaiki bas pada pkl 1.45 ptg ke lapang sasar untuk pembukaan kejohanan, weapon check dan official training.

Mesyuarat bejalan dengan baik dan ringkas dan kami terus buat pendaftaran dan pembayaran yuran pertandingan.

Upacara pembukaam berjalan dengan baik dan ringkas kemudian beberapa atlet kena buat weapon check dan daftar event samada senior, junior atau youth (YOG)

Beberapa atlet telah menyertai PET (Pre Event Training) dan jurulatih akan membuat adjustment pada senjata semasa PET.

Tamat pada 5.30petang dan disini maghrib pkl 5.00ptg dan sudah gelap. Kami semua balik ke hotel dan makan malam di hotel.

Hari ini adalah "National Day" bagi Qatar kami akan ke lapang sasar menaiki bas 9.15pg.

Akhir kata sempena awal muharam mendoakan Allah mengampuni dosa dosa yang lepas dan dipanjangkan segala kesihatan dan rezeki kearah ketaqwaan.

Laporan dari Doha, Qatar.

Wednesday, December 16, 2009

Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan KFC-MYA-MILO/NSC 2009

Program : Kejohanan Perahu Layar Terbuka Kebangsaan KFC-MYA-MILO/NSC 2009

Tarikh : 6hb hingga 10hb Disember 2009 (Pulang 11hb Disember 2009)

Venue : Pusat Perahu Layar Kebangsaan, Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman

Penyertaan : 8 orang (1 SDO / 1 JSM / 6 Atlet)


Kejohanan perahu layar di sertai oleh seluruh Malaysia dan beberapa negara luar seperti Singapura, Thailand, New Zealand dan lain2. Berlangsung selama 5 hari iaitu bermula pada 6hb sehingga 10hb Disember 2009. Negeri Pulau Pinang menghantar 2 pasukan iaitu Pasukan Sukma yang diketuai oleh JPM Ismail Ghani dan Pasukan Pelapis yang dilatih dibawah bimbingan JSM Muhammad Shah Bin Ismail. Seramai 6 pelayar telah mewakili Pasukan Pelapis Pulau Pinang didalam meneruskan cabaran ke kejohanan ini. Atlet Pelayaran Pulau Pinang telah menyertai 2 acara iaitu Optimist dan Laser 420.

Penyertaan dari Pelapis Pulau Pinang terdiri daripada :-
a) Shahashuhaida Binti Tarmuzi - SDO
b) Muhammad Shah Bin Ismail - JSM Pelayaran
c) Katherine Ong Xian Yean -Atlet Optimist
d) Mohd Amirul Asyraf Bin Fauzi - Atlet Optimist
e) Mohd Amir Bin Pawanchik - Atlet Optimist
f) Mohd Syazwan Bin Abu Suffian - Atlet Optimist
g) Norainisah Binti Ismail - Atlet Laser 420
h) Mohd Hafiz Bin Zuraimi - Atlet Laser 420

SDO telah diberi peluang untuk melihat dari dekat ditengah laut bagaimana race ini berjalan, dimana starting line, dimana boay(point)diletakkan dimana setiap pelayar perlu melalui point2 yang telah diletakkan, melihat juri menjalankan tugas sebagai teknikal dan bagaimana keadaan pelayar ketika kejohanan dijalankan. Terima kasih kepada Jurulatih Negeri Sembilan kerana sudi menumpangkan bot dan memberi peluang melihat lebih dekat sepanjang perjalanan kejohanan ini berlangsung.
Dari segi prestasi atlet, jurulatih telah menetapkan sasaran (ranking) setiap atlet dan keputusan amat kurang memuaskan kerana penyertaan kali ini disertai atlet pelapis kedua yang baru (2nd team) kerana atlet pelapis yang pertama (1st team) telah terpilih memasuki skuad latihan Sukma 2010 pada bulan November 2009 yang lalu. Mereka ialah Muhammad Hasbullah, Mohd Qayyum, Muhammad Shahrul Aiman, Geh Chiew Lin, Koe Sin Yee dan Mohd Shahfimi. Berharap pada tahun hadapan prestasi atlet dapat dipertingkatkan dan mencapai sasaran (ranking) yang ditetapkan. Maklumat penuh prestasi atlet seperti dilampiran. Semoga tahun hadapan prestasi atlet dapat di tingkatkan dan kejohanan ini merupakan penyertaan terakhir bagi atlet pelayaran pelapis.Jumpa di tahun hadapan dengan semangat yang baru dan semoga mendapat mencapai sasaran yang disasarkan.

Sekian, terima kasih






Laporan disediakan oleh : Shahashuhaida Binti Tarmuzi

Friday, December 11, 2009

UPDATES - KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS (10 DIS 2009)

KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS 2009
LAPORAN HARI KE-4 (10 DIS 2009)

Perjalanan Kem Tahunan Pelapis Future Champions 2009 telah masuk  pada hari ke-4 di mana semua aktiviti  - aktiviti yang telah ditetapkan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.  Ujian kecergasan diteruskan bagi sukan Gimnastik Artistik; kategori Senior dan Junior di Dewan Biomekanik, ISN dan pada sebelah malamnya, telah diadakan satu ceramah oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Akademik, Institut Sukan Negara; Tn Hj Saadon Shukor mengenai 'Kerjaya Dalam Sukan' kepada semua atlet dan jurulatih yang terlibat. 







SEA GAMES UPDATE: Day 3





Saibaidi,

Malaysia meneruskan pencapaian yang memberangsangkan apada hari ini apabila meraih 2 emas, 5 perak dan 9 gangsa pada hari ketiga SEA Games. Pingat emas pertama negara disumbangkan oleh Chan Che Chew dalam acara middle weight (67kg keatas) dan pingat emas kedua negara disumbangkan oleh Siow Yi Ting dalam acara 200m individual medley. Beliau juga telah mencipta rekod baru kejohanan dan rekod baru kebangsaan.

Atlet-atlet pelapis juga menyumbang kepada punggutan pinggat negara apabila Nur Ayuni Farhana Abd Halim membantu pasukan 10m Air Rifle memenangi pingat perak setelah memunggut mata yang sama dengan pasukan negara Thailand yang memenangi pingat emas berdasarkan kiraan "inner ten". Ayuni juga meneruskan cabaran di peringkat akhir individu 10m Air Rifle dan berjaya memenangi pinggat gangsa.

Cabaran atlet pelapis dalam menembak diteruskan oleh Nurrahimim yang berjaya memasuki pusingan akhir individu 10m Air Rifle setelah menduduki ranking keempat keseluruhan dalam acara berpasukan. Namun prestasi cemerlang beliau gagal diteruskan dalam acara individu setelah hanya menduduki tempat ke6 dari 8 penembak.

Beberapa atlet akan meneruskan cabaran pada 11hb melalui beberapa sukan seperti karate, tinju.

Selamat berjuang kepada semua Atlet Pelapis

Thursday, December 10, 2009

UPDATES - KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS ( 9 DIS 2009)


KEM TAHUNAN PELAPIS FUTURE CHAMPIONS 2009
LAPORAN HARI KE 3 (09.12.2009)


Denda (4.00 am)
Buat pertama kalinya, Kem Komandan telah melaksanakan denda kepada empat (4) sukan iaitu olahraga, angkat berat, memanah dan menembak dimana semua atlet-atlet ini perlu berhimpun seawal jam 4.00 am di Lobi Kolej Ibu Zain. Ini adalah kerana, Kem Komandan kurang berpuas hati dengan tahap disiplin atlet-atlet tersebut sepanjang hari pertama & kedua. Merujuk kepada tindakan Kem Komandan ini, perubahan terhadap tahap disiplin mereka telah menunjukkan peningkatan bermula daripada sesi perhimpunan pagi (6.30 am) sehinggalah sesi latihan dalam kumpulan tamat (10.30 pm).

Perhimpunan Pagi (6.30 am)
Perhimpunan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Semangat Sepasukan dan seterusnya dengan bacaan doa & ikrar. Kem Komandan telah mengumumkan kepada semua bahawa hari ini adalah dengan rasminya akan bermula SUKAN SEA KE 25 LAOS 2009. Kem Komandan juga memohon agar semua atlet & jurulatih yang menyertai Kem ini untuk berdoa agar atlet-atlet Kontinjen Negara yang berada di Laos memperolehi kejayaan.


Ujian Kecergasan (8.30 am – 12.30 pm)
Ujian kecergasan pada hari ini adalah melibatkan sukan gimnastik artistik (sr) sahaja manakala atlet-atlet gimnastik artistik (jr) hanya dilaksanakan ujian ’morphological’ sahaja. Semua ujian masih dikendalikan oleh Pusat Fisiologi Senam serta bantuan daripada Unit TID, Institut Sukan Negara yang diketuai oleh Cik Tey Woan Jin.


Latihan (8.30 – 11.30 am & 2.30 – 5.30 pm)
Enam (6) sukan yang lain meneruskan latihan di venue-venue berikut:
Memanah                   : Lapang Sasar Memanah UKM
Olahraga                    : Stadium UKM
Angkat Berat             : Dewan Latihan Angkat Berat MSN
Gimrama                    : Gimnasium 2 MSN
Terjun                        : Pusat Akuatik Nasional
Menembak                 : Lapang Sasar Menembak Subang
Tiada sebarang kecederaan yang berlaku semasa semua atlet menjalani latihan di venue masing-masing.


Latihan Dalam Kumpulan (8.30 – 10.00 pm)
Sesi ini kembali dilaksanakan oleh Konsultan Batu Prima Sdn Bhd dengan menampilkan pelbagai permainan yang menerapkan semangat sepasukan diantara ahli kumpulan.