Assalamualaikum. Sambungan entry Yogyakarta. Kami ke Kalibiru plak. Kalibiru ni lebih terkenal dengan pemandangan alam yang menenangkan. Jauh juga dari bandar Jogja. Jojga ni dari satu tempat ke tempat yang lain memang jauh-jauh. Sempat tidur dalam kereta. So, kena bertabah duduk dalam kereta lama. Kami memang sewa driver sepanjang kami di sana. Senang nak kemana-mana. Jimat masa, tenaga. Semua mereka uruskan, just sedia duit entrance fee, makan dan shopping.
Di Kalibiru ni lebih pada aktiviti photo shoot .
View memang cantik sangat. Kreatif depa buat tempa-tempat macam ni.
Model tak bertauliah. Haha!
Ketar lutut hanya Allah yang tahu. Degil sangat, nak juga cuba!
Meniti lah jambatan gantung tu sampai ke hujung.
Siap ada photographer yang ambilkan gambar.Bayar ja kat depa.
Ni semua jurugambar yang suruh buat gaya. Haha!
dah tua tak reti dah nak posing.
Pencapaian boleh buat macam ni. Sebab sejenis gayat juga. Haha!
Gambar senyum, dalam hati nangis. Takuttt. Hahaha
Team @ familyYogyakarta. Baru kenal, tapi mudah mesra.
Puas hati dapat ke Kalibiru. Pemandangan cantik, masih kekal dengan kehijauan. Walaupun kena menapak juga naik bukit nak sampai atas ni. Kaki kena kuat. Haha! Untuk mencuba semua aktiviti, kena kentalkan hati dan kena ada sedikit keberanian. Tambahan plak bila dah sedikit berusia, macam aku. Haha! Banyak tempat yang boleh kita pilih untuk photo shoot, kena pandai pilih yang mana satu kita nak. Rugi plak bila tak merasa salah satu kan? Sesekali. Bila lagi.
Untuk harga tiket-tiket bagi tujuan photoshoot, boleh tengok di harga-tiket-kalibiru.Address: Jl. Kalibiru - Clapar, Kalibiru, Jatimulyo, Girimulyo, Kabupaten Kulon Progo, Daerah Istimewa Yogyakarta 55653, Indonesia .
Thanks for reading.