Showing posts with label All about Latif's Family. Show all posts
Showing posts with label All about Latif's Family. Show all posts

9.7.18

Sepupu 1st Pae belah Ibu..

Assalamualaikum. Cerita santai pagi Isnin. Si abang Pae, kalau sepupu belah Ibu, ini jelah seorang yang ada. Aisyah Nuha Zahirah. Kadang panggil Esah. Haha! dah setahun lebih sekarang  ni, banyak keletah. Bila jumpa abang Pae malu-malu, pastu bila dah lama sikit baru main-main sekali.
Dah balik Pahang, ayah dia kerja di Temerloh, Pahang
 
malu bergambar :P
Ini anak adik lelaki. Jarang juga jumpa sebab duduk Pahang. Bila balik sini lah baru dapat beramah mesra. Rindu budak kecik ni. Melepas rindu dengn video call sahaja sekarang. InsyaAllah tahun depan lagi baru dapat jumpa di hari raya.
Pernah post sekali tentang anak saudaraku ni dalam entry Kisah Aisyah Nuha Zahira.
Jumpa lagi ya! 

7.7.17

Cak..Cak...

Assalamualaikum. Kelu jari jemari nak menaip ni hah! haha! berkurun menghilang, bertapa di gua. Kihkih!
Masih adakah yang ingat?? Kalau lupa, apo nak buek? redha ja. Hehe! sapa suruh malas sangat kan??
Belanja sekeping gambar jer lah. Kot-kot rajin nantilah yang lain menyusul. Entah bila plak. Hihi. tapi bukan gambar raya. Gambar raya masih tersimpan dalam peti besi. Haha!
Cak! :P
Harap kerajinan melanda lepas ni. Peti besi dah penuh dengan pelbagai cerita. Pelan-pelan kayuh.
Salam Syawal you all! Maaf Zahir Batin. Walau lama menyepi, kalian tetap dihati. 
Love, from Lahad Datu Sabah.

14.6.14

My Mak In 'DA House

AssaLamualaikum
Buat ap tu? Hehe! kami baru habis bersarapan bersama bonda tersayang. Nenek Pa'e in da house. Mak datang ke sini nak lawat anak dan cucu. Rindu mak! sebulan lebih juga tak jumpa sebab kekangan masa. Huhu! dek tak tertahan menanggung rindu pada budak tumpis lerr tu, mak datang sini sejak Jumaat tu. Suka lah Pa'e, nak tidur pun dengan nenek. 
Tinggal lah ibu ni hah, semua nenek. Haha!
Selfi dengan Mak. Hehe!
InsyaAllah Mak akan ada di sini sampai Khamis depan. Balik sekali lah dengan kami nanti, sebab kami pun dah nak start bercuti minggu depan. Nanti aku cerita lanjut tentang kami nak kemana. Hehe! InsyaAllah esok nak bawa Mak ronda-ronda hujung minggu.
Selamat berhujung Minggu ya!
WasSALam^_^

6.3.14

Bawa Mak & MakCu Pa'e Makan Pizza

AssaLamualaikum
Cerita Jumaat malam lepas. Cerita babah nak belanja makan di luar. So, bila pening nak decide makan dimana, tanya jak lah budak tumpis tu nak makan apa. Selamba dia jawap "Abg Pa'e nak makan Pizza". Ikutkan lah selera anak. Walhal yang makan lebihnya Ibu & babah. Haha! Kebetulan ada mak dan MakCu Pa'e bawalah mereka sekali. Bukan selalu pun dapat makan bersama diluar.
Order Pizza Beef & Mushroom request by Hubby
Tumpis muka serius tunggu Pizza.
Ibu lapar tunggu Pizza. Lambat! 
Mak Tercinta & Makcu Pa'e
Babah serius tengah sembang dengan anak 
Udang Tempura
Menu kami:)
Muka kekenyangan:)

Kami sebenarnya jarang makan di Pizza ni. Kalau ada request dari budak tumpis barulah pergi. Hehe! Awal-awal bulan biasalah, Pizza sentiasa penuh. Ramai orang, terpaksa tunggu. Bila dah ramai tu service pun jadi lambat lah, kata 17  minit pizza siap. Last-last dekat 30minit baru siap. Sampaikan Pa'e cakap dah mengantuk lah Ibu tunggu Pizza. Huhu!
WasSaLam^_^

16.1.14

Kisah Pa'e & Nenek

AssaLamualaikum
Minggu lepas my bonda a.k.a nenek Pa'e datang melawat cucu dia nan sorang ni. Budak tumpis berkepit sajalah dengan nenek dia. Tidur pun kekadang dengan nenek. Main-main semua dengan nenek. Siap ajak nenek main badminton dalam rumah. Haha! kesian nenek, sampai naik semput layan cucu. Dah cucu sorang, tu yang dilayan 1st class.  Mak oh Mak!
Pa'e dolu-dolu. Tangan yang memandikan Pa'e mula-mula adalah nenek. Tangan yang mengasuh Pa'e seawal usia 2 bulan. Memang kasih nenek tak terhingga pada cucu sorang ni. Marah Mak, kalau kami marah cucu dia. Sampaikan MakCu Pa'e jeles! kata mak lagi sayang cucu dari anak sendiri. Haha! Alahai Mak! selalu ingatkan Pa'e jangan lupa jasa nenek bila besar nanti. Budak tumpis mengiyakan. Harap-harap dia memang faham apa yang aku maksudkan.
Sayang Mak sangat! Moga dipanjangkan umur & sihat selalu.
WassaLam^_^

9.12.13

:: Yang Di Rindu - Kisah Arwah Bapa :(

AssaLamualaikum
Tersentuh sangat rasa hati bila baca entry blogger MIA di SINI. Kisah tentang kasih sayang seorang ayah demi untuk melihat kebahagiaan anak-anak. Dalam keluarga aku juga arwah ayah kami panggil "bapa" atau "pak" sahaja. Memang begitulah kami bahasakan diri. Seingat aku, arwah jarang marah dan aku memang tak pernah kena pukul pun. Arwah memang bukan jenis yang suka naik tangan pada anak-anak. Beliau juga agak pendiam orangnya. Arwah bapa aku hanya bekerja sebagai buruh. Tahu sahaja lah dulu-dulu gaji memang murah. Aku ingat lagi masa aku tingkatan 1,2 & 3 kalau tak silap bapa hanya bergaji dalam rm450 sebulan. Kami pula seramai 5 orang adik beradik. Mak pula menolong dengan berjualan kuih-muih pagi dan petang. Tapi itu semua bukan penghalang untuk bapa dan ibu menyekolahkan kami. Arwah bapa memang tegas. Selalu dia berkata " biarlah bapa & ibu sahaja yang susah". Dia tak mahu melihat kami susah juga dikemudian hari bila tiada pelajaran. Dan oleh sebab itu, aku selalu berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Tamat tingkatan 3, keputusan tak berapa cemerlang, tapi ayah suruh juga sambung naik tingkatan 4 dan seterusnya (sebab dulu susah, ramai juga kengkawan yang takat tingkatan 3 dah berhenti sekolah). Tamat tingkatan 5, Alhamdulillah dapat Pangkat 1 boleh kulihat kegembiraan arwah bapa dan ibu. Tak putus panjatkan syukur sebab dapat keputusan yang agak baik. Walaupun hidup susah, tetap juga teruskan persekolahan di tingkatan 6 dan ambil STPM. Arwah bapa tak pernah mengeluh sampai lah aku dapat tawaran masuk universiti nun jauh menyeberang Laut China Selatan. Diiringi dengan airmata oleh Ibu dan adik-adik aku, arwah bapa tetap tenang. Sehinggalah habis belajar dan bekerja, arwah tetap orang yang sama ku kenali. Rasa ralat sangat sebab aku hanya sempat belikan arwah sepasang baju dengan hasil duit gaji aku. Betapa gembiranya beliau, sehinggakan masa itu juga beliau pakai baju tersebut. Sebaknya! Memang tak boleh lupa. Bulan 4 tahun 2006, masa tu aku bekerja di Semenanjung. Dapat panggilan telefon dari pakcik, yang menyatakan arwah bapa kena strok. Masa itu juga aku terus beli tiket dan balik ke Sabah. Ya Allah sedihnya. Masa sampai arwah bapa sudah koma. Hanya bisikan kata-kata ku dengarkan ditelinga nya bahawa aku sudah kembali untuk melihatnya. Dekat sebulan juga arwah strok, kami menjaganya dengan penuh kasih sayang. Sampai lah beliau menghembuskan nafas terakhir dipangkuan Ibu dan kami adik beradik. Masih teringat, malam sebelum arwah meninggal kami beramai-ramai bacakan Surah Yasin. Dan esoknya arwah pergi, dipagi  hari Jumaat yang mulia. Al-Fatihah!
*Hanya DOA & kiriman Al-Fatihah buatnya setiap kali lepas sholat. Moga Arwah bapa ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman* Amin! Beruntung kawan-kawan yang masih mempuyai insan yang dipanggil bapa, ayah, abah & baba. Sayangilah insan mulia ini.
WasSALam

1.6.13

::Beloved Bongsu....

AssaLamualaikum
Sempena cuti sekolah ni adik bongsu ku datang lah melawat kami. Jarang sebenarnya dia menjejakkan kaki di bumi Lahad Datu ni. Maklum masih bersekolah di tingkatan 6 atas. Datang ke LD pun memang masa cuti sekolah je lah. Bila rindu dengan anak buahnya yang tumpis tu hanya tag gambar dia di FB. Haha! senang. Tengok je gambar-gambar di FB.
Babah Pa'e memang dah ajar dia dari kecil panggil mak saudara dia Mak Cu, Mak Ngah, Pak Lang & Pak Su. Budak tu pun dah terbiasa panggil macam itu. Pa'e memang rapat dengan semua adik-adik. Maklum seorang ini je lah anak saudara mereka. Anak saudara yang mereka manjakan. Adik bongsu ni  pula memang paling rapat dengan aku. Teringat masa dia kecil dulu masa tu dia umur 5 tahun kot, aku dapat sambung belajar di Kedah, sampai demam-demam dia teringatkan aku. Demam rindu! Tak sedar masa berlalu, sekarang ni dia dah 18 tahun. Dear sister, you still our beloved bongsu until the end! love!
WasSaLam^_^