Showing posts with label Edisi Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Edisi Makan-Makan. Show all posts

15.10.19

Loaded Potato Bowl


Lunch apa you all siang tadi di office ?? Baru mau tanya. Haha! Moga semua kenyang dan bersyukur dengan rezeki hari ini. Alhamdulillah masih diberi nikmat makan. Salah satu rezeki yang kadang kita lupa dan pandang ringan. NIKMAT MAKAN Juga adalah rezeki. Kan?? :)
 
Loaded Potato Bowl
Kami makan ini sahaja untuk lunch. Teringin. Bila sorang bercakap nak makan kFC, pakat-pakatlah semua mengirim. Jenis malas nak keluar tengah hari, jadinya kirim sahaja. Kenyang juga. Penuh dengan kentang putar, isi ayam, cheese dan mayonis. Salah satu add on yang boleh kita beli di mana-mana KFC seluruh negara. Cuma tak boleh makan banyak sangat, takut muak. Berpada-pada. Haha. 
Thanks for reading. 

7.10.19

Makan di Restoran Khadijah & Katering

Assalamualaikum
Kejadian masa 06/09/2019.
Sesi makan-makan sambil release stress bersama rakan-rakan sepejabat. Sesekali. Bukan selalu. Bila bab berkumpul ramai-ramai macam ni memang seronok sebab dapat jumpa semua. Ada yang tak dapat jumpa selalu sebab kerja shift. Peluang makan & borak sampai pengsan. Haha!
The team! Gambar dulu sebelum makan. Wajib! haha
antara makanan pilihan
Antara set menu
lagi with the team yang ceria. Bos Besar baju hitam :)
Adik-adik. Im the Kak Long. Haha!
Kalau makanan berasaskan seafood, Restoran Khadijah memang antara yang terbaik di Lahad Datu dengan pelbagai pilihan makanan. Harga pun bersesuaian. Suasana tempat selesa. Ada Ballroom di tingkat atas jika ingin mengadakan sebarang acara. Selain itu, restoran ini juga menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis berskala besar. Lokasi pun pun dipusat tumpuan Bandar Perdana, Lahad Datu.
Alamat :
D'Perdana Square (Bersebelahan Perodua,Bandar Sri Perdana
91100 Lahad Datu Town, Sabah, Malaysia.
HP NO : 011-1267 9671

2.8.17

24.7.17

Oh Durian RM70- 2 biji...

AssaLamualaikum. Musim sekarang ni sana-sini orang post tentang durian. Yang kita ni pun teringin lah nak makan. Dah beberapa hari asyik dok cakap nak makan durian. Tapi masa tu dok kalut habiskan puasa 6. Hehe. Jumaat lepas last puasa, malamnya En Kuling belikan lah 2 biji durian. Makan punya makan, sembang tentang harga. Mak aii harga cekik darah!! Sambil makan sambil membebel. Hahaha! terkejut den!
Durian yang dah buka tu RM18 sekilo. Yang kecil belum buka tu RM25 sekilo (dalam hati dok cakap juga, En Kuling ni kena tipu ke apa? haha!). Bagi aku memang mahal. Nasib lah manis juga. Kat Lahad Datu ni durian memang mahal. Paling murahpun  pernah jumpa RM12 sekilo. Bila teringin sangat nak makan tutup mata jak lah sambil bayar. Haha!

23.11.16

Bila lapar @ 11.00pm

Dah petang baru nak update. Busy sikit hari ni. Semalam dah pukul 11.00 malam, perut rasa lapar. Aku memang dah penat sebab habis basuh baju guna tangan. Hadoi! mesin baju memang buat hal. Tak boleh nak pusing lah pula. Lepas basuh baju, memang tak larat lah nak masak lagi.
orang lain makan ni buat breakfeast, kami buat makan tengah malam. Haha!
En Kuling yang masak ya! bukan aku. Haha. Diam-diam kat dapur, rupanya masak ni. Jadilah alas perut tiga beranak ditengah malam.

21.11.16

Pizza RM5

Salam pagi Isnin. Cerita semalam. Si abang Pae teringin sangat nak makan pizza. Dari siang dok merengek. Dia biasalah, kalau ada En Kuling di rumah (tengah cuti) permintaannya pun agak luar biasa sedikit. Haha! kalau dengan Ibu, jarang dia nak mengada. Layanlah request dia tu.
comel jak box. 6"pan
Belikan 2 -RM10. Hawaiian Chicken & Beef Pepperoni
Kena tunggu 20 minit. Duduk lah dalam kereta:)
Pizza Hut Wow! Take-Away Promo Terms & Conditions:
Harga untuk A La Carte sahaja.
Harga Add-ons sah untuk Double Box, Big Box, Piza A La Carte atau Pasta, tidak sah untuk promosi Wow! Take-Away.
Harga termasuk 6% GST.
Tertakluk pada terma & syarat.

30.10.16

Sarapan ala kadar..

Selamat berhari minggu. Bila hujung minggu layan anak tekak lah. Versi sarapan pagi ala kadar. Nasi goreng ikan bilis selalu jadi kesukaan abang Pae. Minum dengan Teh O kosong. Hehe. Kuih tu breakfast kat kedai sementara tunggu majlis graduasi abang Pae bermula. Minum dengan Nescafe dan Horlick susu suam. Jadi lah untuk alas perut. Alhamdulillah! Jumpa lagi you all.

14.10.16

26.9.16

Edisi Cendol

Assalamualaikum. Di area Tawau dan Lahad Datu buat masa ini memang terkenal dengan jualan cendol. Paling famous cendol durian. Bila tengok gambar memang tak tertahan nak cuba. Haha! bagi yang tak makan durian mungkin tak suka lah, tapi bagi aku yang 'hantu durian' ni memang ketagih. Weekend jalan-jalan, kita carilah cendol ni menghilangkan dahaga.
Cendol durian+ Cheese. Tak nak cheese pun boleh. Alternatif. 
Big Cup : RM8.50
 Ada 5 @ 6 ketul juga durian kat dalam tu. Letih nak menghabiskan:)

Yang ni plak Cendol Red Bean. Big Cup RM6

Memang puas hati lah sekali minum. Di area Lahad datu boleh dapatkan di :
Polar Ice, Taman Pertama Satu.
Pelbagai jenis cendol lagi yang mereka jual dengan harga dan kuantiti yang memuaskan.
Jumpa lagi.


31.5.16

Dinner @ Restoran Wilayah Seafood

Assalamualaikum. 
Kami masih bercuti sempena Pesta Kaamatan. Besok insyaAllah kerja seperti biasa. En Kuling pun bercuti sekarang, semalam sampai dari Sibu pukul 4.00pm. En Kuling bagitau, teringin nak makan seafood. So, semalam decide makan di Restoran Wilayah Pantai. Kalau ikut, sekarang ni aku tengah diet jadinya nasi aku tak makan sangat. Haha. Makan lauk jak lah. Sayangnya semalam ikan merah ja yang ada. Tiada pilihan. Habis plak stok ikan restoran ni. Makan apa yang ada jer lah. Order ikan merah stim asam halia, sotong goreng tepung, sup isi ketam. Air kelapa pandan, jus epal & chinese tea. Boleh lah! Lepas makan bayar bil dalam RM75.20. Standart price kalau makan kat restoran ni begitulah. Jumpa lagi ya! Esok baru aku blog walking rumah you all. Bye..

25.11.15

Roti Canai Solai

Petang semua
Edisi makan petang semalam, pekena roti canai solai. Haha. Ayat En Kuling, "anne, roti canai solaii". Sesekali, tak boleh selalu. Dok risau roti canai yg tinggi kandungan kolestrol nya. Huhu. Kalau si abang Pae memang peminat setia roti telur. Memang habis dia makan sehelai sorang. Pastinya minum dengan segelas teh tarik. Jumpa lagi.

18.11.15

Biskut apa ntah??

Petang semua
Dok minum petang ni, secawan Mineral Coffe dan biskut bunga. Inti jem nenas. Tak tahu nama biskut. Dah lupa! Hehe! Cuma yang ingat biskut ni dah lama. Dari zaman kecil-kecil lagi dah ada. Beli di pasaraya 130gram RM3.24. Makan sorang je. Si abang Irshad memang tak pandang. Siap tanya "apa tu Ibu"? Dia sibuk celup Oreo dengan susu. Anak-anak sekarang makanan dulu mana kenal dah.
Kalau tanya burger, sosej, nudget, bun, pizza semua kenal.  Haha. 
Jumpa lagi..

4.11.15

Dinner di Astana Cafe, Tawau

AssaLamualaikum
Cerita masa balik ke Tawau weekend baru-baru ini. Oleh kerana kami balik petang Jumaat selepas kerja, so bila sampai dah malam. Perut pun lapar. Terus cari port untuk makan malam. MakCu si abang Pa'e suggest makan kat Astana Cafe. Kami ikut sahaja.
Nasi Lalap Tawindo. Ini pilihan aku, mak dan MakCu Pae. 
Memang sedap, ayamnya diperap dengan madu dan dibakar, 
terasa kemanisannya. 
Harga RM8
Suasana dalam Cafe, tenang. Penuh dengan barangan Chelsea. 
Mungkin pemiliknya peminat setia:)
Tengoklah tu Mak, En Kuling dan MakCu Pae. Muka lapar menunggu order sampai. Si abang Pae pula mood tak mahu makan datang lagi. Just order kan dia kentang goreng.
Senarai harga menu. Berpatutan dan puas hati makan. Service pun cepat!

Kami kalau pulang kampung, suka mencuba makan di tempat-tempat baru. Maklum kedai makan tumbuh bak cendawan tumbuh lepas hujan (ceh! berperibahasa lah pula). Haha! Lokasi Astana Cafe ni pun senang dicari. Bersebelahan Hotel Astana, Tawau sebaris Wisma Pelabuhan. Memang takkan sesat punya sebab terletak di kawasan bandar. Nak parking pun senang.
Alamat:
TB 4713 Lot 3 Grnd Floor Jln Dunlop (Tawau)
Tawao, Sabah, Malaysia
089-774 777

16.10.15

Lunch di Thai Siam Cuisine, LD

Salam Petang Jumaat.
Cerita petang semalam. Adik-adik praktikal ni request nak makan di sini. Jauh juga dari tempat kerja. Sesekali ubah selera. Pergi jauh sikit untuk lunch.
Set menu-amat menarik
Set Lunch RM 12 -Nasi putih, Tomyam campur, telur dadar & Air sirap. 
Aku suka tomyam nya. Pekat
Lupa lah nama menu ni. Haha! tapi aku tengok habis juga cik adik tu makan. 
Maksudnya sedap lah kan?:)
Jus Pisang. Adik tu cakap memang sedap dan menyegarkan.

Ok lah makan disini. Lagipun suasana nya menarik. Susun atur kedai dan perabot memang cantik. Tak sempat  nak snap pic sekeliling, malu lah pula. Sebab sentiasa penuh bila kesana. Kalau nak cari kelainan menu untuk makan di Lahad Datu bolehlah ke sini :

LOT UNIT BLOCK 5, LORONG I-PEAK 3
Lahad Datu
013-685 1803

8.10.15

Edisi makan-makan..

AssaLamualaikum
Azam nak kurus membuak-buak. Tapi bila makan tak ingat dunia. Haha! Tentang makan lagi. Masalahnya kami ni suka mencuba sesuatu yang baru bila dengar sahaja ada kedai makan sedap. Pasti tak sabar-sabar nak mencuba samaada dengan en Kuling (bila dia balik sini) atau dengan kawan-kawan sepejabat.
Nampak sedap sangatkan. Nama dah tak ingat. 
Yang aku ingat balik rumah aku sakit perut.Haha! 
Memang perut orang kampung aku ni. Hehe!
Manggo Tanggo nama menunya. RM4.50. 
Tak pastilah apa campuran dalam ini, tapi memang sedap lah:)
Nama menu: Ayam Penyet ala Jakarta. RM8.90 (Restoran Bismi&Bistro). 
Bolehlah, cara penyajian pun menarik
Edisi makan-makan kami sudah berkurang sejak en Kuling ni jauh. Hehe! Tapi kalau budak Tumpis tu request nak makan apa-apa, seboleh-bolehnya aku tunaikan lah. Tak sampai hati nak tolak. Korang pun sama kan?
WasSaLam^_^

5.6.15

Burger @ Buns Burgembira

Salam Jumaat semua
Cerit tentang makan. Asyik jalan-jalan cari makan sahaja bila En Kuling balik sini. Confirm berat badan bertambah lagi. Haha! Ini cerita tentang Burger. Beli masa makan malam di Restoran Kak Tini, Perdana Square. Kami sibuk makan nasi, yang budak Tumpis sorang tu biasalah ajak makan nak nangis kita dibuanya. Akhirnya order kan dia burger. Kebetulan ada gerai burger disebelah restoran ni. Nama gerai pun agak unik. Buns Burgembira.
Selera dia makan. Burger Daging RM3.50. 
Lepas satu minta lagi satu. Tapau bawa balik rumah. 
Ikutkan jak lah sebab kalau tak habis ada Ibu dan Baba tolong habiskan. Haha!
Bye. Jumpa lagi.

17.4.15

Sarapan Basa-Basi..

AssaLamualaikum
Jumaat yang mulia datang lagi. Betapa cepat masa meninggalkan kita. 
Usia pun makin meningkat. 
Moga kita terus giat mempersiapkan diri menuju alam kekal disana.
So, sarapan apa pagi ini? :)
Inilah pilihan aku setiap pagi. Hehe! dah makin kembang lah tu yang terpaksa control makan. Haha! aduh! dah tak tahu nak diet macam mana. Memang terasa diri makin berat. Kihkih.
Korang makan apa pagi ini? 
WasSaLam^_^

30.9.14

Ini sahaja??

AssaLamualaikum
Jam 7.10minit dah sampai office. Sarapan apa pagi ini? Aku ni sarapan ikut mood. Kadang makanan berat, kadang ini sahaja. Tapi kurus nya tidak. 
Mimpi lah nak dapat 45kg seperti zaman-zaman anak dara dulu. Haha! 
Suka sebenarnya dengan Oat Krunch (Dark Chocolate) tu. Dari pertama rasa terus jatuh cinta. Banyak khasiat Oat terutama dalam menurunkan kadar kolestrol dalam darah. So, ini adalah kudapan kegemaran dikala senggang. Dalam beg mesti ada. Boleh kunyah di masa lapar. Hihi! 
WasSaLam^_^

27.9.14

Edisi Kudapan Sabtu & Ahad :)

AssaLamualaikum
Cerita makan yang simple dihujung minggu lepas. Kalau rajin datang, maka adalah makan-makan dihujung minggu. Hehe! Kalau tidak, makanlah nasi putih, sayur dan ikan goreng (itu tahap bila malas melampau) haha!. Weekend baru ini, memang sedikit rajin sebab dah siap beli bahan Jumaat petang tu. Mulanya nak belajar masak LAKSAM tapi tak jadi sebab tak jumpa Daun Kesum dan Bunga Kantan. Adoi! sini memang susah nak jumpa dua bahan ni. Selalu sangat kehabisan. Fikir punya fikir, akhirnya buat Sanggar Pappek.
Resepi Sanggar Pappek ada di SINI.
Minum plak dengan Teh Tarik Halia. En kuling yang buatkan. Bangun je tidur dah ada teh tarik. Seronoknya. Haha! (dasar isteri kurang rajin). Buah Naga pemberian jiran. Sedap lah makan buat pencuci mulut. Alhamdulillah, semuanya rezeki dihujung minggu.
*Weekend ni tak tahu nak makan apa pula?? hehe!
WasSaLam^_^

24.9.14

Salad Buah+ Makaroni..

AssaLamualaikum
Aku sebenarnya confuse sebab salad buah yang selalu kami makan rupanya memang begini. Mungkin juga ada versi lain di Sabah ini. Itu aku tak pasti, sebab korang faham jak lah aku ni memang failed bab-bab masak dan segala menu bagai ni. Haha!
Tu yang aku pelik bila tengok komen dari kengkawan blogger ni. Ingatkan semua orang tau nak buat salad buah ni ( ataupun ala-ala salad). Haha! Kalau ikut memang senang nak buat, simple dan cepat. Aku memang lah suka buat, sebab Tumpis suka makan. Kira kesukaan dia juga. Sekadar nak share disini boleh lah, kot-kot ada kengkawan nak cuba jugak (ada ker?) :

Bahan-bahan: (semua main agak sendiri)
1. Makaroni (selalu aku guna San Remo)
2. Susu Creamer
3. Mayonis
4. Buah-buahan Tin (boleh juga guna buah segar-di potong dadu/hiris)
5.*Boleh tambah hirisan cheese chesdale bagi sesiapa yang suka (salad akan lemak berkrim)
Cara-Cara:
1. Rebus makaroni sampai korang rasa masak lah..hehe (dalam 7@8minit lah lebih kurang)
2. Bila dah masak, campurkan semua bahan susu, mayonis & buah-buahan tin. Masukkan juga sedikit air buah dari buahan tin tu, supaya sedikit cair. Kalau suka pekat tak perlulah tambah air. Ikut suka hati nak letak mayonis & susu tu sesedap rasa. Kalau suka manis, letak lebih lah. Kalau tak, tak perlu lah banyak susu. Gaul hingga sekata.
3. Sejukkan dalm peti ais. Bila dan sejuk, bolehlah makan:)
Gambar ulang tayang. Inilah hasilnya.
Selamat mencuba!