Showing posts with label TV Shows & Movie. Show all posts
Showing posts with label TV Shows & Movie. Show all posts

15.10.15

Pencetus Ummah Zaid- Asal Tawau

AssaLamualaikum
Rancangan Pencetus Ummah akan keudara lagi setelah berehat beberapa ketika. Salah seorang peserta berasal dari Tawau, Sabah. Tempat kelahiran ku. Turut berbangga dengan pencapaian anak Tawau ini. Good luck PU Zaid.
Hobinya membaca dan menulis, #PUZaid mempunyai konsultan motivasi sendiri 
juga menjadi penulis Ebook dan kerap dijemput menjadi penceramah
Barisan 12 wajah Pencetus Ummah musim terbaru. Jangan lupa saksikan. 
Selamat maju jaya pada semua peserta.
 
Pada musim pertama rancangan Pencetus Ummah ini aku tak pernah ketinggalan untuk menonton. Harap musim kali ini pun sama. Banyak ilmu yang boleh kita perolehi. Sekian, jumpa lagi.
WasSaLam^_^

28.1.14

Antara Zamir & Celina??

AssaLamualaikum
Malam ini adalah episod akhir rancangan Master Chef Selebriti All Star. Dan dua peserta yang  berjaya ke peringkat akhir adalah Celina dan Zamir. Semalam Brian tersingkir untuk meneruskan cabaran. Tinggal lah dua bintang ini untuk menyelesaikan tugasan akhir mereka. Siapakah yang bakal menyandang gelaran Master Chef Selebriti All Star kali ini? 
Kita tunggu dan lihat. Dua-dua pun hebat di dapur Master Chef. Masing-masing punya kelebihan tersendiri. Siapa pun yang menang nanti, moga mereka dapat berkongsi ilmu masakan mereka pada semua. Jangan lupa saksikan di Astro Ria - Jam 9:00pm malam ini.

* Peneman setia Ibu tengok Master Chef - Chef Cilik Irshad a.k.a Pa'e*
WasSaLam^_^

4.12.13

::Video Sholat Kanak-Kanak...

AssaLamualaikum
Video kegemaran Pa'e sekarang. Cara Sholat kanak-kanak:
Bila buka video ni memang dia kusyuk lah dengar.
Ibu bolehlah buat kerja lain dengan senang hati. Memang dia takkan kacau.
Siap minta ulang tayang dua tiga kali. Hehe!
Bagus untuk sesi pembelajaran anak-anak.
*Boleh lah download untuk anak-anak kengkawan sekali ye:) *
WasSaLam^_^

29.11.13

:: Pencetus Ummah - Astro Oasis..

AssaLamualaikum
Rancangan wajib tonton aku selain Master Chef Malaysia All Star ialah Pencetus Ummah-Duniaku Dakhwahku. Rancangan yang berkonsepkan ala-ala Imam Muda ini juga menampilkan peserta-peserta dari seluruh negara. Berkonsepkan realiti Undi melalui sms (bagi 3 peserta yang mendapat undi terendah dalam setiap minggu) dan juga ada juri tetap setiap minggu. Paling mencabar bila peserta diberikan soalan pantas yang perlu dijawab pada masa itu juga.
12 Peserta Pencetus Ummah
Barisan peserta yang amat berbakat
Seramai 12 orang peserta Pencetus Ummah yang terpilih adalah Attan Thowi Yusof, 31, Kedah; Fakhrul Islam Md Zarin, 24, Melaka; Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, 29, Selangor; Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, Selangor; Mohd Hafidz Mohd Zawawi, 27, Kelantan; Hishammuddin Iberahim, 35, Kedah; Izzat Fathi Hisham, 24, Perak; Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, 38, Pulau Pinang; Mohd Sufian Mohd Isa, 28, Selangor; Mohd Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak; Salman Maslori, 31, Kuala Lumpur; Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20, Kuala Lumpur.

Para Murabbi nya terdiri dari personaliti yang hebat-hebat. Moga dapat melahirkan para penceramah yang hebat juga nanti. Pengacara : Dr Ridhwan Teh Abdulah. Bersiaran secara langsung setiap khamis jam 9.00pm di di Astro Oasis 106. Info lanjut boleh baca DISINI
WasSaLam^_^

25.11.13

::Master Chef Malaysia All Stars Sudah Bermula...

AssaLamualaikum
Walaupun aku tak terer langsung memasak, tapi apabila ada rancangan memasak di TV pasti hati meronta-ronta nak tengok. Ceh! haha. Betul lah sebab suka tengok orang masak. So, rancangan wajib tengok aku sekarang ialah Master Chef Malaysia All Stars. Master Chef kali ni menggabungkan peserta-peserta Master Chef Malaysia yang lalu didalam satu rancangan. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara disamping mengumpul dana untuk rumah-rumah kebajikan yang mereka wakili. 
Kiranya memasak sambil beramal. Lebih kurang sama juga dengan konsep sebelum ini.
Di atas adalah senarai peserta yang terpilih. 
Peserta pilihan ku kali ini ialah Celina dan Soo Wincci.
Dua peserta ini bagi aku ada kelebihan tersendiri.  
Eh! tapi Imelda dan Ary Malik pun OK jugak. Haha! mana satu ni.
Saksikan di Astro Ria setiap Sabtu-Rabu jam 9.00pm-10.00pm. 
Pelbagai ragam mereka didapur dapat kita saksikan disamping boleh belajar resepi-resepi baru. (bagi yang rajin mencuba) Hehe!
WasSaLam^_^

25.5.13

::The Apprentice Asia...

AssaLamualaikum
Rancangan terbaru di AXN 701 setiap Rabu jam 9:00pm yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tony Fernandes, CEO Air Asia. Program ini melibatkan peserta-peserta dari seluruh Asia (Malaysia, Indonesia, China, Thailand, Filiphina, India & Singapura). Peserta akan diberi kumpulan dan mereka akan bersaing untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Pemenang pada akhirnya nanti akan diambil bekerja bersama Jutawan Asia itu. Memang best rancangan ni.
Peserta The Apprentice Asia
Episod pertama telah ditayangkan pada 22/05/2013 lalu dan menyaksikan peserta pertama yang disingkir ialah Mr Hendy Setiono dari Indonesia. Hendy mengetuai kumpulan lelaki. Mereka diberi tugasan untuk menjual ikan di pasar basah. Kumpulan yang mengaut keuntungan paling banyak dikira sebagai pemenang. Dan minggu pertama kumpulan wanita berjaya mengalahkan kumpulan lelaki. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rancangan ini boleh lawat di SINI
*Rancangan The Apprentice dulu2 dipengerusikan oleh Mr Donal Trumph-Jutawan Dunia. Sekarang versi Asia pula*
WasSaLam^_^

24.4.13

: Master Chef Selebrity-2 :

AssaLamualaikum
Master Chef Selebriti musim ke-2 sudah bermula. Memang suka tengok artis-artis kita ni memasak. Macam-macam gaya mereka di dapur. Ada yang melucukan, ada juga yang nampak sudah pro di dapur. Kena dengan artis lelaki yang lawak seperti Yasin, Radhi OAG dan Sathiya dapur menjadi kelam kabut juga. Memang lawak gaya mereka. Aku memang tengok Master Chef ni, dari musim pertama lagi memang jarang tinggal. Suka tengok rancangan masak-masak ni walaupun diri sendiri memang tak terer langsung di dapur. Proses belajar lagi. Haha.
picture: FB
Rancangan ni bersiaran setiap Sabtu-Selasa jam 9-10pm di Astro Ria 104. Episod pertama baru-baru ni pelawak Yasin dah terkeluar. Erm! dah nasib, belum sempat tunjuk skill di dapur dah terkeluar. Bukan rezeki dia. Kita nanti kan, agak-agak siapa yang bakal bergelar juara Master Chef Selebriti musim ke-2 ni dan menyumbang kepada badan kebajikan yang mereka wakili. Musim Pertama Dato Dr Fazley Yaakob dah bergelar juara. Korang suka siapa dalam MCC musim ke-2 ni? 
WasSaLam^_^

14.1.13

:: Surat Kecil Untuk Tuhan ::

Assalamualaikum..
Aku sangat-sangat tersentuh hati bila menonton cerita ini.. Cerita Indonesia yang aku tonton Ahad semalam.. Walaupun dah lama release di pawagam Indonesia, tapi aku baru tau kewujudan cerita ni semalam.. Cerita yang berdasarkan KISAH BENAR seorang remaja perempuan yang di sah kan mengidap kanser Rhabdomyosarcoma . Kisah perjuangan dalam melawan penyakit tersebut di samping sokongan keluarga dan teman-teman yang begitu menyayangi sehingga ke akhir hayat beliau :(
Mula-mula tengok mood OK lagi.. bila part pelakon utama nya di sah kan mengidap kanser 
Rhabdomyosarcoma tu air mata mula bergenang.. Pelakon-pelakon nya pun memang menghayati watak mereka dengan baik sehingga mereka dapat anugerah di Indonesia. Nasib baik takde orang tengok sebab aku layan cerita ni sorang-sorang.. haha..
Berkas:Surat Kecil Untuk Tuhan.jpg
Poster rasmi 
contoh kanak-kanak apabila terkena kanser rhabdomyosarcoma
Moga dijauhkan dari anak-anak kita..amin!
Kanser ini biasanya menyerang bagian kepala, leher, lengan, saluran urogenital dan kaki. Dan yang berisiko adalah kanak-kanak berusia 1-5 tahun. Namun adakalanya ia juga menyerang orang  dewasa dan merebak dengan begitu cepat.
Sekarang ni kan dapat tengok channel astro PELANGI secara percuma. Korang tau tak? :)
Nak tau lebih lanjut tentang cerita ni BACA SINI ataupun cari CD atau pun cari link untuk download movie bagi sesiapa yang belum tengok..  MAMA JJ cuba lah tengok cerita ni time-time boring tu.. mana tau meleleh air mata.. haha:D
WaSsaLam^_^